CAFE HIPSTER DALAM HUTAN DI KUALA LUMPUR
CAFE HIPSTER DALAM HUTAN DI KUALA LUMPUR. 28 mei 2025 rabu yang lepas adalah tarikh hari ulangtahun suami aku yang ke.. Tak payah la tau. Agama dah ajar kita 3 perkara yang perlu di rahsiakan. 1. Umur 2. Hal keluarga & 3. Harta & kerjaya. Tak ada keperluan tak payah nak cerita atau tunjuk sangat mungkin boleh jadi fitnah & aib kan. Cukup la hangpa tau tarikh tu hari ulangtahun suami aku yang hensem di mata ku. Alah normal la isteri akan pandang suami dia ensem kan?
Macam biasa la sambutan hari jadi anak ke, bini ke atau suami sendiri cara kami meraikan adalah keluar jalan jalan & makan makan sahaja. Kalau anak anak tu bawa la pergi beli barang apa yang depa nak. Tak ada la majlis apa apa. Tu cara kami meraikan. Suami la belanja. Birthday pun tetap dia kena belanja kami anak beranak. Tapi aku tetap la belikan hadiah. Hadiah tu nanti next entri aku akan review. Sabaq ok!
Suami bawa kami pergi lepak lepak kat satu cafe dalam hutan. Putri D rimba cafe. Cafe ni cantik. Tepi sungai berbatu. Air sungai memang jernih & cantik bagi aku. Di kelilingi hutan tebal & hijau lagi. Sepanjang jalan tu memang banyak chalet & aktiviti atv. Kira kat situ memang tempat riadah & buat aktiviti hutan la. Kalau ada yang nak main atv atau berehat dalan suasana hutan. Nak buat family day ke sesuai la. Banyak chalet kat situ. Tapi kami sekadar pergi jalan jalan je nak merasai pengalaman minum minum kat cafe dalam rimba tu.
Tak banyak menu di sediakan.. Hari yang kami pergi tu pun banyak menu yang tak ada. Kebanyakan western & ada la korean food. Setakat ramen yang rasa macam instant ramen pedas. Makanan & minuman tu jangan letak high expectation la. Rasa semua biasa biasa sahaja. Senang faham tempat ni sesuai untuk lepak lepak minum dalam suasana hutan tepi sungai sahaja bukan tempat untuk food hunter.
Lokasi dekat Taman melawati, kuala lumpur. Jadi warga kl nak datang lepak lepak boleh la. Jalan masuk adventure la sikit jalan hutan & kampung tapi bagi aku memang best. Sebab dapat tengok suasana kampung & hutan yang menenangkan dengan sungai berbatu yang yang jernih & cantik.
Sungai tepi cafe ni boleh kot kalau anak anak nak mandi & main air. Tak sure la pulak masa aku datang memang tak ada orang sangat. Tak nampak pula ada budak budak mandi manda. Tapi rasanya boleh. Nampak ada orang pasang khemah kat situ.
Apapun kalau nak lari sekejab dari belantara konkrit antara tempat yang korang boleh datang kesini untuk warga kota. Luar kl pun kalau datang nak jalan jalan kesini pun boleh. Alang alang dah sampai kan..