Showing posts with label pekasam sedap. Show all posts

LAUK SAHUR PALING CEPAT DI MASAK & SEDAP DI MAKAN

LAUK SAHUR PALING CEPAT DI MASAK & SEDAP DI MAKAN. Dah masuk hari kedua kita berada di bulan Romadhon (sebut betul betul yer..). So hari ni dah 2 hari la umat Islam seluruh dunia menjalani ibadah puasa. Apamacam dah selesa ke berpuasa hari kedua? Ke ada yang mula di serang gastrik. Almaklum la ada orang gastrik dia setahun sekali jer.. Selalunya gastrik dia bulan bulan macam ni la. Hahahaha

Ada yang dah terbabas sahur ke? Awat pulak tak dak.. hari pertama pun ramai yang terbabas sahur sebab tak terbangun. Lupa buat alarm ke atau tido mati pun tak tau la kan. Den pun hari ni hampir hampir terbabas juga. Nasib baik sempat lagi makan & minum sebab semuanya dah get ready just panaskan dalam microwave jer.

Pagi - pagi ni.. memang la kalau boleh kita nak makanan yang simple & cepat di masak kalau yang jenis suka makan fresh2. Maknanya.. sekarang masak sekarang jugak makan. Kalau kau rajin nak bangun 3 - 4 pagi memasak lauk2 berat ok la.. Tapi yang tak berapa rajin menu menu simple macam.. Ikan masin masak asam, sayur bening bersama telur masin, telur mata curah kicap & cili padi, Bilis goreng bawang & cili, megi.. Tu antara menu2 malas yang biasanya orang makan waktu sahur. Nak2 lagi spesis tinggal bujang ni.. Ala kadar asal boleh bertahan sepanjang siang hari untuk berpuasa.

Nak masak jenis lauk berdaging ni pepagi buta.. Memang agak makan masa. Nak goreng ayam pun ambil masa apatah lagi nak buat daging masak kicap kan. Tapi tak bermakna menu2 berasaskan daging haiwan darat ni kita perlu skip semata mata nak jimatkan masa supaya tak payah bangun awal sediakan juadah sahur.

Boleh je simpan stok.. Daging & ayam yang dah di perap & di jadikan pekasam. Sebab daging yang dah di perap ni secara tak langsung dia dah masak & lembut cuma perlu masak sekejab untuk memberi rasa yang lebih sedap & menghilangkan rasa mentah tu. Jangan ingat tak ada pekasam daging & ayam ni ok! Sekarang dah ada dalam pasaran pekasam daging & ayam.


Pekasam Ayam

Selain sedap.. At least ada lauk sedap yang boleh di sediakan dalam masa tak sampai 10 minit & boleh buka selera makan awal pagi ye dak? Mengadap telur je pun lemau jugak. Pekasam daging & ayam ni kelebihan lain dia boleh di simpan lama cuma perlu di simpan dalam peti sejuk di tempat beku. Insya Allah setahun pun masih elok..

Pekasam Daging

Sebab tu paling sesuai untuk hangpa jadikan stok lauk bersahur.. Jimat masa, jimat tenaga, sedap & sebagai pembuka selera.

Nak masak dia pun senang cuma goreng sehingga garing & tambah bawang & cili jer. Settle. tak payah serabut nak fikir resepi apa nak masak dengan pekasam daging & ayam ni. Kerak2 dari beras & rempah ratus tu.. memang bila garing jadi rangup & sedap. Gaul dengan nasi panas.. Heaven ok!

Memang tak banyak lagi orang jual pekasam jenis daging. Kebanyakkan ikan je kita dok jumpa kat luar sana kan? Mesti hangpa yang tak pernah cuba nak tahu mana nak dapat pekasam daging & ayam ni & berapa harga dia. So untuk tidak menyusahkan hangpa nak google cari supplier pekasam daging ni tengok la kat bawah ni mana nak dapat.

Ada 3 jenis pekasam

Pekasam Daging Berempah
200g RM20
1kg RM65

Pekasam Ayam Berempah
200g RM15

Pekasam Kambing Berempah
200g RM25
1kg RM80

Postage
200g RM8sm / RM12ss (muat sehingga 4 pack)
1kg RM12sm / RM17ss

Kalau nak try ketiga tiga tu pun boleh. Jimat postage. Ambil Daging, Ayam & kambing pack 200g postage tetap RM8. So boleh rasa ketiga tiga jenis pekasam ni.


