Showing posts with label mertua. Show all posts

MERTUA! JANGAN SUKA MASUK CAMPUR & JANGAN PULA TIDAK PEDULI LANGSUNG

MERTUA! JANGAN SUKA MASUK CAMPUR & JANGAN PULA TIDAK PEDULI LANGSUNG. Semalam terbaca update dari seorang bekas blogger.. Sebab rasanya sekarang dia dah tak tulis blog jugak seorang bekas peguam.. Lepas beranak dua dia memilih menjadi surirumah & membuat perniagaan secara online.. Suka juga aku baca pandangan dia terhadap sesuatu isu.. Dah banyak kali kot apa yang dia tulis tu jadi viral. Masuk blog OH!Bulan bagai..


Semalam dia cakap pasal mertua yang  suka campur dalam urusan rumahtangga anak menantu.. Ok aku sertakan jugak la coretan panjang lebar dia kat bawah ni.. Supaya yang baik boleh kita jadikan panduan & yang buruk kita jadikan peringatan..

Selalu org cakap dalam rumahtangga kalau ada masalah antara ibu dan menantu,orang akan cakap-ibu hanya ada satu,isteri boleh cari lain-
Tapi mkk saya pantang dengar ayat ni..mak cakap ibu hanya ada satu,isteri yg dinikahi sekarang pon hanya ada satu..kerana ibu jgn sampai buang isteri,kerana isteri jgn sampai buang ibu. Kite wajib taat pada ibu kite tapi berdosa kalu kita aniaya isteri kita.
Mak selalu pesan pada adik2 lelaki bahawa sebagai lelaki kena ada pendirian dan bersikap bijak.kena tahu balance kan antara dua..mak kata kalau ada masalah dgn isteri kena baiki bukan buang dan cari lain.jgn sesekali ada dalam fikiran bahawa bini boleh cari lain kalu terjadi apa2 pertelingkahan dlm keluarga walaupon hakikatnya mmg bini bleh diganti lain kerana tak ada seorang ibu dan ayah pon dalam dunia ini mahu anak perempuannya dijadikan kain buruk,masa baru pakai mase buruk buang. Repair dulu ,rosak repair lagi sampailah tak boleh guna langsung ibaratnya.
Tiada istilah aniaya isteri asalkan ibu tidak terluka..mak sy ramai ank lelaki so mak mmg tak campur urusan rumahtangga diorang sebab mak selalu pesan,sebagai mertua jgn masuk campur urusan ank menantu,sebagai ibu kite hanya perlu bg pendapat apabila diminta..campur tangan kite sebagai ibu hanya akan mengeruhkan lagi keadaan..yg mok pegang-nak marah kene marah anak sendiri jgn marah anak org.bagi nasihat berkenaan hal rumahtangga anak hanya bila diminta .selalu ingatkan anak utk melayan isteri dgn baik .(saya sbgai anak perempuan pon mak pesan berpuluh kali supaya layan dan hormatkan suami biarkan anak menantu buat keputusan sendiri berkenaan hal rumahtangga.
Sy selalu tanya,kenapa mak sgt terbuka dlm hal mcm ni..sgt positif dan sgt bertolak ansur dgn anak menantu..dan kadang2 mak lagi sokong apa yg menantu buat berbanding apa yg anak buat..
Mak cakap apa yg mak fikir tentang anak menantu mak akan terbalikkan pada diri mak sebab mak pon seorang isteri dan ibu..apa yg mak nak cakap kat menantu mak akan terbalikkan ayat tu pada diri mak dulu. kena hati2 sebelum nak cakap apa2 kerana hidup bukan hanya utk diri mak sahaja,ianya berkait rapat dgn org sekeliling.
#panjangtaip #nasihatmakpadaanak

