Showing posts with label ogos. Show all posts

BERMULA 31 OGOS 2017 SEHINGGA 3 SEPTEMBER 2017 ADALAH CUTI UMUM

BERMULA 31 OGOS 2017 SEHINGGA 3 SEPTEMBER 2017 ADALAH CUTI UMUM. Orang jepun kalau bekerja kat Malaysia depa akan jadi pelik. Sebab kat Malaysia la paling banyak cuti. Kita orang Malaysia memang suka bercuti.. Sapa tak suka bercuti ye dak.. Nak2 cuti bergaji kan. Cuti yang kena potong gaji pun ramai yang suka ambil. Kalau tak.. Takde la Isnin je penuh kat klinik menunggu giliran nak auta doktor bagi nak mendapatkan cuti sakit. hehehehe.


Rakyat malaysia ni memang alert sangat dengan cuti umum.. Termasuk la saya yang tak bekerja.. Maksudnya tak bekerja office hour la. Buat kerja2 penulisan di blog dari rumah je. Kerja ikut timming sendiri. Pun alert juga ok dengan tarikh - tarikh cuti umum ni. Apa hangpa ingat kami surirumah ni dok rumah hari hari tak tunggu cuti umum ka? Kami pun kadang2 boleh pi bercuti time cuti umum ja. Yalah.. Kena ikut jadual kerja & sekolah anak kan? Tak boleh la nak main redah ja even kita tak bekerja tapi orang2 sekeliling bekerja.

Hari ni dah masuk bulan Ogos. Awal bulan ogos ni memang tak ada apa2 cuti umum. Cuma cuti mingguan biasa jer. Tapi jangan risau... Start 31 ogos sampai la 3 september.. Berderet cuti umum. Hangpa yang bekerja tak payah ambil unpaid leave dah. Tak payah nak apply extra cuti raya haji. Mai la tengok cuti apa yang ada sepanjang 31 ogos - 9 september ni.

31 Ogos Khamis Hari Kebangsaan (Semua Negeri)
1 Sep Jumaat Hari Raya Haji (Semua Negeri)
2 Sep Sabtu Hari Raya Haji Hari Kedua (Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu)
3 Sep Ahad Cuti Hari Raya Haji (Kedah, Kelantan & Terengganu)

Suka la tu dapat cuti umum berderet macam tu. Boleh balik kampung. Ok la kan.. Sebab kebetulan 1 september Umat Islam akan menyambut Aidiladha kan. Boleh la spent time lama sikit kat kampung. Seminggu tu dah cukup la.. Tak payah nak isi form cuti banyak sangat. Jangan tamak sangat satgi habis cuti tahunan pulak hehehehe.

Apapun.. Sepanjang bulan ogos ni, Sempena bulan kemerdekaan semarakkan semangat patriotik anda. Letakkan politik kat sebelah sat & kibarkan Jalur gemilang. Tak kira la PAS ke, PKR ke, UMNO ke.. Kita rakyat Malaysia. Jalur Gemilang adalah lambang negara kita bukan lambang parti politik mana mana. Peace YO!

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com