GEMPAR! JELMAAN LEMBAGA PUTIH DI RUMAH WARISAN TOK SU ALOR SETAR
GEMPAR! JELMAAN LEMBAGA PUTIH DI RUMAH WARISAN TOK SU ALOR SETAR. Segmen seram serik malam ni balik kedah sat noh.. selama ni merantau jauh sangat cari hantu. Hantu2 kat kedah dah kecik hati sebab jarang2 di beri publisti kat blog puaka lekatlekit ni. Satgi kata tak support hantu2 senegeri pulak kan. Ok ok.. walaupun hantu kita tetap makhluk sekedah katanya jadi marilah kita bagi publisiti sikit kat hantu2 kedah ni. Ni kejadian baru lagi berlaku. Kira bukan cerita cerita seram dalam arkib macam selalu aku dok up kat blog. Ni kira fresh from alam jin la.. hahahahaAntara rumah idaman aku ni. Kalau balik kampung aku suka ikut jalan kampung kat bota, perak sebab banyak rumah2 tradisional yang cantik2 kat situ. |
Sumber Harian Metro |
Gambar tu katanya di ambil pada jam 12 tengahari. Pocong sekarang pun dah muncul lunch time yer.. Tak tau sejauh mana kebenaran hantu dalam gambar tu tapi menurut cerita orang la kan.. Katanya memang banyak kejadian pelik & mistik berlaku di sekitar rumah kosong tu. Pernah berlaku satu kejadian dimana pasangan pengantin yang buat photoshot kat kawasan rumah tu.. Bila tengok gambar hanya ada gambar rumah tapi gambar pengantin tak lekat. Misteri sungguh.. teknik apa photographer tu pakai hahahaha..
Bab nampak kelibat makhluk halus dalam gambar ni aku tak berani komen sangat la sebab kesahihannya sangat2 susah untuk di buktikan tapi kewujudan makhluk bernama jin dalam pelbagai jelmaan memang kita tak boleh nafikan benda tu boleh berlaku dengan izin Allah.
Moral of the story.. Hangpa ja dok selfie dia tumpang photobomb sikit dah kecoh keluar harian metro katanya. Hahahaha...
Sedikit info tentang rumah warisan melayu ni. Lokasi Rumah Tok Su sekarang adalah berhadapan dengan Wisma Darul Aman tapi Rumah Tok Su ni bukan Asal dari situ tapi di bawa dari Kampung Permatang Kerat, bandar Baharu kemudian di tempatkan kat situ. Susah jugak nak pasang rumah Tok Su ni. Lebih kurang 4 bulan baru siap. Rumah Tok Su ni di beri nama sempena nama anak bongsu pemilik rumah ni.