Showing posts with label sokong. Show all posts

BUANG BAYI DALAM KAWASAN MASJID DI PUJI & DIPANDANG MULIA OLEH MASYARAKAT

BUANG BAYI DALAM KAWASAN MASJID DI PUJI & DIPANDANG MULIA OLEH MASYARAKAT. Semalam terbaca satu viral kat page Oh!media.. Alkisahnya seorang ibu meletakkan atau bahasa kasar membuang bayi dia di masjid bersama sekeping surat. Dalam surat tu menyatakan dia tidak mampu nak jaga anak dia. Di letakkan budak tu dalam kotak & di tinggalkan dalam masjid. Macam biasa aku pun spesis rajin juga membaca respond dari nitezen ni.. Majoriti sokong perbuatan dia dengan alasan dia tak berkemampuan & cara dia buang anak dia at least cara selamat. Takde la buang dalam longkang, dalam tong sampah atau dalam semak katanya...


Yer betul la dia letak anak dia tu kat tempat orang nampak elok & selamat tapi jangan ingat tak berisiko. Masjid pun sekarang bukan tempat selamat sangat dah sebab manusia sekarang dah tak takut dengan hukuman Allah.. Dalam masjid pun kita boleh nampak macam2 kejadian yang berlaku. Bukan setakat mencuri.. ada yang sampai berani nak menculik kanak kanak dalam kawasan masjid. Inikan bayi sekecil yang memang tak mampu protect diri sendiri. Bayangkan dapat kat sindiket perdagangan manusia.. Entah apa nasib baby tu kan? Tu salah satu risiko..

Yang kedua aku tetap tak bersetuju dengan perbuatan membuang anak even dalam kawasan masjid dengan alasan tidak mampu tu. Sebabnya.. Bagi aku banyak cara anak tu boleh di serahkan kepada orang lain dengan cara yang lebih baik & selamat. Bila aku cakap hantar je kat kebajikan masyarakat ada orang cakap.. Ingat senang ke? Banyak songeh nak ikut saluran undang undang ni.. Ok ok.. aku paham. Memang banyak prosuder nak kena buat. Tak nak ikut saluran undang2 dengan betul.. boleh je bagi kepada keluarga angkat yang nak jaga anak kau. Ramai orang yang nak anak tapi tidak di kurniakan rezeki.. Baru2 ni kes culik bayi kat hospital tu. Betapa dia nak anak.. sanggup buat perkara menyalahi undang - undang.

Nota yang di tinggalkan bersama seorang bayi dalam kotak di kawasan masjid

Dengan buang macam tu bagi kesan pada masa depan anak tu sendiri.Bayangkan dia besar & sejarah tertulis bahawa mak dia buang dia dalam kotak letak dalam masjid. Lebih menyedihkan berbanding mak dia serahkan dia pada keluarga angkat untuk di jaga. Dulu masa aku kerja kat sebuah proton dealer ada seorang perempuan datang nak beli kereta.. bila dia bagi maklumat diri dia sangat kesian bila tengok surat beranak dia.. banyak ruangan tiada maklumat. Nama ibu takde, nama bapa apatah lagi, tempat lahir semua tak ada.. Warganegara pun tak ada ok! Cuma kalau tak silap aku,  dia di beri PR je.. Tolong la fikir semua kesan tu sebelum buang anak dengan tiada identiti macam tu.. Kalau betul kau sayang tapi tak berkemampuan bukan cara tu kau nak selesaikan masalah.

Ramai orang positif dengan perbuatan wanita tu.. Aku nampak benda tu mengalakkan lagi orang lain buat perkara yang sama bila terlahirnya anak yang mereka tak mahu atau tak mampu bela. Jangan sampai satu hari nanti setiap hari ada saja bayi di letakkan kat kawasan masjid & masyarakat terus memuji & bersimpati kepada si pelaku. Tak mustahil masjid boleh jadi pusat pembuangan bayi jugak suatu hari nanti sebab kita terlalu positif pada perkara yang terang terang sebenarnya tidak betul caranya.

Kita kena tahu.. buang bayi menyalahi undang undang negara boleh di kenakan tindakkan undang undang. Jadi.. buat macam tu pun belum tentu si ibu terlepas dari masalah malah dia menambah masalah yang ada jika di sabitkan kesalahan. Kenapa kita perlu menggalakkan orang melakukan kesalahan? Bagi la solution yang lebih baik.. Jangan asal ada cerita sedih sikit kau dah rasa betul semua perbuatan yang memang salah tu. Jangan membandingkan perbuatan yang salah dengan kesalahan yang lain tak kira la yang lebih kejam atau tak. Sebab kau buang anak dalam longkang ke buang anak dalam kawasan masjid ke.. kedua dua perbuatan tu adalah salah.

