Showing posts with label soalan. Show all posts

ADA KE ORANG BELI KALAU REVIEW DI BLOG?

ADA KE ORANG BELI KALAU REVIEW DI BLOG? Soalan tu antara soalan biasa blogger akan dapat dari sesetengah client yang merisik untuk menggunakan khidmat blogger. Ramai blogger macam tak puas hati bila di tanya soalan macam tu.. Aku pun mula2 rasa macam tu. Sebab kita budget macam semua orang faham fungsi blog. Yang dok review kat blog tu bukan semua blogger... Kebanyakkan memang bukan blogger malah ada yang masih baru kenal dunia online & baru berjinak jinak dalam aktiviti perniagaan secara online maka target depa apapun budget depa nak keluar pasti depa nak ada pulangan keuntungan.


Jangan marah wahai blogger bila di tanya soalan macam tu. Kita kadang2 kena duduk dalam situasi orang yang berniaga jugak. Orang berniaga bukan semua faham fungsi blog macam aku cakap awal tadi la. Depa cuma faham apa yang depa sedang buat jer... Memang agak annoying soalan macam tu bagi kita. Seolah olah depa anggap blogger ni macam jurujual online produk atau jurunding perkhidmatan depa je. Takpe kalau ada yang tanya macam tu.. Tarik nafas, senyum, lapangkan hati & jawab.

Nak jawab macam mana.. Aku bagi tips secara santai je la yer. Sebab aku ni bukan reti sangat nak formal2 dalam penulisan ni. Jawab je.. blog adalah salah satu sumber rujukan orang zaman sekarang. Sebab orang zaman sekarang dah tak berpandukan iklan TV, radio, suratkhabar sangat bila nak mencuba sesuatu produk atau perkhidmatan. Orang sekarang lebih selesa google baca review & pengalaman seseorang guna produk atau perkhidmatan tu. Sebab orang sekarang memang hidup dengan smartphone,gadget elektronik & internet kat mana2 saja. Apa je depa nak cari semua kat internet. Jadi dengan menjadikan blog sebagai medium memperkenalkan & mengiklankan produk atau perkhidmatan mereka boleh jadi satu kelebihan bila orang lain google. Sebab bila ada yang review produk & perkhidmatan anda, maka ia dah tersenarai dalam carian google. Lagi banyak blogger review tentang sesuatu produk & perkhidmatan tu lagi menambah keyakinan kepada pelanggan untuk mencuba jadi membuka peluang anda menjana keuntungan. Tapi blogger bukan menjanjikan selepas produk atau perkhidmatan anda sudah berada di sesatu blog sales anda akan melonjak sampai juta juta lemon. Ia bergantung kepada kebaikkan, keberkesanan & keperluan sesuatu produk atau perkhidmatan tu. Bergantung dengan budget korang jugak la.. kalau nak jadi viral ambil la ramai blogger untuk tulis pasal produk & perkhidmatan korang tu. Bila ramai blogger bercerita pasal sesuatu produk & perkhidmatan ia boleh menarik minat orang untuk mengenali seterusnya mungkin mencuba.

Sebab tu penting kalau nak minta blogger review terutama produk.. bagi free produk untuk blogger cuba sebab nanti dalam review blogger akan bagi sekali testimoni & pengalaman menggunakan produk tu. Kalau memang berkesan.. Ia menjadi salah satu bukti untuk menyakinkan pembeli. Tapi blogger ni memang kebanyakkan tak letak syarat wajib bagi free produk. Yang wajib bayar upah dia menulis review jer. Yelah.. kami pun bekerja. Ingat kerja menulis blog ni tak perlu modal hanya perlu kreativiti je ke? Modal masa, tenaga, bil eletrik, internet bagai semua bukan free. Lain la kerajaan sponsor semua tu kat blogger. hehehe

Moral of the story.. Buat blogger semua terutama yang berjiwa muda, cepat sentap & marah tu. Kadang2 memang ada client yang sangat annoying tanya soalan bukan2. Biasa la manusia ada macam macam perangai. Dalam family kita sendiri pun ada yang perangai annoying. Inikan pulak client/customer.. Selagi kita rasa boleh jawab, jawab je. Kalau tak boleh matikan perbincangan & bagitahu setakat tu je kita mampu beri penjelasan. Kita chill sudah katanya. hahaha... konon macam aku ni sentiasa cool sangat kan? wakakakaka

P/S : Sepanjang aku membuat review berbayar ni, Alhamdulillah ada jugak feedback dari client yang kata ada jualan selepas aku review. Kebanyakkan pelanggan dia dapat tahu dari review blog aku. Kalau nak try test boleh la email lekatlekitgurl@yahoo.com

