Showing posts with label kosmetik beracun. Show all posts

JENAMA PRODUK KOSMETIK YANG BERULANG KALI DI KESAN BERACUN BAKAL DI BLACKLIST KKM

JENAMA PRODUK KOSMETIK YANG BERULANG KALI DI KESAN BERACUN BAKAL DI BLACKLIST KKM. Setelah bertahun tahun.. Akhirnya apa di harapkan bakal berlaku tak lama lagi. Bagi saya yang memang aktif memberi kesedaran tentang produk produk beracun, overclaim, tidak berdaftar terutama produk kosmetik rasa perkara ni salah satu kejayaan bagi saya. Rasa tak sia sia la saya turut serta bersama kawan kawan seperjuangan yang lain berusaha untuk memberi kesedaran pada orang ramai terutama pengguna social media.

Semalam secara tak sengaja terbaca perkongsian dari salah seorang followers di satu group kecantikan yang berkongsi artikel berita KKM bakal senaraihitamkan produk beracun yang di kitar semula setelah berkali kali di banned KKM. Rasa macam nak lompat bintang rasa bila baca berita macam ni.. Yelah, selama ni pengeluar produk bila produk depa di senaraikan sebagai produk beracun depa akan keluarkan statement konon produk depa kena 'fake' menyebabkan produk depa teraniaya. Konon yang beracun tu fake product. Pengguna yang mendapat kesan kemudaratan tu guna produk fake katanya.

Tak ada isu fake product kalau KKM dah keluarkan kenyataan bahawa sesuatu produk tu mengandungi bahan terlarang contoh kalau produk kosmetik/skincare biasanya di kesan mengandungi merkuri, hidrokinon, tretinion. KKM ada SOP mereka sendiri dari mula mengambil sampel sampailah laporan di keluarkan. Rasanya pengeluar @ founder sedia maklum kot macam mana. Cuma takkan la depa nak bagitahu hangpa kan... Depa orang berniaga mana nak rugi, ye dak??

Boleh baca pada artikel ni macam mana prosuder KKM dalam mendapatkan produk sebelum mengistiharkan sesuatu produk mengandungi bahan terlarang : PENDEDAHAN! BENARKAH PIHAK KKM TERAMBIL SAMPEL PRODUK TIRUAN BERACUN SEHINGGA SESUATU PRODUK DI FITNAH?

Berbalik kepada undang undang baru yang bakal di kuatkuasakan katanya suku pertama tahun depan.. Pengeluar produk yang mengitar semula produk beracun depa bakal di senaraihitamkan jenama mereka. Untuk mengelakan depa dari terus menjual produk beracun. Kesian KKM tak larat nak ambil sampel.. hantar lab kalau dah tiap tiap tahun produk jenama yang sama dengan kandungan bahan racun yang sama tapi dalam nama item pada produk berbeza & nombor  notifikasi yang berbeza je dok dalam list. Kos nak buat analisa pun kena ambil kira ye dak. So rasa undang undang baru untuk menyenaraikan hitam kan jenama produk kosmetik yang berulang kali di kesan mengandungi racun tu adalah sangat baik dari semua sudut terutama untuk keselamatan pengguna. Yelah.. pengguna kurang bijak ni belum sepenuhnya pupus dari muka bumi malaysia ni. Even produk yang sama di kesan mengandungi racun hampir setiap tahun pun dia still bersangka baik & percaya cakap founder produk dari pihak berautoriti seperti KKM.

Selain di senarai hitamkan.. Akan juga di kompaun. Hope kompaun tu tinggi sikit. Kalau setakat amount celah gigi.. founder produk kosmetik kat Malaysia ni ramai dah jutawan & kaya raya. Depa boleh bayar je. Harap denda di kenakan boleh menimbulkan rasa insaf & takut sikit pada golongan pengeluar produk beracun ni. Almaklum la kita manusia ni kan.. Selagi tak di jentik dengan musibah maha dahsyat bukan nak sedar & insaf. ye ye den mengata diri den sendiri. kekekekeke. Begitu juga dengan orang lain. At least di hukum di dunia tu lebih baik dari di hukum di akhirat.. Kat dunia ada masa bertaubat lagi kan selagi tak mati.


Senarai Hitam Jenama Produk Kosmetik Yang Kitar Semula Produk Setelah Dilarang 

Kementerian Kesihatan (KKM) akan mewartakan hukuman kompaun kepada syarikat pengeluar produk kosmetik yang mengandungi bahan terlarang seperti merkuri dan hidrokuinon.

