Showing posts with label al quran. Show all posts

DILARANG MENGIKLANKAN PRODUK RUKYAH,SUNNAH ATAU APA APA BERUNSURKAN KEAGAMAAN.

DILARANG MENGIKLANKAN PRODUK RUKYAH, SUNNAH ATAU APA APA BERUNSURKAN KEAGAMAAN. Walaupun kita dah hampir ke pertengahan tahun 2022 namun masih ramai yang tertipu dengan produk produk overclaim walau yang dah ramai pihak tampil memberi kesedaran pada masyarakat. Tapi tu la..majoriti masih percaya pada penjual produk dari individu yang berautoriti. Itulah keistimewaan penjual produk sebenarnya. Tak payah belajar tinggi tinggi, tak payah jadi orang berilmu cuma mantapkan skill untuk memanipulasi atau menipu je memang boleh hidup senang di dunia. Sebab manusia ni banyak yang lebih suka dengar harapan indah yang kosong dari kebenaran yang pahit. Sebab tu ramai pilih telan produk overclaim yang tinggi kandungan gula dari ikut saranan pakar kesihatan dan mengambil ubat yang di bekalkan hospital sebab kebanyakan pahit.

Isu produk yang menggunakan tuntutan keagamaan ni bukan baru malah dah lama cuma saja la nak tulis balik kat blog ni untuk bagi kesedaran pada pembaca blog lekatlekit.com yang nak terima la. Yang tak nak terima mampuih pi kat hang la bak kata orang kedah. Itu pilihan masing masing. Kita sendiri pilih untuk jadi bijak atau di perbodohkan. 

Semalam tertengok la satu konten tiktok dari seorang founder produk yang di kenali dengan kontroversi promot produk garam konon boleh merawat gangguan makhluk halus ni. Urut dada & mengucap je la. Dengan harga garam dia jual tu rasa Ya Allah.. sesungguhnya orang jahat ni memang di dunia syurga buat mereka. Padahal kalau beli garam kasar lepas tu pergi darussyifa tak sampai suku pun harga produk garam tu. Kenapalah menipu sesama bangsa & agama demi memenuhi tembolok sendiri?

Sebenarnya produk macam tu dah ada kat pasaran dengan tuntutan macam macam la. Rukyah la.. sunnah la.. untuk memanipulasi. Yelah.. kalau jual garam je sapa nak beli kalau harga macam tu. Kena la overclaim konon dah di rukyah.. di bacakan 30 juzuk bagai. Lepas tu claim la merawat gangguan makhluk halus, sihir apa apa je la penyakit mistik atau penyakit lain. Tuntutan kena 1001 penyelesaian baru boleh jual dengan harga maha nirrojim.

Ramai yang tak tahu sebenarnya majlis Agama Islam melarang penjualan produk yang membuat tuntutan keagamaan seperti rukyah, sunnah dan sebagainya.

Perbuatan menjual produk-produk ruqyah atau jampi meskipun menggunakan ayat suci al-Quran dan doa-doa yang baik maksudnya, boleh membuka kepada pintu fitnah. Justeru, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Malaysia Kali Ke-108 yang bersidang pada 2-3 November 2015 telah membincangkan mengenai Hukum Penjualan Produk Menggunakan Ayat Ruqyah (Ayat Al-Quran) Untuk Tujuan Komersial.

Muzakarah berkenaan telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Islam tidak menafikan penggunaan ruqyah dan Rasulullah S.A.W. menyebutkan bahawa sebaik-baik ubat ialah ayat-ayat Al-Quran dan Baginda membolehkan untuk meruqyah selama mana tidak berlaku syirik.

Berdasarkan dapatan kajian yang dikemukakan, Muzakarah mendapati bahawa isu produk yang dilabelkan sebagai ‘makanan sunnah’ dan makanan/minuman yang diruqyahkan dengan ayat Al- Quran serta zikir semakin berleluasa dan menjadi pelan pemasaran pengusaha produk-produk makanan dan barangan di Negara ini. Ia telah menjadi kaedah untuk melariskan produk bersandarkan perkataan ‘makanan sunnah’ dan ruqyah.

