Showing posts with label sensitif. Show all posts

BILA BERPERANGAI MACAM NI,ITULAH TANDA DAH JADI MAKCIK

BILA BERPERANGAI MACAM NI,ITULAH TANDA DAH JADI MAKCIK. Rasanya tipikal perangai makcik2 ni tak kira la hari perayaan ke, dalam majlis apa2 ke asalkan berkumpul ramai ramai mesti akan berlaku perkara macam ni. Setakat soalan makcik tanya anak dara & teruna bila nak kawen, pada pasangan baru kawen nak ada anak atau yang baru beranak sorang dua tanya bila nak tambah anak tu dah biasa. Malas nak buat isu sangat la.


Bila depa muda perangai depa ni lain tau tapi bila masuk zon makcik makcik terus auto perangai jadi macam tu. Mungkin faktor usia & faktor warisan turun temurun jugak kot. Yelah.. yang muda asyik dok hadap perangai makcik macam tu bila dah tua auto dia pun terikut jugak perangai makcik2 dia dulu. Jadi tradisi perangai macam tu di warisi setiap generasi walau dunia dah semakin moden katanya perangai makcik2 ni tetap la sama. hahahaha

tak mengumpat lebih2 pun kang bila kita berada dalam zon umur depa kita pulak jadi macam tu ye dak.. dari tadi dok cerita perangai manusia bila masuk zon makcik ni tapi tak bagitau jugak perangai macam mana.. Perangai tipikal makcik2 ni bukan satu dua.. tapi banyak. Perangai yang macam mana tu gamaknya.

Perangai yang macam ni >> 15 Perangai Tipikal Makcik Makcik Bila Berkumpul Di Hari Perayaan << Yang mana nak tau samada dia dah masuk zon makcik tu cuba check.. korang ada ke ciri2 macam ni. Kalau dah ada ketahuilah anda dah melepasi garisan usia makcik makcik. hahahaha

Apapun tak semua golongan makcik tu bila berkumpul buat kita rasa Annoying sangat. Ada yang buat suasana jadi happening dengan perangai tipikal depa tu. Kita yang moda rumaja ni katanya.. (statement tak sedar diri hahaha) kalau sikit2 tu tak payah nak tacing sampai ke tulang sumsum sangat la. Makcik gurau sikit tacing sampai ke tulang sumsum tengok anak teruna/dara makcik elok je bergetar tulang rusuk bagai. Kalau dah tanya soalan sensitif sikit pun nak terasa macam mana nak jadi menantu makcik ye dak?hehehee

SELFIE BERLATAR BELAKANG KEBAKARAN HOTEL MALAM TAHUN BARU

SELFIE BERLATAR BELAKANG KEBAKARAN HOTEL MALAM TAHUN BARU. Hari ni dah masuk 1 januari 2016.. Jangan ada yang tersasul tulis tarikh 2015 lagi yer. Normally awal2 tahun macam ni ramai la dok tersasul tulis tarikh.. yelah.. benda baru tak berapa melekat di hati lagi. Sementara nak terima hakikat bahawa dah masuk 2016 ni.. Tapi tahun baru di dubai mungkin menjadi sejarah buruk pada sebuah hotel mewah sebab terbakar.


Yang terbakar tu.. terbakar la. Yang dok berselfie ala2 pengantin baru lepas ijabkabul berlatar belakangkan hotel yang terbakar dengan caption macam sengaja membakar hati orang memang la tempah bala. Macam kejadian tu rancangan komedi pulak dia buat. Zaman media sosial ni kena jaga sensitiviti orang lain sebab makhluk alam maya ni semua berhati lembut mudah simpati & tersentuh katanya.. Kau buat status kurang ajar sikit confirm ramai yang akan macam kena histeria mengecam anda sehingga ke urat saraf paling halus.