Menterinya, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata pewartaan hukuman itu akan dilaksanakan sekitar suku pertama tahun depan, bagi mengatasi isu membabitkan produk kosmetik. Langkah itu juga, katanya, bagi menghukum sesetengah pengusaha kosmetik yang menggunakan taktik mengeluarkan produk baharu dengan sedikit perubahan campuran formula, selepas produk lama mereka dilarang dijual di pasaran oleh pihak berkuasa.

“Antara yang sedang kami pertimbangkan adalah mewartakan tindakan kompaun kepada syarikat mengeluarkan produk kosmetik mengandungi bahan terlarang dan menyiarkan iklan kosmetik yang tidak mematuhi garis panduan. “Kompaun juga akan dikenakan kepada syarikat kosmetik yang memasarkan produk tidak patuh pelabelan, selain membuat pengisytiharan palsu ketika mengemukakan notifikasi kosmetik.

“Hukuman lain termasuk menyenarai hitam jenama produk kosmetik tertentu supaya produk itu tidak dijual, sama ada di pasaran atau secara dalam talian serta tidak mengulangi kesalahan. “Pengilang produk kosmetik juga akan diwajibkan memiliki lesen pengilangan berdasarkan amalan pengilangan terbaik (GMP),” katanya kepada media di lobi Parlimen, hari ini.
Semoga undang undang baru ni di kuatkuasa mengurangkan populasi produk kosmetik beracun di Malaysia. kepada pengusaha, pengeluar & pengasas produk yang masih menjual produk beracun harap dapat lah kesedaran. Mengejar harta dunia memang takkan pernah puas selagi hidup. Tapi apa guna hidup dengan menganiaya orang lain. Berhenti menjual & percaya pada rezeki yang lebih baik. Tu pun kalau hangpa percaya rezeki tu dari Allah la.

Saya tidak memusuhi mana mana founder kat Malaysia ni.. Saya cuma memerangi produk beracun sahaja. Semua manusia akan melakukan khilaf dalam hidupnya tak bermakna kita nak teruskan ke khilafan yang sama tanpa ada usaha untuk mengubahnya.

DALAM UBAT HOSPITAL PUN ADA HYDROQUINONE KENAPA DALAM SKINCARE TAK BOLEH?

DALAM UBAT HOSPITAL PUN ADA HYDROQUINONE KENAPA DALAM SKINCARE TAK BOLEH?? Minggu ni sahaja asyik terbaca viral pasal 1 produk skincare ni.. erkk sebenarnya yang tengah hot sekarang ada 2 local brand produk. Dua dua tu memang dah selamat KKM senaraikan sebagai produk yang mengandungi bahan terlarang iatu racun berjadual yang biasa di jumpai dalam banyak local skincare ni. Kita sedia maklum kan.. Kat Malaysia tengah 'In trend' produk jenama sendiri di mana material di bekalkan oleh pihak kilang yang mana gigih sangat nak jadi 'ponder' cuma perlu keluarkan modal untuk beli produk ni dari kilang OEM.. tempek la label jenama sendiri kemudian pepandai la hang nak market macam mana. So jangan pelik kalau nampak krim yang warna sama, bau sama, jenama berbeza di kesan mengandungi racun yang sama yer..

Semalam terbaca satu screenshot conversation antara seller product (saya agak jer) dengan mungkin customer pasal 1 produk ni yang ada 2 Item dalam set skincare dia di kesan mengandung racun berjadual iatu Hydroquinone. Hydroquinone ni memang sengaja di campurpalsu dalam produk bagi tujuan pemutihan, mengatasi masalah jerawat & jeragat yang serius bagi memberi kesan kecantikan yang cepat. Sebab tu tak pelik depa pakai produk yang ada hydroquinone (normally tidak di beritahu la ada ingredient hhydroquinone dalam produk kosmetik) sekejab je muka dah putih melepak macam mayat, kulit licin macam cermin, pink pink macam oink oink.. Hydroquinone ni la yang berfungsi melakukan perkara tersebut.


Berbalik pada conversation tadi si seller nampak cuba manipulasi kenyataan dengan mengaitkan hydroquinone yang terdapat dalam ubat. Yer Hydroquinone adalah dalam kategori ubat terkawal yang hanya boleh di berikan oleh petugas kesihatan profesional seperti doktor sahaja. Tidak boleh di letakan dalam produk kosmetik seperti skincare. Sebab ia amatlah bahaya jika di gunakan tanpa pemantauan petugas kesihatan seperti doktor.

