Showing posts with label 11. Show all posts

11 MASALAH YANG BERLAKU KEPADA ORANG SUKA MAKAN KAT MEJA KERJA

11 MASALAH YANG BERLAKU KEPADA ORANG SUKA MAKAN KAT MEJA KERJA. Masa kerja dulu aku pun selalu jugak buat perangai makan kat meja kerja aku. Nak2 lagi time pagi atau petang2 lepas waktu lunch walaupun tengahari dah belasah nasi campur bagai. Almaklum la kerja dalam aircon ni perut cepat lapar maka badan pun cepat la mengembang. Tapi zaman aku bekerjaya dulu tak mengembang jugak pun.. Tu yang best. Makan macam ada saka tapi badan maintain keramping sampai terpaksa minum susu weight gain. hahahaha


Sebenarnya yang bekerja dalam ofis ni memang takkan lari dari buat perangai makan kat meja kerja dia. Ada orang makan sebab dia tak sempat nak keluar makan sebab banyak kerja urgent nak di siapkan.. Ada orang pulak sebab tak ada kawan nak teman makan. Tu aku pernah buat. Nak2 lagi kalau kerja kat tempat yang kita satu2 nya staff.. Jadi tapau balik makan kat opis je la. Walaupun ada pantry tapi kadang2 sedap makan kat meja sendiri sebab sambil makan boleh sambil online katanya. Macam macam sebab la orang suka makan kat meja kerja ni.

Jenis2 yang suka makan kat meja kerja dia ni selalunya takkan mengaku 11 perkara ni selalu berlaku. Seboleh bolehnya dia akan menidakkan perkara tu atau menyembunyikan dari pengetahuan orang lain. Nak tahu apa rahsia yang orang suka makan kat meja kerja dia meh baca kat sini >> 11 Masalah Yang Orang suka Makan kat meja kerja takkan mengaku <<

Jadi yang suka makan kat meja kerja tu mesti ada kaitan dengan 11 perkara tu kan? Biasa la.. zaman serba mahal ni kadang2 bila keluar makan even dengan niat nak makan tengahari je boleh jadi macam2 perkara dalam perjalanan yang mungkin buat budget korang lari jauh tak sempat sampai hujung bulan. Syaiton nirrojim ni kadang2 menjelma dalam pelbagai bentuk bukan makhluk jer.. Kadang2 dia jadi barang tengah sale... dia jadi junk food yang menggoda & macam macam lagi la yang kita tak sangka. hehehehe

PERHATIAN! KAKI BAZAR RAMADAN KENA TAHU 11 BAZAR NI

PERHATIAN! KAKI BAZAR RAMADAN KENA TAHU 11 BAZAR NI. Hari ni dah masuk hari ke 16 hari puasakan.. erkk... betul ke? Aku pun kadang2 lupa hari. Bab nombor2 kadang2 aku suka jadi krisis tapi seperkiraan aku ni memang hari ni dah 16 ramadan la. Ni tak refer calender ok! Kalau salah nasib la kan.. hahaha.


Sepanjang puasa ni memang totally aku masak je kecuali ahad tu memang beli. Ataupun kuih tapi takde la hari2. Tapi sahur memang aku masak la setiap hari. Taknak la makan nasi kandar lauk sotong sampai RM13 sebungkus. Kering account bank kalau makan macam tu hari hari katanya. Bagi surirumah dengan macam aku banyak masa kat rumah so masak tu tak ada masalah sangat. Apa sangat la nak masak untuk kami laki bini ni makan. Aku pun memang tak beriya sangat pun masak sepanjang bulan puasa. Masak biasa2 jer...

Tapi bagi yang bekerja.. walau balik awal dari biasa, nak hadap jam lagi. Ada yang nak kena ambil anak sana sini.. memang kadang2 sampai rumah dekat waktu nak berbuka dah. Jadi pilihan yang ada cuma bazar ramadan. Tapi hati hati nak membeli juadah kat bazar ni. Almaklum la ramai peniaga bazar tengah kumpul duit nak naik haji pakej swasta. Ada yang jual mahal & ada jugak yang recycle jual makanan yang tak habis. Tu yang kadang2 terbeli makanan basi bagai..

Jadi sangat penting buat kaki kaki bazar ramadan ni tahu tentang 11 bazar ramadan ni >> 11 Bazar Ramadan Ni penting Untuk Anda Tahu << Supaya korang tak terlepas pandang something yang mungkin buat korang rasa menyesal sebab tak tahu sebelum ni. Lagipun puasa dah tak lama.. So elok la korang ambil tahu.