Sehubungan itu, sebagai Sadd az-Zarai’ kepada unsur-unsur penipuan dan penyalahgunaan ayat-ayat Al-Quran untuk tujuan komersial, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa penggunaan ruqyah dan istilah ‘makanan sunnah’ secara tidak bertanggungjawab untuk tujuan mengaut keuntungan dan melariskan produk perlu dihentikan kerana dibimbangi ia termasuk dalam perbuatan memperdagangkan ayat-ayat Al-Quran yang ditegah oleh ajaran Islam.

Oleh hal yang demikian, Muzakarah menggesa supaya perbuatan tersebut ditangani segera supaya istilah ‘makanan sunnah’ ini tidak difahami oleh masyarakat dalam konteks yang tidak tepat, dan penggunaan ruqyah tidak disalahgunakan sehingga menggugat akidah sekiranya masyarakat meyakini keberkesanan ruqyah pada sesuatu produk tersebut mengatasi usaha dan ikhtiar serta kekuasaan Allah S.W.T.

Muzakarah juga bersetuju memutuskan supaya penggunaan ruqyah pada sesuatu produk untuk tujuan komersial tidak dibenarkan sama ada untuk tujuan pelabelan, pengiklanan atau promosi.

Sumber : https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1351-al-kafi-397-hukum-menjual-produk-yang-diruqyah-dengan-alatan-elektronik

Produk macam ni juga di kategori sebagai produk overclaim. Overclaim juga salah di sisi undang undang. Boleh di saman dan di dakwa di mahkamah.

Di bawah Peraturan 18(6), Peraturan-Peraturan Makanan 1985 menyatakan bahawa label makanan tidak boleh mengandungi akuan kesihatan seperti mencegah, mengurang, merawat dan menyembuhkan sesuatu penyakit dan kegagalan mematuhinya, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 dan penjara tidak lebih dua tahun.

Jadi pada pengeluar, pengasas dan penjual produk jadilah manusia bertanggungjawab dan jujur dalam perniagaan anda kerana ia berkaitan dengan sumber rezeki yang anda perolehi. Risau berlaku Istidraj.

SUARA GHAIB BACA YASSIN DI TENGAH MALAM SELEPAS KEMATIAN AYAH

SUARA GHAIB BACA YASSIN DI TENGAH MALAM SELEPAS KEMATIAN AYAH. Setelah agak lama bercuti panjang segmen seram serik lekatlekit.com kembali menyeramkan anda. Mesti ramai yang rindu kan dengan cerita seram di blog ni. Yer yer.. aku tahu korang memang suka baca cerita seram malam Jumaat untuk menaik taraf feel seram tu. Kalau malam lain feel dia tak sama kan malam jumaat. Malam jumaat ni kalau takut takde la overnight boleh la tidur awal katanya hehehe


Kisah ini adalah sebuah kisah benar yang pernah berlaku. Kisah ni aku jamin tak ada di tulis kat mana mana blog. Kisah ni berlaku 6 tahun yang lalu. Kisah ini berlaku dalam family aku.. Kisahnya selepas Arwah ayah aku meninggal dunia. Ayah pergi pun bagi aku sangat mengejut sampai aku waktu tu memang tak boleh terima kenyataan sangat. Nak2 lagi tengah dok kelam kabut dengan urusan pernikahan aku yang waktu tu tinggal lagi sebulan je nak buat prepation. Tapi aku terpaksa di nikahkan awal dari perancangan iatu selepas 4 hari arwah ayah aku meninggal dunia & pada tarikh yang sepatutnya aku bernikah tu di jadikan majlis perkahwinan je la sebab dah nikah.

