Showing posts with label rezeki. Show all posts

MENIPU LEBIH SENANG DAPAT BANTUAN. PERLU KAH AKU MENIPU?

MENIPU LEBIH SENANG DAPAT BANTUAN. PERLU KAH AKU MENIPU? Kecoh dua tiga hari ni tentang penipuan kutipan sumbangan konon untuk rawatan seorang kanak kanak 3 tahun kononnya mengidap kanser & perlu kos untuk perbelanjaan rawatan. Memang kalau kutipan sumbangan untuk membantu bayi atau kanak kanak sakit ni senang sangat nak dapat perhatian netizen. Akan masuk banyak sumbangan.. Tak boleh nafikan rakyat Malaysia ni ramai yang pemurah lebih lebih lagi melibatkan bayi atau kanak kanak.


Sebab tu la scammer suka ambil kesempatan cara mudah nak cari duit. Buat posting cari sumbangan untuk bayi atau kanak kanak sakit & letak nombor account. Orang ni bukan semua nak siasat dah.. Kadang kadang depa rasa sumbangan depa kecil so tak perlu nak nak siasat sangat. Sebab mentaliti macam ni membiakkan scammer. Even sorang seringgit pun derma kalau dah berpuluh ribu orang transfer seringgit kenyang sambil goyang bontot je scammer ni.

Bila dah kantoi.. Tak boleh buat apa la. Duit sumbangan tu totally burn kat scammer la. Tunggu je la pembalasa Allah. Kalau dapat tangkap & di dakwa boleh la tengok apa hukuman mengikut undang undang negara kan tapi tu la.. Tangkap sorang ada beribu lagi scammer masih buat benda benda macam ni.

Scammer ni dia wujud dalam pelbagai rupa bentuk.. Ada yang menipu cara buat kutipan sumbangan macam ni.. Ada yang menipu cara penjualan produk atau pakej. Contoh scammer produk jual produk kosmetik beracun berpuluh kali kena banned dengan KKM pun still masih jual tanpa insaf. Seolah olah depa tak rasa apa apa dosa atau bersalah jual produk produk macam tu sebab dah seronok sangat boleh jadi kaya raya hasil penjualan produk macam tu. Sapa kacau periuk nasi depa siap hangpa. silap haribulan see u in court. Orang berduit ni dia boleh buat apa pun. Tu pun dengan izin Allah. Kadang kadang Allah nak uji kita.. dia bagi kita nikmat tak putus putus sampai kita dah tak takut dosa & neraka. Kita jadi lalai dengan nikmat & kekayaan dunia yang Allah bagi. Sedar sedar dah kat alam barzakh malaikat tengah tanya Ma..Robbuka!

Bila saya tengok apa berlaku sekarang memang kalau nak cari rezeki & kekayaan dengan cara haram, cara salah & rezeki yang istidraj ni nampak macam mudah je. Berbanding kita yang struggle nak cari yang halal & berkat ni terutama kalau melibatkan kutipan sumbangan macam saya sedang buat. Allahu.. Tak mudah. Nak cukupkan dana yang di perlukan tu macam macam dugaan. Kena fitnah, kena kecam, kena hina.. Terpaksa buat buat pekak & buat je. Kadang kadang benda benda macam tu buat iman kita jadi goyah.. Aku buat benda jujur Allah uji tahap macam ni. Yang penipu penipu hidup senang lenang jer. Sampai kadang kadang terfikir.. aku jujur sangat pun orang pertikai & menyusahkan lagi aku yang tengah susah. Ke aku pun kena ikut trend sekarang.. Cari cara menipu. Tapi tu la masa stress & tertekan kita tak waras sangat.. Bila dah tenang, baru boleh fikir secara rasional. Tak perlu la sampai nak menipu.. Rezeki setiap orang tu ada. Usaha, doa & tawakal. Insya Allah.. Allah akan bagi apa yang kita perlu walau tak seperti apa yang kita minta. Yakin apa yang datang dari Allah itulah yang terbaik.

Tapi tu la. Kalau Allah bagi dengan mudah kita pulak mudah lupa diri kan? Dengan cara macam ni Allah nak dekatkan kita dengan dia. Tu tanda Allah sayang kita. So bersangka baik dengan ujian Allah.

Orang jahat ni syurga dia memang di dunia.. Jadi tak pelik la kalau orang jahat.. penipu ..Allah bagi nikmat kesenangan dia di dunia. Salah pun Allah tetap bagi dia menang kat dunia. Aniaya ramai orang pun tetap dia pretend tak bersalah & berdosa. Allah bagi dia tak rasa takut dengan dosa dia buat. So jangan salahkan takdir.. Allah tu maha mengetahui segalanya. Apa yang berlaku Allah tu maha bijaksana mengaturkan perjalanannya.

