TERGAMAK SEORANG IBU SEBARKAN DIARI ANAK DI MEDIA SOSIAL
TERGAMAK SEORANG IBU SEBARKAN DIARI ANAK DI MEDIA SOSIAL. Mak mak zaman media sosial ni kadang2 aku rasa ada orang terlampau open minded sampai tak boleh beza yang mana satu boleh di kongsi di media sosial & yang tak boleh. Masing2 gila nak jadi attention seeker katanya. Masing2 berharap apa yang depa share tu jadi viral sekaligus menaikkan rating populariti kat media sosial tu masing2 jadi bangang sampai sanggup mengaibkan anak anak sendiri.Sebelum ni Viral kakak sepupu share diari adik sepupu dia.. Ni Aku ternampak satu viral si mak share diari anak dia yang menulis pasal 2 lelaki yang konon suka dia & tak tau nak pilih siapa. Tak salah mak bapak nak pantau diari anak2 yang masih kecil ni. Bukan apa takut ada perkara tak betul depa buat maybe boleh tahu dari penulisan diari tu tapi bagi aku tetap salah kalau kau menyebarkan perkara yang menjadi privacy anak kau pada orang yang tak sepatutnya. Apa ke bangang mak jenis macam tu kan??
Lepas orang dok komen kutuk2 anak dia yang kononnya kecik2 dah gatal. Spender mak beli lagi bla.. bla.. dot.. com. Boleh pulak tahan dia orang dok mencerca anak dia macam tu. Siap celaka bagai pun ada aku baca. Macam mana aku tak cakap mak budak ni bangang. Memang bangang pun apa yang dia buat. Kalau dia tak share benda ni tak jadi viral kot. Kalau aku.. Memang tak la sanggup nak biar orang cerca anak aku! Jangan sentuh bab anak aku.. Memang pantang sangat la.
Walau budak tu umur 10 tahun kau jangan ingat dia budak kecik yang tak ada rasa malu ok! 10 tahun ada budak perempuan yang dah akil baligh ok! Emosi kanak kanak perempuan dalam usia tu mungkin dah berbeza. Nak2 lagi zaman sekarang ni budak2 lebih advance.. So emosi, perasaan mereka dah lain dari budak2 zaman dulu. Benda tu boleh bagi tekanan emosi juga kalau kawan2 sekolah depa tahu. Apa ingat mustahil budak 10 tahun zaman sekarang ada account facebook. 7 tahun mak bapak dah belikan smartphone kalau 10 tahu dah expert la depa guna smartphone tu.
Memang la dalam usia 10 tahun tu rasanya belum sesuai nak terjebak dengan masalah hati soal cinta 3 segi macam tu.. Just kau tegur anak kau kat dalam bilik sudah la. Perlu ke kau rasa benda tu macam satu hiburan yang perlu di kongsikan dengan semua orang? Aku tak rasa mak dia nak menegah cuma mak budak ni rasa anak dia macam sweet sangat tulis macam tu.. Tu dia share dengan orang lain.
Yang kita semua perlu tahu tak kira berapa usia seorang manusia tu bila dia menulis sesuatu dalam diari nak2 lagi berkaitan dengan perasaan dia.. Ia ada peribadi yang dia tak mahu sesiapapun tahu. Bagi dia kalau benda tu orang tahu akan mengaibkan.. Bila tersebar macam tu benda tu memang akan bagi kesan pada emosi, pada rutin harian & mungkin menganggu kesihatan dia juga. Please la mak bapak.. Tak semua perkara kita boleh rasa lucu & boleh di buat bahan gurau nak2 lagi kat media sosial yang berkaitan anak atau keluarga kita. Jangan sampai anak kau yang 10 tahun tu bunuh diri baru kau nak rasa benda tu sangat kesan pada perasaan & emosi dia.