Tu kisah mertua yang suka masuk campur hal rumahtangga anak menantu. Yang jarang orang highlight pulak jenis mertua yang tak peduli langsung.. Bukan benci tapi entahlah.. Jenis mertua dia ada perasaan kesian ke sayang ke hapa kat anak menantu & cucu. Kira orang yang kawen dengan anak dia tu.. Hangpa tanggung la susah anak dia 100%. Tapi yang senang anak dia kalau boleh dia pun nak tumpang jugak. Cucu ke hapa.. lantak hangpa la. Nak datang tengok anak menantu & cucu pun jangan harap la. Kalau boleh yang susah2 tu jangan la bagitau dia.. Dia memang tak mau tau langsung. Anak dia sakit ke cucu dia sakit ke.. Tolong jangan bagitau dia. Apatah lagi menantu.. Bukan anak dia. Mereput la kau kat situ sorang sorang. Sebab dia tak nak bila dia tau dia kena datang jenguk & dia rasa benda tu menyusahkan dia. Even datang jenguk pun memang dia tak nak apatah lagi nak tolong jaga. Dia lebih selesa buat urusan sendiri. Tapi bila dia susah.. perlukan bantuan anak menantu.. Pandai pulak cakap harap anak menantu dapat jaga dia bagai. Masa sebelum ni dengan bongkak cakap.. Dia jaga diri sendiri.. hangpa jaga la diri sendiri jugak. Jangan bagitau dia apa2 pun masalah.. Sebab dia tak berminat pun nak tahu jauh sekali la nak rasa simpati. Dia tak tunjuk rasa benci ke.. rasa tak suka ke hapa. Layanan dia tetap baik bila anak menantu & cucu balik jenguk dia. Cuma baik mulut je la.. Dihati dia mungkin tak ada apa2 rasa kot. Dia macam tak ada rasa nak ambil berat langsung. Yang dia takut.. Anak menantu menyusahkan dia jer... Kesian kan kalau dapat keluarga mertua macam ni. Nak2 lagi kalau menantu tu memang yatim piatu pulak.. Tak dapat la menumpang kasih sayang mak ayah mertua. Nak tumpang pun orang tak sudi nak tumpangkan.. so how???

Memang pelik kalau dapat mertua macam ni.. Kau takkan ada peluang untuk rasa di sayangi atau untuk memupuk kasih sayang terhadap mertua macam ni. Bila dah orang tak pernah pedulikan hidup kau.. anak bini/laki kau.. Mustahil la kau mampu  nak sayang orang macam tu. Even mertua ni taraf dia sama macam mak bapak sendiri tapi tu la.. anak kandung pun kalau kau tak pernah belai, tak pernah sayang & tak pernah jaga.. Susah dia untuk sayang kau jugak. Perasaan tu nak ada kena ada connection antara dua pihak. Takkan wujud perasaan sayang tu bila dua pihak yang sebelum ni tak pernah saling mengenali tetiba terjalin hubungan kekeluargaan kerana perkahwinan tapi sepanjang perkahwinan keluarga mertua tak pernah tunjuk rasa sayang & ambil berat. 

Dari kisah tu.. Selalu aku fikir. Mungkin inilah sebab bila mak bapak dah tua & habiskan sisa hidup di jalanan atau di rumah orang orang tua. Kadang2 kesilapan tu adalah dari diri mereka sendiri. Mereka tak pernah pedulikan anak anak.. Masa sihat, masa kuat.. tak pedulikan anak menantu cucu. Anak pun banyak membesar sendiri. Habis sekolah pandai2 la kau nak hidup. Masa sekolah pun tak pernah peduli pasal masa depan anak. Bila kudrat di mamah usia.. Mengharapkan simpati & kasih sayang dari anak menantu & cucu.. sedangkan dulu mereka tak pernah peduli langsung. Perasaan manusia ni.. Bila satu ketika orang tak pernah peduli pasal kau nak2 lagi masa kau susah sangat.. tetiba bila dia susah harapkan pertolongan & simpati kau.. memang time tu la setan nak main peranan. Dia ayat2 sikit2 pun dah boleh tumbang.. Sebabnya dalam hati kita tu memang perasaan sayang & kasih dah tak kuat. Sebab kita cuba memberi tapi orang macam tak peduli. Lama2 kita pun bosan jugak la kan.. Iman kita pun senipis kulit bawang pulak. Lepas setan, iblis pulak cucuk. Maka semakin terpesong la hati kita ni dari landasan...

