BIAR NAMPAK JAHIL JANGAN ALIM TAK TENTU PASAL

7/04/2014 02:52:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

Aku akui aku manusia yang ilmu tak banyak.. Aku bukan seorang yang bijak pandai. Even dah bangka aku masih merangkak rangkak mencari ilmu. Kemudahan yang ada aku guna jugak untuk belajar & memperbaiki diri. Takde la aku online sekadar nak stalker status orang kemudian pertikai itu ini. Kadang2 aku cuma bertanya bukan mempertikaikan.. Tapi orang suka salah faham bila pertanyaan aku tu depa takdak jawapan.

Sumber google

Zaman la ni.. Zaman fitnah semudah 1 clik jer boleh tersebar satu dunia. Bukan setakat cerita artis.. terjemahan hadis & al quran pun ada palsu. Beriya la kita sebar sebab selama ni kita tak pernah tahu pun ada terjemahan hadis atau ayat Al Quran kita pun ghairah la tanpa ada rujukan dari sumber yang sahih. Bila orang persoalkan.. jawapan cuma Wallahu a’lam. Yang penting niat katanya... Kalau dah hadis tu palsu niat tak boleh nak membetulkan apa yang salah. Yang lebih sadis lagi bila orang tanya.. macam tak puas hati jer bila dia takde jawapan. Mula la jadi perang sindir padahal orang yang tanya tu cuma nak kepastian sebab bukan kata salah apa yang di sebarkan cuma orang tanya sebab orang tu tak tahu samada betul atau salah jer. Jadi bila ada sumber sahih takde la was was sangat. Kalau betul benda yang baik tu boleh jadikan pengajaran. Ni melibatkan kepercayaan.. jadi kalau salah percaya jadi terpesong sebab tu tak boleh hanya pakai jawapan Wallahu a’lam kena ada jugak rujukan yang sahih. Wallahu a’lam ni boleh di guna pakai dalam soalan tertentu jer bukan semua boleh guna pada semua soalan. Kalau ko jawab kat kertas exam Wallahu a’lam, confirm la failed macam tu jugak dengan petikan hadis atau ayat al quran kalau wujud ada bukti jadi kena tunjuk bukti.

Entri ni pun nak point sapa2.. tapi untuk peringatan buat kita semua. Biar kita mengaku tak pandai orang tak pandang kita bodoh sangat dari kita memandai mandai benda yang kita tak tahu cara tu bukan saja nampak bodoh tapi macam memperbodohkan diri sendiri. Sebab tu aku kalau nak share apa2 artikel berkenaan hukum hakam yang melibatkan ilmu agama ni aku pastikan ada sumber rujukan yang sahih & tiada keraguan sebab aku takut jugak aku tersebar info yang salah. Ni bukan zaman kita budak2 dulu.. yang kepercayaan kita banyak berlandaskan dogeng orang2 tua. Orang dulu boleh la accept.. sebaran ilmu tu tak meluas & terhad & banyak kepercayaan depa yang karut marut ikut logik akai depa ja.. Tapi kita sekarang banyak sumber untuk kita buat rujukan, so gunakan sebaik mungkin.

Moral of the story.. Biar kita nampak jahil orang boleh tolong ajar.. jangan kita dok tunjuk konon alim padahal kita sendiri pun tak sure apa yang kita sebar tu betul ke tak. Orang nak tolong ajar pun takut.. Bila tanya macam nak ajak bergaduh pulak. Zaman media sosial.. berhati hati sebelum menyebar sebab tak semua nampak macam betul tu betul. Bukan kata semua salah tapi salah & betul sekarang dah sama banyak.

6 comments:

  1. tu sbb skrg ni sy takut nak share share pape kak.risau sgt tersalah.sobs.

    ReplyDelete
  2. setuju:)
    zaman sekarang cukup simple,
    halal haram jatuh pada status like :)

    ReplyDelete
  3. setuju...iolss mengaku iolss memang jahil dan masih mendalami, biarlah iolss nampak jahil su...asalkan tak nampak alim, mengaku alim, acting alim meanwhile on the inside lain dari yang kita nampak....

    ReplyDelete
  4. ramai orang share hadis2 palsu ni... so far aku takde la nak share benda yang aku rasakan was2 dan bida'ah... nawaitu kejar pahala tu kena slowkan sikit... sebab bila ada nawaitu kejar pahala ni, tu yang main share tu... 1 share 1 pahala... hurm camne laaa tu...

    ReplyDelete
  5. sangat setuju.. kena teliti sebelum sebarkan apa-apa.. terima kasih atas peringtan bersama ^_^

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com