Islam pun mengharamkan perbuatan membuang bayi ni. Anak tu di lahirkan bersama rezeki. Memang aku tak sokong perbuatan membuang bayi tak kira la kau buang kat tempat yang kau rasa selamat dengan keadaan anak tu yang sihat & baik. Jangan hanya fikir masalah si ibu & minta orang duduk di tempat dia membayangkan apa dia tanggung & rasa.. Cuba letak diri anda dalam nasib si anak yang mungkin akan membesar, remaja & dewasa bersama sejarah hidup yang tercatat kisah dia yang pernah di buang ibu dalam kotak bersama sekeping nota sedih. Aku yakin dia juga akan mempertikai.. kenapa ibu dia pilih cara 'buang' bukan menyerahkan dia kepada orang yang layak menjaganya sebagai anak angkat?

Moral of the story.. Tak perlu menegakkan benang yang basah & tak perlu membetulkan apa yang salah. Tolong!! Jangan mengalakkan orang lain membuat kesalahan.. Cara tu tidak menyelesaikan masalah.

SAIFUL NANG ANGGAP AMRAN FANS TAK ADA TELUR

SAIFUL NANG ANGGAP AMRAN FANS TAK ADA TELUR. Amboi berderet entri pasal amran Fans aku sejak isu breastfeeding ni kan? Almaklum la dok ikuti kontroversi tu.. Macam banyak pulak benda best nak up kat blog. Jadi kalau best harus share katanya. hehehe


Baca status Saiful Nang.. Mukadimah dia macam nak cari gaduh je dengan Amran Fans. Bukan main pedas kritikan dia kat Amran Fans sampai katanya Amran ni spesis takde "Egg" katanya. Mungkin kalau Amran Fans baca dia akan mulakan operasi membenteras Saiful Nang pulak. Tu pun kalau dia baca mukadimah je la..


Tapi kalau dia baca sampai habis mungkin dia tak jadi angkat geng la serang Saiful Nang sebab ada isu tetiba Saiful Nang setuju jugak dengan Amran mungkin depa masih boleh lagi duduk semeja minum teh O Ais. Kebanyakkan ramai yang bersetuju dengan teguran Amran Fans pasal geng Ibu Breastfeeding yang tetiba jadi cetek akal dok upload gambar menetek tu. Yang sebelum ni menyampah dengan Amran yang suka cari pasal tu pun dalam isu ni jadi setuju. Sebab semua orang akui perbuatan tu tak elok pada pandangan mata umum.

Kita walaupun tak minat atau tak suka dengan seseorang jadilah seorang yang berfikiran bebas. Maksudnya kalau kita tak suka dalam certain2 perkara dia buat tak semestinya apa perkara yang betul dia buat pun kita tetap tak sokong. Macam aku.. macam ni la. Kau suka ke tak suka ke aku tetap la aku. Kalau aku tak setuju aku direct je la.. Kalau aku sependapat aku aku 'thumb's up'. Takde kata kalau orang tu aku memang benci sampai bumbung rumah dia yang cantik pun aku keji tahap neraka. Insya Allah, aku sentiasa cuba didik hati aku supaya tak obses membenci atau suka pada apa atau sesiapa pun supaya aku tak jadi kaki bodek atau haters sesiapa.. Setiap hari aku cuba jadi seorang pengkritik & pengulas yang adil katanya.. hahahaha walaupun aku jugak tak sempurna untuk menjadi manusia yang adil.

Apapun aku kadang2 pun tak suka dengan Saiful Nang ni.. Tapi ada perkara aku masih bersetuju dengan dia. Dato Vida pun sama.. Memang banyak perkara tentang Dato Vida aku rasa sangat Annoying tapi ada perkara yang aku masih sokong apa yang dia buat. Macam buka pusat Tahfiz.. Buat banglo besar tanpa perabot untuk memudahkan aktiviti anak2 yatim & tahfiz  kat rumah dia. Sebab benda tu benda yang baik bagi manafaat.. Kenapa aku nak kritik walaupun aku menyampah giler tengok dia yang over kalau depan camera. Mengalahkan budak2 baru akil baligh dapat jadi retis dia punya gedik.

