Showing posts with label zamani. Show all posts

GAMBAR TERKINI ZAMANI SLAM YANG SEMAKIN KURUS SEMULA

GAMBAR TERKINI ZAMANI SLAM YANG SEMAKIN KURUS SEMULA. Zamani Slam.. artis yang boleh kategori evergreen jugak la sebab masih diminati hingga kini walau pernah satu ketika mengemparkan industri hiburan bila dia di tangkap kerana dadah namun kontroversi itu tidak membunuh kerjaya seni dia. Malah ramai peminat & rakan2 terus memberi sokongan untuk Zamani berubah & menjauhi dadah.


Selepas menerima rawatan pemulihan dadah di rumah pengasih Zamani yang sebelum tu memang kurus kering.. nampak lebih sihat & berisi. Dia pun mengaku berat badan dia naik sepanjang menjalani rawatan pemulihan kat situ. Nampak pun lebih hensem katanya berbanding sebelum tu memang nampak sangat something wrong somewhere bila badan dia macam tinggal tulang & kulit je. Cengkuk boleh nampak tulang.

Aku suka jugak ikuti perkembangan zamani melalui fanpage dia.. Ada jugak rakan kat facebook seorang wartawan hiburan yang rajin upload gambar2 dengan zamani. Dari situ aku perasan zamani nampak semakin kurus semula... Tak tau la kenapa.Kita tak payah buat spekulasi apa2.. Mungkin sebab sibuk dengan aktiviti nyanyian menjadi faktor kenapa badan dia semakin susut semula.

Perbezaan gambar sebelum ni dengan gambar terkini memang nampak yang terkini nampak cekung semula pipi dia tu.

Hope Zamani terus istiqomah menjalani kehidupan sihat. Kita doa yang baik baik buat zamani. Dia seorang artis yang sangat baik.. Sepanjang dia menjadi penyanyi.. Hanya kes di tangkap sebab dadah tu je kontroversi paling hangat yang mengaitkan diri dia. Yang lain2 dia tak ada masalah. Semoga zamani terus success dalam kerjaya seninya.

PENYANYI ZAMANI LARI DARI RUMAH PENGASIH TANPA BAWA MYKAD

PENYANYI ZAMANI LARI DARI RUMAH PENGASIH TANPA BAWA MYKAD. Dah kenapa pulak  zamani ni melarikan diri dari rumah pengasih sehelai sepinggang sampai mykad pun tak bawa ni? Apa masalahnya pulak dah elok2 jalani pemulihan kat situ. Ada masalah dalaman ke? Terkejut juga baca berita tentang ni. Yelah.. semua peminat harap zamani pulih dari ketagihan dadah ni tak habis sesi pemulihan dah larikan diri.

Sumber harian Metro

Tapi mungkin juga Zamani ada alasan lain kenapa dia berbuat demikian cuma harap tak ada apa apa yang buruk berlaku keatas zamani. Sebab cara dia melarikan diri tu pelik sampai mykad pun tak bawa. Tergopoh gapah sangat tu. Menurut harian metro zamani melarikan diri dengan menaiki kereta putih. Laporan polis dah di buat oleh pengetua rumah pengasih katanya risau kalau2 dia di culik ke hapa.

Hope kalau zamani sendiri yang melarikan diri balik la kerumah pengasih. ramai mungkin risaukan keselamatan zamani. Apapun masalah yang berlaku harap dapat di selesaikan dengan cara baik. Yelah kita tak tahu apa masalah dia kat situ kan?



GAMBAR TERKINI ZAMANI SLAM YANG DAH GEMUK

Semua orang tahu sebelum ni zamani slam sangat kurus akibat pengambilan dadah kan? Memang sangat2 kurus sampai muka tu nampak cekung giler.. Tapi tadi ternampak update terkini tentang zamani kat fanpage dia.. dah berisi & makin ensem dengan rambut pendek dia.

Sumber google

Mesti ramai tak sabar kan nak tengok wajah terbaru dia kan? Mesti ramai peminat zamani syukur dengan keadaan perubahan zamani yang terkini. Dia nampak lebih sihat. Mungkin kesan dari proses pemulihan kot.


Apapun harap zamani Istiqomah untuk keluar dari ketagihan dadah. Zamani antara insan bertuah yang mendapat sokongan & doa ramai peminat yang berharap dia kembali pulih. Terima kasih zamani kerana tidak mensia2 kan harapan peminat & berusaha untuk pulih.


DADAH BUAT ZAMANI MAKIN POPULAR DAN DI SAYANGI

Sepanjang isu zamani slam di tahan sebab penyalahgunaan dadah, rata2 lebih ramai yang mendoakan untuk dia dari mencaci atau memaki hamun. Sepanjang aku dok baca komen2 berkenaan kes zamani ni memang susah nak jumpa komen2 kesat untuk beliau. Sampai aku sendiri rasa kagum sangat dengan zamani.. Kagum bukan sebab dia penagih dadah yang paling di sayangi tapi kagum.. Kerana keperibadian dia yang baik, tak kacau orang, pemalu & pendiam.. tak reti bercakap kasar dengan orang buat takde siapa sanggup nak keluarkan kata2 kesat pada dia.

Tengok muka dia pun orang tak tergamak nak berkasar.