Moral of the story.. Buat kaki bazar kalau pergi bazar tu jangan jadi rambang mata. Ingat GST di mana mana walaupun kat bazar harga takde mention include GST tapi kebanyakkan bahan2 yang nak masak juadah tu semua ada GST. hehehe

KENAPA DATO SERI NAJIB TAK TERSENARAI DALAM 11 HERO NI?

KENAPA DATO SERI NAJIB TAK TERSENARAI DALAM 11 HERO NI? Sementara nak tunggu nak siap2 pergi berjimbara sekejab lagi aku memang suka baca artikel2 best kat online ni. Almaklum la blogger katanya.. Membaca salah satu cara mencari idea untuk update blog. Malas membaca kurang info bila kurang info kurang idea.. bila kurang idea.. kurang la update blog katanya.. Jadi nak jadi blogger bukan je kena rajin menaip entri malah kena rajin membaca. Tu salah satu tips dari blogger terpinggir macam aku. hahaha...


Terbaca la story pasal 11 hero Malaysia sepanjang tahun 2015 yang pernah menjadi Viral atas keberanian & kebaikkan mereka lakukan. Dalam banyak2 hero ni aku dok cari jugak mana Hero BR1M ni.. Takde pun nama & kisah dia di catatkan.. Kan dia hero. Hero yang berani pegang jawatan walau di hentam kiri kanan depan belakang tapi tetap teguh berdiri dengan jawatan perdana menteri. Langsung tak gentar dengan suara majoriti rakyat.. Biarpun aku yakin dia sendiri tahu sokongan terhadap dia dah semakin kurang tapi semangat & keberanian untuk terus pegang jawatan PM di samping terus menaikkan harga barang kat Malaysia ni tanpa rasa was was memang aku salute. Sepatutnya dia jugak tersenarai antara 11 Hero kat Malaysia sepanjang tahun 2015 macam mereka mereka ni >> 11 Kisah Hero Malaysia Sepanjang 2015 Yang Mesti Anda Baca <<

Apa tak hero ke Dato Seri Najib? Hero la tu.. Hero kan sinonim dengan berani.. Bagi aku DS Najib seorang yang berani. Berani tak letak jawatan sampai sekarang walau rakyat dah bersuara.hahahaha

Memang salute la dengan Pakcik Najib ni. Salah satu sifat yang kita boleh contohi.. adalah sifat over confident & tidak mudah mengalah dia. Kalau kat negara lain rasanya PM dorang dah lama pencen & berehat2 kat rumah kalau gagal mentadbir negara dengan baik sehingga menyusahkan rakyat tapi kat Malaysia.. PM sekarang lebih suka menyusahkan rakyat dari menyusahkan diri sendiri.

Moral of the story.. Marilah kita berdoa semoga Allah memberi petunjuk & hidayah kepada Dato Seri Najib. Moga dengan hidayah yang diberi dia terus insaf nak jadi PM lagi.

KEJADIAN MISTERI YANG PERNAH BERLAKU DI BULAN SEPTEMBER 1752

KEJADIAN MISTERI YANG PERNAH BERLAKU DI BULAN SEPTEMBER 1752. Hari ni dah masuk 1 september 2015. Maka malam ni untuk segmen seram serik lekat lekit nak share satu kejadian misteri yang tak semua orang tahu pernah berlaku di tahun1752. Masanya kita ke mood sephia tone untuk mengimbau kembali zaman dahulu kala... Time ni aku yakin semua yang baca entri ni jangankan dah lahir kejadian pun takde lagi. Jangankan segumpal darah, persenyawaan pun belum berlaku. hahahaha.. Mak bapak kita pun time ni tak wujud lagi apatah kita ye dak...


Aku pun tak pernah tahu sebenarnya tapi tu la berkat kerajinan aku menggoogle & membaca jadi aku dapat info pasal ni. Katanya pada september 1752 berlaku satu kejadian misteri, aneh & pelik.. Pada tahun tu bulan september kehilangan 11 hari dalam kalender. Aku sendiri pun jadi pening fikir macam mana 11 hari boleh hilang dari kalender tahun tu. Serius.. tak jumpa logik langsung.

