Showing posts with label isabella cute. Show all posts

AWAS BLOGGER ANDA MUNGKIN BAKAL JADI MANGSA PENIPUAN BLOGGER NI

Blog & blogger bukan satu nama yang pelik bagi masyarakat sekarang ni. Orang dah mula tahu kemampuan blog & blogger & makin ramai yang mula percaya dengan kemampuan blogger untuk mempromosikan apa2 produk ataupun aktiviti. Orang dah tak rasa rugi nak bayar blogger untuk menulis apa yang nak perkenalkan. Jadi blogger sekarang dah ada kepentingan maka terjadilah kisah orang ambil kesempatan dengan blogger.


Kisah blogger kena tipu.. bloggger menipu blogger.. Menyamar blogger untuk tipu blogger dah bukan kisah baru. Semalam tetiba jer terbekenalan dengan seorang blogger ni sebab terbaca dari sharring post blogger lain pasal dia cari blogger untuk review produk berbayar. Manatau rezeki.. try je la apply. Tetiba ada pulak add dalam group penyiasatan blogger yang kecoh blogger yang aku baru add tadi pasal nak minta review produk berbayar tu. Ting tong la sekejab. (entri ni entri draft jadi semalam tak bermaksud kejadian ni baru berlaku semalam tapi semalam ni rasanya dah dekat 2 minggu kisahnya. kekekeke)

Bila aku siasat dalam group tu mak aiih..  bukan sorang dua dia menipu. bukan blogger je dia menipu bukan sehari dua dia buat kerja menipu tapi dah bertahun & beramai orang dah kena tipu beribu riban duit orang dia tipu. Pelik.. Hanya guna fake account tanpa bersua muka dengan semua mangsa2 yang di tipu dia mampu membina kerjaya menipu dia secara online. Memang hebat minah sorang ni. Memang akal dia lagi panjang dari fizikal dia. Mungkin dia tidak sempurna fizikal tapi kecerdikkan dia dalam bidang penipuan secara online memang boleh bagi 10 bintang la.

Kemampuan dia yang boleh menyakinkan orang untuk berurusan sehingga melibatkan duit ringgit tanpa perlu berjumpa, memang bukan calang2 orang boleh buat. Selain mat2 negro yang terer mengayat online awek2 kesunyian sehingga boleh menampung hidup depa tanpa perlu berpeluh ketiak kerja keras.. Minah sorang ni jugak memiliki kepakaran mengayat tu. Ni kalau dalam marketing pun bagus tapi maybe dia rasa marketing tak mencabar sangat.. menipu lebih enjoy. Hanya perlu menggunakan imaginasi & di realisasi hanya dengan ayat2 manis mampu jana pendapatan ribu riban gitu.

Aku tak tahu sejauh mana betul aktiviti menipu ni sebab aku tak pernah kena tipu dengan dia cuma bila baca post2 kat group FB tu rasa macam boleh percaya jugak.Tapi sebab ramai yang buat pengakuan pernah kena tipu jadi aku rasa elok jugak aku bagi peringatan kat orang lain. Awas! Dia ni sering bertukar2 identiti.. Ala2 sesumpah ni susah korang nak detect cuma apa yang korang boleh buat untuk protect diri sebarang urusan melibatkan duit Kalau ada sipolan yang bernama Nurzusilawati binti Nadzri berhati hati. walau dia sering bertukar identiti tapi nama & account number dia masih sama


Terbaru dia gunakan identiti Lavender mummy.. dia ada account FB & blog. Tapi menurut sumber dari group edisi siasat blogger dia semakin menghilang diri dengan id lavender mummy tu maybe dia dapat detect orang mula nak perangkap dia kot. Terlepas lagi kali ni bukan bermakna akan datang pun akan terlepas. Belum tiba masa Allah kantoikan dia. Tunggu je akan tiba masanya nanti yer.



Korang boleh tengok kat page ni untuk tahu penipuan dia buat atau boleh google jer banyak orang tulis pasal minah comel ni. FB fanpage ISABELLA_CUTE

Moral of the story.. Berapa juta pun kita dapat dari hasil menipu percayalah kalau kita senang hidup kat dunia tapi dalam hati kita takkan ada ketenangan. Biar sedikit asalkan dari sumber yang halal.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com