Yer.. betul! Apapun kesalahan ibu bapa.. Tidak habis tanggungjawab kita sebagai seorang anak atau menantu. Cuma tu la.. Anak membesar & terbentuk dari bagaimana acuan kita untuk mereka. Kita membentuk perasaan tidak peduli.. tidak simpati..& tidak bertanggungjawab.. Jangan salahkan anak - anak jika acuan kita tu suatu hari akan melukakan hati kita kembali.

Apapun sebagai anak.. Kalau dapat mak bapak atau mertua macam tu.. Belajar la memaafkan. Memang susah.. Tapi terpaksa cuba jugak. Kita tak ada pilihan selain kena juga berkhidmat untuk mereka takhkala mereka dah tak mampu untuk menguruskan kehidupan sendiri. Biarlah apa yang mereka buat.. Allah yang mengadilinya. Mohon pada Allah sentiasa lembutkan hati kita bila ia mula membatu dari sikap ibu bapa atau mertua kita yang tidak pernah peduli dengan hidup kita selama ini. sentiasa ingat ganjaran dari Allah pada setiap kebaikkan yang kita buat..

Moral of the story.. Hari ini mungkin kita anak, kita menantu & kita cucu.. suatu hari fasa tu akan berubah kita mungkin jadi mak,bapak,mertua, atuk & nenek. Jadi.. What you give, you get back. Peringatan untuk diri sendiri sebenarnya. hikhikhik

P/S : Kisah yang di kongsi ni bukan kisah sesiapa.. kisah ni di adaptasi dari drama TV slot akasial tv3suku. hahahaha

INI SEBENARNYA HUBUNGAN ANTARA NORA DANISH & BEKAS MERTUA

INI SEBENARNYA HUBUNGAN ANTARA NORA DANISH & BEKAS MERTUA. Setiap tahun menjelang raya mesti isu pasal Nora Danish beraya dengan bekas mertua mesti jadi kontroversi. Maka akan muncul macam2 komen & pendapat. Ada yang jadi pengkritik & ada yang berlagak ustazah & ustaz berhujah menggunakan agama. Apapun pendapat atau pandangan nak2 lagi yang guna agama tu biarlah jelas & tak mengelirukan.


Ni tak majoriti yang aku baca komen katanya hubungan mertua & menantu takkan putus walaupun pasangan tu bercerai selalu je muncul kat isu pasal Nora Danish dengan bekas mertua dia. Aku sebenarnya dah lama nak cari jawapan pasal ni sebab aku agak keliru dengan statement macam tu. Seolah olah mengambarkan walaupun bercerai menantu tu masih ada tanggungjawab kepada bekas mertua. Yelah.. bila orang pertikai perlu ke kau nak tiap kali raya berkepit dengan family bekas mertua seolah2 kau tak ada keluarga sendiri mesti muncul komen yang mengatakan hubungan bekas menantu & mertua tu kekal sampai bila2 walaupun pasangan tu bercerai seolah olah nak bagitau orang kau wajib jaga bekas mertua kau sama macam kau jaga mak bapak kandung kau.

Ni la statement setazah2 yang tak berapa lengkap & jelas yang selalu buat aku jadi keliru. Alang2 nak jadi setazah online ni better la bagi penjelasan yang lengkap supaya tak berlaku salah faham. Isunya perlu ke Nora Nak beraya dengan bekas mertua setiap kali hari raya tapi yang komen dok mention pasal hubungan antara bekas mertua & menantu. 

Kalau ambil rujukan dari Google je nanti ada la datang mempertikai & menyindir konon jangan mengaji dengan google je perlu guru jadi aku merujuk la kepada seseorang yang bergelar ustaz & juga penceramahan motivasi yang aku kenal untuk mendapat jawapan pasal hubungan antara menantu & mertua selepas pasangan suami isteri tu bercerai.