Kalau nak try pekasam daging & ayam ni boleh hubungi :
 Whatsapp : www.wasap.my/60172429610/ 

INI RARE! PEKASAM TELUR SOTONG & DAGING PALING SEDAP

INI RARE! PEKASAM TELUR SOTONG & DAGING PALING SEDAP. Pekasam ni serius sebelum ni aku cuma pernah dengar & makan yang di buat dengan ikan sungai jer. Almaklum la orang kampung.. Tapi dulu masa umur aku dalam belasan tahun lagi.. Pernah dengar seorang akak ni.. Bapak dia penternak ayam. So, ada buat pekasam ayam. Tapi tak pernah pulak aku cuba tak tau rasa dia macam mana. Ada yang pernah makan cakap sedap. Lepas tu aku memang tak pernah jumpa orang buat atau jual pekasam ayam. Tup.. tup baru ni aku dapat peluang try pekasam daging & pekasam telur sotong. Serius memang mula2 rasa cuak jugak sebab aku selama ni cuma makan pekasam ikan je kan.. Takut rasa dia jadi pelik ke hapa..


Tapi kita tak boleh nak judge kalau tak cuba dulu rasa. Jangan menilai daripada nama dia.. Kena nilai daripada rasanya dulu. Alang2 memang dah di beri rezeki merasa pekasam telur sotong & daging ni takkan la nak tengok je kot.. Sia - sia rezeki yang ada depan mata tu kan. Maka berdesup la Jemah ke dapur.. Menggoreng Pekasam yang ada. Pekasam memang cara masak dia goreng dengan minyak masak je.. Takde orang buat gulai ke... sup ke.. atau rendang bagai. Jangan ada yang dok buat kari pekasam pulak nanti yer. Kalau rasa dia pelik jangan salah Leha tak pesan awai awai yer... kekekeke


Nak goreng pekasam telur sotong ni senang.. Jenis pekasam memang hangpa tak payah nak buka bungkusan pekasam & cuci bagai.. buka terus goreng jer. Lepas hampir garing tu hangpa tambah je bawang besar yang di potong & cili. Tak kisah la cili padi atau cili merah. Apa2 cili pun sedap di makan dengan pekasam goreng ni.


Kalau untuk pekasam daging.. di suggest untuk hangpa potong nipis2 & kecil2 baru feel bila nak makan. Memang dia dah siap potong bukan datang seketul2 macam tu.. Tapi kalau malas macam aku goreng terus pun sodap jugak. Tapi bila aku potong jadi cebisan kecik2 tu lagi sedap pulak. Cara masak dia sama je macam pekasam telur sotong tu.


Serius wei!! Tak tipu.. Memang sedap. Gila beb kalau makan boleh bertambah. Memang sesuai korang buat stok untuk sahur bulan puasa nanti. Sebab sahur ni almaklum la kadang2 kurang selera nak makan so kena ada lauk pembuka selera macam pekasam ni. Nak sediakan pun senang sebab tak perlu masa yang lama.. Pekasam ni macam jeruk la sebab dah di perap & bahan perapan dia membuatkan benda tu dah jadi separuh masak... so goreng 5 minit macam tu dah siap. Jadi pekasam memang sesuai jadi lauk time sahur selain membuka selera makan, cepat di masak & sedap di makan. hehehehehe

Makan dengan nasi panas, pekasam daging @ telur sotong.. ada sambal tumis sikit. Mak Aii.. Pengsan tepi bucu meja ok!

Mesti dah terliur kan tengok hidangan Pekasam telur sotong tu dengan Pekasam Daging.. dah banjir air liur mesti tak sabar mana nak dapat stok pekasam, betul tak? Jangan risau akak tak kejam dik.. Benda sedap kena share kat semua orang baru sama2 boleh rasa.. Kalau hangpa nak try pekasam telur sotong & Daging hangpa boleh contact

Yatie;
Whatsapp: 019-4603069
WeChat: DYatie7786
Facebook : DYatie ABakar
Blog : Kalam DYatie

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com