Syukurlah kita yang di uji dengan kesusahan bertimpa timpa ni.. Dari situ kita merangkak mencari sejadah. Kalau kita pun Allah uji dengan kesenangan tak mustahil kita pun sama sama jadi lalai. Bila Allah jentik kita dengan ujian & musibah tu.. Bersangka baik. Itulah cara Allah nak didik & bimbing kita ke jalan yang di redhai. Tu dia.. Setazah lekatlekit bagi takzirah katanya. Satgi ada la yang mai kata.. dah susah baru ingat Allah. Takpa la.. At least dari situ bermulanya hijrah kearah yang lebih baik. Harap terus Istiqomah la.

Walau apapun alasannya.. Untuk mengurangkan populasi scammer ni kita orang awam @ netizen kena main peranan jugak. Ye betul sedekah antara kita dengan Allah tapi untuk mengurangkan aktiviti penipuan macam ni sebelum buat apa apa transaksi sumbangan siasat sikit takpa. Macam kes den even sampai sekarang perlu buat kutipan sumbangan tapi kes den dah berlangsung kat mahkamah dah 2 tahun. Ni tengah struggle nak cari dana untuk bayar kos bicara tafsiran. Nak tau lebih lanjut boleh refer posting kat bawah.. Bagi yang ada facebook la..


Moral of the story... Hidup ni tak ada sesiapa terlepas dari di uji samada di uji dengan musibah ataupun nikmat. Jadi usaha doa & tawakal..

MISTERI KEMUNCULAN IKLAN DI BANNER ADSENSE TERJAWAB

MISTERI KEMUNCULAN IKLAN DI BANNER ADSENSE TERJAWAB. Mentang mentang la blog hang di kenali sebagai blog cerita seram.. Semua hang nak misteri nusantarakan. Pasal google adsense pun hang nak buat ala - ala seram jugak kan..

Of course la baru menampakkan identiti seram tu even blog den ni macam macam isu & cerita ada. Tidak tertakluk pada kisah seram je. Dalam dok bergelut dengan kes saman RM3juta ni.. Tetiba hari ni berlaku satu keajaiban.

Actually.. Lepas anak den pergi sekolah akibat mengantuk sangat sangat, den tidur la balik.. Memang sekarang eden kurang tidur sikit. Almaklum tengah susah ni.. Bukan sebab tak boleh tidur. Ikhtiar untuk cari penyelesaian. Tak kira la dengan cara menggunakan kudrat empat kerat ataupun secara spiritual. Spiritual ni jangan ingat den main bomoh jampi jampi ludah ludah pulak yer.. Walau den suka cerita seram.. Insya Allah belum terjebak dengan perkara perkara khurafat & syirik. Usaha cara spiritual dekatkan diri dengan Allah, jaga solat, amalkan zikir & wirid, baca Al quran.. bla.. bla.. sebagainya. Macam orang lain jugak. Ikhtiar untuk cari ketenangan.. Sebab bagi saya bila kita hadap sesuatu masalah.. Paling penting bukan material tapi kena ada kekuatan & ketenangan. Ada duit berkoyan koyan pun kalau hati tak tenang.. Mungkin boleh jadi masalah jiwa jugak. Sebab tu pentingnya kekuatan Rohani tu..

Alahai.. kalau tak menyimpang 3 cabang memang tak sah la kan.. Ceritanya pasal misteri iklan Adsense je dah jadi kisah lain pulak. ok.. ok.. Berbalik kisah misteri ni.. Lepas bangun tidur cuci muka. Pastikan takde taik mata tergantung.. Buat air buka la pc. Memang la lepas tu pc on benda pertama eden buka blog la. Terperasan pulak kat on top blog atas banner nuffnang.. ada iklan trivago appear. Rasa kat situ den letak coding untuk banner adsense yang dah lama den apply & apply balik tak lulus. Dasar jarang bukan gmail ni.. Memang pejadahnya dia tak tahu kan. Hahahaha..

Nak confirmkan saja buat posting menunjuk kat Facebook.. & double confirm dengan group blogger kat whatsapp. Lepas tu semua cakap memang dah approve.. Baru nak check email. Melampau kan? Memang sah & misteri iklan yang muncul di banner adsense tu adalah berpunca dari Google Adsense den yang dah lulus sepenuhnya. Check ada la earning sikit..


