SOALAN MAKCIK MAKCIK DI HARI RAYA JADI ISU SERIUS

8/03/2014 01:06:00 PM suria lekatlekit 12 Comments

Bila zaman semua info main taip2 kemudian sebar banyak isu2 yang dulu di pandang remeh dah jadi isu besar atau isu yang di pandang serius. Sebabnya zaman sekarang tak puas hati.. up status kat FB kemudian akan di sokong oleh pengomen2.. Bila ramai yang menyokong isu tu maka terjadilah isu tu isu besar.

Kita sedia maklum bila tiba hari berkumpul sedara mara, ada soalan2 wajib akan di tanya. kalau dulu standard makcik2 & orang tua jer tanya tapi soalan macam ni sekarang bukan je keluar dari mulut makcik2 & orang tua jer.. Malah golongan muda belia pun dah jadi mulut makcik makcik dah sekarang.. Soalannya...

Bagi yang anak dara & anak teruna.. "Bila nak kawen?"
Bagi yang dah kawen belum ada anak.. "Bila nak ada anak?"
Bila dah ada anak tapi belum monopos.. "Bila nak tambah anak?"

Ada setengah orang tak kisah.. Ada setengah orang sangat sensitif bila di ajukan soalan2 macam tu nak2 lagi yang anak dara bila soalan macam tu keluar dari kawan2 @ sedara mara yang dah berkahwin sedang umur depa tak jauh beza.. Soal anak pulak. Hati seorang perempuan bergelar isteri ni kalau kawen belum ada zuriat.. hati2 sebelum tanya. Silap haribulan boleh buat depa rasa terhina seolah2 soalan macam tu soalan yang mengaibkan mereka. Soalan tambah anak ni.. Soalan yang tak ramai rasa sensitif tapi cemuih (bosan) orang nak jawab termasuk aku. Depa ingat bela anak macam bela anak kucing.. 6 bulan dah besaq boleh lari makan sendiri, berak sendiri bagai.. Sesetengah orang pentingkan kualiti dari kuantiti.. setengah orang confident dia tinggi dia rasa boleh handle beranak setahun sorang pun. Jadi.. nak tanya boleh tapi tengok pada siapa yang hangpa nak tanya. Silap tanya.. memang naya.

Sebenarnya soalan2 yang jadi pertanyaan wajib tiap kali berkumpul ni adalah soalan yang bukan level manusia nak jawab sebab semua soalan tu jawapan dia adalah.. "Rahsia Allah'. Jodoh, zuriat bagai.. bukan kita nak kita boleh dapat macam tu jer.. Semua tu Allah dah tulis dalam kehidupan kita. So, sebelum nak melahar orang sebab kita dah ada semua tu.. Fikir dulu. Kau kawen & ada anak.. Bukan sebab kau lawa & subur bagai di baja taik ayam.. Tapi semua tu dari Allah. Kalau Allah kata takde.. kau telan la supplement berkoyan pun tetap kau tak dapat. Ye dak??

Moral of the story... Kita ubah tradisi makcik2 kita yang asal jumpa jer tanya kawen, tanya anak.. Tanya la soalan yang orang happy nak menjawab. Bukan apa kang silap tanya, dari ceria terus jadi cuka langsung raya tak datang umah.

Kau jangan sentap bila ada orang tanya kau balik soalan yang kat bawah tu.

12 comments:

  1. haaa,...itu mmg soalan2 wajib tanya hari raya ;) kdg2 mereka lupa nak fikir perasaan orang yg ditanya

    Salam perkenalan dari FAMF Tower
    done follow sini #1893

    ReplyDelete
  2. Memang benci betul soalan macam ni. Sakit hati nak jawab walaupun muka senyum je.

    ReplyDelete
  3. kih3... pasti best soal camtu kat cik nam dan pak nam tu. pandai Suria.
    I like this question... :D

    ReplyDelete
  4. boleh gak tanya soalan camni..
    "makcik bila nak pindah masuk rumah baru? rumah 'rakyat' tiang dua."

    utk raya kali ni masih x dengar lg soalan2 cepuk cemas ni. kalau ada yang berani tanya, mmg berdarah la telinga masing2 nnt. muahahaha >:D

    ReplyDelete
  5. Agaknya masuk kategori kurang ajar tak kalau soalan2 tu dijawab dgn soalan "bila mak cik nak meninggal? Umur pun dah lanjut ni.... "

    ReplyDelete
  6. Makcik: bila hang nak kawen?
    Anak dara: makcik bila nak mati??

    Jgn marah aaaa....

    ReplyDelete
  7. hahahhaha aku pun teringin nak dengar soalan panas mokcik2 ni... ehh tapi aku setahun baru...boleh cover lagi kot... heh !

    ReplyDelete
  8. biasala tu soalan cepuemas..senang nanti diorang nk datang umah makan nasi minyak ke..kenduri aqiqah ke..hihihi

    ReplyDelete
  9. Hehehe.. Mujur x pernah dpt soklan makcik2 kepoh. Nyampah la nk jawab soalan gitu

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum,
    makcik2 Nam kat kampung tu dah tak tanya dah bila daku nak kawin bila jawapannya adalah ------> tunggu sultan kelantan datang pinang hu hu hu hu

    sentap makcik!

    ReplyDelete
  11. hehe...tu memang lumrah
    kelakaulah image dalam entry ni
    confirm sentap sape yang kena =)

    ReplyDelete
  12. paling sakit ati , ade makcik ni tanya kat emma , dah berapa bulan ?

    perghhh makan dalam ! keciwa ! tau la kite saiz 6plus !

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com