Berbalik kepada kisah misteri berlaku.. Malam selepas beberapa hari Arwah ayah aku meninggal.. Adik aku (No 4 dalam family) malam tu baca yassin. Dia baca sorang2 sementara yang lain dah tidur waktu tu sebab dah tengah malam sangat. Kata dia masa  dia tengah baca yassin tetiba dengar satu suara lelaki jugak turut membaca yassin. Dia cuba amati suara yang mengaji dengan dia kot2 orang yang dia kenal atau suara dari rumah jiran ke hapa. Memang bukan dari suara orang yang di kenali. Takde makna suara radio atau TV sebab time tu semua dah off. Setiap kali dia teruskan pembacaan suara tu mengikut memang jelas sangat. Suara tu kata dia datang dari arah ruang tamu rumah tapi adik aku baca yassin dalam bilik dia. Bila dia cuba pantau kat ruang tamu memang tak ada sesapa.  Walaupun pelik & rasa seram jugak... adik aku terus baca. Sampai sekarang siapapun tak tahu suara siapa yang ikut adik aku mengaji malam tu. Hanya adik aku sorang je yang dengar.. Yang lain2 termasuk aku memang tak dengar.

Aku memang tak pernah share apa2 kisah mistik & misteri yang berlaku dalam keluarga aku malah masa aku tinggal kat kampung dulu pun sebenarnya banyak perkara yang aku sendiri tak pasti samada mainan perasaan atau benda tu wujud di sekeliling aku. Pernah satu ketika tu.. Masa family aku semua ke kuantan nak hantar adik aku yang no 4 sambung belajar di Politeknik sana. Aku malas nak ikut.. So aku tinggal la sorang2 kat rumah. Siang tu tak ada la apa2 yang mistik sangat.. Siang la katakan.. Masuk tengah malam semua orang dah tidur aku ni memang lambat tidur. Tetiba dengar suara berdehem sebiji suara mak aku. Bukan sekali 2 kali aku dengar. Time tu tak payah cakap meremang bulu roma aku. Nak lari ke rumah kedua (rumah makcik yang jaga aku masa kecik) makcik & abang aku pun ikut sekali pergi kuantan. Memang tak ada pilih buka semua lampu dalam rumah tidur depan TV. Gila kau tak seram duduk sorang2 tetiba dengar suiara mak sendiri yang tak ada kat rumah. Time tu arwah ayah aku masih ada.

Tapi aku tak pernah serik pulak duduk sorang2 kat rumah aku tu.. Walau bila tengah malam memang perasaan seram tu akan muncul. Tu sebab kot aku suka tengok cerita seram & filem2 seram sekarang jarang dapat memenuhi piawaian rasa seram aku sebab dalam hidup aku, aku dah biasa hadap benda yang lebih seram katanya. Rasa seram ni kadang2 kita tak perlu nampak benda tu muncul dalam bentuk fizikal ke hapa.. Rasa tu pun kadang2 lebih seram dari apa yang kita lihat.

Kalau korang la berada dalam situasi adik aku & dalam situasi aku gamaknya korang buat apa? Adakah korang berhenti baca yassin & simpan terus masuk tidur atau korang terus je macam adik aku buat? Atau dalam situasi aku.. apa korang nak buat. Takkan nak ketuk rumah jiran atau sedara mara yang lain pulak nak tumpang tidur. Dalam situasi macam tu kita kena bijak mengawal perasaan. Macam situasi lelaki ni >> [VIDEO] Pernah tak jumpa orang yang poyo macam 4 budak ni? < Sebab kadang2 kalau kita berada dalam keadaan panik & takut benda tu sebenarnya menyebabkan kejadian tak di ingini berlaku. Jadi penting kita untuk kawal perasaan tak kira dalam apa juga situasi untuk kita mengambil langkah bijak mengatasi apa saja masalah yang sedang berlaku.

MAKHLUK AL HIN CUMA CERITA LAGENDA TIDAK SAHIH

MAKHLUK AL HIN CUMA CERITA LAGENDA TIDAK SAHIH. Dalam blog ni aku pernah share satu kisah makhluk bernama Al hin yang katanya Jin yang wujud sebelum manusia. Kononnya merasuk seorang budak & berjaya di kesan oleh seorang perawat alternatif. Korang nak baca boleh baca kat sini >> KISAH MAKHLUK AL HIN BUKAN JIN ATAU SYAITAN TAPI BOLEH MERASUK MANUSIA << Tadi sesambil buka puasa sambil menonton rancangan halaqah ada jugak isu Al hin ni di sebut.

