AMARAN SERAM STALKER DARI ALAM GHAIB
Dari zaman bujang aku tinggal kat rumah ni. Sebab aku menyewa sorang sorang jadi bila kawen tak payah nak susah2 cari rumah. Sewa rumah pun masih rendah berbanding tempat lain. Buat apa nak bayar sewa rumah mahal2.. 10 tahun pun tetap rumah orang. Lain la sewa beli kan..
Rumah aku ni sejak aku tinggal dengan adik & sepupu aku lagi memang dah ada gangguan bunyi. Lepas depa dah pindah tinggal aku sorang gangguan bunyi tu masih ada. Tapi sebab aku ni sangat positif.. aku ingat bunyi tu datang dari rumah jiran atas. Walaupun minat cerita seram tapi aku tak obses sangat dengan benda2 mistik so aku memang tak terfikir selama ni bunyi tu something wrong somewhere. Yelah.. bunyi jer takde dengar mengilai ke hapa. Bunyi guli jatuh.. Bunyi perabot kayu di seret.. kadang2 bunyi tapak kaki orang berjalan cuma pernah sekali aku dengar suara misteri di tengah malam cuma tak jelas apa yang di cakap.. Sebab mula2 memang tak terfikir bunyi tu bukan bunyi yang manusia buat. Selepas jiran atas dah pindah & rumah tu dah kosong pun still ada bunyi yang sama. Yang aku boleh tahu bunyi tu bukan dari manusia.. masa pergi merawat anak aku kat pusat rawatan Islam Al Qayyum.. Perawat kat situ yang bagitau. Tapi sebab dah biasa hidup dengan bunyi bunyian misteri.. dah takde rasa apa - apa yang seram. Kadang2 aku anggap macam irama harian wajib dengar je hahaha..
Semalam aku up la satu status berkaitan gangguan bunyi tu.. Tup tup.. semalam masa tidur aku macam bermimpi ada satu suara yang marah bagitau aku.. Sebab aku tulis kat status macam tu.. Dia buat anak aku sakit. Terbangun dari tidur tapi tak tahu pukul berapa suami cakap badan anak aku panas.. Aku dalam keadaan mamai2 macam tu rasa blur sekejab. Tapi tak fikir apa2 la.. Just bangun basahkan tuala kecil selimut anak aku supaya suhu panas turun. Letak cool fever sambung tidur. Tapi tetap terbangun untuk basahkan tuala. Pagi ni nampak demam dia pun macam dah turun... Risau jugak jadi macam dulu.. malam jer demam. siang sihat. Hope tak berlaku lagi trajedi macam tu...
Apapun.. benda ni memang wujud tak mustahil dia ada berdampingan dengan kita. Menurut perawat dari rawatan Islam yang aku pernah pergi.. Dia dah lama tinggal kat situ so memang agak susah untuk di halau. Kena rajin2 baca yassin la kot.. Manatau sampai satu masa dia surrender & packing balik kampung dia dalam belantara sana. hehehehe
uish..
ReplyDeletepertama bab malas update blog dan suruh cari benda lain..aduh..terasa saya.huhuh..
kedua. eh! agaknya dia ada FB jugak kut? kebetulan ke? eh, betul ke ni? siap ugut eh? hebat sungguh..
www.ceritaejoy.com
Matilanak...hehe... bertabah... die pun nak duduk rumah jugak..
ReplyDeletetabahhhlahh jelahhhh
ReplyDeleteOh, berani juga embak ya! Dari bujang sampai bersuami sampai punya anak, masih lagi tak mahu mengalah! Padanlah kena stalk kat FB...
ReplyDeleteKalau boleh nampak, boleh juga blockkan. Ni main stalk, stalk pastu beri amaran kat luar. Susahlah sikit...
Since dah lama bersama, buat baiklah sesama jiran. Lagipun katanya rumah tu berkongsi bersama, bayar aje sorang-sorangkan ^_^