PASANG AUDIO MP3 BACAAN AL QURAN DI KUBUR KERANA WASIAT ALMARHUM TUAN GURU NIK AZIZ?

3/05/2015 02:05:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

Manusia sekarang semua nak auto.. Maka terhasilah idea2 gila yang tak masuk akal macam ni. Siap offer design kubur ala2 heri potter bagai.. kau dah kenapa pakcik Ooi.. erkk.. pakcik ke abang aku pun tak sure.


Aku pun tak sure samada ni sarcasm sebab aku baca komen kat Wall dia.. dia ada kaitkan dengan wasiat Almarhum TG Nik Aziz yang minta tak di adakan tahlil untuk arwah. Ke dia sengaja nak sindir wasiat Almarhum TG Nik Aziz tu? Nampak macam ada jugak menjurus ke situ... Apapun kalau betul dia menyediakan perkhidmatan gila macam ni hope Allah bagi hidayah untuk dia. Ini bukan penyelesaian tapi bermulanya satu masalah. Tapi aku tak rasa dia buat service macam ni.. just sarcasm je ni.


Nak cakap pasal hukum hakam ni aku tak pandai tapi sebagai seorang yang beragama Islam aku memang nampak perkara ni merosakkan akidah orang jer. Amalan baru yang takde dalam Islam.. Duit tak boleh membantu orang yang dah mati di dalam kubur sana, ok! Kalau semudah tu nak tolong orang yang dah mati mendapat ganjaran pahala maka orang kaya la paling banyak dapat manafaat sebab setakat kubur lengkap dengan audio mp3 bacaan Al Quran depa lebih berkemampuan untuk buat.


Sudah sudah la buat kerja gila di zaman yang sememangnya manusia banyak dah tak normal ni. Merapu jer idea2 hangpa ni tau! Ni bukan kreatif tapi merosakkan orang. Dan tak payah mencetuskan kontroversi dengan sindiran macam ni kalau niat dia sekadar nak menyindir... atau senang  tak payah buat benda mengundang fitnah la walau apapun niat kita.

p/s : apapun benda ni belum berlaku di Malaysia.. Aku rasa pakcik ni buat post macam just sarcasm jer kot.. 

5 comments:

  1. Adoi, dah kenapalah jadi macam ni! Even sekadar sindiran aje, kalau jadi viral, lain pulak persepsi si polan si polan si polan nanti. Tengok gambar kubur kaler pink siap dengan kipas macam ni pun dah terdetik hati nak mengumpat 'bodoh' apatahlagi kalau sindiran jadi viral terus ramai yang percaya....

    ReplyDelete
  2. Hmmmm... Pulak dah. .. :(

    ReplyDelete
  3. tu laa.. yg sharing tu mungkin laa guna bahasa sarcasm.. bagi yang paham, okey lah.. yg tak paham?? kena caruts je nanti.. tp dah melampau sgt kot ni.dh macam kek je tengok.. Tahun lepas kecoh pasal letak belon bunga sempena mothers day..pastu selfie di kuburan.. dah macam2 org kite skrg ni ea

    ReplyDelete
  4. MashaAllah...
    Moga2 ada petunjuk yang sohih

    ReplyDelete
  5. Hmm
    macam mana lah dia ni boleh terfikir nak buat camtu..hmmm susah kalau xda ilmu, tapi memandai-mandai..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com