TAHNIAH UNTUK MEREKA YANG HILANG ANGGOTA BADAN KERANA MERCUN
Ucapan aku pada mereka2 yang menjadi mangsa mercun.. Tahniah! Kalau ada saki baki jari yang masih tak terputus/hancur/cedera tahun depan boleh la letupkan jari dengan mercun yer... Kalau dah abis semua jari kaki & tangan... Harap insaf la yer...
Tahniah yer dik. Baru putus 3 jari.. banyak lagi jari simpan tahun depan pulak yer
Report polis... Aku rasa polis2 cawangan padang serai kedah tu semua adik beradik depa kot. Berpuluh tahun report takde penyelesaian. Report jer.. polis datang round2 dalam kampung lepas tu balik. Bila kita call lagi bagitau.. dia kata masa dia datang dorang lari & takde orang main mercun. Ok.. setttle la kerja polis. Yelah.. yang report bukan anak menteri, anak sultan @ anak orang kenamaan... Buat kerja lebih kurang pun ok, ye dak?? Pernah jadi satu kes terpaksa merujuk ke balai.. anak jiran aku boleh cakap depan polis, salah ke main mercun depan rumah sendiri. Wah.. polis tu tak cakap salah pun siap backing. Yang aku tau bukan takat jual mercun jer salah, main mercun pun salah. Benda dah di haramkan takkan jadi tak salah pulak.
Dan kerana tu aku benci mercun.. kadang2 hari raya ni yang buat aku hilang mood nak balik beraya adalah kerana jiran aku tu. Dan aku memang benci sapa2 jer main mercun yang jenis meletup macam bom tu. Yang cedera parah even mati sekalipun sebab main mercun memang aku tak simpati sangat la.
Moral of the mercun story... Mercun ni bukan setakat di haramkan & merbahaya malah mampu mencetuskan pergaduhan & permusuhan dengan orang2 sekeliling. Jadi pada mak bapak yang still mengamalkan budaya main mercun bila nak dekat raya ni.. Fikirkan semula. Dengan ganggu ketenteraman orang untuk korang berseronok best ke? Hidup dengan sumpah seranah orang maybe bahagia bagi korang kot.
P/S : dah berapa tahun aku buat entri pasal mercun & aku akan buat selagi rasa benci aku pada pemain mercun ni wujud.
P/S : Di Palestine mungkin bunyi letupan menjadi trauma pada mereka berbeza kita di sini rasa meriah pulak dengan letupan sebab kita disini meletupkan bukan di letupkan. Fikir fikirkan lah.. #PrayForGaza