Showing posts with label buah pinggang. Show all posts

MAJIKAN CURI BUAH PINGGANG ORANG GAJI INDONESIA TANPA SEDAR

MAJIKAN CURI BUAH PINGGANG ORANG GAJI INDONESIA TANPA SEDAR. Serius kesian aku baca berita ni tau.. Tak kisah la benda ni berlaku kepada sesiapa sahaja even orang gaji warga asing. Warga manapun tetap mereka manusia punya hati & perasaan. Jangan rasa depa orang gaji boleh buat apa sahaja macam haiwan. Haiwan pun kau tak boleh bagi layanan buruk.. Tetap berdosa inikan manusia. Tapi tak sangka ada manusia berhati iblis sanggup buat benda ni kepada manusia lain.


Kisahnya.. Seorang warga indonesia ni mohon pekerjaan melalui agensi pekerjaan kat negara dia la untuk jadi pembantu rumah. So di di hantar ke Doha, Qatar & menjadi pembantu rumah kepada keluarga warga palestine.

Majikan dia ada bawa dia buat pemeriksaan kesihatan & ambil suntikan. Lepas tu katanya dia di bawa ke sebuah bilik yang macam bilik bedah di sebuah hospital kat sana. Di beri suntikan lepas tu katanya dia tak sedar diri selama 5 jam. Sedar je ada kesan jahitan kat badan dia. Tapi majikan dia tak pernah beritahu kenapa dia di bius sehinggan pengsan & kenapa ada kesan jahitan selepas dia sedar dari tidur.


Almaklum la.. Kadang2 orang gaji tahap pendidikan rendah depa tak berani nak tanya banyak walau curiga. Lepas tu di di hantar balik kenegara asal dengan alasan tak boleh bekerja. Bila balik ke kampung haalaman dia.. lepas mendapatkan pemeriksaan di hospital sebab selalu sakit di bahagian belakang badan baru dia tahu salah satu buah pinggang dia dah hilang.

Sesenang macam tu je kan.. Ambil dari agensi pembantu rumah, kemudian bawa pergi hospital & buat sesuka hati. Rasanya bab vaksin atau pemeriksaan kesihatan jangan bagi majikan buat. Semua tu kena bagi agent yang buat supaya tak berlaku benda benda macam ni.

Ni bukan setakat tak berperikemanusiaan ni tahap iblis punya jahat & kejam. Buah pinggang kot bukan buah bidara ke buah tembikai ke hapa.. Kau main ambik je.  Curi benda lain mungkin tak kejam sangat tapi curi organ orang memang patut di jatuhkan hukuman mati jugak. Jahat sangat.

Jadikan pengajaran.. Kalau nak bekerja di luar negara make sure la melalui saluran yang betul & agent yang sah yang kau boleh merujuk kalau ada apa - apa masalah. Kesian sangat.. Dia pergi keluar negara nak cari rezeki tapi orang buat macam tu.

Dengan internet ni.. Senang kita nak ambil tahu berita2 macam ni kan? Bukan apa penting jugak kita ambil tahu supaya boleh jadi peringatan kepada kita walau kat manapun kita berada. Bukan berita2 ngeri & sedih macam ni je malah Macam - macam cerita & berita kita boleh jumpa kat internet Termasuk la perkara ni >> Inilah 14 Perkara rawak & lawak yang boleh di jumpai di Internet <<

Moral of the story.. apa kita baca & tengok jadikan pengajaran. Orang jahat ni tak semestinya dari golongan yang kita nampak jahatnya..

PELAKON/PENYANYI NOREEN NO0R 80an MENINGGAL DUNIA

Sesungguhnya yang hidup pasti merasai mati. Takziah kepada seluruh keluarga pelakon popular sekitar 80an Noreen Noor yang telah kembali keramatullah. Semoga roh beliau di tempatkan bersama orang2 yang beriman.

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada pelakon dan penyanyi yang popular sekitar 80-an iaitu Noreen Noor. Allahyarhamah telah meninggal dunia awal pagi ini di Hospital Ampang Puteri akibat penyakit darah tinggi dan buah pinggang. -sumber Beautifulnara-

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com