Tapi memang agak biadap la zaman selfie ni.. Mereka lebih utamakan ambil gambar dari mendahulukan bantuan. Macam kebakaran besar macam ni mustahil kita orang awam boleh bantu sangat tapi kalau tak boleh tolong.. Minta tolong jangan mempersendakan. Ia mungkin melibatkan nyawa makhluk lain bukan yang terbakar tu bangunan kosong tak berpenghuni.


Jangan terlalu biadap sangat mentertawakan orang lain di timpa musibah.. sampai satu saat kalau Allah nak uji kita dengan musibah jangan nak tacing sampai tembus ke jantung bila orang pulak mempersendakan kita bila berlaku kecelakaan.

Moral of the story.. Dah suka selfie tu ambil la gambar elok2 ni sikit. Ni gambar pun blur.. Mesti dia tak tau teknik & trick ambil gambar yang cantik macam kualiti DSLR guna smartphone. Elok tengok kat sini macam mana nak ambil gambar dari smartphone tapi dapat kualiti yang macam DSLR >> Tip & Trick Ambil Gambar Secantik DSLR Guna Smartphone <<

ORANG CELIK LEBIH SENSITIF BERBANDING CALIPH BUSKERS YANG BUTA

ORANG CELIK LEBIH SENSITIF BERBANDING CALIPH BUSKERS YANG BUTA. Dua tiga hari ni aku dok baca jugak kisah Pelawak & pengacara Tv Hj Nabil yang di hentam bagai nak rak sebab terlepas cakap sesuatu yang bagi peminat seolah2 menghina kekurangan caliph Buskers dalam satu rancangan tengah bergegar kat astro sekarang ni. Aku ni insan tak berlanggan esteruk katanya.. Jadi cuma baca update kat media sosial je la. Dua tiga hari tengok wartawan & media dok panas kan isu ni terfikir jugak aku benda kecik je. Ni strategi untuk menaikkan rating rancangan tu ke hapa. Biasa la stesen tv ni kadang2 menjadikan isu kecil sebagai kontroversi untuk menaikkan rating rancangan tu.

Caliph Buskers

Katanya Caliph Buskers pun tak rasa terhina atas gurauan Hj Nabil tu. Bagi aku pun Nabil bukan niat nak menghina pun. Mungkin sebab dia bercakap secara spontan maka terlepas cakap benda macam tu tanpa ada niat tak baik selain bergurau. Tapi yang pelik orang yang sempurna pancaindera pulak terlebih touching dari orang buta ni, camna? Depa yang terlebih terasa berbanding orang yang terlibat. Ingat semua orang Istimewa ni sensitif sampai tak boleh bergurau ke. Depa tak teruk sangat kot nak emosi benda kecik2 macam ni.

Sumber Beautifulnara

Kadang2 kita ni over dari mangsa kejadian. Orang cuit sikit jer tapi yang tolong terasa tu dia punya sentap lebih dari orang yang di tujukan. Dah lebih sudu dari kuah katanya. Kadang2 bukan dia simpati sangat pun cuma nak tunjuk betapa dia warrior. Memperjuangkan orang yang di tindas padahal benda kecik je. Takde isu penghinaan atau penindasan pun. Tapi bila masa lagi nak tunjuk hero kan? time2 camni la katanya. Takat taip guna jari telunjuk je jangan berangan nak jadi keyboard warrior sangat la. hahaha.

Kalau aku berada kat tempat Caliph Buskers pun aku tak rasa benda ni isu yang patut aku sedih sampai nak sentap. Kadang2 golongan OKU ni pun tak suka di layan macam OKU sangat. Mereka pun nak rasa hidup macam orang normal. Depa pun nak bergurau, mengusik macam orang lain. Kadang2 sebab kita ni terlebih jaga perasaan golongan OKU ni mungkin buat mereka rasa diri mereka terlalu kekurangan sampai tak boleh di layan macam orang normal lain.

Moral of the story.. Hidup dalam dunia ni orang cepat sentap memang akan sentiasa makan hati last2 mati bunuh diri je. Jadi sila control sikit emosi anda. Ada perkara yang kita tak perlu sentap sangat.