produk yang mengandungi hydroquinone adalah dikawal sebagai produk farmaseutikal dan perlu didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di mana produk tersebut hanya boleh digunakan di bawah pengawasan professional kesihatan sahaja. 
Salah guna hydroquinone di dalam produk kosmetik 
Kegunaan hydroquinone di dalam produk kosmetik seringkali dikaitkan dengan produk pencerah kulit muka atau merawat masalah pigmentasi. Memandangkan produk kosmetik tidak boleh mengandungi hydroquinone maka mana-mana produk kosmetik yang dikesan mengandungi hydroquinone adalah dikategorikan sebagai produk yang dicampurpalsu. Produk kosmetik yang dicampurpalsu adalah menyalahi garispanduan dan peraturan yang ditetapkan.
Penggunaan produk yang mengandungi hydroquinone tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan pelbagai kesan mudarat. 
Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit, merawat masalah jeragat dan kulit tidak sekata. 
Hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini malah kulit menjadi hipersensitif. 
Hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) dan proses ini boleh menyebabkan berkurangnya perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV berbahaya di mana ia boleh meningkatkan risiko kanser kulit. 
Penggunaan produk ini dalam tempoh yang panjang boleh menyebabkan kulit menjadi hitam seperti tompok-tompok apabila terdedah kepada cahaya matahari. Keadaan ini dikenali sebagai exogenous ochronosis dan kesannya mungkin berkekalan serta amat sukar dirawat.
Sumber : http://www.myhealth.gov.my/hydroquinone-dalam-sediaan-kosmetik/?fbclid=IwAR1pkx4LxC981r64Fufl8wxdCtoeSb7M3Ho5GKqPjf5sVfnf8u-2Sz1jvH8

Senang faham macam ni la yerk.. produk mengandungi hydroquinone selamat di gunakan jika di beri oleh doktor sebab dia je tahu keperluan anda mengambilnya & berapa dos hydroquinone tu di perlukan mengikut masalah kulit yang hangpa hadapi tapi kalau dia di letakan dalam produk kosmetik macam skincare di jual & guna tanpa pemantauan petugas kesihatan profesional ia jadi salah la. Sebab tu kalau produk yang mengandungi hydroquinone di kesan.. KKM akan menarik balik Notifikasi (NOT KKM) bagi yang berdaftar. Bahaya tau hydroquinone dalam produk skincare ni jangan ingat sebab ia di gunakan untuk rawat masalah kulit.. semua orang boleh jual sesuka hati produk mengandngi hydroquinone. Dia memang tak boleh jual hanya boleh di berikan oleh profesional kesihatan sahaja iatu doktor ok! Selain doktor setakat seller/agent/dropship malah Founder sekalipun tak boleh!!! Hangpa yang masih pakai dengan 'tagline' aku pakai ok jer.. Takkan nak tunggu kena kanser kulit dulu baru nak percaya benda tu sebenarnya bahaya & Tak ok! Cegah sebelum parah adalah lebih baik dari merawati.


Pengguna dinasihatkan untuk mencari maklumat yang betul sebelum membeli sesuatu produk kosmetik dan tidak membeli atau menggunakan produk kosmetik daripada sumber yang meragukan seperti dibeli dari pasar malam, kaki lima atau belian atas talian (online). Di samping itu, pengguna juga dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan iklan-iklan dan sebarang bentuk promosi yang membuat tuntutan yang melampau serta menjanjikan kesan positif dalam masa yang cepat.

Pengguna dan orang awam boleh menyemak status notifikasi produk kosmetik di laman sesawang rasmi BPFK iaitu www.bpfk.gov.my sebelum membeli sesuatu produk kosmetik di pasaran. Senarai terkini produk kosmetik yang diuji dan dikesan mengandungi bahan terlarang seperti hydroquinone juga boleh disemak pada laman sesawang yang sama.

Sekiranya pengguna mendapat kesan yang tidak diingini akibat penggunaan produk kosmetik atau mensyaki produk yang dicampurpalsu, laporan atau aduan boleh dibuat kepada BPFK dengan menghubungi talian 03-788355537/5532 atau emailkan kepada kosmetik@bpfk.gov.my untuk diambil tindakan selanjutnya.

Moral of the story.. jadilah pengguna bijak anda mampu mengubahnya

SAMPAI BILA PENGGUNA PRODUK KOSMETIK HARUS DI TIPU & DI ANIAYA?

SAMPAI BILA PENGGUNA PRODUK KOSMETIK HARUS DI TIPU & DI ANIAYA? Isu pasal produk kosmetik/kecantikkan yang di campurpalsu dengan bahan terlarang seperti merkuri, hidrokinon, tretinion bukan lagi isu baru. Rasanya dah bertahun isu ni menjadi isu hangat tapi seolah olah tiada solusi untuk membentaras atau mengurangkan populasi pengeluar produk yang tidak bertanggungjawab macam ni.


