Showing posts with label alam ghaib. Show all posts

TERSESAT DI KAWASAN PERUMAHAN BUNIAN.. WUJUDKAH KENCHANA?

TERSESAT DI KAWASAN PERUMAHAN BUNIAN.. WUJUDKAH KENCHANA? Kisah orang tersesat dan masuk ke alam sebalik mata atau lebih senang faham masuk alam ghaib @ bunian ni bukan cerita yang pelik. Macam macam kisah.. Ada berjaya balik semula ke alam dan manusia ada yang tak terus bermastautin kat alam sana. Tak tau la dia dapat warga alam bunian atau PR je. Nak kata betul pun aku tak tahu nak kata bohong pun aku tak berani. Benda benda mistikus ni kadang kadang di kuar kotan parcel pemikiran kita. Hanya orang yang melalui pengalaman tu dan Allah saja yang tahu. Tanya aku.. Aku tak tahu.

Tapi ni pengalaman aku semalam. Gila berdebar wei.. Tiba tiba aku ada di satu tempat yang kau tak familiar langsung. Nak balik ke pangkal jalan kau tak tau jalan mana harus kau pilih. 

Cerita dia macam ni.. Aku tengah jalan jalan tiba tiba aku sampai satu kawasan perumahan. Kawasan yang biasa kita tengok. Taman taman perumahan yang ada blok blok kedai, premis perniagaan gitu la. Cuma tempat tu aku tak pernah sampai dan aku sendiri tak tau kat mana. Aku berlegar legar sambil on gps tapi gps macam tak dapat kesan lokasi aku tu. Aku tengok ada satu jalan raya tapi kosong tak ada kenderaan. Semakin jauh pandangan semakin gelap kearah jalan tu. Ada lagi satu jalan kecil kiri kanan hutan. Dua dua jalan tu aku tak tau menuju kemana. Signboard apapun tarak. Sapalah YB kawasan tu. Next pru jangan undi dia. 

Lepas tu aku nampak dua orang remaja perempuan. Aku tanya la apa nama tempat ni.. Sebab aku nak search guna gps nak cari jalan balik rumah aku. Aku tak tau nak balik dah ni. Sesat. Budak cuma bagitau tempat tu nama kencana ke gencana ke gitulah. Rasanya kencana tak silap aku. Aku macam lupa lupa dah. Aku try search guna gps.. Tak dapat kesan lokasi tu. Ah.. Sudah. Aku nak balik macam mana pun tak tau. 

Aku mula tak sedap hati. Tempat tu totally pandangan mata kasar nampak macam penempatan manusia biasa cuma sunyi sangat. Tak ada orang kecuali dua orang remaja perempuan tu je aku jumpa. Nama tempat tu pun macam pelik. Ada bunyi bunyi klasik. Ya Allah.. Aku tersesat di alam sebalik mata dah ni wei. Aku masuk alam bunian ke? 

Tetiba aku nampak dua tiga orang yang aku kenal sedang berjalan guna jalan yang kiri kanan hutan.. Sambil sembang sembang. Aku jerit panggil depa sorang pun tak toleh. Aku kejar dari belakang sambil panggil pangil.. Sampai la dengar suara suami aku tanya.. Kenapa? Aku buka mata. La.. Mimpi rupanya. Sah sah aku mengigau suami aku dengar terus kejutkan aku. 

Pagi ni bangun aku terfikir dalam mimpi tu sebenarnya aku nak ikut jalan raya yang kosong yang mana bila semakin jauh semakin gelap tu. Sebab tu jalan raya jadi aku rasa mungkin jalan tu boleh jumpa jalan keluar. Tapi sebab aku nampak orang aku kenal berjalan jalan guna jalan yang kiri kanan hutan tu aku lari ikut depa. Kalaulah aku pilih jalan raya.. Kat mana pulak aku sampai dalam mimpi tu yer. 

Ni sah sah la sebab semalam aku dok cari cari kisah kisah seram nak share dalam blog sampai terbawa bawa dalam mimpi. Apa kita fikir tak mustahil akan bersambung dalam tidur kan. Ada mimpi benar ada mimpi sekadar mainan tidur. Macam mimpi aku ni dah sah sah di pengaruhi apa yang aku fikir sebelum tidur. Tapi kan.. Ada ke kawasan penempatan bunian yang namanya kenchana? Jeng.. Jeng.. Jeng.. Jangan biarkan hidup anda di selubungi misteri.... 

Moral of the story sesiapa yang ada pengalaman seram nak share boleh email lekatlekitgurl@yahoo.com

JANGAN SILAP! JIN, IBLIS & SYAITAN ADALAH MAKHLUK YANG BERBEZA

JANGAN SILAP! JIN, IBLIS & SYAITAN ADALAH MAKHLUK YANG BERBEZA. Dalam hal ni rasanya ramai yang masih tak faham & selalu salah sangka. Sebab masyarakat melayu dia gelarkan makhluk ghaib ni sebagai hantu maka dia pukul rata.. Hantu tu semua adalah sama.. Jin pun dia.. Setan pun dia.. & iblis pun dia. Tapi sebenarnya Jin, Syaitan & Iblis ni adalah 3 makhluk yang berbeza. Memandangkan blog lekatlekit.com ni memang banyak berkongsi kisah seram, mistik, misteri.. Kisah2 dari makhluk alam ghaib ni.. Elok la share sikit penjelasan pasal ni kan...


Sebab ramai yang salah faham antara Jin, Iblis & Syaitan ni.. Kadang2 depa jadi pelik terutama masa bulan ramadhan. Katanya Syaitan & iblis kena ikat sepanjang bulan puasa.. Dah kenapa boleh berlaku lagi kejadian kerasukkan & histeria ni? Mesti la boleh berlaku sebab kerasukkan atau histeria ni berlaku kerana gangguan jin bukan iblis & syaitan.. Jadi Jin ni masih berkeliaran la walau di bulan ramadhan kan sebab depa bukan spesis yang sama.