BERPARTI HALLOWEEN DENGAN HANTU MH370

Tahap biadap yang tak cukup di sekolahkan dengan lempang ni. Patut letak depa ni dalam satu pesawat kemudian letupkan kat tengah2 lautan hindi. Tak beragak langsung nak berhibur pun. Manusia berhati syaitan.. Tak payah pakai kostum Halloween dah.. Memang tak nampak manusia spesis macam ni.


Ia bukan pasal agama atau bangsa tapi soal sentiviti & kemanusiaan. Seluruh dunia terasa sedih dengan kehilangan MH370 yang sampai sekarang masih misteri. Hidup mati takde sapa mampu sahkan.. Tapi biasa la tak semua manusia itu manusia. Ada manusia tapi berhati syaitan. Contohnya macam makhluk2 yang tak di kenalpasti dari spesis apa.. Rupa memang nampak manusia.. tak perangai tak berapa manusia

 Sumber asal HarianBlogger

Sumber asal Mynewshub

Dalam pesawat MH370 ada pelbagai kaum,bangsa & agama jugak negara.. Sepatutnya semua kena hormati. Jangan kat Malaysia ada yang teringin nak jadi viral pi tiru pulak. Cukup la dengan kebodohan yang ada segelintir rakyat Malaysia.. Jangan di tambah lagi bodoh yang buat orang rasa nak humban je dalam lautan hindi.

P/S : Doakan Allah membuka jalan untuk temui kebenaran tentang kehilangan MH370..


80% RAKYAT MALAYSIA MEMANG SENSITIF ISU MH37O DIJADIKAN BAHAN GURAU

Kecoh bila Chef Wan muat turun status berunsur gurauan pasal pesawat Mh370 yang masih sehingga kini belum di temui. (Boleh rujuk entri berkaitan tu kat SINI )Marah benar rakyat Malaysia dengan chef wan.. Bukan kata chef wan.. sebelum ni pun Zed Zaidi teruk kena hentam sebab jadikan isu Mh370 untuk bergurau. Bukan golongan retis jer kena hentam.. orang awam pun kalau dok up status yang bukan2 pasal MH370 pun tetap kena hentam.

Jadi sapa2 jer tak terkecuali di hentam kalau tak sensitif dengan isu yang melibat nyawa & keselamatan orang lain ni. Mengikut survey yang aku baca kat astroawani 80% ++ rakyat malaysia nak chef wan buat permohonan maaf atas apa yang dia dah buat selebihnya lagi tak kisah. Nak2 lagi dia keluar kenyataan memang dia sengaja buat lawak camtu semata2 nak tengok reaksi rakyat Malaysia katanya.. sekarang dah tengok, kan?? hope jadikan pengajaran ler.  Even dia kata rakyat malaysia ni memang cepat melatah & suka mengutuk orang.. Rasanya dia pun tergolong dalam rakyat malaysia yang macam tu jugak kot. Selama ni dia jer dok hentam orang kan... sekali sekala kena hentam pun bagus jugak untuk sel2 otak berhubung. kekekekeke... (termasuk la diri aku jugak)


 Sumber astroawani

Moral of the story... Pada sesiapa sekalipun termasuk diri sendiri, kita kena ingat ada perkara yang boleh dijadikan bahan gurau ada yang tak boleh. Memang hidup kalau statik & serius jer pun tak happening.. tapi banyak lagi perkara yang boleh di jadikan bahan gurau kenapa isu yang serius & besar macam ni jugak kita pilih nak main2. Cuba ada ahli keluarga chef wan atau sesapa sahaja yang jadikan isu MH370 tu sebagai bahan gurau terlibat sama.. Gamaknya ada hati lagi tak dia nak berlawak? So, kalau kita tak mampu nak rasai kesedihan orang lain.. tolong hormati perasaan orang. Tak susah, kan?? Peace!

P/S : Ehem.. hem.. tak payah bangga sangat la Dato Chef Wan Ooi.. boleh buat orang marah. Tak elok untuk kesihatan orang2 tua macam Dato. kekekekeke


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com