Al hin yang di gambarkan satu makhluk yang bersayap. betul ke tidak Wallahualam

Menurut ahli panel seorang doktor perubatan, penulis buku dan pendakwah, Dr Danial Zainal Abidin Al hin ni cuma cerita lagenda yang tiada fakta sahih membuktikan kewujudannya. Tapi kalau Dinasour katanya memang pernah wujud & pupus sejak 66 juta tahun lalu. Yang wujud sebelum manusia adalah dinasour manakala Al hin tidak ada sebarang fakta yang membuktikan kewujudannya.


Mungkin kisah Al hin ni cuma mitos. mungkin benar macam Ustaz Azhar Idrus cakap cuma sesuatu yang di luar pemikiran & pengetahuan kita tak perlu la kita ambil sebagai sesuatu fakta sahih.. Aku pun bukan pengkaji hadis atau agama.. Jadi aku cuma ambil fakta dari rancangan halaqah je la. Kalau  fakta di sampaikan salah, maka salah jugak la apa yang aku sampaikan. Tapi rancangan tv berbentuk keagamaan macam tu takkan nak sampaikan fakta yang salah kan.. Menurut penerbit dalam rancangan tu semua fakta yang di ambil dari kajian dilakukan terhadap dalil al-Quran dan hadis sahih. Semua yang dipersembahkan berpandukan hadis sahih disahkan pakar hadis yang masyhur.

Lagipun sebelum ni memang aku ada baca kewujudan Al hin memang tak ada bukti sahih. Mungkin cuma cerita lagenda jadi tak perlu la kita ambil sebagai satu kepercayaan sangat. Allah lebih mengetahui segalanya. Kalaupun ada cerita pasal Al Hin kita anggap sebagai cerita cereka untuk hiburan semata mata macam tengok filem seram macam filem ni >> Babak babak dalam filem seram yang di adaptasi dari kisah benar aktiviti paranormal katanya mampu buat orang demam panas sebulan << Dengar & lupakan begitu sahaja. Jangan fikir sangat Sebab tiada siapa boleh membuktikan ia pernah wujud. Takut kita percaya perkara yang sengaja di reka reka pulak.

Moral of the story.. Tak semua perkara Allah suruh kita kaji & cari jawapan. Ada perkara kita tak perlu cari. Allah maha mengetahui segalanya. Nak2 berkaitan perkara ghaib ni.

TAK PAYAH BACA AL QURAN KALAU TAK FAHAM MAKSUDNYA

Maaf yer kalau tajuk entri ni buat sesapa terasa. Tapi aku rasa nak menulis jugak pasal ni walaupun aku bukan orang yang tinggi ilmu agamanya atau menghafalkan Al Quran. Aku pun bukan faham sangat maksud ayat2 al quran kalau tak baca terjemahannya dalam bahasa melayu. Ye aku mengaku, aku serba serbi kurang dalam bab tu.

Sumber Google

Tapi satu aku tak suka mempertikaikan perkara baik apatah lagi yang mendapat ganjaran pahala bila di lakukan. Yelah tak di nafikan masih ramai yang tahu membaca Al Quran tapi tak tahu maksudnya tapi sentiasa mengamalkan. Tapi ada jugak yang katanya faham maksud setiap kalam Allah dalam Al Quran tapi jangankan nak jadikan panduan hidup, amalkan pun tidak. Mana lebih baik? Fikir la sendiri yer...

Hukum membaca Al Quran tanpa memahami maksudnya tetap la dapat pahala. Malah pahala di kira dari setiap satu huruf yang di sebut. walau tak tahu maksudnya. Pahala tetap dapat kerana membaca Al-quran dikira sebagai ibadah jikalau kita ikhlas semata-mata kerana Allah. Jikalau membaca tafsirnya sahaja tidak dikira sebagai ibadah, jikalau dibaca kedua-duanya, InsyaAllah boleh pahala membaca dan pahala memahami maksudnya. Takpe la.. Dia tak faham maksud tapi dia mengamalkan & Insya Allah.. Allah akan membuka pintu hati untuk mendalami. Bermula dari membacalah untuk melahirkan minat untuk mendalami. Kalau baca pun tak, bohong sangat la tetiba dia minat nak tahu apa maksud setiap ayat2 Al Quran tu, kan? Apapun, memahami Al Quran adalah lebih baik dari sekadar membaca cuma tak perlu la nak mempertikai seolah olah kalau sekadar baca tak faham baik tak payah baca. Tu yang rasa tak berapa sedap sangat dengar sebab melemahkan semangat orang nak belajar baca Al Quran. Kita kecik2 pun belajar baca dulu jarang sangat ada budak belajar baca & faham. Step by step kita belajar. Ada yang khatam Al Quran tapi masih tak faham maksud setiap ayat2 al quran di baca pun ada. Yang penting apa yang dibuat bukan satu dosa malah di beri ganjaran pahala lagi.