Jadi nak kenal perbezaan antara Jin, Iblis & Syaitan ni.. Boleh baca penjelasan di bawah yang di ambil dari blog Ustaz Dr Shauqi

JIN 
jin merupakan makhluk Allah yang diberi tanggungjawab memperhambakan diri kepada Allah seumpama manusia. Firman Allah dalam surah al-Zariyat ayat 56 bermaksud: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Justeru, jin adalah seumpama manusia dari sudut keimanan dan kekufuran. Oleh itu, terdapat dalam kalangan jin golongan yang Islam, soleh, kafir, fasik, munafik dan sebagainya. Firman Allah dalam surah al-Jinn ayat 11 bermaksud: Dan sesungguhnya di antara kami (jin) ada orang-orang yang soleh dan di antara kami ada yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza. Jin merupakan makhluk Allah yang diciptakan daripada api. Firman Allah dalam surah al-Hijr ayat 27 bermaksud: Dan kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas.”
IBLIS 
Manakala iblis pula ialah makhluk Allah yang derhaka dari kalangan jin. Al-Quran telah menyatakan dengan jelas bahawa Iblis adalah daripada jenis jin. Firman Allah SWT dalam surah al-Kahf ayat 50, bermaksud: Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan Iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. oleh itu, Patutkah kamu hendak menjadikan Iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amat buruklah Iblis itu sebagai pengganti bagi orang-orang yang zalim. 
SYAITAN 
Manakala syaitan pula adalah golongan yang engkar dari kalangan jin dan manusia. Firman Allah SWT dalam surah al-An`am ayat 112 bermaksud: Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.

So sekarang hangpa tau dah kan apa beza Jin, Iblis & syaitan.. Mereka memang dari makhluk ghaib tapi depa dari golongan yang berbeza. Lepas ni hangpa tak boleh pukul rata lagi.. Tak payah nak mempersoalkan kenapa bulan posa pun ada orang kena histeria ok! Bukan sebab Iblis & syaitan.. Tu sebab jin. Jin yang buat salah.. jangan iblis & syaitan pulak dapat nama ok! hehehehehe

Moral of the story.. Walaupun berbeza 3 spesis tu tetap kita tak boleh taksub atau berdampingan dengan mereka. Lebih2 lagi untuk perkara yang menjurus kepada unsur syirik & khurafat.

SERAM! MISTERI TETAMU TIBA TIBA CHECK OUT DI SEBUAH HOTEL PANTAI BATU BURUK, KUALA TERENGGANU

SERAM! MISTERI TETAMU TIBA TIBA CHECK OUT DI SEBUAH HOTEL PANTAI BATU BURUK, KUALA TERENGGANU. Kalau dah minat tu.. Dia memang rajin la mentelaah. Serata forum aku cari cerita seram. Lepas ni boleh dapat title Puan Seri Seram Serik Lekatlekit katanya. Yelah.. Dah sinonim dengan cerita seram katanya. Walaupun sinonim dengan niche seram ni.. Blog aku jugak di kenali dengan macam2 niche ok.. Sebab tu masih mendapat kepercayaan untuk  review hotel la.. homestay,pakej percutian,produk kecantikkan & kesihatan,kosmetik, produk kanak kanak & bayi & macam - macam lagi la. Tu dia berbakat sungguh kan lekatlekit ni dalam penulisan di blog. Semua dia sapu.. Biasa la.. Dalam penulisan ni kena di pelbagaikan baru orang tak boring baca ye dak..


Walaupun macam - macam niche & genre penulisan aku ni.. Tapi di sebabkan minat cerita seram aku adaptasikan minat tu dalam blog. Bukan sekadar tiru tiru nak pancing traffic orang. Aku memang tak suka nak jadi saka orang.. Aku ni ada ego tersendiri. Bila apa yang aku nak buat tu Insya Allah aku buat sungguh2 bukan acah - acah & ajet ajet jer ok.. Di sebabkan kecintaan aku dalam cerita seram ni.. So hari ni untuk segmen seram serik lekatlekit aku nak share satu kisah seram yang berlaku kat sebuah bilik hotel di pantai batu buruk, kuala terengganu. Terengganu ni antara negeri yang jarang aku share kisah seram.. Alang2 dah jumpa kisah seram yang berlaku kat terengganu ni elok la kita momok momokkan orang terengganu pulak kan..

Alkisahnya sekeluarga ni pergi bercuti kat kuala terengganu.. Sedang elok depa nak check in masuk sebuah hotel di pantai batu buruk ni time maghrib. Time hantu setan merayap la tu.. Mula2 tu depa nak tempah bilik receptionist tu kata bilik full.. tup tup.. ada orang check out. Memang rezeki depa la nak dapat bilik kat situ. Depa tak tau rezeki depa jugak tu nak berkenalan dengan 'orang' kat situ.

Terpaksa la tunggu sekejab sementara housekeeping nak kemas2 & bersih2 dulu bilik tu. Almaklum la baru je guest keluar kan. So cadar selimut tuala bagai nak kena tukar jugak. Kang bagi terus bilik bekas di tiduri oleh manusia lain.. Viral pulak seantero alam maya. Orang yang check out tiba2 tu tak tau pasal apa tapi ok la kan... Di sebabkan ada yang check out secara tiba2 macam tu jadi ada la satu kekosongan bilik untuk depa menginap.. Tapi di sebabkan family yang baru nak check in memang tak tahu apa apa so depa pun tak terfikir la sampai kearah misteri & mistik. Malah tak sempat pun nak fikir bukan bukan dah.. asalkan dapat bilik dah cukup bagus katanya.

Sampai la.. depa check in ke bilik tu.. Bermula episod misteri wan peah.. Tu dia tetiba wan peah pulak.Wan Peah kat perak dah kenapa pulak jauh dia travel sampai kuala terengganu.. Ok ok.. bukan wan peah. Dalam 1 family tu si mak yang kena kacau dulu. Menurut cerita mak dia.. lepas di keluar dari bilik air dalam bilik tu tetiba dia nampak ada perempuan duduk atas katil tapi tak nampak muka sebab dia duduk dalam keadaan muka di sembamkan kat lutut.. Alah macam gaya orang tengah frust gitu.. Mana datangnya perempuan misteri atas katil tu? rasanya bukan ahli keluarga dia. Bila mak dia ternampak benda tu.. kejung la sekejab beliau.. Terkejut, terkujat, terkentut semua ada la. Kau apa tau bukan pernah tengok hantu secara live show macam tu. Hanya orang pernah jumpa benda2 gini je tahu macam perasaan & reaksinya.. erkkk.. macam aku pulak yang ada pengalaman tengok makhluk halus kan..

