Showing posts with label duta. Show all posts

BOLEH PERCAYA KE CAKAP FAZURA PASAL PRODUK NUTOX NI?

BOLEH PERCAYA KE CAKAP FAZURA PASAL PRODUK NUTOX NI?. Dulu aku pernah jugak try 1 set produk nutox. Masa tu tengah sale.. Aku beli kat guardian. 1 set dalam RM70 macam tu la. teruja la dengar brand Nutox ni. Dulu kan aku suka pakai produk skincare yang tempatan je. Natasya la.. Tia Ammelia.. bla.. bla.. bagai. Memang produk2 tu takde jual la kat guardian atau farmasi. Kena beli kat salon2 kecantikkan atau booth2 yang jual produk. Sebab malas nak pakai produk yang takde jual kat pasaraya atau farmasi ni.. Nak try la produk2 yang ada kat Guardian & watson. Maka terbeli la 1 set nutox ni.


Alih2 memang pakai sikit je rasa macam tak best & tak menepati keperluan kulit aku yang bermasalah masa tu. Kira tak best la sapu cream ke hapa jadah produk dia ni. Memang tak habis guna pun aku biarkan dia kesepian sehingga sampai saat di kebumikan dalam tong sampah. Sebab rasa dah lama sangat simpan.. Selepas tu memang walau best macam mana pun iklan produk ni.. hati ini telah tertutup buat produk nutox.

Tup tup hari ni ternampak lagi Pasal serum Nutox untuk yang katanya boleh kekal muda. Almaklum la dah masuk zon2 makcik ni kan.. Dia memang obses sikit la dengan produk2 untuk meremajakan kulit. Kekonon nak bila keluar je.. Orang dok sangka budak tingkatan 1. hahahaha.. Katanya pakai serum ni boleh nampak kesan dalam masa 2 minggu. Agak cepat jugak la tu.. Dua minggu dari makcik bertukar jadi adik adik katanya. Sampai pelakon & penyanyi fazura pun cakap macam tu. Dia kata kalau tak caya try guna dulu serum nutox tu. Erkk.. Bukan fitnah. Ni buktinya dia kata macam tu >> Fazura Suruh Cuba Serum Nutox Kalau tak Percaya <<

Apapun kita tak boleh judge betul ke bohong sebelum mencuba ye dak? Yelah.. yelah.. nanti aku try la usya serum ni kat guardian. Kalau dia berjaya membuat hatiku terpaut maka aku rembat la sebotol buat try test tengok katanya. Hahahaha...

Moral of the story.. Korang percaya ke cakap fazura? hahahaha...

GAMBAR PEREMPUAN PAKAI PLASTIK BAG 7E ALA ALA BIKINI

GAMBAR PEREMPUAN PAKAI PLASTIK BAG 7E ALA ALA BIKINI. Dulu tak silap aku 6 @ 7 tahun lepas ada jadi viral pasal seorang budak lelaki jadikan plastik bag barang yang selalu kita dapat bila beli barang runcit tu jadikan baju mandi yang ala2 bikini. Ok la sebab budak. Nampak kreatif tapi kelakar la sikit. Tapi kalau dah orang dewasa yang pakai. nak2 lagi perempuan yang berbonjol sana sini. Tak lawak sangat dah. tapi tak sangka pulak idea budak lelaki tu sekarang mungkin jadi sumber inspirasi kat perempuan perempuan ni yang cuba bergaya dengan plastic bag 7e sebagai pakaian renang.


Terkejut aku tengok satu artikel ni pasal swimming suit @ pakaian renang dari plastic bag. Paham je la plastic bang tu kan transparent. Katanya kat shanghai.. gadis gadis yang jadi duta alam sekitar menjadikan plastic bag sebagai pakaian renang. Ni bukan nak bawa mesej sayangkan alam sekitar macam nak tunjuk aset2 yang depa ada je. Kenapa mesti jadikan pakaian renang tak boleh ke jadikan sebagai alas kepala ke? Memang mesej alam sekitar tu tak sampai langsung. hahaha

Memang gila babas tahap kronik ni. dah tu upload pulak tunjuk kat orang. Ni aku tak tipu. Kalau hangpa nak tengok.. tengok sendiri kat sini tak gamak aku nak cemarkan blog aku dengan gambar macam tu >> Jangan Terkejut melihat ada orang pakai plastic bag sebagai pakaian renang di kolam <<

Tahap seksi tu memang pakai bikini pun rasanya tak seksi macam tu. Yelah.. bikini cuma tak cukup kain tapi bukan transparent kainnya. Ni plastic bag 7elevan.. dah la nipis. Tak tengok pun boleh bayangkan macam mana boleh nampak segala bagai.

Moral of the story jangan la trend macam ni menular kat Malaysia. kang plastic bag pun jadi mahal. dari kena bayar RM20sen setiap hari minggu kang naik harga sama dengan baju renang pulak. hahahahaha

ZAIN SAIDIN JADI DUTA UBAT KUAT SEKS

Amboi tajuk kan.. Tak nak kalah tu. Tetap nak hot & spicy.. Bukan sekadar hot & spicy sememangnya isu nya benda tu. Bukan sekadar gimik semata mata hokay! Aku tak sekeji tu tau buat tajuk yang takde kena mengena dengan entri even tajuk2 entri aku memang majoriti hangat hangit bagai..