Kita tak buat jangan pertikai apa yang baik orang lain buat. Patut kita rasa malu dengan orang yang masih mengamalkan perkara baik biar dia tak tahu maksud di sebalik apa yang di baca tapi kita semua tahu apa yang yang di alunkan dari bibir dia tu adalah kalam2 Allah yang mulia. Insya Allah menjadi doa2 yang baik. Apa yang aku baca  Al-Quran boleh memberi syafaat kepada pembacanya pada hari kiamat sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw “Rasulullah s.a.w. bersabda mafhumnya: Bacalah Al-Qur’an, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kpd pembacanya.” (Kalau aku salah tolong betulkan sesungguhnya aku umpama budak baru belajar. hehehehe)

Moral of the story.. Hati2 nak mempertikaikan apapun perkara jangan sampai kita rasa macam bijak tapi apa yang orang nampak kita sangatlah jahil. Aku manusia serba kekurangan, serba tak sempurna, serba tak baik sana sini cuma Insya Allah aku cuba mengawal jugak bila nak melantang sesuatu isu. Isu2 tak melibatkan hukum agama tu boleh la guna pendapat & logik akal jer.. So,Allah bagi akal, gunakan untuk berfikir.


SINDIRAN KUBUR PINK USTAZ MENGUNDANG FITNAH

Ramai yang dah tahu & masih ada yang tak tahu isu kubur pink & service audio mp3 bacaan Al Quran kat kubur adalah satu sarcasm atau sindiran dari seorang individu di laman sosial untuk mereka2 yang menghias kubur ahli keluarga yang dah meninggal dunia secara berlebihan sehingga menyebabkan pembaziran & menyerupai budaya/cara agama lain. Niat Ustaz tu mungkin baik nak menyedarkan umat Islam supaya tak melakukan perkara tersebut tapi cara dia tu bagi aku tak betul la sangat.

Post yang menjadi Viral.Boleh rujuk entri ni >> Kubur Pink <<

Kita sedia maklum bukan semua orang faham bahasa sarcasm/sindiran ni. Aku pun kadang2 tak faham jugak kalau terlalu dalam maksudnya tersembunyi.. tapi dalam kes kubur pink ni aku dapat detect ia cuma sarcasm lepas aku baca post & komen2 di bawah post tersebut cuma tak sure apa yang dia nak sarcasm sebenarnya. Tapi di bawah komen2 tu pun aku tengok ramai yang salah faham dari faham makna tersembunyi. Motif nak menyedarkan orang buat salah tapi yang berlaku adalah salah faham yang lebih besar. Kebanyakkan orang tak faham dia menyindir orang lebih faham dia cuba buat sesuatu yang takde dalam ajaran Islam. Kesan buruk tu berbalik pada tuan empunya badan & cara dia bukan saja mengundang panik orang ramai malah mengundang fitnah yang besar.

Tak perlu la kot nak sarcasm/sindir dalam menyampaikan ilmu Allah ni.. Nak berdakwah, berdakwahlah dengan cara semua orang boleh faham agar ilmu di sampaikan tak jadi salah faham. Salah faham dalam isu agama ni agak berat berbanding isu2 semasa. Pada Ustaz tu, aku nak tegur ilmu aku dengan dia memang jauh beza. Aku ni ilmu paras buku lali tu pun tak tau sampai ke tak.. Ilmu dia mungkin lebih tinggi dari aku sebab mampu di gelar ustaz. Hope apa yang berlaku kita semua jadikan pengajaran. Nak sarcasm pun biar nampak sarcasm nya.