Tapi lepas mak dia pandang balik.. Benda tu dah tak ada so mak dia masa tu tengah siap2 nak solat maghrib sedang elok la di segerakan menunaikan kewajiban. Di lengah2 satgi awek ponti tu ajak lepak sekali atas katil pun masalah jugak kan? Tapi perasaan seram tu tetap la ada kan.. Kita cuma manusia biasa katanya. tak mau la cakap besar. Satgi dia mai jengoi (tunjuk) muka.. baru nak belajar mengeja perkataan 'menyesal'.

Tu mak dia.. Si Ayah pun tak terkecuali jugak ok! Tak adil la sakat sorang je. Tak fair & lovely katanya.. Ayah pulak masa tengah solat tetiba tak boleh bangun sebab dia rasa macam ada orang tekan leher dia sampai melekat atas sejadah. Ni bukan macam cerita yatt hamzah yang dahi melekat kat atas sejadah masa solat taubat ke hapa... Ni kes lain ok. Tapi lepas beberapa saat macam tu baru bapak dia boleh bangun balik. Nasib baik beberapa saat jer.. buatnya dia sengguk kepala orang tua tu dalam beberapa jam mau tak kejung kejang pakcik tu kat atas sejadah.Kesian aku terbayang keadaan pakcik masa tu.. terkiat kiat nak angkat kepala tak boleh..

Dahsyat jugak.. Orang tengah solat tu dia redah je. Sakat tetap sakat.. kalau tak.. tak hantu namanya. Kalau tak sakat macam mana nak ada koleksi cerita seram kan? Harap david teo terbitkan filem seram.. menangis je menonton. Bukan menangis takut.. tapi menangis dok kenang dosa maki hamun dia jer. hahahahaha. 

Maka misteri kenapa guest sebelum ni tetiba check out tu terjawab la secara tak rasmi. Mungkin tak tahan la kot kena kacau macam tu.. Nak holiday pun spoil mood. Maka segera angkat kaki la kan..

Moral of the story.. kalau ikutkan mana2 hotel ni mesti ada 1 bilik bersama kisah seramnya. Rasa pihak hotel kena book 1 bilik untuk hantu jangan bagi guest masuk. Apa.. ingat hantu tak demand ke? depa pun nak tidur hotel jugak ok!

SERAM! BALAI POLIS BANDAR HILIR MELAKA BERHANTU?

SERAM! BALAI POLIS BANDAR HILIR MELAKA BERHANTU? Tu dia.. jarang2 ada kisah seram berkaitan balai polis yang masih beroperasi. Sapa kata walaupun banyak hero2 gagah perkasa yang bekerja kat situ cik Hantu tak berani buat onar.. Dia bukan lut pun kena tembak dengan senjata api kan.. So, ada dia kesah nak sakat abang2 polisi katanya.


Rasanya cerita ni dah jadi viral tapi aku baru terbaca kat harian Metro tadi pasal kes tetiba pintu kaca balai polis bandar hilir yang katanya terbuka sendiri. Sebelah terbuka masuk ke dalam balai. Yang sebelah lagi terbuka kearah luar balai Kemudian salah satu daripadanya pecah tak tahu punca. Kejadian berlaku kira kira pukul 4.21 pagi 6 april.. kejadian dua hari lepas la. Time2 macam tu kalau korang jenis selalu baca kisah2 seram memang antara time kemuncak kalau nak berlaku apa2 gangguan berkaitan makhluk halus ni. Memang selalunya time sebelum subuh. Kang subuh satgi hantu pakat lari balik rumah dah. Kira time2 macam tu time depa dok merayap tak ketahuan hala la jugak. So sapa2 yang jenis kutu rayap tengah malam tu.. Kira geng depa jugak la kan...

Video rakaman cctv semasa kejadian

Memang di sahkan oleh ketua Polis melaka ada kejadian pintu kaca pecah kat balai polis tu cuma dia anggap mungkin di sebabkan angin. Kuat jugak angin boleh tolak pintu kaca macam tu kan.. Dah tu dia tolak dua pintu kaca dalam dua arah berbeza pulak tu. Angin apa gamaknya yer... Angin  kus kus ke angin bayu membawa diriku.. sepintas lalu ku terkenangkan mu.. Ops.. ternyanyi pulak. Asal tulis cerita seram je mesti nak ternyanyi. hahahahaha


Cara dia pecah tu kalau nak salahkan angin.. Memang tak berapa logik. Takkan angin bertiup dalam dua arah berbeza kat satu tempat. Rasanya balai tu kena buat majlis tahlil & bacaan Yasin kot bagi mengelakkan sebarang gangguan yang mungkin boleh menganggu petugas petugas kat situ. Susah jugak kalau asyik kena kacau nak2 lagi yang duty shift malam ni.. Even polis pun.. Bab makhluk halus ni.. berdiri jugak bulu romanya pak! Walau tak sampai terkincit dalam seluar sekalipun. Gangguan makhluk halus ni mana boleh halau & halang dengan senjata api.. kau acah2 pistol dengan gari dia tak heran pun katanya. So, kena ada aktiviti keagamaan jugak la.

Moral of the story.. hope abang abang & kakak kakak polis bertabah la menjalankan tugas. Saja ja tu dia ucap salam perkenalan. Maybe baru sampai nak tumpang tidur dalam lokap kot. hehehehe

DI LAMAR GADIS BUNIAN SEMASA HILANG 6 HARI DI BUKIT BROGA

DI LAMAR GADIS BUNIAN SEMASA HILANG 6 HARI DI BUKIT BROGA. Kecoh satu Malaysia dengan berita pasal Mohd Azarul Mukhriz yang hilang & sesat di bukit broga selama 6 hari & di temui semula di tempat yang sama dia di kesan hilang pada hari 7. Benda2 macam ni memang menjadi persoalan apa yang berlaku selama 6 hari dia bersendirian dalam hutan tanpa bekalan makanan & peralatan yang cukup? Di jumpai dalam keadaan yang tiada sebarang kecederaan atau pengsan ke hapa.. Malah masih bernyawa & mampu berjalan tu kira memang menakjubkan jugak. Dia mampu survive selama 6 hari.. Apa yang berlaku sebenarnya?