Alhamdulillah.. rezeki awal tahun 2018. Rezeki blogger kena saman katanya. Sebab tu penting sentiasa bersangka baik dengan Allah. Den tak pernah jeles dengan blogger lain yang dah dapat adsense atau kecewa sebab dok apply tak dapat - dapat. Buat rilex jer.. Allah tu lebih tahu bila masa dia nak bagi sesuatu ikut keperluan kita. Kita manusia ni memang jenis minta kadang2 bukan keperluan tapi kehendak.

Apapun moga Adsense memberi rezeki berlipat ganda untuk den tahun ni.. Semoga 2018 banyak khabar khabar gembira untuk saya termasuklah kes saman ni. Semoga ada keajaiban.. Doa & terus bantu saya..

Bagi yang ada Account Facebook mohon LIKE & SHARE posting ni di facebook bagi membantu saya untuk meneruskan misi mencari dana bagi menampung kos guaman supaya saya boleh membela diri di mahkamah. DOAKAN saya mendapat pembelaan & keadilan. Amin..



PETANDA KENING & KELOPAK MATA BERGERAK

PETANDA KENING & KELOPAK MATA BERGERAK. Tetiba hari ni nak google pasal petanda anggota badan bergerak gerak.. Aku selalu mengalami gelaja kelopak mata bergerak gerak ni.. Walaupun macam2 tafsiran yang di buat melalui gejala kelopak mata tiba2 bergerak sendiri tapi aku tak nak ambil sebagai satu kepercayaan tapi aku ambil sebagai satu kebetulan..


Yup selalunya kalau kelopak mata kanan bergerak gerak.. akan di susuli berita gembira selepas tu & kalau kelopak mata kiri bergerak gerak ada je perkara duka atau sedih atau sakit hati nak berlaku.. Tapi yang jarang berlaku pada aku adalah kening bergerak gerak sendiri.. Kebetulan pagi ni tetiba kening kiri bergerak gerak sendiri.. Gerakkan yang kuat & terasa jugak la. Sesaja la google nak tahu apa tafsiran di sebalik kejadian macam tu..

Yang aku baca kalau kening kiri bergerak gerak petanda nak dapat duit.. Alhamdulillah. Moga melimpah ruah la rezeki aku hujung tahun ni. Tapi takde la aku percaya & berharap sangat. Nak duit macam biasa la kena kerja.. So aku terus je buat kerja aku macam biasa yang boleh mendatangkan duit. Rezeki tu semua dari Allah.. Kening bergerak ke hapa.. Mungkin 'sign' dari Allah mungkin jugak kebetulan.. Wallahualam. Allah lebih mengetahui segalanya.

👀 Jika Alis Kanan bergerak-gerak – akan bertemu orang yang disenangi.
👀 Alis Kiri – akan mendapat wang.
👀 Kelopak Mata Kanan diatas bergerak – akan mendapat keuntungan dan beroleh keamanan.
👀 Kelopak Mata Kanan dibawah bergerak – akan mendapat kesusahan.
👀 Kelopak Mata Kiri diatas bergerak – akan mendapat kebaikan.
👀 Kelopak Mata Kiri dibawah bergerak – hendak menangis.
👀 Ekor Mata Kanan bergerak – menerima kedatangan orang jauh.
👀 Ekor Mata Kiri bergerak-gerak – mendapat sedikit kepayahan.
👀 Biji Mata Kanan bergerak-gerak – akan menangis dalam bercinta.
👀 Biji Mata Kiri bergerak-gerak – gembira dihati.
👀 Kening Kiri bergerak-gerak – beroleh kelapangan.

Dari sudut sain perubatan & kesihatan pula ada alasan dia tersendiri.. Jika kelopak mata bergerak gerak ni dari sudut kesihatan ia di sebut sebagai ‘Eye Twitching‘. Antara penyebab berlakunya eye twitching ini adalah

Tekanan
Keletihan
Eye Strain (Ketegangan Mata)
Mata Kering
Pemakanan Yang Tidak Seimbang


Mungkin juga la kan.. Kadang2 letih dok tengok skrin pc buat kerja2 kat blog, scroll FB bagai. Nak nak lagi kalau dapat data Internet macam ni >> 10 GB Facebook + 10GB Basic Internet. Kalau Nak Sila Tengok kat sini << Confirm melekat lekit terus depan skrin phone sampai tak berkedip mata. Mungkin benda tu menyebabkan berlaku ketegangan mata, mata jadi kering. Di tambah lagi kita ni bukan pengamal diet seimbang sangat hahahaha...

Apapun andai ia satu 'Signal' dari Allah pada sesuatu perkara moga yang datang tu baik baik saja.. Kalau yang kurang baik pun moga di permudahkan segalanya. 

