TELEFON BIMBIT MILIK GURU KEPADA PELAJAR YANG MEMBUNUH DIRI MASIH BELUM DI TEMUI
TELEFON BIMBIT MILIK GURU KEPADA PELAJAR YANG MEMBUNUH DIRI MASIH BELUM DI TEMUI. Sejak dua tiga hari ni.. Masing masing mengeluarkan pendapat & luahan perasaan terhadap kes seorang remaja yang tekad membunuh diri selepas di tuduh mencuri iPhone milik salah seoarang guru di sekolahnya.. Tak payah la eden nak tulis balik kronologi kes tu.. bersepah dah orang share. Salah satu yang menjadi viral susulan kes tersebut adalah luahan hati ibu remaja tersebut yang membuat kenyataan kepada media yang katanya telefon guru tersebut sudah di temui tapi nyawa anaknya yang dah tiada bolehkah di kembalikan.Ada juga saya baca katanya iPhone guru tersebut di temui tercicir di sebuah kedai makan.. Tadi terbaca kat harian metro online & terdengar kat buletin Utama TV3 katanya spekulasi yang mengatakan telefon bimbit guru tersebut dah di temui adalah tidak benar. Yelah.. yang kita baca semua spekulasi kan.. Bukti telefon milik cikgu tersebut yang di katakan dah jumpa tu memang tak ada pun..
Satgi ada pulak yang kata aku backing cikgu tu.. Dalam soal ni bukan backing sesapa.. Kita sampaikan apa yang di laporkan pihak berkuasa jer. Memang untuk apa2 isu selalunya den suka baca dulu.. Memang den mengulas lambat sikit. Kalau awal awal kita buat kesimpulan maybe komen kita jadi fitnah pulak kan.. Yelah, semua orang marah dengan apa yang berlaku. Apa yang kita dengar dari sebelah pihak & kes masih dalam siasatan. Kadang2 tidak adil jugak la bagi pihak yang di hentam. Bukan aku kata cikgu tu tak salah.. atau tak jugak saya letakkan 100% kesalahan tu di bahu dia. Saya pun tak mau judge sapa salah sapa betul.. Sebab tu malas nak ulas sangat sebab I is not Inspector sahab.. Jangan sampai lekatlekit speaking OK! Kang tunggang langgang hangpa tak faham.. hehehe
Cuma nak bagitau laporan berita cakap enpon cikgu tersebut belum di temui jer. Lain lain macam biasa kita tunggu je sampai siasatan selesai. Kita betul kematian pelajar tersebut adalah kerana tuduhan tidak berasas oleh guru tersebut & tekanan yang di berikan tu menyebabkan pelajar tersebut mengambil keputusan membunuh diri.. Hope undang undang dapat memberi pembelaan supaya menjadi pengajaran kepada orang lain.
Apapun saya harap keluarga pelajar tersebut kuat & tabah.. Memang kehilangan orang tersayang dengan cara macam tu memberi kesan trauma & kesedihan yang mungkin tak dapat di gambarkan dengan kata kata.. Tapi hidup tetap kena teruskan kan.