Mohd Azarul Mukhriz Abd Rahman ketika di selamatkan selepas 6 hari hilang di bukit broga

Ni kira sumber2 tak sahih sangat la aku baca.. Just kita baca sebagai hiburan macam tengok filem seram David Teo je la yer..Nak kata rekaan semata mata pun kang jadi tuduhan tak berasas. Tapi tu la... sejauh mana kebenarannya, Aku sendiri tak tahu. Supaya tak jadi pertikaian maka aku mention siap siap kat sini. Almaklum la aku ni memang minat dengan cerita2 berkaitan alam ghaib ni.. Even macam tu aku tak obses sangat. Apa yang aku rasa mengarut aku just baca sebagai hiburan semata mata.

Menurut cerita yang aku baca la kan.. Cerita ni konon di ceritkan balik Azarul kepada seorang hamba Allah yang duduk di wad dengan dia.. Masa dia mula nak mendaki bukit broga tu dia nampak ada kelibat seorang budak kecik yang dok bagi petunjuk jalan sampai la dia tersesat. Katanya sepanjang dia hilang dia di jaga oleh penduduk yang majoriti warna pakaian mereka semua putih. Seperti yang di gambarkan dalam cerita2 pasal bunian ni.. Kita boleh agak mungkin dia maksudkan orang bunian walaupun bunian bukan spesis orang (manusia). Orang bunian ni bukan manusia dari alam ghaib ok! Dia spesis Jin jugak.. Aku pernah baca katanya bunian adalah dari spesis Jin Islam. Jangan tak tau jin pun ada macam2 bangsa & agama jugak ok!

Dalam banyak2 penduduk kat situ katanya ada 2 orang je perempuan yang sangat cantik. Memang cantik yang di gambarkan tu tak ada tandingan dengan mana2 perempuan dia pernah tengok dalam golongan manusia ni la. Jangan nak compare dengan aku.. Aku lain.. aku memang cantik macam bunian so mungkin kecantikkan tu setanding aku la kot.. hahahaha. Ok sila muntah tepi skrin! Tapi yang pernah aku dengar sebenarnya jin yang kita nampak ensem & cantik tu bukan rupa sebenar mereka. Kalau depa tunjuk rupa sebenar rasa trauma sepanjang hayat sapa2 yang tertengok tu.

Salah seorang dari dua gadis bunian tu, offer dia kawen. Selalu gitu kan.. Gadis bunian ni memang jenis perigi cari timba gamaknya. Dia memang akan pinang mana2 manusia dia suka tapi ada term & condition dia. Takde dia suka kau.. terus kau boleh kawen tanpa syarat. Antara syarat yang katanya Mohd Azarul ni tak boleh nak accept.. dia tak boleh lagi balik jumpa mak ayah dia. Kalau dia langgar pantang dia akan jadi gila.. Syarat tu pun dah gila sangat bagi seorang anak kan. Maka di tak dapat penuhi syarat.

Sampai hari ke 7 katanya gadis bunian tu ajak dia kawen dia tetap menolak.. tu sebab hari ke 7 dia di lepaskan dari alam ghaib & di temui pasukan penyelamat yang menyertai misi pencarian.

Pengajaran yang dia dapat dalam pengembaraan dia ke alam bunian tu katanya.. penduduk situ tidak bekerja cuma rutin mereka beribadah. Tapi kita yang hidup kat alam manusia ni jangan pulak sampai malas bekerja guna alasan nak beribah jer.. Habis tanggungjawab lain yang Allah amanahkan tu sapa nak pikul. Cuma seimbangkan la..

Dari apa yang aku baca memang boleh terjadi manusia masuk ke alam ghaib & memang ada berlaku manusia berkahwin dengan Jin. Aku dah lupa aku dengar pendakwah mana cakap pasall tu.. Tapi dari orang terkenal jugak la. Cuma tidak di galakkan dalam Islam. Yup.. Jin juga ada kehidupan mereka macam manusia.. ada kampung.. ada penempatan jadi tak mustahil dalam hutan belantara tu di sebalik pokok2 & semak samun yang kita nampak ada penempatan golongan Jin. Macam aku pernah cakap kat entri sebelum ni.. Antara dua sebab je kalau Jin tu tawan manusia kat alam ghaib.. samada kita buat perkara dia tak suka atau dia suka kat kita je. hehehehe

Moral of the story.. Banyak perkara yang tidak boleh di buktikan dengan sains & teknologi. Ilmu alam ni sangat luas.. Sebagai umat Islam kita wajib percaya kepada alam ghaib tapi bukan taksub sehingga mensyirikkan Allah & melakukan perkara2 khurafat.

Boleh rujuk entri kes kehilangan Mohd Azarul kat sini >> MISTERI! HILANG 6 HARI DI PUNCAK BUKIT BROGA AKHIRNYA DI TEMUI DI TEMPAT YANG SAMA <<

AMARAN SERAM STALKER DARI ALAM GHAIB

AMARAN SERAM STALKER DARI ALAM GHAIB. Pepagi dah taip cerita seram.. Almaklum la kena tulis sementara masih ingat. kang lewat2 draft entri masuk petang dah lupa. Lagipun I kan blogger aktif & rajin.. Mesti ada daily update. Semalam pun 4 entri berjaya di update. Macam tu la kehidupan seorang blogger.. Alasan idea tak ada tak boleh kerap2 sangat dok jadikan alasan.. sebab bila kau pilih jadi blogger & nak dapat manafaat dari blog memang kau kena sentiasa cari idea & kreatif bila menulis di blog. Kalau tak mampu buat dua perkara tu.. better pergi cari benda lain la buat. Memang berblog tak sesuai buat golongan yang sentiasa kekeringan idea & kurang kreativiti.


Dari zaman bujang aku tinggal kat rumah ni. Sebab aku menyewa sorang sorang jadi bila kawen tak payah nak susah2 cari rumah. Sewa rumah pun masih rendah berbanding tempat lain. Buat apa nak bayar sewa rumah mahal2.. 10 tahun pun tetap rumah orang. Lain la sewa beli kan..