P/S : Tujuan aku tulis entri selain bagi pendapat pasal isu yang menjadi viral adalah untuk memberi tahu maksud sindiran ustaz ni sebab even aku tahu cuma sarcasm tapi mula2 aku pun confuse apa benda yang dia nak sarcasmkan sebab dalam komen dia ada jugak sentuh pasal wasiat Almarhum TG Nik Aziz.. sindiran dia tu boleh mengundang macam2 salah faham..  Bukan senang nak memperbetulkan salah faham bila melibatkan ramai orang

PASANG AUDIO MP3 BACAAN AL QURAN DI KUBUR KERANA WASIAT ALMARHUM TUAN GURU NIK AZIZ?

Manusia sekarang semua nak auto.. Maka terhasilah idea2 gila yang tak masuk akal macam ni. Siap offer design kubur ala2 heri potter bagai.. kau dah kenapa pakcik Ooi.. erkk.. pakcik ke abang aku pun tak sure.


Aku pun tak sure samada ni sarcasm sebab aku baca komen kat Wall dia.. dia ada kaitkan dengan wasiat Almarhum TG Nik Aziz yang minta tak di adakan tahlil untuk arwah. Ke dia sengaja nak sindir wasiat Almarhum TG Nik Aziz tu? Nampak macam ada jugak menjurus ke situ... Apapun kalau betul dia menyediakan perkhidmatan gila macam ni hope Allah bagi hidayah untuk dia. Ini bukan penyelesaian tapi bermulanya satu masalah. Tapi aku tak rasa dia buat service macam ni.. just sarcasm je ni.


Nak cakap pasal hukum hakam ni aku tak pandai tapi sebagai seorang yang beragama Islam aku memang nampak perkara ni merosakkan akidah orang jer. Amalan baru yang takde dalam Islam.. Duit tak boleh membantu orang yang dah mati di dalam kubur sana, ok! Kalau semudah tu nak tolong orang yang dah mati mendapat ganjaran pahala maka orang kaya la paling banyak dapat manafaat sebab setakat kubur lengkap dengan audio mp3 bacaan Al Quran depa lebih berkemampuan untuk buat.


Sudah sudah la buat kerja gila di zaman yang sememangnya manusia banyak dah tak normal ni. Merapu jer idea2 hangpa ni tau! Ni bukan kreatif tapi merosakkan orang. Dan tak payah mencetuskan kontroversi dengan sindiran macam ni kalau niat dia sekadar nak menyindir... atau senang  tak payah buat benda mengundang fitnah la walau apapun niat kita.

p/s : apapun benda ni belum berlaku di Malaysia.. Aku rasa pakcik ni buat post macam just sarcasm jer kot.. 


BIAR NAMPAK JAHIL JANGAN ALIM TAK TENTU PASAL

Aku akui aku manusia yang ilmu tak banyak.. Aku bukan seorang yang bijak pandai. Even dah bangka aku masih merangkak rangkak mencari ilmu. Kemudahan yang ada aku guna jugak untuk belajar & memperbaiki diri. Takde la aku online sekadar nak stalker status orang kemudian pertikai itu ini. Kadang2 aku cuma bertanya bukan mempertikaikan.. Tapi orang suka salah faham bila pertanyaan aku tu depa takdak jawapan.

