Showing posts with label churp churp. Show all posts

MAKAN NASI SATU PERKARA YANG RUMIT BUAT ORANG YANG SIBUK

MAKAN NASI SATU PERKARA YANG RUMIT BUAT ORANG YANG SIBUK. Makan nasi ni dah jadi makanan ruji rakyat malaysia. Tak kira apa bangsa kat Malaysia memang majoriti makan nasi.. Bukan kata takde langsung orang Malaysia tak makan nasi.. tapi berapa kerat sangat kecuali budak2 tengah membesar macam anak aku memang susah nak pujuk makan nasi. Jangankan nasi.. memang susah nak makan. Takpe la apa dia makan janji dia sihat.

Gambar pinjam Google je. Tak tau sapa punya. Halalkan lah yer gambar ni

Nasi kalau time busy ni.. Memang ada orang terpaksa skip makan nasi. Yelah.. nak makan nasi at least kena duduk dengan tenang. Takde boleh makan nasi macam makan jajan. Nak suap.. nak cubit lauk.. nak gaul.. bagai.. Memang kita rasa mudah bila kita cukup masa makan tu tapi bagi orang yang hidup dia memang celik mata jangankan meroyan kat pesbuk..kalau boleh berak & kencing pun dia nak skip. Kalau boleh satu hari dia perlukan 42 jam. 24 jam memang tak cukup bagi dia. Sampai nak makan nasi pun dia rasa rumit sangat sebab perlu ambil masa yang lama.

Bagi golongan busy ni.. kalau la ada nasi yang boleh makan macam makan fastfood...  alangkah bahagia. Boleh menikmati nasi dengan masa yang singkat atau sambil buat kerja. Sekarang dah ada... Nasi pun telah di formulakan menjadi makanan fastfood katanya.. Tak payah susah nak cubit lauk.. nak gaul2.. kemudian baru suap. Semudah kau buka bungkusan.. pegang & terus gigit. Macam mana nak makan nasi macam tu... Nasi lemak pun kau tak mampu makan gigit2 macam gigit biskut. Ada.. nak tau meh la tengok kat sini >> Masak Merah Rice Wrap <<

Jadi pada golongan yang sentiasa busy dengan urusan duniawi ni.. Boleh la nikmati keenakkan nasi dengan cara paling mudah & simple. Pakia wrap je kau! lepas ni dah takde alasan kena gastrik sebab selalu lambat makan.


KENA UGUT NUFFNANG BARU DAPAT BE

Wah... bunyi keras je kan tajuk entri ni. Ugut boleh di sabitkan kesalahan ni. Bahaya sungguh blogger sorang ni kan? Tak dapat BE terus ugut tu? Kau berani buat ke??

Alahai... rasanya Nuffnang pun tak tacing dengan ugutan den tu cuma maybe bila den ugut2 manja camtu baru dia perasan kot kewujudan blog den disisi Nuffnang. Semalam ada jugak up status kat FB berbunyi ugutan camni..


Ugut nak cerai je pun. Takut menjanda la tu Nuffnang dengan den la tu!! hari ni tetiba tergerak hati nak tengok account Nuffnang. Tu dia ada la seketoi BE pertama untuk 2014 ni. Tu kira rezeki la tu. Tak tau bapa ringgit dia nak beranak pinak hope iklan dia selalu2 menggedik la kat banner blog den ni baru la earning naik. Jangan takat kau pujuk hati ku bagi BE tapi ko malu2 nak siar iklan tu kat blog aku sudah. Kalau camtu samalah ada dalam tiada gitu.


Apapun rezeki semua datang dari Allah tapi kita tak boleh nak tadah tangan je minta kena juga usaha, kan?? Dalam duni blog ni banyak lubang2 rezeki yang korang boleh cari... Usaha je Insya Allah ada. Macam ni den even tak selalu dapat cashout Nuffnang tapi 8share tiap2 bulan boleh la jugak cashout. Churp Chrup pun ada jugak hasilnya walau tak sebanyak 8share tapi lebih banyak la dari Nuffnang. Yang penting kena usaha.. selebihnya doa & tawakal je la. Rezeki ni kadang2 tak datang dalam bentuk duit jer... datang dalam bentuk macam2. Walau account kering tetiba asben ajak gi holiday obersi.. Tu pun rezeki jugak tu.
So, pada yang masih berusaha mencari pendapatan samping secara online ni jangan putus asa, Kalau Nuffnang lambat nak tuai hasil sila cuba 8share & churp2 pulak mana tau hasil menuai dengan depa ada hasil nanti.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com