Rumah aku ni sejak aku tinggal dengan adik & sepupu aku lagi memang dah ada gangguan bunyi. Lepas depa dah pindah tinggal aku sorang gangguan bunyi tu masih ada. Tapi sebab aku ni sangat positif.. aku ingat bunyi tu datang dari rumah jiran atas. Walaupun minat cerita seram tapi aku tak obses sangat dengan benda2 mistik so aku memang tak terfikir selama ni bunyi tu something wrong somewhere. Yelah.. bunyi jer takde dengar mengilai ke hapa. Bunyi guli jatuh.. Bunyi perabot kayu di seret.. kadang2 bunyi tapak kaki orang berjalan cuma pernah sekali aku dengar suara misteri di tengah malam cuma tak jelas apa yang di cakap.. Sebab mula2 memang tak terfikir bunyi tu bukan bunyi yang manusia buat. Selepas jiran atas dah pindah & rumah tu dah kosong pun still ada bunyi yang sama. Yang aku boleh tahu bunyi tu bukan dari manusia.. masa pergi merawat anak aku kat pusat rawatan Islam Al Qayyum.. Perawat kat situ yang bagitau. Tapi sebab dah biasa hidup dengan bunyi bunyian misteri.. dah takde rasa apa - apa yang seram. Kadang2 aku anggap macam irama harian wajib dengar je hahaha..

Semalam aku up la satu status berkaitan gangguan bunyi tu.. Tup tup.. semalam masa tidur aku macam bermimpi ada satu suara yang marah bagitau aku.. Sebab aku tulis kat status macam tu.. Dia buat anak aku sakit. Terbangun dari tidur tapi tak tahu pukul berapa suami cakap badan anak aku panas.. Aku dalam keadaan mamai2 macam tu rasa blur sekejab. Tapi tak fikir apa2 la.. Just bangun basahkan tuala kecil selimut anak aku supaya suhu panas turun. Letak cool fever sambung tidur. Tapi tetap terbangun untuk basahkan tuala. Pagi ni nampak demam dia pun macam dah turun... Risau jugak jadi macam dulu.. malam jer demam. siang sihat. Hope tak berlaku lagi trajedi macam tu...

Status yang aku tulis sebelum tidur semalam

Amboi.. benda tu pun pandai stalk Facebook aku kan... Stalker dari alam ghaib ni nak block tak boleh. Dah la stalk orang lepas tu touching nak warning2 orang.. Tak 'hantu' la beb! hahahaha... erkk.. kang malam ni dapat warning lagi matilamak... hahahahahaha

Apapun.. benda ni memang wujud tak mustahil dia ada berdampingan dengan kita. Menurut perawat dari rawatan Islam yang aku pernah pergi.. Dia dah lama tinggal kat situ so memang agak susah untuk di halau. Kena rajin2 baca yassin la kot.. Manatau sampai satu masa dia surrender & packing balik kampung dia dalam belantara sana. hehehehe

DI SEBALIK MISTERI VOLKSWAGEN KUNING & KISAH SERAM LEBUHRAYA KARAK

DI SEBALIK MISTERI VOLKSWAGEN KUNING & KISAH SERAM LEBUHRAYA KARAK. tak nak kalah katanya. Aku kan terkenal dengan blogger kisah seram bila tengok blogger lain tetiba dok up kisah seram aku pun mula pelik. Dah kenapa pulak tak pernah2 depa ni tulis cerita seram kat blog tetiba je memasing cari idea nak siapkan entri kisah seram. Rupanya Bro Framestone & MiG Production bergabung mengadakan contest cerita seram yang untuk promosi Filem seram terbaru MiG Volkswagen kuning.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Barulah aku tau.. Rupanya memasing dok sibuk pasal entri cerita seram semua yang nak mencuba nasib untuk contest tu. Aku pun nak try jugak ke? Tak la.. Aku rasa tak layak pulak sebab aku kan suka kutuk filem2 seram terbitan MiG. tetiba aku nak join contest dia kan pelik bunyinya, Tapi tetap taknak kalah. Aku tetap nak ambil kesempatan Up kisah seram paling legend kat Malaysia ni berkaitan gangguan Volkswagen kuning misteri di lebuhraya karak.

Cerita pasal Volkswagen kuning misteri tanpa pemandu di lebuhraya karak ni dari kecik aku dah dengar & banyak jugak cerita2 pasal Volkswagen kuning ni di kongsi di laman2 blog & media sosial. Mungkin ramai yang tak pernah tahu kisah misteri Volkswagen kuning ni sebenarnya berlaku sejak tahun 1956 lagi cuma waktu tu dia tak extreme sangat memomokkan orang. Faktor orang dulu pun mungkin kurang menggunakan jalan raya waktu malam & tak ramai yang ada kenderaan sendiri kot buat Volkswagen ni masa tu tak menjadi kisah seram yang popular.

Tapi selepas lebuhraya utara selatan di bina yang merentasi kawasan Jelapang sejak tu cerita momokkan Volkswagen kuning ni semakin popular. Menjadi jadi pulak dia menyakat orang kat lebuhraya. Katanya sejarah Volkswagen Kuning menghantui pengguna lebuhraya tu bermula dengan kisah seorang isteri yang curang membunuh suaminya & merampas Volkswagen kuning milik suaminya. Akibat dendam & ingin memilik kembali Volkswagen kuning dia menjadi hantu volkswagen. Agak merepek jugak cerita dia tu.. Sebab orang dah mati mana boleh kembali ke dunia dalam apa bentuk jelmaan apatah lagi nak memandu Volkswagen kuning kat highway. Semua tu jelmaan jin & syaitan untuk menakutkan & menyesatkan manusia.

Kisah Volkswagen kuning ni selalunya berlaku bila katanya ada kereta memotong kereta dia. tetiba dia akan muncul semula kat hadapan kereta yang memotong tadi. Kalau di potong lagi.. perkara yang sama akan berlaku. Menurut pengalaman seorang penunggang motorsikal.. Katanya dia pernah terserempak dengan Volkswagen kuning di jalan yang memang terkenal dengan kisah tu.. Apa dia buat jangan potong Volkswagen tu. Biar lambat asal selamat katanya. Biar la dia terkemut2 kat situ sampai dia hilang sendiri. Dia bukan nak buat apapun.. cuma nak pastikan anda memandu mematuhi hat laju yang di benarkan je. hehehe... Aku syak Volkswagen kuning ni dulu bekas anggota polis traffic hahahaha

tapi kisah Volkswagen kuning sebenarnya tak berapa seram sangat kalau kita membaca dalam bentuk texts sebab cerita dia kebanyakkan terserempak dengan Volkswagen kuning tanpa pemandu yang kalau hangpa potong dia hangpa akan jumpa balik dia kat depan kereta atau kenderaan hangpa. Berbanding kisah2 seram lain melibatkan lebuhraya karak.