Dari rujukan aku tu.. Yer betul.. hubungan mertua & menantu tu kekal walau pasangan tu bercerai tapi cuma hubungan Mahram. Hubungan mahram di mana bekas menantu haram berkahwin dengan bekas mertua. Sekadar itu sahaja tapi bekas menantu tu dah tak ada tanggungjawab terhadap bekas mertua seperti mana semasa dia masih menjadi menantu mereka sebelum bercerai. Bermakna tanggungjawab nak ziarah nak jaga keperluan bekas mertua tu dah tak ada macam tanggungjawab kita terhadap ibu bapa kandung sendiri tapi tak bermakna tak boleh buat. Boleh je buat atas perikemanusiaan.. nak ziarah & still berbaik dengan bekas mertua selagi perkara tu tak mendatangkan fitnah. Tapi dalam kes Nora Danish ni memang mendatangkan fitnah pun.Dari sebelum fasha sandha bercerai lagi Nora Danish sering di kaitkan dengan masalah yang berlaku dalam rumahtangga fasha & jejai. So, rasanya kalau dia nak still melekat dengan mertua tu tak payah show off sangat la kan. Mengundang persepsi negatif orang je.

Jadi pasa setazah yang selalu muncul bila isu Nora Danish beraya dengan keluarga mertua tu kalau rasa nak berhujah guna hukum agama biar jelas supaya orang2 yang baru nak belajar macam aku ni tak keliru dengan statement hangpa. Sebelum ni memang aku ingat bekas menantu tu masih ada tanggungjawab terhadap bekas mertua & aku terbayang macam mana kalau 10 kali orang tu kawen cerai.. jenuh nak jaga kebajikan 10 bekas mertua dia. Sebab depa asyik mention hubungan bekas mertua & menantu tu kekal seolah2 kau kena utamakan dia macam mak bapak kandung kau jugak walau dah bercerai.

Selepas penjelasan tu sekarang aku dah faham.. Jadi aku kongsikan la dengan orang lain yang mungkin pernah berada dalam situasi macam aku jadi confuse hubungan antara menantu & bekas mertua tu.

Moral of the story.. aku bukan pandai tapi cuma nak kita sama2 belajar je. Supaya apa yang pernah mengelirukan aku tidak mengelirukan orang lain. Pada yang nak berhujah guna agama tu make sure la benda tu jelas & tak buat orang salah faham. Jangan ambil apa yang kita nak jer.. Perlu bagitau apa yang sepatutnya,

FB PAGE KISAH RUMAHTANGGA TEMPAT MENGAIBKAN SUAMI

FB PAGE KISAH RUMAHTANGGA TEMPAT MENGAIBKAN SUAMI. Baru2 ni aku ada follow satu page kisah rumahtangga. Dah nama pun kisah rumahtangga... kisah2 kat dalam tu memang berkisahkan kehidupan rumahtangga yang majoriti rumahtangga bermasalah. Yang paling aktif berkongsi masalah adalah kaum wanita la berbanding lelaki.. aku kurang nampak lelaki ada join berkongsi masalah dengan isteri. Mungkin kaum lelaki bergelar suami ni memang tak pernah ada rasa masalah dengan bini dia ke hapa tak tau la hahahhaa...


