APA AKU BUAT SEKARANG NI?
APA AKU BUAT SEKARANG NI? Jarang jarang aku nak update kehidupan aku sekarang di blog. Malah blog ni makin sendu dengan cerita. Tak sama macam zaman kegemilangannya dulu. Meriah dengan entri entri baru setiap hari. Orang kata blog dah tak relevan sekarang tapi jiwa seorang blogger masih ada di hati aku. Aku masih nak blog nio terus hidup dan aku masih mencari masa untuk aktif semula menulis di sini. Relevan atau tak itu cuma persepsi orang tapi bagi aku masih relevan untuk aku menulis sebab aku suka.
Mungkin dulu blog ni jadi salah satu punca pendapatan sampingan aku selepas aku pilih untuk jadi surirumah sepenuh masa bermula dari tahun 2011 sehingga sekarang. Tapi sekarang memang dah tak ada sebarang tawaran kolabrasi dengan mana mana pihak yang melibatkan blog tapi tak bermakna rezeki aku terus terputus kat situ je. Di sebabkan aku aktif di media sosial (Facebook) jadi aku sekarang banyak buat affiliate. Setakat ni dengan shopee & lazada. Banyak kali juga dapat tawaran kolabrasi dengan lazada & shopee untuk kempen kempen tertentu selain menjana pendapatan dari perkongsian barang barang yang di jual di platform tersebut. Jadi tak perlu risau. Rezeki ni semua dari Allah. Tertutup satu pintu rezeki.. Mungkin di buka dua tiga pintu rezeki yang lain. Selagi kita berusaha, Insya Allah.. Allah tak pernah lupa memberi.
Kehidupan aku masih macam biasa.. Masih seorang isteri dan ibu kepada sepasang anak (perempuan & lelaki). Sebenarnya tak ada apa menarik sangat. Aku jalani kehidupan macam biasa. Kehidupan aku masih sederhana tapi Alhamdulillah sentiasa cukup keperluan kami sekeluarga.
Sebenarnya aku masih mencari rentak baru untuk blog ni. Aku sendiri tak tahu nak aktifkan balik dengan cerita apa. Kalau dulu cerita cerita seram aku rasa macam dah tak berapa best sebab ramai yang buat review filem. Tapi aku masih die hard fans filem seram sampai sekarang. Cuma zaman kumpul dvd cerita seram dah tak ada. Sebab susah dah nak cari koleksi dvd ni. Masa aku masih kumpul pun dah tak banyak yang ada bila teknologi digital dah ambil alih. Walaupun seronok kumpul dvd ni.. Benda yang kita boleh nampak secara fizikal depan mata. Pun macam tu koleksi koleksi dvd aku masih di jaga baik sampai sekarang. Semua original aku beli. Anak anak aku pun tak boleh main. Benda tu nanti di masa akan datang jadi sesuatu yang sangat berharga tau!
Jadi sekarang aku nak tengok apa yang boleh aku jadikan tema untuk penulisan di blog aku nanti. Sayanglah kalau tak di gunakan.. domain masih di bayar setiap tahun dan harga domain pun makin naik. Nak lepaskan sayang..
Pada yang masih letak link blog aku di bloglist hangpa.. terima kasih dan pada yang masih setia follow blog lekatlekit ni pun terima kasih. Semoga blog ni kembali di hiasi dengan cerita cerita lebih bermanafaat dan menghiburkan pembaca.