SKODENG WARGA ASING DI RUMAH KONGSI TAPAK PEMBINAAN

SKODENG WARGA ASING DI RUMAH KONGSI TAPAK PEMBINAAN. Dah jadi kaki skodeng pulak aku ni sejak dua menjak ni. Sejak buka tingkap nampak projek pembinaan kondo yang mengadap tingkap rumah aku.. Dari hutan pokok dah semakin menjadi hutan batu. Simpati aku monyet yang pernah menghuni hutan tu dulu.. Tinggal sejemput je hutan untuk mereka berkampung. Selalu nampak dorang naik ke atas bukit area rumah aku selongkar tong sampah cari makan. Tak lama lagi orang komplen ada la operasi membunuh pulak. Kejamnya manusia kan...

Gambar pinjam google

Sejak projek pembinaan kondo tu bermula asal buka tingkap je atau jenguk keluar tingkap mesti nampak aktiviti buruh binaan yang majoriti warga asing. Dari sifat, bentuk wajah & kulit tu rasanya terdiri daripada warga bangladesh & indonesia. Tapi aku tak pernah la pergi dok interview depa kat tapak pembinaan tu asal mana, anak sapa bila sampai. Setiap hari aku cuma akan skodeng dari tingkat 9 rumah aku terus ke tapak pembinaan tu.

Gambar snap pagi tadi. Macam enjoy pulak tengok kehidupan mereka. hehehe

Bila tengok kehidupan mereka di rumah kongsi & bekerja kat tapak pembinaan tu lama2 timbul satu rasa insaf. Kita suka mengeluh akan kenikmatan yang mungkin kita tak mampu miliki sampai kita lupa sebenarnya apa yang kita miliki ini lebih baik dari sesetengah orang lain. Tengok warga asing yang bekerja buruh binaan tu.. Tinggalkan keluarga anak isteri.. Bersyukur la kau masih jumpa suami kau hari hari. Cuma kadang2 dia balik awal.. kadang2 dia balik lewat sikit. Bila suami kau kena kerja hari minggu kau mula muncung sedepa seolah2 macam sepuluh tahun dah suami kau kena kerja hari minggu. Bayangkan anak isteri pekerja buruh binaan tu mungkin tak jumpa suami dia dalam tempoh 5 - 6 tahun.. Dari situ kau akan rasa Ya Allah.. nikmat yang aku dapat adalah lebih banyak dari mereka mereka ni.

Gambar ni aku ambil guna 100% zoom sebab jauh jugak lokasi dia. Almaklum la aku guna galaxy s4 zoom je. Rumah aku atas bukit sikit & duduk pulak tingkat 9. Bayangkan jarak tu.. Tu pun syukur boleh zoom sampai ke tapak pembinaan kat bawah bukit rumah aku ni. Tapi kalau guna smartphone ni yang ada dua camera kat belakang rasanya lagi clear gambar boleh snap >> Bagaimana smartphone yang Dilengkapi Dual-Kamera Leica Ini Berjaya mengambil gambar Sehebat Ini <<

Tengok depa bekerja di tengah panas setiap hari.. Bersyukur la kau masih mampu menikmati kehidupan yang selesa tanpa perlu struggle sampai macam tu sekali. Kau masih mampu makan sedap2 kat cafe2 & restoran yang bukan semua orang mampu makan.. sedangkan mereka kita tak nampak apa mereka makan untuk terus bekerja di esok hari.

Bila kau rasa badan kotor & melekit.. Kau ada bilik air tertutup & selesa untuk kau mencuci badan tanpa di pandang orang lain. Lihat mereka... kehidupan di rumah kongsi terpaksa mandi di tempat terbuka bercampur lelaki & perempuan. Terpaksa sebab itu bukan pilihan mereka tapi itu ja yang di sediakan pihak majikan untuk mereka.

Ni je gambar yang aku rasa boleh di share. Ada gambar mandi beramai ramai campur lelaki & perempuan tak sesuai pulak untuk aku share.

Bersyukurlah... Jangan terlalu banyak mengeluh. Kenikmatan itu tak datang dengan hanya merintih.. Berusahalah seperti mereka tapi dengan kepakaran & cara kita sendiri.

Moral of the story.. Selalulah memandang orang yang lebih susah untuk kita belajar erti bersyukur. Supaya kita kurang merungut dengan apa yang kita tiada.

