Showing posts with label saka tidak bertuan. Show all posts

SAKA TIDAK BERTUAN GANGGU PENDUDUK KAMPUNG SUNGAI DUA, BACHOK

SAKA TIDAK BERTUAN GANGGU PENDUDUK KAMPUNG SUNGAI DUA, BACHOK. Tu dia tak habis lagi penduduk kat bachok ni di selubungi misteri katanya. Haritu aku ada up story pasal penduduk kat area kampung menuju ke Tok Bali di ganggu bebola api yang di percayai penanggal.. Kali ni lagi kecoh katanya bila mereka di ganggu pulak dengan jelmaan lembaga yang menyerupai beruk setinggi 6 kaki tu.. Apakah kedua duanya ada kaitan?


Menurut pengakuan dari salah seorang penduduk kat situ katanya tidur malam dia selalu kena ganggu dengan jelmaan makhluk berbulu macam beruk tu. Siap boleh berinteraksi dengan dia lagi. Tapi selepas dia menghalau dengan bacaan ayat ayat Al Quran makhluk tersebut beredar. Bukan dia je malah katanya adik beradik dia yang lain pun turut terkena gangguan makhluk tersebut yang mereka rasa datang dari sebatang pokok besar di belakang rumah ibu mereka.

Bukan setakat tu jer.. Gangguan tersebut jugak menyebabkan dia keguguran sebanyak 5 kali & terpaksa mendapatkan khidmat dari pengamal perubatan tradisional sehingga kandungan berusia 5 bulan.

BACHOK - Cerita kewujudan penanggal pada zaman moden, masih belum terhenti. Malah sejak hebohnya cerita makhluk halus itu yang dilihat penduduk berkeliaran di sekitar Kampung Sungai Dua dan kubur di Jelawat ia telah jadi perhatian netizen.
Di sebalik kisah penanggal itu sebenarnya tersembunyi pengalaman ngeri penduduk yang pernah diganggu makhluk berbulu menyerupai ‘beruk’ setinggi enam kaki berkeliaran di kampung tersebut.
Kejadian diganggu makhluk menyerupai beruk itu diceritakan Zubaidah Abdullah, 50, ketika dia tinggal di kediaman arwah ibunya, Siti Zaharah Daud, 76 di Kampung Sungai Dua. Zubaidah berkata, tidurnya sering terganggu apabila kerap didatangi dua lembaga berbulu yang dikatakan datang dari pokok besar di belakang kediaman ibunya.
“Saya terkejut bila benda tu boleh bercakap dengan saya dan mahu tidur sebelah saya. Saya halau makhluk itu dengan baca al-Quran, kemudian ia hilang. Kejadian pelik itu katanya turut dialami adik-beradik lain, namun tidak diendahkan mereka.
Bukan itu sahaja katanya, tamparan lagi hebat buatnya apabila dia keguguran ketika mengandungkan anak pertama sehingga ketiga menyebabkan dia terpaksa menggunakan pengamal perubatan tradisional untuk ‘jaga’ kandungan sehingga berusia lima bulan. - Sumber Sinar Harian -

Menurut cerita penduduk.. Yang lebih menyeramkan bila makhluk tersebut akan memanggil nama penduduk kat situ ketika waktu senja atau sekitar pukul 8 pagi sehingga 9 malam. Amboi.. siap kau memanggil lagi, dah kenapa? Nak beramah mesra ke macam mana? hehehehe

Selain dari gangguan tersebut ada juga penduduk katanya terkena gangguan bumbung rumah dia bergegar yang pada mulanya dia sangka kucing yang naik & berjalan atas bumbung.

Tapi ada baiknya juga kejadian ni sebab ramai penduduk kat situ dah tak berani keluar waktu maghrib sebab takut terserempak atau di ganggu makhluk tersebut. Yang tak bagusnya pulak.. Orang jadi takut dengan hantu lebih kepada Allah.. Maybe mengurangkan jumlah jemaah kat surau atau masjid pada waktu maghrib & Isya.

Awat la hang dok mengamuk kat bachok ni. Orang bachok buat apa kat cheq? habaq mai sini sat.. hehehehe..