BILA BERPERANGAI MACAM NI,ITULAH TANDA DAH JADI MAKCIK

BILA BERPERANGAI MACAM NI,ITULAH TANDA DAH JADI MAKCIK. Rasanya tipikal perangai makcik2 ni tak kira la hari perayaan ke, dalam majlis apa2 ke asalkan berkumpul ramai ramai mesti akan berlaku perkara macam ni. Setakat soalan makcik tanya anak dara & teruna bila nak kawen, pada pasangan baru kawen nak ada anak atau yang baru beranak sorang dua tanya bila nak tambah anak tu dah biasa. Malas nak buat isu sangat la.


Bila depa muda perangai depa ni lain tau tapi bila masuk zon makcik makcik terus auto perangai jadi macam tu. Mungkin faktor usia & faktor warisan turun temurun jugak kot. Yelah.. yang muda asyik dok hadap perangai makcik macam tu bila dah tua auto dia pun terikut jugak perangai makcik2 dia dulu. Jadi tradisi perangai macam tu di warisi setiap generasi walau dunia dah semakin moden katanya perangai makcik2 ni tetap la sama. hahahaha

tak mengumpat lebih2 pun kang bila kita berada dalam zon umur depa kita pulak jadi macam tu ye dak.. dari tadi dok cerita perangai manusia bila masuk zon makcik ni tapi tak bagitau jugak perangai macam mana.. Perangai tipikal makcik2 ni bukan satu dua.. tapi banyak. Perangai yang macam mana tu gamaknya.

Perangai yang macam ni >> 15 Perangai Tipikal Makcik Makcik Bila Berkumpul Di Hari Perayaan << Yang mana nak tau samada dia dah masuk zon makcik tu cuba check.. korang ada ke ciri2 macam ni. Kalau dah ada ketahuilah anda dah melepasi garisan usia makcik makcik. hahahaha

Apapun tak semua golongan makcik tu bila berkumpul buat kita rasa Annoying sangat. Ada yang buat suasana jadi happening dengan perangai tipikal depa tu. Kita yang moda rumaja ni katanya.. (statement tak sedar diri hahaha) kalau sikit2 tu tak payah nak tacing sampai ke tulang sumsum sangat la. Makcik gurau sikit tacing sampai ke tulang sumsum tengok anak teruna/dara makcik elok je bergetar tulang rusuk bagai. Kalau dah tanya soalan sensitif sikit pun nak terasa macam mana nak jadi menantu makcik ye dak?hehehee

JOM JAWAB LIEBSTER AWARD KALAU NAK FREE TOPUP

Hari Rabu ni kita santai2 jawab tag Liebster award sat noh.. Yelah.., tak baik tau hampakan harapan orang sedangkan task dia bagi tak susah mana pun. Tak payah kerek sangat yer lekatlekit.. hahahahahaha

Tak kerek pun. Siapalah daku nak kerek2 sangat kan?? Jadi untuk tidak menghampakan rakan blogger yang tag den untuk cabaran Liebster Award dengan soalan2 yang den boleh maka den sahut la cabaran ni. Thanks pada MNH Sastera Melayu sebab sudi jugak tag blogger melekat lekit ni...


Cabaran ni den harus jawab semua soalan yang di berikan.. Maka marilah membaca jawapan hampeh den ni...

1. Penulis paling di minati?
 Penulis blog Apa yang melekat lekit hari ni? hahahaha boleh gitu syok sendiri

2. Buku @ Novel yang di minati?
 Novel Cemburu seorang perempuan. (Masa baca tu novel pinjam jer)

3. Ahli politik yang anda kagumi
 Erk.. Politik pun tak minat macam mana nak kagum ahlinya. hahahaha

4. Filem Yang di minati?
 Banyak.. terutamanya filem seram

5. Pelakon Korea yang di minati?
 Takde

6. Pelakon Hollywood yang di minati?
 Tak tentu. Kalau dia act bagus dalam filem tu suka la

7. Pengacara yang paling di minati?
 Entah la.. dah tua2 ni tak pulak minat sangat dengan retis2 ni.. hahahaha

8. Pendapat tentang orang melayu yang suka bertutur dalam bahasa Inggeris berbanding bahasa melayu?
 Mungkin dia tak reti bahasa melayu kot atau dia feel stupid when speak Malay.. (hahahaha macam kenal ayat tu)

9. Blogger yang ingin anda contohi?
 Blogger yang selalu datang baca & komen kat blog Melekit. Baik dorang hahahaha

10. Jika sudah meninggal dunia, mahu di kenali sebagai apa?
 Sebagai orang yang baik & mati dalam keadaan yang baik & mulia

Kekekekeke.. Jangan marah yer. Kena tag jugak ke orang lain? Ok ok den nak tag cabaran liebster award ni pada semua yang baca & komen entri ni. Penjawab bertuah den hadiahkan topup RM10 (serius ni bukan buat lawak).So, Marilah mencuba menjawab soalan yang sangat mudah den nak bagi.. Manalah atau ada tuah & rezeki korang.