Lebuhraya karak memang terkenal dengan macam2 kisah seram bukan sekadar kisah Volkswagen kuning je. Kalau korang rajin membaca kisah2 seram yang berlaku kat lebuhraya karak maka korang tahu la. Cuma ada satu kisah yang aku dengar masa sekolah rendah dulu berlaku kat lebuhraya karak.. Kisah ni betul tak betul memang aku tak sure tapi popular masa aku kecik2 dulu. Kisahnya ada sebuah keluarga dalam perjalanan pulang dari kampung pulang ke kotaraya. Nak di jadikan cerita dalam pertengahan jalan.. kereta dia rosak kat situ. Bila check temperature naik sebab terlampau panas. So terpaksa la cari air. dia suruh bini dia tunggu dalam kereta sementara dia nak cari air. Agak lama jugak dia pergi.. Lepas tu tiba2 lalu seorang polis peronda berhenti kat kereta depa ni suruh la si isteri keluar dari kereta tapi jangan pandang belakang. Bila polis cakap macam tu terus dia rasa nak tahu apa berlaku dia pandang jugak ke belakang.. Bila dia toleh kat belakang.. dia nampak suami dia dalam keadaan ngeri perut terburai terbaring atas bumbung kereta. Memang agak macam dalam filem fantasi seram kisahnya..

Tu la kisah paling popular kat lebuhraya karak masa aku kecik2 dulu. Walaupun aku syak cuma cerita momokkan untuk budak2 tapi time tu serius aku percaya ada kejadian macam tu berlaku & memang cerita tu bagi aku sangat menyeramkan. heheheh

antara kisah kisah lain yang pernah aku baca pasal lebuhraya karak ni.. Adalah kisah pemandu bas yang membawa penumpang.. Kira bas dia tu trip terakhir la bawa penumpang dari KL ke bentong. Time tu dalam pukul 9 malam. Dia ambil penumpang kat situ yang biasanya tempat tu agak sunyi. Lepas konduktor bagi tiket kat semua yang naik bas kat situ.. suasana dalam bas jadi riuh rendah. Bila hampir sampai ke bentong.. semua penumpang yang naik tadi turun kat satu kawasan hutan yang ada perkampung. Bila sampai di stesen bas dia nak kira duit2 hasil collection dia tadi, terkejut dia bila mendapati duit2 tu semua bertukar jadi daun. Dia pun pelik mana ghaibnya duit2 yang di collect tadi. Korang tau ke duit tu pergi mana? Kalau tahu tolong rungkaikan misteri pakcik konduktor bas tu kejab.. mungkin sampai hari ni dia bingung bila fikir kemana semua duit tu hilang. hehehehe

Tak tau la bila jadi Filem terbitan MiG ni kisah Volkswagen kuning tu jadi lebih seram atau suram macam cerita dari mulut ke mulut yang selama ni kita baca & dengar. Tapi apapun pada mereka yang menyahut cabaran untuk contest Volkswagen kuning tu aku ucapankan semoga berjaya. Aku biasa la masih memburu filem2 seram yang mampu buat aku sampai tak berani pergi toilet sorang2 selepas menonton. Setakat ni filem seram MiG memang tak menepati standard keseraman yang aku harap. Almaklum la aku ni high taste sikit kalau nak tengok apa2 filem seram. Kadang2 orang lain dah rasa seram aku belum lagi. Masih rilex je tengok tengah2 malam tanpa ada apa2 perasaan cuak atau takut. hahahaha

Apapun.. jadilah pemandu berhemah kalau taknak kereta anda di kaitkan dengan kisah seram macam Volkswagen kuning tu. Jaga maintenance kereta tu elok elok. Bawa kereta tu baik baik. Jangan berlagak macam pelumba kereta profesional padahal baru lesen P. Ingat senang ke nak bergelar Pelumba Kereta ni. Tak semudah boleh memandu dengan baik je. tak caya tengok sendiri kat sini >> Jika anda fikir dengan hanya tahu memandu dengan baik mampu menjadi pelumba kereta, tengok artikel ni & fikir semula << Kadang2 bukan sebab hantu Volkswagen kuning ke hapa yang ganggu pemanduan kita tapi sebab cara kita memandu & jaga kereta jugak punca berlakunya kemalangan. Skill memandu baru lesen P ada hati nak bawak macam Pelumba Pro. Jangan nanti kereta kita pulak jadi lagenda kisah seram di jalanraya katanya heheheh

Moral of the story.. dalam kehidupan kita ni alam ghaib, makhluk ghaib memang wujud. Kita wajib percaya tapi bukan taksub sehingga menyekutukan Allah.Mereka ada di keliling kita & mereka jugak makhluk Allah. Mereka memang boleh menganggu manusia dengan Izin Allah.. Apa yang Allah Izinkan berlaku sesungguhnya tiada satu pun perkara sia sia. Pasti ada sesuatu yang Allah nak ajar atau nak kita belajar daripadanya.

MAKHLUK AL HIN CUMA CERITA LAGENDA TIDAK SAHIH

MAKHLUK AL HIN CUMA CERITA LAGENDA TIDAK SAHIH. Dalam blog ni aku pernah share satu kisah makhluk bernama Al hin yang katanya Jin yang wujud sebelum manusia. Kononnya merasuk seorang budak & berjaya di kesan oleh seorang perawat alternatif. Korang nak baca boleh baca kat sini >> KISAH MAKHLUK AL HIN BUKAN JIN ATAU SYAITAN TAPI BOLEH MERASUK MANUSIA << Tadi sesambil buka puasa sambil menonton rancangan halaqah ada jugak isu Al hin ni di sebut.

Al hin yang di gambarkan satu makhluk yang bersayap. betul ke tidak Wallahualam

Menurut ahli panel seorang doktor perubatan, penulis buku dan pendakwah, Dr Danial Zainal Abidin Al hin ni cuma cerita lagenda yang tiada fakta sahih membuktikan kewujudannya. Tapi kalau Dinasour katanya memang pernah wujud & pupus sejak 66 juta tahun lalu. Yang wujud sebelum manusia adalah dinasour manakala Al hin tidak ada sebarang fakta yang membuktikan kewujudannya.