Sumber google

Zaman la ni.. Zaman fitnah semudah 1 clik jer boleh tersebar satu dunia. Bukan setakat cerita artis.. terjemahan hadis & al quran pun ada palsu. Beriya la kita sebar sebab selama ni kita tak pernah tahu pun ada terjemahan hadis atau ayat Al Quran kita pun ghairah la tanpa ada rujukan dari sumber yang sahih. Bila orang persoalkan.. jawapan cuma Wallahu a’lam. Yang penting niat katanya... Kalau dah hadis tu palsu niat tak boleh nak membetulkan apa yang salah. Yang lebih sadis lagi bila orang tanya.. macam tak puas hati jer bila dia takde jawapan. Mula la jadi perang sindir padahal orang yang tanya tu cuma nak kepastian sebab bukan kata salah apa yang di sebarkan cuma orang tanya sebab orang tu tak tahu samada betul atau salah jer. Jadi bila ada sumber sahih takde la was was sangat. Kalau betul benda yang baik tu boleh jadikan pengajaran. Ni melibatkan kepercayaan.. jadi kalau salah percaya jadi terpesong sebab tu tak boleh hanya pakai jawapan Wallahu a’lam kena ada jugak rujukan yang sahih. Wallahu a’lam ni boleh di guna pakai dalam soalan tertentu jer bukan semua boleh guna pada semua soalan. Kalau ko jawab kat kertas exam Wallahu a’lam, confirm la failed macam tu jugak dengan petikan hadis atau ayat al quran kalau wujud ada bukti jadi kena tunjuk bukti.

Entri ni pun nak point sapa2.. tapi untuk peringatan buat kita semua. Biar kita mengaku tak pandai orang tak pandang kita bodoh sangat dari kita memandai mandai benda yang kita tak tahu cara tu bukan saja nampak bodoh tapi macam memperbodohkan diri sendiri. Sebab tu aku kalau nak share apa2 artikel berkenaan hukum hakam yang melibatkan ilmu agama ni aku pastikan ada sumber rujukan yang sahih & tiada keraguan sebab aku takut jugak aku tersebar info yang salah. Ni bukan zaman kita budak2 dulu.. yang kepercayaan kita banyak berlandaskan dogeng orang2 tua. Orang dulu boleh la accept.. sebaran ilmu tu tak meluas & terhad & banyak kepercayaan depa yang karut marut ikut logik akai depa ja.. Tapi kita sekarang banyak sumber untuk kita buat rujukan, so gunakan sebaik mungkin.

Moral of the story.. Biar kita nampak jahil orang boleh tolong ajar.. jangan kita dok tunjuk konon alim padahal kita sendiri pun tak sure apa yang kita sebar tu betul ke tak. Orang nak tolong ajar pun takut.. Bila tanya macam nak ajak bergaduh pulak. Zaman media sosial.. berhati hati sebelum menyebar sebab tak semua nampak macam betul tu betul. Bukan kata semua salah tapi salah & betul sekarang dah sama banyak.


BILA DAH KAYA.. PACAK AL QURAN ELEKTRONIK KAT KUBUR TAK PAYAH TADAH TANGAN DOA LAGI

Teknologi memang buat manusia semakin malas. Itu tak di nafikan.. contoh dulu basuh kain guna berus.. berus la sampai kecut jari, sekarang dah senang guna washing machine. Tu salah satu contoh.. Contoh tu tak berapa extreme sangat la. Apalah sangat mesin basuh.. Tapi sebab teknologi sekarang maybe satu hari akan buat orang tak datang ziarah kubur atau sedekahkan ayat2 suci al quran lagi kepada keluarga yang telah meninggal dunia.

Nak tau sebab... Meh kita tengok mesin membaca Al Quran yang di pacak di tepi kubur.




Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)

Ya Allah ada jugak manusia yang jahil sampai macam ni. Motif la kau pacak mesin tu tepi kubur ahli keluarga kau yang dah meninggal dunia. Mesin tu tak membantu pun rasanya. Kan dah kata... Doa2 anak yang soleh/solehah sahaja dapat membantu kedua ibu bapanya di dalam kubur nanti. Kalau mesin yang dok sedekah ayat2 suci Al Quran.. aku nak cakap pun aku ni tak berapa ustazah sangat tapi yang soleh/solehah tu dah tentu bukan anak2 si mati sebab yang mengalunkan kalam Allah tu adalah suara dari rakaman mesin.

Nak buat kerja mudah pun beragak la sikit kot. Aku tak tahu la idea siapa.. & siapa pencetus benda2 camni tapi rasanya benda ni tak memberi kesan positif. Kalau kita berniat membantu ahli keluarga kita yang sudah berada di alam kubur.. bukan dengan kekayaan tapi dengan mendah tangan berdoa. Bukan setakat pacak mesin tu..


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com