1. Kat mana korang mula2 jumpa blog lekat lekit? Melalui bloglist blogger lain @ melalui link yang di share kat group2 blogger @ kat memana sila nyatakan?

2. Apa yang korang tak suka tentang blog melekat lekit? Hahahahaha jawab!

3. Secara ringkas tentang diri korang dalam sebaris ayat dengan hanya satu noktah.

3 soalan dah la yer... Kalau dah jawab sila sertakan link entri anda kat kotak komen di bawah.Selamat mencuba kepada semua..

P/S : kalau takde orang jawab den topup kat diri sendiri jer.. hahahahaha. 
** Tawaran RM10 topup untuk penjawab bertuah telah di tutup tapi kalau nak jawab boleh jer**


SOALAN MAKCIK MAKCIK DI HARI RAYA JADI ISU SERIUS

Bila zaman semua info main taip2 kemudian sebar banyak isu2 yang dulu di pandang remeh dah jadi isu besar atau isu yang di pandang serius. Sebabnya zaman sekarang tak puas hati.. up status kat FB kemudian akan di sokong oleh pengomen2.. Bila ramai yang menyokong isu tu maka terjadilah isu tu isu besar.

Kita sedia maklum bila tiba hari berkumpul sedara mara, ada soalan2 wajib akan di tanya. kalau dulu standard makcik2 & orang tua jer tanya tapi soalan macam ni sekarang bukan je keluar dari mulut makcik2 & orang tua jer.. Malah golongan muda belia pun dah jadi mulut makcik makcik dah sekarang.. Soalannya...

Bagi yang anak dara & anak teruna.. "Bila nak kawen?"
Bagi yang dah kawen belum ada anak.. "Bila nak ada anak?"
Bila dah ada anak tapi belum monopos.. "Bila nak tambah anak?"

Ada setengah orang tak kisah.. Ada setengah orang sangat sensitif bila di ajukan soalan2 macam tu nak2 lagi yang anak dara bila soalan macam tu keluar dari kawan2 @ sedara mara yang dah berkahwin sedang umur depa tak jauh beza.. Soal anak pulak. Hati seorang perempuan bergelar isteri ni kalau kawen belum ada zuriat.. hati2 sebelum tanya. Silap haribulan boleh buat depa rasa terhina seolah2 soalan macam tu soalan yang mengaibkan mereka. Soalan tambah anak ni.. Soalan yang tak ramai rasa sensitif tapi cemuih (bosan) orang nak jawab termasuk aku. Depa ingat bela anak macam bela anak kucing.. 6 bulan dah besaq boleh lari makan sendiri, berak sendiri bagai.. Sesetengah orang pentingkan kualiti dari kuantiti.. setengah orang confident dia tinggi dia rasa boleh handle beranak setahun sorang pun. Jadi.. nak tanya boleh tapi tengok pada siapa yang hangpa nak tanya. Silap tanya.. memang naya.

Sebenarnya soalan2 yang jadi pertanyaan wajib tiap kali berkumpul ni adalah soalan yang bukan level manusia nak jawab sebab semua soalan tu jawapan dia adalah.. "Rahsia Allah'. Jodoh, zuriat bagai.. bukan kita nak kita boleh dapat macam tu jer.. Semua tu Allah dah tulis dalam kehidupan kita. So, sebelum nak melahar orang sebab kita dah ada semua tu.. Fikir dulu. Kau kawen & ada anak.. Bukan sebab kau lawa & subur bagai di baja taik ayam.. Tapi semua tu dari Allah. Kalau Allah kata takde.. kau telan la supplement berkoyan pun tetap kau tak dapat. Ye dak??

Moral of the story... Kita ubah tradisi makcik2 kita yang asal jumpa jer tanya kawen, tanya anak.. Tanya la soalan yang orang happy nak menjawab. Bukan apa kang silap tanya, dari ceria terus jadi cuka langsung raya tak datang umah.

Kau jangan sentap bila ada orang tanya kau balik soalan yang kat bawah tu.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com