Aku rasa yang follow page ni pun dari berbagai peringkat umur. Tu dari penilaian kasar aku dari gaya bahasa, short form di gunakan dalam komen atau cerita yang di kongsikan. Macam2 kisah aku dok baca majoriti dari dari kaum wanita.. Memang kebanyakkan wanita spesis tak boleh simpan apa2 dalam hati. Tak kira masalah kecik atau besar dia tetap nak kena share. Mungkin cara tu buat dia lebih tenang & rasa bebanan perasaan tu sedikit ringan la kot. Yang betul2 ada masalah perlukan pandangan tu aku accept la.. Mungkin cara tu boleh membantu. Ni yang sebenarnya bukan masalah tapi saja nak luahkan perasaan untuk cari masalah tu yang aku tak paham. Ada satu post aku baca kat Page Rumahtangga. Dia cuma Nak cerita tak puas hati dengan bini skandal dia pun nak minta admin page tu share. Just nak maki hamun je pun. Nak menghina & merendah2 kemampuan si isteri pada boyfriend dia. Bukan dia nak minta pendapat apapun. Admin page tu pun aku rasa macam lari dari konsep sebenar page tu. Lebih kepada nak rating. Luahan hati macam tu  sememangnya akan dapat share & respond walau hanya untuk mengherdik tindakkan sipolan yang kurang bijak dok buat luahan perasaan tak puas hati dengan bini boyfriend dia bagai.. Sebab memang benda tu kategori luahan berani mati kena pijak.

Rasanya post2 macam ni tak perlu nak share untuk di perbincangankan di page tu. Sebab memang tak jadi perbincangan yang jadi kepincangan je. Semua pakat dok maki hamun.

Rasanya setiap post melalui penapisan melalui admin.. Kenapa post budak2 bodoh macam tu tetap admin nak share jugak??? Tak boleh ke ignore je post2 macam tu sebab dia bukan nakkan pandangan sesiapa atau apa2.. Just nak cipta kontroversi. Admin page tu memang suka kontroversi kot.. Yelah.. nak jual nama page supaya orang lebih kenal kan... Banyak lagi masalah orang lain yang boleh admin share bagi membantu mereka yang memerlukan dari layan post2 bodoh macam tu.

Ni Bukti setiap post di tapi oleh admin sebelum di post tapi kenapa post2 takde manafaat pun di kongsi. Asalkan cerita dia hot & spicy macam kisah seorang gadis yang tengah bercinta dengan suami orang tu. Bukan masalah tapi cari masalah. Post tu terang2 minta kena maki & post tu juga membuka ruang untuk orang rasa naik angin. Rasanya tak perlu admin nak share post2 macam tu. Tak bawa manafaat. Nak bagi teladan apa dengan kisah2 macam tu..

Satu lagi aku ada terbaca satu post yang berpendapat page ni membuka ruang & peluang wanita mengaibkan suami sebab memang yang banyak bercerita adalah wanita berbanding lelaki. Kenapa mengaibkan sedangkan post2 kat situ bukan orang tahu siapa pun.. sebab yang komen tu ada jugak dok cerita pasal masalah rumahtangga dia.  Orang boleh detect dari account dia. Jadi hati2.. Ramai yang rajin baca komen2 ok! So, berhati hati la kita nak kongsi apapun.. Ramai mata melihat & membaca. Rahsia rumahtangga patut menjadi rahsia dari orang yang tak sepatutnya. Jangan tak boleh suami kau buat silap sikit semua kau nak cerita kat orang padahal bila kau buat silap takde pulak suami kau sibuk2 nak tulis kat FB.. Kita sama2 manusia, dah tentu ada kurang & lebih. Manusia itu takkan pernah sempurna. Kalau betul2 ada masalah salurkan pada tempat yang betul & lebih selamat menyimpan aib di samping boleh membantu mencari jalan penyelesaian terbaik.


Bila ada kemudahan.. manusia akan memandang mudah terhadap semua perkara termasuk rahsia rumahtangga dia akan rasa bukan satu isu besar nak di kongsi dengan sesiapapun. Asalkan hati dia puas.. dia dah tak fikir, dia mungkin menulis ketika hati dia sedang marah sangat tapi bila hati dia dah sejuk & terpujuk dengan pasangan dia.. Dia akan lupa segala gala yang dia marah tadi tapi orang lain yang baca luahan hati dia mungkin tak lupa. Persepsi orang cuma ada 2 jer.. samada melihat dia sebagai isteri yang tak pandai menjaga nama & maruah suami atau anggap suami dia seorang suami yang teruk. Kita marah laki.. masa marah memang rasa dia la seburuk2 manusia tapi bila habis marah dia la sebaik baik laki yang ada dalam dunia tapi bila kita terlajak tulis kat media sosial.. penerimaan orang takkan berubah mengikut mood kita. So, renung renungkan. Fikir dulu sebelum menekan keyboard.