REZEKI TERPIJAK DARI ZALORA

REZEKI TERPIJAK DARI ZALORA. Dulu selalu dok dengar blogger2 lain cerita pasal dapat voucher shopping dari Zalora ni. tapi aku tak pernah pun dapat. Pernah jugak aku tanya macam mana nak dapat voucher shopping dari Zalora ni.. Depa kata buat post pasal Zalora nanti dapat la. Sebab aku rasa aku tak ada pengalaman membeli belah dengan Zalora so takde apa aku nak cerita pasal Zalora aku cuma tumpang gembira je kawan2 blogger lain yang selalu cerita dapat voucher membeli belah dari Zalora. Aku anggap tu rezeki depa.. Rezeki aku mungkin kearah lain dalam berblog.


Tup.. tup dah tutup pc, tutup lampu dah baring sebelah anak tetiba rajin pulak nak check email guna tab. Terpandang 1 email dari Zalora yang ajak berkerjasama. Almaklum la malam pertama bersama Zalora walau email tu di hantar 2 hari lepas. Aku pun tak faham kerjasama macam mana depa nak. So aku email balik minta penjelasan tentang kerjasama yang di tawarkan pada aku.. Sebab nama in charge tu melayu walau dia email dalam english aku bantai jawab dalam bahasa melayu jer. Ni Malaysia beb! Apa ada hal nak cakap bahasa melayu dengan sesama melayu. Kalau yang in charge tu nama bukan melayu maybe aku merangkak2 jugak speaking london. So, pada yang rasa tak expert nak jawab dalam english.. kau belasah je melayu kalau in charge tu melayu macam aku. Walaupun dia akan balas dalam English jugak. hahaha

Hari ni buka email.. Tengok dia dah reply bagitau pasal kerjasama tu.. Aku kena buat 1 post untuk bla.. bla.. & akan di beri ganjaran Voucher bernilai RM100. Dalam sambil2 dok reply email tu aku mula la taip entri kerjasama dengan Zalora ni. Jangan risau.. Insya Allah aku boleh buat entri review last minute ok! Dalam Masa setengah jam je siap. Yelah.. kena post sebelum esok jadi aku tak suka nak post last minute sangat. Bagi aku sehari sebelum due date pun dah last minute. Lepas aku dah post terus email balik link entri tu. dia puas hati terus dapat code voucher yang di janjikan. memang cepat dia bagi feedback kan? Post terus dapat. Terbaik la Zalora.

Ni betul2 rezeki yang terpijak. rezeki yang tak di jangka jangka. Rupanya nak dapat voucher shopping ni ikut nasib je. Kalau blog kita terpilih dorang akan email kita ajak collaborate.  Jadi teruskan menulis bagi mereka yang belum dapat peluang ni. Dengan kerajinan kita menghapdet blog Insya Allah akan datang rezeki2 yang tak di jangka.

Voucher RM100 ni dalam kepala hotak aku nak shopping baju jer.. Tapi nak fesyen2 yang jenis macam ni >> Rahsia Nampak Ringkas Tapi Stylo. Anda Mesti Cuba Bergaya Macam Ni << Bukan je selesa tapi nampak up to date katanya. hehehe..

Moral of the story.. Terima kasih Zalora. Kalau boleh next time offer lagi. RM100 tu pun bernilai bagi blogger picisian tepian longkang macam den ni. hehehe

BUDAYA MENIPU CLIK IKLAN DI BLOG MASIH BELUM PUPUS RUPANYA

BUDAYA MENIPU CLIK IKLAN DI BLOG MASIH BELUM PUPUS RUPANYA. Perkara yang pernah popular satu ketika dulu ingatkan blogger dah ada kesedaran tentang cara salah untuk meraih clik pada banner iklan nuffnang & iklan special 8share rupanya masih ada yang berani buat segmen secara terbuka macam tu untuk membuat penipuan clik (clik fraud) pada iklan. Aku ingat dah pupus budaya menipu clik ni.. Rupanya wujud lagi. Hahaha. Kalau takde masakan ada yang bangkitkan isu ni kan?


Dulu masa 8share mula2 nak naik.. memang ramai yang dengan beraninya buat penipuan clik dengan cara exchange clik. Penuh je rewards dia delete semua link yang dia post minta orang buat exchange clik. Bukan kata blogger picisan yang kurang follower je yang buat, yang ramai follower & agak popular pun tak terkecuali. Semua sebab duit.. Bila orang persoalkan betul ke cara dia berkongsi iklan tu.. Dia cuma jawab entah. Sebenarnya dia pun tau cara tu salah sebab menipu. Kalau dia tak tau mustahil lepas penuh rewards dia delete link2 yang dia share kat media sosial kan. Supaya security 8share tak dapat detect la tu penipuan dia buat. Bila delete takde bukti penipuan. Tapi tak kemana.. akhirnya account depa tetap kena banned. Takpe la depa tak dapat nak jana pendapatan dengan 8share sebab depa blogger yang banyak job2 luar kan. Apalah sangat kena  banned dengan 8share tu. hehehe