Mengikut cerita pada 2 September 1752, seluruh kepulauan dan koloni England, termasuk Amerika telah kehilangan 11 hari (3 September hingga 13 September) Hal ini berlaku apabila mereka bangun tidur pada keesokkan harinya, tarikh telah berubah menjadi haribulan ke-14.
Disebabkan kehilangan 11 hari ni, telah berlaku rusuhan di sekitar kampung kerana penduduk mendakwa pemerintah cuba untuk menipu mereka dengan hilangkan 11 hari daripada kehidupan mereka. Dikatakan, perkara tersebut bukan sahaja pernah berlaku di England pada 1752 sahaja, namun pernah berlaku di tempat lain seperti Perancis pada 1582, Austria pada 1584 dan Norwegia pada 1700. Ada jugak yang kata pada masa itu, mereka menggunakan kalender yang salah atau dalam perkataan lain "kalender cacat" -sumber Misteri hilangnya 11 hari di bulan september 1752-


Katanya pengguna linux boleh set tarikh ke tahun 1752 & boleh lihat bukti pada tahun tersebut september hilang 11 hari dari kalender. Tapi sayangnya pengguna windows macam aku tak boleh pulak. Diskriminasi sungguh!! hahahaha..

Sejauh mana kebenaran perkara ni berlaku kesahihannya aku tak dapat pastikan. Samada ia benar benar misteri atau sekadar mitos. Tapi bila aku google banyak jugak artikel pasal ni. Korang yang guna linux tu apakata try test tengok. Betul ke bohong??

Moral of the story.. dalam kehidupan kita sememangnya banyak perkara misteri yang tiada jawapan pernah berlaku. Salah satu contoh misteri kehilangan pesawat MH370.. ia bukan mitos atau cerita dogeng rakyat tapi benar2 berlaku. Pesawat bersama anak kapal & penumpang ghaib. Jadi apa nak pelik kalau pernah berlaku 11 hari hilang dari kalender di bulan september 1752 benar2 pernah berlaku.

11 MASALAH YANG KERAP BERLAKU BILA MENONTON SECARA ONLINE

11 MASALAH YANG KERAP BERLAKU BILA MENONTON SECARA ONLINE. Sapa kat sini suka tengok filem, drama berepisod atau rancangan kegemaran kat online atau download online. Nak2 lagi yang baru keluar.. Kadang2 memang kualiti cetak rompak secara online kadang2 kualiti ok jer tapi biasa la bila menonton secara online perjalanan dia tidak la selancari kita tonton kat TV @ pawagam kan??


Yang suka tengok filem @ rancangan kegemaran online aku confirm 11 masalah ni memang selalu berlaku. Aku pun pernah jugak try tengok filem seram kat online Tapi Ya Allah... takpe la aku beli dvd je lagi bagus. Walau ada jugak yang ok puas di tonton tapi kebanyakkan memang kalau tak hampeh 200% kategori boleh je la tengok. Free je kan.. bayar bil tenet je katanya.

Antara masalah yang selalu berlaku bila tengok movie online ni adalah subtitle.. Kalau filem yang bahasa aku tak faham tu memang malas nak tengok online. Rasa macam tengok orang bergerak tapi tak tau pejadah dia cakap sebab kadang2 subtitle takde & kadang2 subtitle kuali Ah Lang Nun.. tunggang langgang. Tu salah satu masalah yang ada bila menonton movie online kalau hangpa nak tau apa lagi 11 perkara yang menjadi masalah bila tengok movie @ tv show online & cara nak tonton dengan best qualiti secara online meh baca kat sii >> 11 Perkara Yang Rakyat Malaysia Je Faham Bila Menonton  Secara Online <<

Dan kerana itu aku memilih untuk menonton kalau setakat drama kat TV jer.. Kalau filem aku beli dvd dari aku dok membebel macam orang gila bila tengok online ni. Online biarlah aku habiskan bandwith (walau tak pernah abis) dengan FB & blog jer...

Moral of the story..Tonton secara online perlu tahap kesabaran yang tinggi sebab ia bergantung pada connection internet. Kalau dia demam.. memang kita pun boleh demam. hahahaha

15 PERANGAI TIPIKAL ORANG MALAYSIA BILA PERGI BERCUTI DI LUAR NEGARA

15 PERANGAI TIPIKAL ORANG MALAYSIA BILA PERGI BERCUTI DI LUAR NEGARA. Setiap negara tu ada perangai dia tersendiri yang boleh terbawak bawak sampai ke negara orang. Yelah.. dah terbiasa hidup dengan cara macam tu dari kecik sampai bangka kan... Ingat senang ke nak ubah. Jadi bila pergi ke negara orang pun dia susah sikit la nak ikut cara hidup orang tempatan kat situ..


