RISIKO MEMBELI BELAH DI EZBUY YANG MESTI ANDA TAHU
RISIKO MEMBELI BELAH DI EZBUY YANG MESTI ANDA TAHU. Memandangkan aku dah banyak membuat pembelian secara online di website ezbuy malaysia ni.. Rasa aku dah layak menulis kekurangan & kelebihan bila membeli belah di ezbuy. Tak di nafikan harga di ezbuy memang buat kita rambang mata.. Dah la murah design2 dia memang la cantik2 terutama pakaian,aksesori, kasut.. Sebab tu je setakat ni aku membeli kat situ. Ditambah lagi memang banyak pilihan.Tapi ada beberapa perkara yang korang mesti tahu yang tak best bila membeli belah di ezbuy. Pengalaman pertama membeli belah kat ezbuy aku pernah tulis harga yang di paparkan bertukar bila kita pilih & nak add to cart (boleh baca kat sini entri berkenaan perkara tu >> Pengalaman Membeli Belah Di Ezbuy, Murah Tapi Meragukan <<).. Walaupun harga tetiba jadi lebih dari harga di paparkan tapi masih murah. Yang tu maybe kita anggap perkara kecil sebab kita baru select belum buat payment.
Tapi risiko yang anda mungkin hadapi selepas dah buat pembayaran untuk pembelian dia ezbuy adalah.. Tetiba barang yang korang order out of stock so pihak ezbuy akan cancel & refund balik duit korang ke account prepay ezbuy. Bukan account bank ok! Account prepay ezbuy.. sebab nak membeli di ezbuy kena register dulu.. Lepas tu nak bayar kena topup duit dalam account prepay ezbuy baru boleh membeli belah. Yang tak best sebab pihak ezbuy hanya refund harga barang yang di beli & duit shipping yang kita bayar je. Tahukah anda.. bila berlaku perkara macam tu kita dah rugi kos delivery. Sebab delivery di caj RM8 tak kira korang beli 1 item atau banyak. Bila berlaku ezbuy tak update dengan seller barang apa yang ada & tak ada stock kita dah ter order & terbayar.. tetiba barang tak ada. Duit tu refund masuk ke account prepay ezbuy. Nak tak nak kau kena beli barang lain la kalau kau tak nak duit tu lebur kat situ. Bila membeli kau terpaksa bayar lagi kos delivery yang RM8 tu. Kau beli banyak sebab nak jimat tetiba salah satu barang kau order tak ada kau jadi rugi balik.
Yang paling sadis dua kali beb aku order barang yang dah out of stock.. Bila ada balance dalam account aku terpaksa membeli lagi sebab tak nak duit aku burn macam tu. Aku kena bayar lagi kos delivery.. nak beli 1 item rasa macam rugi kos delivery.. alang2 nak beli aku suka beli banyak sikit. Kalau barang asyik out of stock, rugi la aku. Lain la ezbuy refund masuk account bank so aku ada piliha.n.. nak beli atau tak sebab duit tu dah masuk account bank. Ni masuk account prepay ezbuy memang takde pilihan la selain kau membeli dengan ezbuy jugak.
Please la ezbuy.. kali pertama warna seluar anak aku beli out of stock ok boleh tukar dengan warna & corak yang available, kali kedua barang out of stock sebab aku sayang nak burn duit macam tu aku beli lagi tapi kali ketiga selepas seminggu aku order kau email lagi barang out of stock lagi. Watdehek kau!!!. Tolong la alert & update dengan seller2 supaya delete barang2 yang dah out of stock. Benda ni merugikan pembeli & aku rasa macam teraniaya tau!! Atau guna konsep macam lazada & zalora refund terus ke account bank customer. Dah sampai 2 3 kali macam ni pun kau takde rasa bersalah.. kot2 nak sejukkan hati pembeli bagi voucher ke hapa. Ni kalau aku email pun jawab macam minta kaki. Ezbuy punya customer service memang hancuss ok! Pernah aku tanya barang aku yang lambat sampai.. dia jawab kalau tak sampai dalam tempoh yang sepatutnya suruh aku check dengan family atau jiran samada mereka ada terima tak parcel aku. Family tu ok la.. Jiran tu aku tak boleh nak hadam. Aku rasa kalau aku tak ada kat rumah sesenang je la dia bagi kat jiran untuk tolong accept barang aku walau tanpa keizinan aku.
Dulu masa mula2 beli memang aku wah.. cepatnya ezbuy delivery. 7 hari macam tu dah dapat barang yang order dari china walau aku ambil shipping economy air je. Selepas tu jadi 2 minggu.. yang terbaru ni tak tau la berapa minggu dia nak ambil masa. lepas seminggu pun nampak tak ada apa2 progress kat system. Dulu lepas 3 hari tu ada juga la progress dah naik kapal terbang bagai.. ni rasa dok melepak kat china lagi kot. Sebab masih ada balance yang ezbuy refund tu kena jugak membeli lagi. Tak tau lepas ni apa pulak nak jadi.
Bila jadi masalah macam ni aku rasa ezbuy kena selalu update dengan seller supaya customer tak terbayar barang yang dah out of stock. Kalau dah sampai 2 3 kali asyik terbeli barang yang dah tak ada pun masalah jugak. Kedua ezbuy kena sekalikan shipping & delivery kos tu supaya bila berlaku benda macam ni customer tak rugi. So boleh refund balik semua. Kenapa perlu shipping & delivery di kira sebagai 2 harga. Nak senang buat macam lazada free shipping walau kita tahu semua kos dah include dalam harga barang. Bila nak refund.. kita dapat semua harga yang kita bayar. Dan aku harap lepas ni ezbuy boleh ubah sistem, refund terus ke account customer supaya kalau customer rasa tak puas hati dia ada pilihan samada nak membeli atau tidak dengan ezbuy. Yang last tolong reply complaint customer dengan lebih bijak. Jangan la bagi jawapan yang minta kena pijak. Sakit hati kita ni, wak..!!!
Apapun.. dari segi berjimat memang ezbuy menawarkan harga yang murah tapi sayangnya dari segi service nampaknya ke laut juga walau aku selalu ambil shipping economy air. Rasanya ezbuy kena upgrade balik kekurangan service mereka baru mantap & customer puas hati, anda untuk berganda ganda.
Entri lain berkaitan tentang service ezbuy boleh baca kat sini
Kali Ketiga shopping di ezbuy makin lambat service penghantaraan
Barang yang sampai tak sama seperti di website, ezbuy hanya bayar pampasan RM1.96