Jarang sangat ada artis yang di sayangi macam ni.. Seolah2 macam takde haters langsung even mungkin ada tapi tenggelam dengan penyokong2 setia dia yang ramai. Yang tak fanatik dengan zamani pun.. tetap tak sampai hati nak cakap kesat2 pada dia. Cuba cari artis dalam Malaysia tak dapat layanan macam ni dari orang awam? Sungguh rata2 artis kalau yang ramai peminat pun pasti ramai haters kecuali zamani biarpun populariti dia tak se gah zaman kegemilangan dia bersama slam.. Tapi bila dia di uji dengan penahanan sebab dadah, ramai yang masih menyokong dia. Penyanyi nombor satu Malaysia pun tak dapat layanan first class macam ni dari orang awam kecuali zamani. Mungkin ada kebaikkan yang sampai Allah anugerahkan dia layanan sebaik ni dari orang awam even dia juga punya kekurangan sebagai manusia.


Sayangnya zamani.. kenapa terjebak dengan dadah. Apapun masih ada sinar harapan untuk zamani berubah & pulih. Moga dengan sokongan hebat ni memberi semangat & kekuatan pada zamani untuk tekad keluar dari penagihan dadah. Satu keajaiban jugak buat zamani bila isu dadah ni menaikkan kembali namanya & memperlihatkan betapa dia masih di terima oleh ramai peminat. Jarang sangat mana2 artis nak dapat kelebihan macam ni bila berdepan dengan masalah dadah atau apa2 kontroversi.

P/S : Minggu ni blog melekit cover cerita zamani je la yer.. Nak buat camna aku tak boleh tahan rasa hati aku nak cakap pasal dia. Aku bukan nak kejar traffic sangat tapi sebenarnya aku memang betul2 kagum dengan zamani. 


ZAMANI AKAN DI BEBASKAN ESOK DENGAN JAMINAN POLIS

Alhamdulillah dengar perkhabaran ni kan? Ramai yang mendoakan yang terbaik untuk zamani.. Mungkin dengan doa2 penyokong setia zamani yang mendoakan untuk beliau.. urusan beliau di permudahkan.

SUMBER GOOGLE

Harap zamani akan menjalani pemulihan & seterusnya hidup sihat tanpa dadah. Ramai peminat zamani yang berharap zamani bebas dari dadah. Walau bukan mudah, moga sokongan dari peminat zamani menjadi kekuatan untuk zamani menjadi insan yang lebih baik selepas ni.


Yang pasti khabar ni haruslah menjadi berita paling gembira keluarga, rakan2 & peminat setia zamani termasuk aku. Rasa seronok sangat. Over kan? hahahhaa


JANGAN BULI ZAMANI SLAM

Tak tau la dalam banyak2 artis yang kantoi sebab dadah ni, Zamani Slam paling aku simpati sangat sangat. Kita semua tahu sejak beliau berkecimpung dalam dunia seni, tak pernah ada apa2 masalah atau kontroversi. Tak pernah dengar dia buat hal apa2.. Cuma tahun ni dia kantoi sebab dadah even dari pengakuan beliau dah menangih sejak 10 tahun dulu.


Semua manusia takkan lepas melakukan kesilapan.. Zamani pun manusia. Mungkin dari sudut lain dia artis yang baik cuma tersilap langkah & terjebak dengan dadah. Sejak pagi tadi kat laman2 sosial orang mula memviralkan video zamani di gari & di paksa menyanyi oleh anggota polis.. Serius aku tengok sekejab video yang di share kat Wall penyanyi Ayu OIAM. tengok tak habis pun.. Rasa kesian sangat. Kenapa buli dia macam tu? Dia bukan orang jahat.. Dia cuma penangih dadah yang masih ada harapan untuk di pulihkan. Dia tak ada rekod jenayah.. Jangan buli Zamani!

Kesilapan terbesar anggota polis tu cuba menyebar video tersebut & sekarang mendapat kecaman dari banyak pihak. Tak kira siapapun mereka, Anggota polis laksanakan tugas ikut etika la. Jangan nak seronok sangat. Silap langkah.. dapat padah. Apapun untuk zamani.. Moga apa yang berlaku di jadikan pengajaran. Ramai yang masih menyokong zamani.. gunakan kesempatan ni untuk berubah kearah yang lebih baik. Moga Zamani pulih dari dadah & hidup dengan lebih sihat. #SupportZamani.


KENAPA ZAMANI SLAM HISAP DADAH?

Rasa macam sayang sangat.. Zamani Slam artis yang bagi aku sangat low profile, nampak pemalu, sopan & baik sangat. Sepanjang penglibatannya dalam dunia seni.. susah nak dengar apa2 kontroversi tentang diri beliau tapi sayangnya... Akhirnya zamani kecundang. Tahun 2015 mungkin menjadi tahun gerimis mengundang buatnya.. Harap Mentari muncul lagi selepas ni.


Rasanya ramai dah tahu kes penyanyi zamani slam yang di tangkap & di sahkan positif dadah. Bila tengok fizikalnya yang kurus memang ramai dapat teka tapi sebab atitute dia yang kita nampak baik. Tak nampak macam bermasalah.. ramai yang berpositif zamani sakit. Tapi bila terbongkar semua ni.. aku sendiri rasa, sayangnya Zamani.. kenapa terjebak?

Apapun.. masih ada sinar harapan untuk dia. Semoga lepas ni zamani akan menjalani hidup yang lebih sihat & bebas dari dadah. Sayang bakat besar di rosakkan dengan dadah.. Zamani bukan jahat mungkin tersilap langkah.

P/S : serius aku rasa macam tak puas hati sebab dia bagi aku retis yang baik sangat.. kenapa hisap dadah??


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com