Akibat dari gangguan makhluk halus tersebut so Pusat Perubatan Al Qalam mengunjungi kampung tersebut bagi mengenalpasti punca masalah & cuba membantu menyelesaikan masalah. Makhluk berbulu tersebut di kenalpasti saka warisan yang tidak bertuan yang mula2 depa ingat penangal tu. Saka sapa la gamaknya hidup terumbang ambing setelah tuannya mungkin dah meninggal dunia & ahli keluarga tak ada yang nak mewarisi. Kalau harta orang nak jugak waris.. takde waris amanahraya take over tapi kalau saka.. Amanahraya pun tak hingin apatah lagi anak cucu cicit. Saka ni pembawa masalah yer.. Tak ada saka yang bantu menyenangkan pun macam drama ceplos tu. So, please jangan cuba cuba nak miliki saka. Yang indah hanya sementara tak caya tanya erra fazira dia yang nyanyi lagu tu.. hahaha. Bukan erra fazira bela saka ok!

Rumah pusaka arwah ibu salah seorang penduduk kat situ dah lama kosong, maybe makhluk berbulu yang di kesan sebagai saka tak bertuan tu tinggal kat situ. Yelah.. kita sedia maklum rumah yang di tinggalkan lebih dari 3 hari pun tak mustahil ada yang dah check in masuk inikah dah bertahun terbiar kosong.

“Saya turun ke sini untuk lihat sendiri keadaan kampung yang dikatakan diserang penanggal dan melakukan pemerhatian berhubung gangguan yang dihadapi keluarga Zubaidah dan kejiranannya.
“Menurut Zubaidah, rumah terbabit hanya digunakan semasa adik-beradiknya pulang pada masa cuti. Mungkin sebelum ini Zubaidah tak tahu jelmaan makhluk berbulu itu bukanlah penanggal, tetapi ia saka warisan tidak bertuan,” katanya.
Baharuddin berkata, setelah dibuat tinjauan didapati keluarga berkenaan sebenarnya bukan diganggu penanggal tetapi ia saka belaan tanpa sedar yang sebelum ini berada dalam keluarga berkenaan. - Sumber Sinar Harian -

Jadi nak elakkan dari gangguan makhluk halus ni adalah jangan tinggal solat, selain rajin melakukan solat sunat termasuk solat taubat, tahajud, istikharah & witir katanya.Jangan cari bomoh2 khurafat bila berlaku perkara perkara macam ni tapi kena kembali kepada ajaran islam sebab gangguan macam tu boleh membuatkan akidah seseorang terpesong kalau silap cara hangpa buat untuk mengatasi gangguan macam tu. Jadil sila amalkan ayat ayat Ruqyah & jangan percaya pada bomoh bagai ni.. Satgi dok bagi tangkal la.. mentera bagai. Benda tu silap haribulan bukan selesai masalah tapi tambah masalah balik

Benteng jauhi gangguan amalkan surah dalam al-Quran
Gabungan Persatuan Pengubatan Islam Malaysia (Gapima), Datuk Shamsuri Shafie berkata, benteng bagi menjauhi gangguan iblis dan syaitan yang menjelma dalam pelbagai bentuk adalah dengan amalan surah dalam al-Quran.
Ia termasuk surah Al-Fatihah, Ayat Qursi, Surah Al-Baqarah ayat 1-5, Surah Ibrahim ayat 24-25, surah Al-Jin ayat 1-9, surah Al-Hasyr ayat 20-24 dan surah Al-Mukminun ayat 114-118 dan amalan empat Qul iaitu Al-Ikhlas, An-Nas, Al-Falaq dan Al-Kafirun.

Moral of the story.. Gangguan makhluk halus memang boleh berlaku & ada berlaku even di zaman moden. Apa ingat zaman moden jin semua pupus macam dinasor ke? Jin ni makhluk yang boleh hidup beribu tahun.. Jadi bukan tahyul kalau ada gangguan macam ni. Cuma tu la.. kalau jahil merujuk la kepada yang lebih berilmu jangan merujuk dengan orang yang sama sama jahil.

P/S : aku pun ada saka juga cuma aku tak bela dia tapi dia asyik ikut jer aku. Lepas tu sakit hati baca post2 aku. Susah tau saka yang satu ni.. Tak tau nak buat lagu mana dah katanya. Sebab dia bukan makhluk halus cuma makhluk tak reti move on dari aku jer. Ada mana2 perawat yang boleh tolong buang saka ni tak? hahahaha

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com