Moral of the story.. kalau rasa tak nak dapat pasangan yang menyakitkan hati sangat dari awal sila siasat dulu perangai sebenar lelaki yang bakal jadi jodoh tu. Memang la masa bercinta semua nampak baik sebab semua nak cover depan pasangan tapi ada benda lelaki tak boleh nak cover perangai sebenar & korang boleh detect perangai sebenar mereka. Nak tau macam mana nak detect perangai sebenar lelaki meh baca kat sini >> Confirm perangai Sebenar lelaki akan terbongkar kalau Hadapi Situasi Macam ni << Jadi dari situ korang boleh buat penilaian secara kasar layak atau tak dia jadi laki korang. Jangan lepas kawen korang pun tergolong dalam spesis yang suka mengaibkan suami sebab terlampau sakit hati dengan perangai laki sendiri. hehehehe

BILA TIADA LAGI PERTALIAN MERTUA & MENANTU TAK PAYAH OVER SANGAT

BILA TIADA LAGI PERTALIAN MERTUA & MENANTU TAK PAYAH OVER SANGAT. Yelah.. dah nama pun berpisah maka hilang la title mertua & menantu yang ada cuma bekas mertua & bekas menantu je. Bila dah jadi bekas ni bukan kata kena isytihar musuh terus.. Boleh jer kita ada hubungan baik dengan bekas keluarga mertua. Mungkin sebab antara anak & bekas mertua masih ada pertalian darah jadi sekaligus melibatkan bekas menantu jugak la untuk kekalkan hubungan antara nenek/datuk & cucu.

Gambar sekadar hiasan.. hik hik hik.. Kalau cerita ada kena mengena sekadar kebetulan.hahaha

Tapi berpada pada la kan.. Terus berbaik tu tak salah cuma mungkin kalau terlalu akrab menyebabkan keluarga bekas pasangan tu jadi mudarat pulak. Soal ex ni memang sensitif, hokay! Ada orang memang tak suka dah nak dengar cerita pasal ex pasangan dia apatah lagi tiap kali ada apa2 acara atau majlis atau takde apa2 keraian pun muka bekas ex pasangan tu ada je kat situ. Seolah2 macam tak reti nak bina life sendiri.. tetap nak berkepit dengan bekas keluarga mertua. Sedangkan yang menantu baru ni.. sedikit tersisih & di sisihkan.

Kadang2 penceraian antara bekas pasangan tu berlaku akibat kecurangan & orang ketiga. Jadi mertua ni mungkin permulaannya rasa tak suka la dengan menantu baru. Tapi kalau di beri peluang untuk buktikan dia mampu jadi menantu yang baik setanding bekas menantu dulu.. Insya Allah hubungan tu akan jadi baik jugak. tapi kalau dah bekas menantu tetap nak terus bertakhta di hati bekas mertua sebagai menantu terbaik walau dah jadi ex sampai tak bagi laluan pada menantu baru untuk cipta hubungan baik dengan mertua pun susah jugak. dah bekas tu buat la cara bekas.. Nak menyendeng sangat dengan mak mertua orang sampai macam takde life tu sapa suruh. Kadang2 walau sayang pun kita perlu bataskan tindakkan tu untuk tidak menyebabkan hubungan orang lain jadi bermasalah. 

Moral of the story.. Islam tak galakkan kita putuskan silaturrahim tapi Islam jugak tak suruh kita berbaik dengan seseorang untuk hancurkan hubungan orang lain. Pada mereka yang sedang di landa masalah yang melibatkan ex pasangan yang melekat dengan mertua macam kembar siam tu bertabahlah.. Berdoalah semoga ada jalan penyelesaian yang terbaik untuk mengelakkan hubungan keruh tu meretakkan hubungan kekeluargaan antara keluarga mertua jugak memberi kesan pada rumahtangga.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com