Kalau nak cari pendapatan tambahan melalui media sosial.. Buat la cara yang betul. Menipu ni serius mungkin sebelum di tangkap korang boleh jana banyak tapi bila tertangkap.. peluang nak jana pendapatan dah tak ada. Menipu ni untung yang bersifat sementara je. Aku pun pernah jugak tersilap share iklan 8share kat blog tapi bukan lah niat aku nak menipu cuma aku tak tau cara tu tak boleh. So, account aku masih selamat sebab dalam code of honour 8share tak jelas sangat. Sekarang aku pilih berkongsi secara selamat. Rezeki tu dari Allah.. So, usaha je la.

Pada adik2 yang masih buat aktiviti clik fraud dengan segmen clik iklan macam tu rentikanlah.. Serius! tak untung banyak mana pun. Banyak cara nak dapat duit contoh macam kat Instagram ni. Tak perlu nak share iklan atau letak banner kat blog bagai cuma cuba buat ni jer >> Inilah Cara Paling Mudah Untuk Dapat RM1000 Melalui Instagram Tanpa Perlu Share Iklan << Cubalah mana tau rezeki korang kan? Dari dok menipu clik jer.. Buat apa.

Moral of the story.. Takde benda senang nak dapat duit.. Menipu jugak bukan benda mudah nak buat jadi pilihlah jalan selamat. Ia soal rezeki yang kita nak guna mungkin beli buku untuk belajar, makanan untuk isi perut atau keperluan harian yang perlu kita guna. Jadi renung renungkan selamat beramal... peace no war! hehehe

NAK MENUNJUK 22 CPUV @ BE NUFFNANG TENGAH ON GOING

NAK MENUNJUK 22 CPUV @ BE NUFFNANG TENGAH ON GOING. Hari sabtu hari show off katanya. Sekali sekala kita kena menunjuk jugak dalam berblog ni. tak menunjuk langsung nanti orang kata tak nak share rezeki dengan orang lain. yelah.. tumpang tengok pun rezeki jugak. rezeki dapat tengok katanya.


Sejak tukar template & berhijrah dengan domain lekatlekit.com ni Alhamdulillah rezeki dari Nuffnang tu semakin mencurah curah. Setiap bulan tu ada je la BE @ CPUV baru menyinggah. Iklan campaign pun selalu jugak berpesta kat banner tak kira siang atau malam. Cuma perlu rajin update untuk menjana traffic je. Almaklum CPUV ni di kira dari per view bukan per clik. So, kalau iklan tu di paparkan time ramai orang tengah baca blog kita makan dapat rezeki lebih sikit katanya.

Almaklum la blogger di boikot macam aku bukan senang nak tarik orang baca katanya. Kena struggle update blog macam orang takde anak laki. hahahaha... Ok! Drama sangat katanya. Aku tak stress pun setiap kali update blog maka aku enjoy buat apa aku suka.

takde jalan mudah untuk senang & dapat duit. Usaha je la setakat yang mampu, Insya Allah ada bahagian rezeki masing2. tak perlu la takut putus rezeki dengan dengki khianat orang sebab kalau kita yakin rezeki tu dari Allah tak perlu takut sangat dengan kejahatan manusia di belakang tabir. Yang penting jangan cepat putus asa. terus usaha walau hari ni tak memberi apa2 hasil, Insya Allah bila kita tak berputus asa kita akan rasa hasilnya nanti.

Inilah hasil berkat tak pernah putus asa & mengalah dalam berblog maka terhasilah deretan BE @ CPUV... hahaha.. macam kejayaan besar sangat,kan? Saja je nak tunjuk excited macam menang award blogger terbaik 2015 katanya. Ayat mesti drama sikit...


Moral of the story..  Takpe kan sikit sikit lama2 jadi bukit. Mana tau boleh kumpul hasil dari Nuffnang buat belanja

KENA REDHA SEBAB GST REZEKI KERAJAAN DARI ALLAH

Salah ke aku cakap camtu? Bukankah ada segelintir yang memang anggap bagus tak bagus tu memang rezeki dari Allah so kita tak boleh pertikai. Apa yang Allah bagi kita kena terima, katanya. Kalau melawan namanya derhaka pada Allah. Kalau dah memang rezeki mereka kita tak boleh nak cakap apa sebab rezeki tu Allah yang bagi. Betul ke camtu?