Mungkin kisah Al hin ni cuma mitos. mungkin benar macam Ustaz Azhar Idrus cakap cuma sesuatu yang di luar pemikiran & pengetahuan kita tak perlu la kita ambil sebagai sesuatu fakta sahih.. Aku pun bukan pengkaji hadis atau agama.. Jadi aku cuma ambil fakta dari rancangan halaqah je la. Kalau  fakta di sampaikan salah, maka salah jugak la apa yang aku sampaikan. Tapi rancangan tv berbentuk keagamaan macam tu takkan nak sampaikan fakta yang salah kan.. Menurut penerbit dalam rancangan tu semua fakta yang di ambil dari kajian dilakukan terhadap dalil al-Quran dan hadis sahih. Semua yang dipersembahkan berpandukan hadis sahih disahkan pakar hadis yang masyhur.

Lagipun sebelum ni memang aku ada baca kewujudan Al hin memang tak ada bukti sahih. Mungkin cuma cerita lagenda jadi tak perlu la kita ambil sebagai satu kepercayaan sangat. Allah lebih mengetahui segalanya. Kalaupun ada cerita pasal Al Hin kita anggap sebagai cerita cereka untuk hiburan semata mata macam tengok filem seram macam filem ni >> Babak babak dalam filem seram yang di adaptasi dari kisah benar aktiviti paranormal katanya mampu buat orang demam panas sebulan << Dengar & lupakan begitu sahaja. Jangan fikir sangat Sebab tiada siapa boleh membuktikan ia pernah wujud. Takut kita percaya perkara yang sengaja di reka reka pulak.

Moral of the story.. Tak semua perkara Allah suruh kita kaji & cari jawapan. Ada perkara kita tak perlu cari. Allah maha mengetahui segalanya. Nak2 berkaitan perkara ghaib ni.

INI BUKTI BULAN PUASA PUN ORANG MASIH CARI HANTU

INI BUKTI BULAN PUASA PUN ORANG MASIH CARI HANTU. Kalau dah suka hantu tu tak kira bulan apa kerja dia nak cari hantu je. siang malam pagi petang cari hantu katanya. Dari januari sampai december dia tetap memburu hantu. Aku baru dok berniat nak bercuti memburu hantu sepanjang bulan puasa ni nampaknya bulan puasa pun permintaan masih tinggi nanti la aku  fikirkan semula.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Kalau siang hari tak habis habis orang dok cari kepastian hukum cium mulut la, hukum pegang kemaluan pasangan la.. Siang2 hari pun tak boleh control nafsu syahwat katanya. Tak boleh berat berat nak ringan ringan jugak. Bak kata mummydearie mungkin pasangan baru kahwin. Baru pertama kali berpuasa dengan pasangan. Mood bulan madu lagi so memang pantang jumpa nak manja2 je kerjanya. Yang dah masuk zon pengantin kepam ni Insya Allah.. Takat puasa dari terbit matahari sehingga terbenam matahari tu takde masalah la. Hope pasangan bulan madu di awan biru tu bawak2 bersabar yer.. hehehe

Tu cerita siang hari.. cerita malam hari pulak tak habis2 orang dok cari hantu. Memang beginilah keywords blog aku menjelang malam hari dari sebelum bulan puasa lagi. Asal malam je depa cari hantu, asal hantu je blog aku. Hantu pun bercuti di bulan ramadan ni.. Yang hangpa dok cari dia buat apa. Erkk.. tapi yang aku tahu jin memang tak bercuti. Masih ada & masih melakukan rutin harian dia menyakat orang walaupun di bulan puasa. Sebab tu tak pelik la kalau ada yang kena rasuk bulan puasa ni. Makcik aku dulu pun pernah di rasuk masa nak bangun masak sahur. Time tu aku budak budak lagi. Tapi aku dah pernah cerita dulu dalam blog malas la nak ulang lagi cerita lagi.

Keywords blog lekatlekit.com malam hari.

Kalau dah korang sangap sangat nak cari cerita hantu yang seram hangpa pi tengok ni >> Berdasarkan kisah benar, Sekuel kedua filem seram ni menggunakan audio sebenar rakaman suara roh jahat << Ada berani tengok? Kalau betul betul peminat cerita seram mesti berani, ye dak? Apa barang tengok filem ni sambil tutup muka dengan bantal katanya.

Moral of the story tak salah cari hantu tapi bulan2 puasa ni jangan hangpa pulak jadi hantu & menghantui orang lain. Elok2 depa dah cuti.. hangpa pulak dok take over tugasan iblis & syaitan dok menghasut orang buat jahat.

KISAH BENAR DALAM THE CONJURING 2 LEBIH MENYERAMKAN

KISAH BENAR DALAM THE CONJURING 2 LEBIH MENYERAMKAN. The Conjuring dulu aku memang ada tengok filem ni. Memang tak mengecewakan jalan cerita dia. Katanya filem ni di buat berdasarkan kisah benar aktiviti paranormal yang berlaku di sebuah rumah. Tapi kalau dah jadi filem memang la tak 100% benar dah.. almaklum yang jadi hantu tu pun manusia & nak cantikkan perjalanan dalam kisah tu mesti ada tokok tambah sikit. Tapi cerita tu memang base on kisah benar la.


Dalam the conjuring elemen2 & babak2 seram dia bagi aku menjadi jugak la. Di tambah jalan cerita dia yang akan buat kita tak kelip mata menonton sambil suspend menunggu babak babak seterunya memang la mudah sangat feel seram tu menikam jiwa katanya. Tu penting kena concentrate kalau nak tengok filem2 seram ni. Kalau sesambil buat benda lain memang feel tu ke laut china selatan la. Alih2.. cerita habis macam tu je.

Ni dah nak keluar sekuel kedua 10 june nanti. erkk.. bulan puasa kan. Macam tak best je nak pergi tengok wayang time bulan bulan puasa ni kan. Tapi aku confirm la tak tengok kat wayang. Tunggu sampai keluar dalam bentuk dvd je baru aku tengok. Biarlah cerita dah basi, aku tetap tak kisah. Aku seorang yang penyabar katanya. Tak kisah jadi orang terakhir tonton sebab aku menonton bukan nak jadi orang pertama review cerita tu tapi untuk minat & kepuasan sendiri je. Sapa2 yang tak aral melintang pukang nak pergi tengok wayang tu boleh la jadi orang pertama menonton filem tu.

