Sepanjang isu
zamani slam di tahan sebab penyalahgunaan dadah, rata2 lebih ramai yang mendoakan untuk dia dari mencaci atau memaki hamun. Sepanjang aku dok baca komen2 berkenaan kes
zamani ni memang susah nak jumpa komen2 kesat untuk beliau. Sampai aku sendiri rasa kagum sangat dengan
zamani.. Kagum bukan sebab dia penagih dadah yang paling di sayangi tapi kagum.. Kerana keperibadian dia yang baik, tak kacau orang, pemalu & pendiam.. tak reti bercakap kasar dengan orang buat takde siapa sanggup nak keluarkan kata2 kesat pada dia.
Tengok muka dia pun orang tak tergamak nak berkasar.
Jarang sangat ada artis yang di sayangi macam ni.. Seolah2 macam takde haters langsung even mungkin ada tapi tenggelam dengan penyokong2 setia dia yang ramai. Yang tak fanatik dengan
zamani pun.. tetap tak sampai hati nak cakap kesat2 pada dia. Cuba cari artis dalam Malaysia tak dapat layanan macam ni dari orang awam? Sungguh rata2 artis kalau yang ramai peminat pun pasti ramai haters kecuali
zamani biarpun populariti dia tak se gah zaman kegemilangan dia bersama slam.. Tapi bila dia di uji dengan penahanan sebab dadah, ramai yang masih menyokong dia. Penyanyi nombor satu Malaysia pun tak dapat layanan first class macam ni dari orang awam kecuali
zamani. Mungkin ada kebaikkan yang sampai Allah anugerahkan dia layanan sebaik ni dari orang awam even dia juga punya kekurangan sebagai manusia.
Sayangnya
zamani.. kenapa terjebak dengan dadah. Apapun masih ada sinar harapan untuk
zamani berubah & pulih. Moga dengan sokongan hebat ni memberi semangat & kekuatan pada
zamani untuk tekad keluar dari penagihan dadah. Satu keajaiban jugak buat zamani bila isu dadah ni menaikkan kembali namanya & memperlihatkan betapa dia masih di terima oleh ramai peminat. Jarang sangat mana2 artis nak dapat kelebihan macam ni bila berdepan dengan masalah dadah atau apa2 kontroversi.
P/S : Minggu ni blog melekit cover cerita zamani je la yer.. Nak buat camna aku tak boleh tahan rasa hati aku nak cakap pasal dia. Aku bukan nak kejar traffic sangat tapi sebenarnya aku memang betul2 kagum dengan zamani.
Sebenarnya teman peminat zamani ni masa zaman kegemilangan dia dulu.. Dan memang tak dinafikan zamani punya bakat nyanyian yang dikagumi semua.. Tapi bila jadi perkara mcm ni.. Rasa sedih tengok dia.. Harap sangat dia dapat keluar dari masalah dadah ni..
ReplyDeleteyup..yg bruk senang nampak..
ReplyDeleteyg bek susah nak nmpk...
kalau tgk muka dia pun, nampak jenis org yg sopan... tapi sayangnya..... xpe lah, moga allah beri dia hidayah.... aamiiin
ReplyDeleteBagus la dia. Slow jer. Tak cepat melatah bila video dia tersebar.
ReplyDeleteMintak tolong VOTED saya kat sini boleh? Klik voted sahaja. Terima kasih :)
http://bit.ly/ambankamir
Mungkin ada sisi-sisi di dalam hidup dia yang kita tak tahu yang menyebabkan ia terjebak... Mungkin tak jumpa jalan solusi dan akhirnya membawa dia ke situ.. Apa2 pun, ruang dan peluang masih ada. Siapa dalam kalangan kita yang tahu pengakhiran hidupnya??? Hanya Allah sahaja yang menentukan segalanya...
ReplyDeleteKan kan kak suria?? aku rasa macam tak boleh tahan nak cerita pasal dia sebab aku kagum dengan kebaikan dia....sangat2!
ReplyDeleteAku sangat berdoa dia clean dari dadah tu...
Setuju? Semua mendoakan zamani. Takpe citer pasal zamani kat belog sis ni,kathy antara yang sedia baca.
ReplyDeleteItulah silap sikit ni jerk. Dah baik perangai tu tapi tak dapat kawal nafsu diri nak hisap dadah. Semoga dia dapat kembali ke pangkal jalan hendaknya!
ReplyDelete