Sumber goggle

Alkisah pepagi dah ternampak post beautifulnara pasal ni.. Dia punya caption kat post Fb tu kemain lagi tau. Amboi. Nampaknya tiap-tiap malam adalah malam Jumaat bagi Che Ta dan Zain Saidin. Tahniah atas perlantikan Zain sebagai duta produk ubat kuat ini.


Gamaknya orang yang makan ubat kuat seks ni memang hari hari mau ke camna? Kalau camtu kategori melampau jugak la kesannya.. hahahaha.... Punya nak mengambarkan kuasa kuda yang ada dalam ubat tu kan. kalau formula tu di transfer untuk cipta kuat kerja pun bagus.. ye dak? hari2 mau kerja. kekekeke

Tak kisah lah apapun produk nak jual.. nak2 produk tenaga batin ni tapi hope iklan dia jangan keji sangat la. Cukup bagi tau keistimewaan produk tak perlu sangat la nak cerita testimoni dalam selimut sampai orang boleh bayang macam mana aksi atas ranjang. Sebab sekarang ni pengedar2 produk kekuatan dalaman ketat metat bagai ni.. macam dah takde kemaluan. Rilex akak abang.. sikit2 kias2 pun orang paham sebab yang guna produk tu orang dewasa bukan budak tadika, hokay. Jangan sampai orang lain tolong rasa malu dengan anda.


PEREMPUAN SANGAT SENSITIF ISU KONGSI SUAMI

Kecoh la semalaysia pasal kes hanes Suraya caras laki orang. Sana sini sinun orang update. Susah la nak jumpa manusia yang backup hanes & Romi tu. Semuanya lebih bersimpati dengan nasib Liyana yang suaminya telah di caras oleh retis putih gebu itu.

carian goggle

Dipendekkan cerita aku bukan backup mana2 pihak la.. Aku pun tak setuju tindakkan hanes tu apatah lagi perbuatan si Romi cuma aku rasa tindakkan paling bodoh yang si Hanes Suraya buat adalah terus menerus mengeluarkan statement tak berapa bijak yang cuba menunjukkan diri dia tak bersalah & teraniaya. Bukannya ada orang nak simpati malah perbuatan dia tu macam sengaja mengundang maki.

Yang terbaik Hanes Suraya buat adalah diam & biar isu tu reda. Kau dok gigih sangat pertahankan diri kau yang terang2 agak salah di mata orang pun tak guna jugak. Even ko rasa bukan kau punca keretakkan rumahtangga depa.. tapi kau hadir di tengah mereka sedang menghadapi krisis rumahtangga adalah satu kesilapan terbesar yang kau buat. Orang tu dah memang ada masalah kau pulak masuk jarum.. memang kau la terima bahananya. Kalau ye pun kau sangap nak naik ferari tunggu la sapa depa bercerai dulu.. time tu sapapun tak pertikai ko nak pergi holiday berkepit dengan jantan tu pun.

antara komen2 isu hanes suraya dengan laki orang ni. aku select yang tak berapa ngeri je komen2 ni. tahap maki hamun tu tak sampai hati la nak tayang kat blog aku ni

Benda ni jadi pengajaran jugak la kat kita.. Ambil contoh kes Ashraf Muslim & sakinah.. even sakinah tu cuma di madukan bukan dia rampas pun suami orang sampai hari ni dia di kutuk kerana perempuan ni sangat sensitif isu2 tumpang suami ni. Kau boleh tumpang kereta, tumpang rumah, tumpang makan minum, tumpang benda2 lain tapi bukan tumpang suami. Suami umpama harta & anugerah bagi seorang isteri. Tak ramai yang rela berkongsi suami walau masih ada yang sudi menumpangkan untuk perempuan lain.

Isteri pertama kebanyakkan terima suami dari 0 to hero.. tapi bila dah jadi hero laki nak cari heroin lain pulak mana tak hangin kan? Yang menerima kita saat susah itulah akan bersama kita dalam susah & senang.. tapi yang datang dalam hidup kita masa senang kebanyakkan tak boleh terima kita bila dah jatuh susah. Jadi.. hargailah orang2 yang bersama kita saat jatuh & bangun.. dari kita jalan kaki sampai kita naik ferari. Kerana mereka menerima kita seadanya.

Jadi pada semua perempuan di luar sana.. ingat nak menumpangkan suami orang mungkin manis.. tapi nak bagi tumpang tu telan tak lepas dari tekak,nak bernafas pun rasa tersangkut kat hidung apatah lagi nak senyum rasa bibir tersepit celah gigi jer... Kalau boleh elakkan.. elakkan la kalau dah tak boleh mungkin itu dah jodoh. Soal jodoh dah di luar kuasa seorang manusia.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com