Contoh macam benda benda ni.. Memang kalau ikutkan di kategorikan benda haram kat Malaysia ni tapi sebab kos sara hidup meningkat mungkin benda haram ni jadi pilihan sesetengah orang. tapi kalau ikutkan semua senarai barang ni ada yang tak patut di kategorikan sebagai haram pun. Kerajaan je lebih2 >> AMARAN: Sesiapa pernah atau bakal beli benda-benda ni, korang wajib tahu perkara bahaya ni! << Sebab yang di gembar gemburkan buruk tu kadang2 tak buruk mana pun sebab dia saingan pada sesuatu perkara lain maka strategi memburukkan tu di kempen secara berleluasa la. Pada yang taksub mungkin akan terima apa yang datang dari kerajaan tu semua betul tapi pada yang atas pagar macam aku.. Mungkin tidak la kot. Aku terima apa yang aku rasa betul tak kira datang dari sebelah pihak manapun. Apa ingat pembangkang tu sentiasa betul sangat walaupun kerajaan sentiasa buat pilihan yang salah untuk rakyat. hehehe

Moral of the story.. Tak salah kita nak sokong atau bangkang sesiapa tapi jangan jadi buta,tuli & pekak dalam membuat penilaian. Tak semestinya orang kita sokong atau suka tu sentiasa betul.. Sebab kita semua manusia biasa mustahil mampu jadi macam malaikat yang tiada dosa. Jadi jangan merosakkan orang yang kita suka dengan sokongan membabi buta sampai apa dia buat kita angguk2 sehingga dia rasa macam dia sentiasa betul. Sesekali kita kena membetulkan jugak orang yang kita sokong. Baru namanya penyokong setia, ye dak? hehehe

DADAH BUAT ZAMANI MAKIN POPULAR DAN DI SAYANGI

Sepanjang isu zamani slam di tahan sebab penyalahgunaan dadah, rata2 lebih ramai yang mendoakan untuk dia dari mencaci atau memaki hamun. Sepanjang aku dok baca komen2 berkenaan kes zamani ni memang susah nak jumpa komen2 kesat untuk beliau. Sampai aku sendiri rasa kagum sangat dengan zamani.. Kagum bukan sebab dia penagih dadah yang paling di sayangi tapi kagum.. Kerana keperibadian dia yang baik, tak kacau orang, pemalu & pendiam.. tak reti bercakap kasar dengan orang buat takde siapa sanggup nak keluarkan kata2 kesat pada dia.

Tengok muka dia pun orang tak tergamak nak berkasar.

Jarang sangat ada artis yang di sayangi macam ni.. Seolah2 macam takde haters langsung even mungkin ada tapi tenggelam dengan penyokong2 setia dia yang ramai. Yang tak fanatik dengan zamani pun.. tetap tak sampai hati nak cakap kesat2 pada dia. Cuba cari artis dalam Malaysia tak dapat layanan macam ni dari orang awam? Sungguh rata2 artis kalau yang ramai peminat pun pasti ramai haters kecuali zamani biarpun populariti dia tak se gah zaman kegemilangan dia bersama slam.. Tapi bila dia di uji dengan penahanan sebab dadah, ramai yang masih menyokong dia. Penyanyi nombor satu Malaysia pun tak dapat layanan first class macam ni dari orang awam kecuali zamani. Mungkin ada kebaikkan yang sampai Allah anugerahkan dia layanan sebaik ni dari orang awam even dia juga punya kekurangan sebagai manusia.


Sayangnya zamani.. kenapa terjebak dengan dadah. Apapun masih ada sinar harapan untuk zamani berubah & pulih. Moga dengan sokongan hebat ni memberi semangat & kekuatan pada zamani untuk tekad keluar dari penagihan dadah. Satu keajaiban jugak buat zamani bila isu dadah ni menaikkan kembali namanya & memperlihatkan betapa dia masih di terima oleh ramai peminat. Jarang sangat mana2 artis nak dapat kelebihan macam ni bila berdepan dengan masalah dadah atau apa2 kontroversi.

P/S : Minggu ni blog melekit cover cerita zamani je la yer.. Nak buat camna aku tak boleh tahan rasa hati aku nak cakap pasal dia. Aku bukan nak kejar traffic sangat tapi sebenarnya aku memang betul2 kagum dengan zamani. 


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com