Showing posts with label Nedim. Show all posts

GAMBAR BABY BOY NORA DANISH & NEDIM YANG SANGAT COMEL

GAMBAR BABY BOY NORA DANISH & NEDIM YANG SANGAT COMEL. Alhamdulillah.. Terbaca perkhabaran pelakon comel & cantik Nora Danish dah selamat melahirkan anak hasil perkahwinan keduanya bersama Nedim. Bagus depa ni tak payah nak buat press conference nak tunjuk muka anak bagai.. Terus share kat IG jer..


Almaklum la retis kan.. Memang la ramai peminat tak sabar nak tengok gambar baby depa. Tak retis la kalau tak ada orang kesah dia nak beranak ke hapa kan? retis wajib la ada ramai yang ambil kisah pasal kehidupan mereka. Kau suka ke tidak.. tetap benda tu dah jadi lumrah untuk yang bergelar public figure. Sebab tu hangpa kena pikiaq dulu sebelum menjebakkan diri dalam kancah glamour.. Bersediakah anda untuk di skondeng luar & dalam? hehehee

Tadi ternampak kat Ig Nora Danish & suami mula berkongsi gambar baby boy mereka. Kalau dah mak bapak pun sama cantik sama padan.. Keluar produk tu Comel juga la kan. Mana tumpahnya segak kalau tak pada anak kan? Lagipun baby semua comel takde yang buruk pun.. Anak kucing pun comel inikan anak manusia yang Allah jadikan sebaik baik ciptaanNya..

Mesti hangpa yang tak layan IG tu nak tumpang tengok jugak kan? Ok ok.. kami paham hangpa tak dak account IG so terpaksa la tengok kat blog kami kan? Meh la layan sekeping dua gambar Baby Boy Nora Danish & Nedim ni.. Mesti ramai yang Melting katanya..




Kan? Cheq dah habaq cheq tak tipu.. Memang comel baby nya.. Apapun semoga Baby boy mereka membesar menjadi anak yang soleh. Semoga membesar dengan sihat & bahagia. Semoga dengan kehadiran cahayamata menjadi pengikat kasih sayang mereka hingga ke akhir hayat.. Amin.

Tahniah kepada Nora Danish & Suami atas kelahiran cahayamata yang sempurna sifatnya. Selamat berpantang & selamat bersedia dengan makcik makcik bawang yang maybe akan pertikaian macam macam masa berpantang nanti hehehehe.

GAMBAR PERNIKAHAN NORA DANISH & NEDIM

GAMBAR PERNIKAHAN NORA DANISH & NEDIM. Setelah sekian lama bercinta katanya.. pasangan kekasih hot & spicy ni akhirnya di ijabkabulkan sebentar tadi katanya dalam sebuah majlis tertutup & sederhana je katanya. Sederhana cara retis ni.. Tak berapa sederhana la kan bagi kita orang semekin ni.. Majlis ni cuma sedara mara & rakan terdekat Nora & Nedim jer.. Tu yang depa kata sederhana.. sebab jemputan tak ramai. hehehehe


Alhamdulillah.. Dah sah ijab & kabul.. Tahniah pada pasangan pengantin baru yang masing2 dah kali kedua berkahwin. Hope perkahwinan kedua ni berkekalan hingga akhir hayat lah yer.. Semua pasangan berkahwin mengimpikan hidup bersama sepanjang hayat. Takde orang berkahwin semata mata untuk bercerai je.. melainkan dalam drama TV je. Kahwin kontrak apa bagai.. hehehehe


Tengok gambar2 kahwin Nora & Nedim.. Sederhana pun lawa kemain. Majlis je sederhana katanya.. Pengantin baru melaram tak berapa sederhana. Retis... Kang pakai tak cantik pun kena kecam kan? So walau macam mana pun tetap kena cantik. Nak2 lagi Nora Danish ni memang dah semulajadi cantik & Nedim pun tak kurang ensemnya.. hehehehe


Akhirnya cinta mereka bersatu di jinjang pelamin hope tak bahagia setakat atas pelamin je la yer.. Bila bahagia sampai bila bila.. Moga ikatan yang sah & di restui ni membuatkan rumahtangga mereka di berkati & limpahi kasih sayang yang berpanjangan. Moga melahirkan zuriat yang soleh & solehah.. Tak payah la hangpa nak krik.. krik.. krik.. sangat. Kita doa biar yang baik baik ye dak..


Sumber gambar OHBulan

MANAGER BARU NORA DANISH HANYA DI BAYAR DENGAN KASIH SAYANG

Aku pun nak ada manager jugak lah even aku bukan retis & blogger suam2 taik hidung jer. Kalau setakat bayaran kasih sayang, jangankan ribu riban... jutaria pun aku boleh bagi kasih sayang aku yang tanpa sempadan ni. Apa ingat dapur cik mat gebu jer tanpa sempadan.. Kasih sayang aku pun tanpa sempadan jugak. hahahaha

Sumber Google

Alkisahnya selepas Nora Danish katanya pecat manager lama dia kat Whatsapp tanpa notis 24 jam, lepas tu dia lantik manager baru dia si Nedim tu. Manager merangkap boipren dengan bayaran kasih sayang je kata Nedim. Amboi sweet sweat nya depa. Mau peminat2 drama adaptasi novel melayu terlentok depan skrin pc,enpon,tablet bagai baca statement tu.

Hope sweet sweat depa ni sehingga melangkah ke alam perkahwinan seterusnya kekal bahagia hingga akhir hayat la. Jangan masa sweet jer bayar dengan kasih sayang dah sweat esok bayar dengan sepak terajang pulak. Hope bayaran kasih sayang tu tak jadi ungkitan kalau la berlaku apa2 dalam perhubungan depa. Manalah kita tahu.. masa bahagia semua jadi baik.. masa derita semuanya jadi pahit.

Semoga Nora Danish terus success dalam kerjaya.. Untung Nedim kalau dapat kawen dengan Nora Danish katanya tak payah banyak makeup pun dah cantik. Gambar pun tak payah banyak edit sebab katanya Nora Danish sentiasa nampak muda remaja. Bukan aku yang kata.. depa yang kata dalam iklan Safi Rania. Hahahaha

Moral of the story.. Sapa nak jadi manager aku dengan bayaran kasih sayang boleh PM. hikhikhik

Sumber : Beautifulnara

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com