Katanya sekuel kedua ni lebih menyeramkan, menakutkan & mampu buat anda terbayang bayang selepas menonton. Wah.. cerita macam seram sangat je kan. Terbayang aku masa zaman kanak kanak tengok filem sundelbolong. Memang terbayang2 keseraman tu tapi sekarang kalau tengok filem tu balik aku rasa kelakar. Feel dia dah tak sama macam dulu lagi. Almaklum la dah matang katanya... hehehehe

Tapi sebaiknya sebelum pergi beli tiket wayang tengok la trailer dia dulu. Manatau jalan cerita dia tak menepati citarasa korang. Kalau macam aku memang trailer dia pun dah mampu mengugat nafsu seram aku. Cuma tak rekemen bagi mereka yang penakut. Yang berani sikit meh la tengok trailer dia kat sini >> Official Trailer The Conjuring 2 Yang Bakal Buat Anda demam <<

Jadi peminat peminat filem seram nak nak lagi katanya dari kisah benar yang berlaku jangan lepaskan peluang menonton filem ni nanti. Tengok demam ke tidak lepas tengok. Menurut blog OhBulan katanya boleh demam panas sebulan... ye ye je kan. Padahal kita peminat2 filem seram ni rilex je tengok filem seram di tengah malam yang gelita.

RAMAI YANG TIDAK PERNAH TAHU SIAPA SEBENARNYA 'ORANG BUNIAN'

RAMAI YANG TIDAK PERNAH TAHU SIAPA SEBENARNYA 'ORANG BUNIAN'. Semalam dalam slot seram lekatlekit cerita pasal pengalaman manusia dengan orang bunian.. Malam ni meh kita mengenali siapa bunian yang sebenarnya. Adakah ia wujud atau cuma cerita mitos orang dahulukala. Almaklum la orang dulu dulu memang pakar la mencipta mitos sampai boleh satu kepercayaan yang di warisi dari zaman ke zaman. Orang sekarang pun tak boleh lawan, hokay. Setakat buat spekulasi pasal kehilangan misteri MH370 tu tak hebat sangat la berbanding orang dulu. Buat cerita mitos pun sampai ke cucu cicit pun percaya.

Bunian! Gambar Sekadar Hiasan. Carian Google

Apa yang kita perlu tahu Istilah atau gelaran orang bunian ni adalah dari masyarakat melayu je.. Mungkin bangsa lain gelar mereka dengan nama lain.. Tu aku tak sure la. Belum sempat study sampai ke situ. Dari apa yang aku baca memang ia wujud bukan sekadar mitos. Tapi depa ni tergolong dalam golongan makhluk halus jugak la. Hidup depa ni di gambarkan tak jauh beza dengan manusia cuma di alam ghaib yang kita tak boleh nampak. Depa pun ada penempatan & perkampung depa sendiri. Beranak pinak & bermasyarakat. Anti sosial ke tidak yang tu tak sure. Nanti kena siasat dalam dunia bunian ada teknologi smartphone & internet ke tidak. hehehe... 

Bukti Bunian adalah dari golongan makhluk halus adalah.. dalam hadis Nabi s.a.w menyebut bahawa ada makhluk halus ini yang suka tinggal bersama manusia dalam rumah manusia, malah mereka suka mencari tempat yang tidak berjauhan dari perkampungan manusia.Golongan bunian ini disebut Rasulullah sebagai 'aamir atau ummar' yang tinggal berhampiran dengan manusia.Masyarakat bunian adalah satu daripada kelompok yang banyak dari masyarakat jin atau syaitan. 

Dalam suatu kisah yang diriwayatkan, kejadian berlaku di zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang sahabat yang bernama Khurafah tiba-tiba hilang daripada masyarakat. Lalu keluarganya bertemu dengan Nabi s.a.w menceritakan kehilangan Khurafah.

Tidak berapa lama kemudian Khurafah muncul semula dan menceritakan pengalamannya. Dia telah membunuh seekor ular hitam, tiba-tiba beliau tidak sedar diri dan apabila sedar dia berada dalam masyarakat seperti manusia, tetapi penuh dengan keganjilan.

Ringkasnya dia dituduh membunuh salah seorang daripada orang penting dalam masyarakat itu. Mereka menuntut supaya dia dibunuh balas. Dibicarakan dalam mahkamah yang telus, mempunyai sistem keadilan yang hampir sama dengan manusia, dengan menggunakan peguambela dan sebagainya. Khurafah dibela oleh seorang peguam dan mengemukakan hujah dengan berkata, "Khurafah tidak boleh dipersalahkan kerana dia membunuh satu anggota daripada masyarakat kita (bunian) yang menyerupai ular, sedangkan ular adalah musuh utama kepada manusia. Maka Khurafah membunuh ular, bukan berniat membunuh orang kita, tetapi membunuh musuh di alamnya."

Maka dengan itu Khurafah dibebaskan dan dihantar balik ke alamnya.

Apabila dikisahkan hal ini kepada Nabi s.a.w, maka ramai sahabat mempertikaikannya. Maka Nabi s.a.w menyebut (maksudnya), "Dengarlah cerita Khurafah, ianya ganjil tapi betul."

Bagi masyarakat melayu ni menganggap Bunian dari golongan jin Islam. Mereka spesis beragama, mempunyai masjid di penempatan mereka, ada bunyi azan,suara2 mengaji Al Quran. Dalam Islam pun ada menyebut & mengakui kewujudan jin Islam dalam Suratul Jin.Dalam surah itu menyebut bahawa jin mengakui telah mendengar al-Quran yang penuh dengan keajaiban, menunjuk ke jalan yang lurus, maka kami beriman (kata jin). Jin juga mengaku di kalangan mereka ada yang Islam dan ada yang kafir. Jadi tak mustahil golongan bunian ni terdiri dari kalangan jin Islam yang beragama. 

Tapi macam manusia jugak la.. Ada yang islam & tidak. Ada yang Islam tapi tak hidup berlandaskan cara Islam. Jin pun macam tu jugak. Walaupun Islam tapi bukan semua yang ikut ajaran agama. Jadi mungkin jugak dalam masyarakat Bunian kehidupan mereka seperti manusia.. Waalahu a'lam.

Moral of the story.. Senang nak paham bunian ni tetap la dari golongan jin & jin memang ada di ceritkan dalam Al Quran & sebagai umat Islam kita wajib mempercayai tentang alam ghaib.

- Sumber Darussyifa -



BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com