Sumber Google

Aku cukup rasa Annoying bila cakap sesuatu isu berkaitan perkara2 yang kita tak setuju tentang orang lain. Contoh pelakon tu berlakon tak bagus, artis tu tak layak menang tapi boleh menang atau orang tu kita nampak apa dia dapat sebenarnya tak berbaloi dengan apa yang dia buat. Even tak mempertikaikan rezeki dia tapi mengkritik kelayakkan dia mesti ada yang datang dengan komen.. dah rezeki dia. Yer betul la rezeki dia. Sememangnya rezeki semua dari Allah tak kira la kau buat kerja halal atau kerja haram. Kau buat kerja jujur atau menipu. Tak kira la rezeki kau tu berkat atau tidak. Penyamun pun Allah bagi rezeki untuk dia. Semua dari Allah.. cuma bukan semua rezeki tu datang bersama keredhaan Allah.

Takkan sebab rezeki tu dari Allah semua perbuatan jadi betul, ye dak? Takkan sebab rezeki dari Allah kita berhak tegur atau mengkritik? Soal rezeki tu soal lain.. Bila orang mengkritik sesuatu tak bermakna orang mempertikaikan rezeki seseorang tu. Bab GST takde pulak aku dengar orang cakap dah rezeki kerajaan,redha je la. Boleh pulak pakat pertikai sebab tak setuju. Konsepnya sama la.. mempertikai adalah sebab kita rasa tak sepatutnya berlaku bukan soal rezeki siapa.

Ni kalau kritik retis peberet depa.. Mai la komen macam kita ni jeles sangat dengan rezeki retis tu. Dah dia tak bagus di mata orang lain, takkan nak paksa orang cakap bagus. Kau kritik retis peberet orang tak pulak kau rasa tu rezeki dia kan? Tang kena retis kau retis terus keluar hujah Islamik bagai. Watdehek??

Moral of the story.. Bebawak la guna hujah lain bila nak backup orang yang anda suka bila kena kritik selain menggunakan alasan rezeki. Rasa nak muntah kuasa lima boboiboy ja aku dengar.


NAK POPULAR JANGAN JADI MACAM BLOGGER NI

Blogger mana pulak ni? Konsep ko memang cari pasal je ke lekat lekit? Tak jugak.. Sebenarnya kalau orang rasa benda tu jadi pasal, maka dia rasa cari pasal tapi bagi aku dia punya pasal la kan kalau dia nak terasa. Tapi blogger yang aku nak cerca ni.. Adalah untuk korang jadikan contoh supaya korang tak jadi macam dia kalau korang nak jadi blogger ala2 retis keluar masuk majalah,tv,suratkhabar,radio.. paling tak pun muka terselit celah2 blogger popular lain.


Blogger mana tu cuba habaq sikit.. Blogger ni, blogger puaka sikit. Dia suka melantang semua isu tak kira isu semasa, isu retis, isu laman sosial & apa2 isu yang dia rasa minat nak kupas,kupis & kopek. Blogger2 lantang camni.. Jangan berangan sangat la nak di jemput untuk wawancara tv ke, atau di interview wartawan majalah atau suratkhabar. Nasib baik blogger ni dia tak list pun impian dia nak jadi blogger tahap retis yang muka keluar masuk tv majalah,suratkhabar bagai. Cuma dia suka menulis jer. Takde la gila glemer sangat cuma maybe gila traffic sikit tu ada la.. sebab dia suka orang baca apa dia tulis so kena la gila traffic jugak. Traffic tu adalah pengunjung blog, pengunjung adalah pembaca even baca tajuk je pun. Sebab tu dia tulis blog. Kalau dia rasa nak tulis untuk dia sendiri baca lagi bagus dia tulis diari. kena kutuk pun tak, hati pun tak sakit ye dak??

Jadi pada korang semua yang ber impian untuk jadi blogger terkenal dapat cover untuk majalah, surat khabar, boleh interframe dalam tv & radio jangan jadi blogger macam dia. Pi la tulis tips kecantikkan ke,tips jaga anak ke, tips masakan ker (ini bukan sindiran tapi memang kenyataan).. atau tulis je kisah kehidupan seharian korang. Best ke tak best cerita korang tu bukan penentu korang boleh atau tak jadi popular keluar muka kat media massa & elektronik yang penting korang kena tahu macam mana nak ketengahkan penulisan & blog korang jer. Ingat semua blogger popular tu best sangat ke cerita dia dalam blog (tapi ada jugak yang best cuma jumlahnya tak ramai).. Tapi di sebabkan dia pandai guna strategi untuk menaikkan blog dia maka blog dia di kenali even penulisan biasa biasa jer. Termasuk rajin pergi event2 atau bersosial di luar laman sosial dengan blogger lain. Nanti senang nama & blog korang di sebut sebut... kekekeke.

