24 June 2025

KENAPA AKU TAK NAK JADI TERKENAL

KENAPA AKU TAK NAK JADI TERKENAL. Masa kecil dulu cita cita aku nak jadi penyanyi tau. Sebab aku minat sangat Raja ema. Sekitar 90an tu aku dah pandai tengok tv. Zaman tu Raja ema masih lagi trending bak kata orang sekarang. Ingat lagi.. Darjah 2 kena buat karangan tentang cita cita. Budak budak lain biasa la pilih kerjaya sebagai cikgu, polis, doktor,askar macam tu je. Cita cita yang tipikal budak budak masa tu akan pilih. Aku sorang je pilih jadi penyanyi. Confident kau! 

Sampai seorang cikgu ni panggil aku & slow talk. Dia cakap besar nanti jangan jadi penyanyi. Tak baik. Lebih kurang macam tu la cikgu mashitah cakap. Masa tu aku tak fikir sangat aku masih teruja nak jadi penyanyi & terkenal. Tapi kan ada seorang cikgu mata pelajaran muzik. Ingat lagi nama dia cikgu sofian. Orangnya tak tinggi sangat. Kurus & putih melepak. Dia ni cikgu yang garang tapi kelakar. Aku tak ingat darjah berapa dia ajar kelas aku tapi dia selalu warning mana mana anak murid dia bila besar jadi penyanyi kalau jumpa sepak atas pentas. Walaupun dia ajar subjek muzik tetap dia tak menggalakan anak anak murid dia jadi artis. Betapa guru guru dulu sangat mendidik anak murid supaya menjadi orang yang baik. Bukan la kata penyanyi tu semua tak baik mungkin mereka takut kita terhanyut dalam populariti hingga lupa agama, adat, adab & budaya. 

Tapi makin bertambah usia minat tu mula berubah & terima hakikat yang kita ni tak ada bakat. Masuk umur remaja aku minat menulis. Macam macam aku karang. Puisi, cerpen selain tulis diari. Aku rasa jiwa aku ni lebih kepada seni. Seni tu pun luas. Jiwa seni aku ni lebih kepada penulisan. Melukis aku tak pandai. Dan sebab tu juga aku pilih jadi blogger sebab salah satu medium yang boleh aku menulis bagai sebuah cerita dan apa saja. 

Semakin dewasa keinginan menjadi orang di kenali tu dah tak ada. Dan aku sebenarnya tak mahu pun lagi. Kalaupun di beri peluang & pilihan tetap aku pilih tak nak. Melihat apa yang berlaku, buat aku rasa memiliki kehidupan senang & tenang tu lebih mahal dari harta di dunia. Kalau kau pilih menjadi orang terkenal sedikit sebanyak kehidupan tenang & senang tu dah semakin kurang & hilang. Kau sentiasa jadi perhatian. Terkhilaf sikit jadi bualan & umpatan. Kau kumpul harta sebanyak harta Qarun pun kau takkan dapat beli kehidupan yang lebih tenang selagi kau pilih hidup sebagai insan terkenal. Nampak saja tenang tapi kau umpama berada di puncak gunung berapi. Bila bila boleh meletus & kau akan terbakar. 

Tapi itu pilihan.. Salah atau tak apa kita pilih bergantung bagaimana kita jalani, lalui & corakan pilihan hidup kita. Menjadi orang terkenal bukan kesalahan tapi tersalah langkah mungkin ada membinasakan semua yang kau usahakan. 

Aku tak rasa aku seorang yang hebat & kuat untuk jalani kehidupan sebagai orang terkenal sebab tu aku berdoa semoga Allah bagi aku sebuah kehidupan yang senang & tenang. Zaman media sosial ni sesiapa saja boleh jadi terkenal secara tiba tiba. Sebenarnya itu paling menakutkan aku. Moga aku bukan insan terpilih yang tiba tiba menjadi orang di kenali. Aku lebih suka kehidupan luar media sosial aku tidak menjadi perhatian sesiapa. Aku boleh keluar kemana mana tanpa ada sesiapa pun kenal aku. 

Bag murah tapi nampak mahal. Shopee tengah offer sekarang. Berminat boleh tengok tengok dulu kat 👉 BAG MURAH SHOPEE


0 Komen Melekat:

Post a Comment

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com

 
;