Tapi yang paling aku terkejut bila terbaca komen dari group kucing yang sipolan ni kata, Uri kucing boleh buat air selusuh bagi memudahkan proses bersalin. Rasa telan air liur pun tak lepas apatah lagi tergamak nak telan air selusuh dari uri kucing ni. Apa lagi aku pun try la cari info pasal ni. Berhati hati yer puan puan & tuan tuan.. Jangan asal petua orang tua kita semborono je ikut tak kaji dari sudut hukum & kesihatan. Info yang aku dapat Uri kucing ni kategori najis yang tak boleh di gunakan untuk buat komestik atau produk kesihatan. Kena tanam. So, kesimpulannya tak boleh di keringkan & di jadikan air selusuh.
Aku tak tau la kalau halal pun ada ke yang tergamak nak minum air selusuh dari Uri kucing ni? Kalau aku la.. selagi ada pilihan lain, rasa aku pilih pilihan lain. Macam orang kata makan anak tikus hidup2 atau makan daging kelawar nak hilangkan penyakit lelah/semput. Nak bayang pun rasa tak sanggup apatah lagi nak telan.
Moral of the story... Orang dulu2 mungkin jahil sebab tak banyak sumber & info depa boleh dapat tapi kita yang hidup sebagai orang zaman teknologi ni pepandai la untuk cari maklumat kalau petua tu mencurigakan & pelik.