Showing posts with label minah tudung. Show all posts

BERTUDUNG TAPI TAYANG BRA

Aduhai budak - budak zaman sekarang ni.. Berani tahap jerut leher sendiri. Setakat nak buat duckface.. mulut muncung, pipi kembung & mata sepet tu buat la. Walau orang menyampah at least takde la conteng arang kat muka mak bapak sangat tapi kalau dah buka baju ambil gambar pakai bra tapi tudung melekat kat kepala ni pejadah pula!!

Sang Lekit secara tak sengaja terclik Fanpage Himpunan gambar awek melayu (telah pun dideletekan malam tadi). Try la buka.. macam - macam gambar gadis2 melayu. Tengok pada rupa macam adik adik lagi ni. Boleh jadi sekolah pun tak habis lagi. Memang banyak jugak pic2 bebudak ni berbra je tapi paling tak tahan 1 gambar budak ni pakai tudung tapi dengan hanya ber bra tanpa di alas sebarang pakaian lain.

terpaksa di edit untuk mengurangkan kelucahan pada gambar asal.

Punya la bodoh kurang cerdik kan ambil gambar macam tu.. bertambah bodoh kurang cerdik
sekiranya betul dia yang upload gambar tu ke FB sampai admin Fanpage Himpunan gambar awek melayu jumpa kemudian upload ke dalam page dorang. Kalaupun dia kata gambar dia kena curi & gambar tersebut di ambil untuk simpanan peribadi tetap jugak bodoh kurang cerdik. Yang kau pergi ambil gambar tak senonoh macam tu nak tunjuk kat sapa? Kau nak simpan buat apa? Dah tau gambar macam tu berisiko tinggi kalau terlepas kat orang lain, sapa suruh kau ambil risiko simpan gambar tu. Tetap jugak kau yang bodoh tak cerdik, dik!

Jangan salahkan orang kalau gambar tu tersebar salahkan diri sendiri dulu yang buat kerja tak pakai otak. Samalah dengan orang yang tulis status tak guna penapis.. bila orang pertikaikan kenyataan dia mula meroyan cakap orang putar belit fakta. Punca sesuatu benda tersebar tu harus kaji dulu. Dari siapa kalau bukan bermula dari diri sendiri. Benda tu takkan wujud kalau kita tak wujudkan. Betul tak?? Jadi sebagai manusia berakal elok la gunakan anugerah yang Tuhan bagi tu sebaik mungkin.


P/S : Orang kata menulis @ menayang apa2 kat FB tu biar berpada supaya tak kena padan muka. Peringatan ni untuk diri sendiri jugak


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com