SOALAN MAKCIK MAKCIK DI HARI RAYA JADI ISU SERIUS
Bila zaman semua info main taip2 kemudian sebar banyak isu2 yang dulu di pandang remeh dah jadi isu besar atau isu yang di pandang serius. Sebabnya zaman sekarang tak puas hati.. up status kat FB kemudian akan di sokong oleh pengomen2.. Bila ramai yang menyokong isu tu maka terjadilah isu tu isu besar.Kita sedia maklum bila tiba hari berkumpul sedara mara, ada soalan2 wajib akan di tanya. kalau dulu standard makcik2 & orang tua jer tanya tapi soalan macam ni sekarang bukan je keluar dari mulut makcik2 & orang tua jer.. Malah golongan muda belia pun dah jadi mulut makcik makcik dah sekarang.. Soalannya...
Bagi yang anak dara & anak teruna.. "Bila nak kawen?"
Bagi yang dah kawen belum ada anak.. "Bila nak ada anak?"
Bila dah ada anak tapi belum monopos.. "Bila nak tambah anak?"
Ada setengah orang tak kisah.. Ada setengah orang sangat sensitif bila di ajukan soalan2 macam tu nak2 lagi yang anak dara bila soalan macam tu keluar dari kawan2 @ sedara mara yang dah berkahwin sedang umur depa tak jauh beza.. Soal anak pulak. Hati seorang perempuan bergelar isteri ni kalau kawen belum ada zuriat.. hati2 sebelum tanya. Silap haribulan boleh buat depa rasa terhina seolah2 soalan macam tu soalan yang mengaibkan mereka. Soalan tambah anak ni.. Soalan yang tak ramai rasa sensitif tapi cemuih (bosan) orang nak jawab termasuk aku. Depa ingat bela anak macam bela anak kucing.. 6 bulan dah besaq boleh lari makan sendiri, berak sendiri bagai.. Sesetengah orang pentingkan kualiti dari kuantiti.. setengah orang confident dia tinggi dia rasa boleh handle beranak setahun sorang pun. Jadi.. nak tanya boleh tapi tengok pada siapa yang hangpa nak tanya. Silap tanya.. memang naya.
Sebenarnya soalan2 yang jadi pertanyaan wajib tiap kali berkumpul ni adalah soalan yang bukan level manusia nak jawab sebab semua soalan tu jawapan dia adalah.. "Rahsia Allah'. Jodoh, zuriat bagai.. bukan kita nak kita boleh dapat macam tu jer.. Semua tu Allah dah tulis dalam kehidupan kita. So, sebelum nak melahar orang sebab kita dah ada semua tu.. Fikir dulu. Kau kawen & ada anak.. Bukan sebab kau lawa & subur bagai di baja taik ayam.. Tapi semua tu dari Allah. Kalau Allah kata takde.. kau telan la supplement berkoyan pun tetap kau tak dapat. Ye dak??
Moral of the story... Kita ubah tradisi makcik2 kita yang asal jumpa jer tanya kawen, tanya anak.. Tanya la soalan yang orang happy nak menjawab. Bukan apa kang silap tanya, dari ceria terus jadi cuka langsung raya tak datang umah.
Kau jangan sentap bila ada orang tanya kau balik soalan yang kat bawah tu.