SERAM & SERIK NAK KE AUNTY AINI'S GARDEN CAFE LAGI
SERAM & SERIK NAK KE AUNTY AINI'S GARDEN CAFE LAGI. Tu dia kali ni bukan kisah dari sumber2 google yer.. Kali ni nak share pulak kisah pengalaman sendiri. Semalam 20 Ogos 2015 adalah hari ulangtahun anak aku yang ke 4. Cara kami celebrate tiap2 tahu memang takde tiup2 lilin atau potong. Caranya kami spent time together & buat aktiviti yang best. Takpe next week ada lagi satu birthday celebration... Tengok kemana kah kita hahahaha.Gambar Compile je la.. Nanti aku rajin2 aku tulis review PD Ostrich show farm yer. Camera gedabak tak bawak so kualiti gambar sekadar enpon 3310 je la.. hehehehe |
Dalam perjalanan balik tu.. Malam singgah Dinner kat Aunty Aini's Garden Cafe. cantik tempat dia berkonsepkan garden la. Penuh pokok. Kami pilih makan kat pondok yang di kelilingi pokok.. Sampai pondok tu budak lala terus pandang macam orang takut kemudian menangis. Nak kata anak aku takut dengan suasana hutan rasanya tak sebab kami selalu bawak dia pergi mandi kat sungai pisang gombak tu ok jer.. Budak yang tak berapa pandai nak cakap ni susah jugak dia nak bagitau apa yang dia takut. Sebelum ada yang tanya even aku pernah bagitau anak aku ni speech delay.. Perkembangan bahasa dia baru nak berkembang. Sebab dia tunjuk reaksi macam tu terpaksa bagi dia smartphone dia conteng2 tak nak bagi dia terlalu memerhati kawasan sekekiling yang maybe seram kot. Aku tak tau la apa dia nampak & apa dia takut tapi aku cuba positif maybe dia takut sebab deco kat situ yang banyak pokok2 menjalar nampak macam seram kot.
Nak balik anak aku menangis lagi masa nak keluar dari restoran. aku tak tau la apa yang dia takut kat situ.. Cuma aku berdoa jangan la jadi macam peristiwa kat Melaka haritu. Alhamdulillah sampai rumah lebih kurang pukul 11 aku mandikan dia & dia tido takde meracau2 atau menangis lagi.
So, untuk next time memang aku takkan datang lagi bukan sebab takut tapi totally semua makanan kami order semalam memang tak sedap. Sebab lapar je makan jugak tapi mee rebus tu memang tak sampai separuh aku makan. Harga dia standard la nak kata mahal.. mee rebus sepinggan RM9.50.. aku rasa kalau tengok dari cafe dia tu memang rate biasa la. Tapi sebab rasa yang low class aku rasa tak layak caj RM9.50 hahahaha
Moral of the story.. Ni pendapat dari rasa tekak aku takde kena mengena dengan tekak orang lain. Kalau hangpa rasa sedap tak bermakna tekak aku jugak sedap yer...