GELANDANGAN CHOW KIT SELEPAS DI MAKE OVER
GELANDANGAN CHOW KIT SELEPAS DI MAKE OVER. kalau make over orang yang tak cantik jadi cantik.. orang muka sedih jadi muka happy... orang hodoh jadi muka putera puteri.. tu dah biasa. Bersepah boleh tengok aktiviti meng make over orang kat sana sini. Dalam tv.. media sosial.. golongan biasa.. golongan retis tapi jarang kita dengar ada aktiviti meng make over golongan gelandangan. Biasanya orang buat aktiviti kebajikan pada golongan gelandangan ni bagi makan, pakaian & keperluan. Mana ada sangat yang sudi make over gelandangan dari muka comot kepada muka bersih & bergaya.Terbaca kat post di Fb Projek make over salah seorang pakcik yang hidup gelandangan. Happy la si pakcik bila ada yang sudi meluangkan masa dengan dia membeli pakaian & bawa dia jenjalan round KL naik kereta. katanya dah 15 tahun tak merasa naik kereta. Alahai.. sedih pulak dengar. Aku ni dah lama rasanya tak naik transport awam.. sedih jugak la.
Pakcik Jamil baru tukar baju baru tapi muka belum make over |
Inilah wajah pakcik jamil lepas di makeover |
Alhamdulillah.. semoga banyak NGO ataupun persatuan2 buat program2 macam ni untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan. Aku teringin jugak nak join program2 macam ni tapi keterbatasan yang ada buat takpe aku support melalui penulisan blog. Jangan ingat tulis blog untuk jadi keyboard warrior jer.. Dalam melantang mengkritik kami juga ada perikemanusiaan untuk membuat kebaikan sesama makhluk. Dont Judge aku macam buruk perangai sangat. hahaha
Moral of the story.. Nak buat kerja kebajikan tak semestinya kita perlu keluar & beraktiviti di luar. Melalui media sosial jugak kita boleh menyumbang.