Salah satu perangai tipikal kebanyakkan rakyat Malaysia adalah lintas jalan ikut suka hati even dah di sediakan zebra line atau jejantas. Yang ni sama perangai macam orang bangla.. & suka potong barisan. Tak payah nafikan memang ramai orang Malaysia perangai macam tu tak kira la apa bangsa sekalipun. So, bila dah biasa buat perangai macam tu kat negara sendiri.. pergi mana mana pun perangai macam tu susah nak ubah.

Selebihnya kalau korang nak tahu apa lagi 15 perangai tipikal rakyat Malaysia suka buat bila bercuti atau berkunjung ke luar negara meh baca kat sini. Nak copypaste artikel orang pun tak berapa elok sangat dalam arena blog jadi bacalah sendiri yer >> 15 PERANGAI TIPIKAL RAKYAT MALAYSIA BILA PERGI BERCUTI DI NEGARA ORANG <<

Tapi bukan semua yang datang dari Malaysia tu buruk buruk jer... Masih ada culture orang Malaysia ni yang boleh di banggakan. Adat la Negara yang di huni manusia pasti ada yang buruk & baik... Manusia tu kan bersifat tidak sempurna.

Moral of the story.. Bukan negara tu yang menentukan sikap @ sifat manusia tapi kita tak dapat menafikan yang membentuk keperibadian seseorang kadang2 faktor budaya & cara hidup jugak.


TENTANG KERETA VOLKSWAGEN YANG TAK PERNAH ANDA TAHU

TENTANG KERETA VOLKSWAGEN YANG TAK PERNAH ANDA TAHU. Aku masa kecik2 biasa dengan kawan kawan kami gelarkan kereta Volkswagen ni sebagai kereta kodok @ kereta kura kura. Yelah dari rupa bentuk dia memang lebih bersifat macam tu kan.. Nak2 lagi pergerakkan dia tu tak berapa laju. Dulu ada cikgu sekolah rendah aku pakai kereta jenis ni. Cikgu Zaki kalau tak silap aku. even orang dia memang tinggi macam galah tapi rilex je dia pakai kereta kodok @ kura kura yang ketot tu.


walau masa kecik kecik aku gelarkan kereta ni kereta kodok @ kura kura tahukah anda sebenarnya kereta Volkswagen ni di inspirasi dari sejenis serangga. Bukan dari haiwan2 yang pernah jadi gelaran pada kereta tu dulu tau...

Banyak perkara kita tak tahu tentang kereta Volkswagen ni.. Nak2 keistimewaan yang dia ada. Hanya pemilik & pemandu VW je tahu apa yang Awesome sangat kereta ni. Kalau korang nak tumpang menyibuk pasal kereta ni meh baca kat sini. Maybe ada info yang menarik yang tak pernah korang tahu contoh serangga yang menjadi inspirasi pencipta kereta ni. Jom baca kat sini >> 11 Perkara Tentang Volkswagen Yang Mesti Anda tahu <<

Zaman 90an kereta ni tak di pandang rare tapi di pandang macam old skool tapi zaman sekarang boleh tahan mahal harga dia.

TERBONGKAR FAKTA TENTANG MINION YANG ORANG BELUM TAHU

Sapa kat sini peminat kartun Minion.. Dah la kuning pakai cermin mata bulat. Ada mata satu.. ada mata dua... Selalu berkumpulan. Dengan suara comel kadang2 dengar macam anak ayam ber cit cit je kalau depa bising. Ada yang kata tak suka sebab yang mata satu tu.. macam something wrong jer. Seolah olah mengambarkan sesuatu watak yang tidak di sukai oleh orang Islam. Tu pendapat yang pernah aku baca dulu la... kenapa sipolan tu tak suka minion. Yelah kan.. mata satu ni kita pepaham jer la.


Tapi ramai jugak peminat watak kartun minion ni. Anak aku pun kalau tengok mata tak berkelip. Yelah budak dengan kartun comel macam tu.. Cuma kita dah masuk zon mak bapak budak ni tak berapa layan sangat la tapi bukan semua golongan dewasa tak minat minion. Ada jugak masih layan kartun. Jiwa muda katanya... hehhehee

So bagi golongan dewasa yang berjiwa kanak kanak katanya.. minat tapi tak tahu asal usul minion. Dari mana kartun ni dapat inspirasi & banyak lagi rahsia yang selama ni di sembunyikan dari kita tentang minion elok la baca artikel ni >> 11 Fakta tentang Minion Yang Mesti Anda Tahu <<

Moral of the story... Kenali sesuatu yang kita suka sebab kita tak tahu kadang2 sesuatu yang kita suka maybe di sebaliknya sesuatu yang kita tidak pernah tahu atau sangka.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com