Biarpun Bahagian penguatkuasa KKM melakukan rampas & membuat laporan media jika sesuatu produk di kesan mempunya racun berjadual atau bahan merbahaya tapi nampak semakin hari semakin bertambah pulak produk produk beracun di pasaran. Ada yang berdaftar dengan KKM & ada yang tidak berdaftar. Ada jenama produk yang berkali kali di tarik balik Notifikasi (NOT KKM) tetap masih menjual produk beracun. Taktik mereka kebanyakkan sama.. Bila produk di rampas & di tarik balik NOT KKM.. tukar nama item pada produk, tukar packaging & apply balik NOT KKM.. lepas tu jual balik. Claim sebagai produk baru & formulasi baru. Settle. Kena lagi.. buat lagi perkara yang sama. Sebab apa? Sebab mereka berduit. Denda yang pihak KKM kenakan tidak membebankan pihak pengeluar. Mereka boleh bayar & terus jual produk beracun tanpa rasa berdosa jauh sekali rasa bersalah. Sebab produk produk macam ni selalunya sentiasa ada permintaan. Yelah manusia ni memang sukakan kecantikkan lebih lebih kalau ada produk tu mampu memberi kesan cantik dalam masa yang singkat.. bersusun orang minta PM di iklan produk tu.


Ni pendapat saya sebagai orang awam/netizen/pengguna/rakyat marhen.. Hukuman & denda yang di kenakan pada pengeluar & pengasas produk beracun ni memang tak setimpal. Serius tak setimpal langsung sebab tak mampu membuatkan mereka serik atau insaf pun. Tak mampu mengurangkan populasi pengeluar produk beracun. Rasanya kena gubal semula undang undang supaya denda boleh di naikkan sehingga RM1juta atau lebih banyak lagi. Ia melibatkan keselamatan & kesihatan pengguna. Ia perkara serius. Itu pendapat saya la..


Pengguna ni selagi boleh di jual selagi di jual mereka akan percaya pada penjual/pengasas/pengeluar. Seolah olah KKM tiada kredibiliti dalam isu berkaitan bila mereka lebih percaya dengan pengasas produk yang kebanyakkan menggunakan alasan produk mereka di sabotaj, di fake (tiruan) & sampel produk yang di ambil dah tercemar bla.. bla..  Sedangkan KKM yang sememangnya mempunyai kakitangan di kalangan mereka2 yang berkelayakan untuk melakukan tugas mereka sebelum sesuatu produk di umumkan beracun. Tapi mentaliti pengguna.. masih percaya kepada orang yang bukan pakar dalam sesuatu bidang tersebut sebab tu masih ramai yang tertipu.

Pakar Farmakologi dan Toksilogi, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Ahmad Rohi A Ghazali, berkata krim kulit beracun dikenali melalui warnanya kelihatan bersinar, terang atau kusam serta berbau.“Apabila disapu pada kulit, pengguna mengalami kesan panas terbakar.“Sel lapisan kulit paling atas atau luar rosak kesan terhakis, menjadikan kulit licin seakan telur rebus dikupas.

Saya juga pernah melalui pengalaman kulit breakouts sebab produk beracun.. Buat review dulu pun saya just refer pada pendaftaran KKM yang waktu saya pun macam orang lain rasa nombor pendaftaran (NOT KKM) tu adalah bukti produk tu selamat di gunakan sedang NOT KKM bukan kelulusan atau jaminan. Ia cuma pendaftaran untuk memasarkan produk sahaja. Sebab permohonan NOT KKM tidak melalui ujian makmal.. Pihak pengeluar yang perlu notify (istytihar) pada KKM yang produk mereka selamat & bebas dari bahan terlarang melalui dokumentasi sahaja untuk mendapatkan nombor NOT KKM. Sebab tu kita boleh tengok banyak produk bernotifikasi (NOT KKM) yang di tarik balik selepas kkm membuat rampasan & labtest terhadap sampel produk. Boleh rujuk di website NPRA produk produk yang di tarik balik NOT & di haramkan di jual ➥ Senarai Produk Kosmetik Beracun (NPRA)

Moral of the story.. Seorang founder sebelum memasarkan produk ia akan memastikan formula & bahan di dalam produk dia selamat di gunakan, berkualiti & berkesan. Tapi kalau yang acah acah ponder.. dia cuma mantapkan ilmu marketing, cari kilang OEM atau cari stok untuk buat produk jenama sendiri.. kemudian jual je. Jadilah pengguna bijak.. Sayangi diri anda. Cantik bukan berapa putih kulit anda tapi bergantung sejauh mana sihatnya kulit anda. Kulit yang sihat tak semestinya putih gebu sampai nampak urat hijau, berkilat macam cermin atau putih macam kain kafan. So ubah mentaliti anda.. Putih itu cantik. Sebenarnya sihat itu cantik.

Sumber berita : BH online

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com