Jangan jadi macam blogger berbakat dalam penulisan blog Nyah Zulfikar Hazri pemilik blog rasa hati.. even dia berbakat & penulisan dia memang best tapi di sebabkan dia tak pandai ketengahkan blog dia maka dia tak popular. Nak2 lagi sekarang dia bz dengan bisnes dia.. langsung blog terabai. Sedikit kerugian kat situ sebab pada pandangan aku dia sangat2 berbakat dalam bidang penulisan even dia banyak tulis pasal kisah nostalgia dia je.

Aku memang tak mampu buat semua tu. Aku ada keterbatasan & aku tak rasa kepuasan menulis sangat kalau aku ikut konsep sama macam blogger pemes amos yang lain. Biasa la citarasa manusia kan berbeza. Matlamat setiap orang pun tak sama. So aku pentingkan kepuasan aku dalam menulis bukan populariti semata mata. Tapi setiap orang ada impian & target masing.. Cuma tu la.. kalau penulisan macam aku ni nampak macam berani & lantang tapi tak banyak peluang untuk jadi popular & terkenal sangat. Kalau korang nak jadikan blog sumber pendapatan, maka kena ada populariti. Jadi jika korang mengimpikan sesuatu yang gilang gemilang penuh glemer dengan menulis blog.. konsep penulisan macam blog aku adalah tidak sesuai korang jadikan contoh walau mampu juga jana pendapatan tapi takde la banyak sangat. Itu sahaja tips dari aku yang tak popular bagaimana korang nak jadi blogger popular. Yang penting usaha, doa & tawakal.

erkk.. sebenarnya aku maksudkan diri sendiri yang tak patut jadi contoh rupanya. hahahaha.. ok tamatlah riwayat kesan degil.

P/S : Pendapat & tips ni adalah dari pemerhatian aku selama 6 tahun menjadi blogger tersembunyi di alam maya. populariti kadang kadang bukan semua di nilai dari bakat seseorang tapi ia wujud dari cara bagaimana sesorang itu mengetengahkan diri dia. itu adalah kenyataan yang kita tak boleh nafikan. So, sesiapa sahaja berpeluang untuk jadi popular bergantung pada rezeki & usaha masing2.

DAPAT RM20 DARI 8SHARE HANYA KERANA NAK JADI SPAGHETTI

Aku cuma cakap aku nak jadi spaghetti jer.. sebab spagheti ni sedap & senang di masak. Tup tup.. arini 8share bagitau dia dah transfer duit kat account 8share aku hanya sebab aku kata aku nak jadi spaghetti jer. Mesti ramai yang nak tau kan.. kenapa 8share tetiba bagi aku duit? Meh sini nak story..

Alkisah tersebutlah kisah.... Pada suatu hari aku terlihat satu contest simple dari 8share bertajuk #ifyouwere...  Sebab ada gambar masakan aku sendiri maka tak pernah2 aku join apa2 contest 8share tetiba jadi buang tebiat pulak nak join. Tak sangka pulak aku orang pertama yang join kan... So aku pun guna la pic spaghetti aku masak tu sebagai taruhan dengan caption...

 Sebab nak follow Instagram den boleh la follow @lalalekatlekit

kalau aku diberi pilihan nak jadi makanan apa aku nak jadi spagheti sebab spagheti sedap & senang dimasak.macam hidup kita tak semua perkara yang mengembirakan tu susah untuk dibuat.kadang2 yang simple itu lebih membuatkan kita enjoy menikmatinya. @8share #8ifyouwere #lekatlekitstory #contest8share 

Hari ni bukan 8share nak semak iklan2 baru dapat mesej yang mengumumkan aku antara salah seorang pemenang contest #ifyouwere maka bertambah la earning aku hari ni RM20..



Ingat senang ke nak jana RM20. satu clik 20sen kira la sendiri kalau RM20 berapa clik aku kena dapat.. So, syukur rezeki jugak tu. Campur earning yang sebelum ni dah boleh cashout la tapi biarlah dulu dia beranak pinak. Konsep aku cashout mesti melebihi 3 angka setiap bulan. Ni tak sampai tarikh cashout lagi sempat lagi nak menabung. Yang penting kena usaha.. Takde jalan mudah nak dapat duit.

kalau korang nak cari side income dengan 8share boleh refer tutorial ni 8share

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com