GAMBAR MISTERI DALAM SAMSUNG GALAXY S4 ZOOM
GAMBAR MISTERI DALAM SAMSUNG GALAXY S4 ZOOM. Tu dia kat sini sapa yang guna samsung galaxy s4 zoom? Mesti baca je tajuk entri ni korang tak sabar sabar kan nak tahu gambar misteri apa yang ada dalam samsung galaxy s4 zoom tu. Almaklum la manusia malas membaca memang suka baca tajuk jer lepas tu mengelabah tak tentu pasal.Sumber Google |
Alkisahnya lepas hantar budak shahila ke sekolah.. Dah sampai rumah baru ada ada masa nak membelek koleksi gambar yang aku ambil guna S4 Zoom aku ni. Ada lagi banyak gambar2 kat kampung yang aku rasa best nak share kat Instagram so macam biasa buka la folder galery untuk cari gambar. Belum sempat scroll gambar gambar lain ternampak satu gambar yang macam di ambil semasa camera bergoyang.
Tengok dari ciri2 baju & seluar rasanya baju & seluar budak shahila (anak aku) pakai semalam jer.. Kalau kata dia yang ambil gambar tu sendiri macam mana gambar tu boleh nampak full dari kepala sampai hujung kaki. Nak kata aku yang ambil rasanya tak jugak.. sebab sebelum tidur semalam aku rasa aku belek2 jugak galeri gambar sebelum Off galaxy S4 Zoom aku sebelum tidur tapi tak nampak pun gambar tu. Tak tau la aku tak perasan kewujudan gambar tu sebab kalau ikutkan gambar tu gambar terakhir yang di snap semalam. Bila aku check detail gambar tu di ambil 22/09/2016 pada pukul 8.20pm. Kebetulan malam jumaat pulak tu sedang elok sangat la nak buat cerita seram katanya. Hehehe. Time tu memang aku belum tidur & budak shahila pun dok aktif main. Seingat aku memang semalam aku tak bagi dia guna S4 Zoom aku main game. Pening pulak aku fikir siapa yang snap gambar yang seakan akan shahila tapi sebab blur.. gambar tu tak berapa jelas.
Ni la gambar di maksudkan. |
Sedaya upaya aku cuba ingat.. Kot2 tersnap gambar tu secara tak sengaja ke tapi aku rasa memang semalam aku ada check galeri album dalam galaxy S4 zoom ni memang tak nampak gambar ni. Gambar ni pun duduk list paling depan.. kalau buka folder album tu memang nampak gambar tu dulu. Sampai sekarang aku cuba ingat betul2.. tetap aku tak dapat ingat apa2 tentang gambar ni.
Tapi di sebabkan taknak fikir bukan bukan.. Aku rasa aku kot tersnap tak sengaja & maybe aku terlepas pandang lepas tu aku lupa. Taknak la fikir ada hantu dok tolong snap pic anak aku bagai.. Kalau betul pun berlaku maybe dia pun minat photography tengah belajar ambil gambar tu. Almaklum dia tak smartphone so dia pinjam kejab smartphone aku. hahahaha... Yelah nak beli smartphone sekarang pun mahal nak2 lagi yang ada fungsi camer canggih ala2 DSLR tu.. Mau kena menabung jugak. Lagipun aku kategori Iron women.. So benda2 macam ni takkan melemahkan semangat aku pun.
Moral of the story.. Kadang2 benda tu berlaku dari perbuatan yang tak sengaja tapi sebab kita ni pelupa jadi kita rasa macam ada kejadian mistik berlaku. Gambar2 macam tu selalunya berlaku bila camera dalam keadaan bergoyang maka menghasilkan gambar yang seakan akan nampak kelibat. Yer.. betul makhluk tu wujud tapi kita tak payah taksub. Kalaupun dia buat.. Kita buat rilex sudah. Bila kita rilex dia pun chill jer takde la mood dia nak momokkan kita lagi sebab tak bagi kesan katanya. hahahaha