MAJIKAN CURI BUAH PINGGANG ORANG GAJI INDONESIA TANPA SEDAR
Kisahnya.. Seorang warga indonesia ni mohon pekerjaan melalui agensi pekerjaan kat negara dia la untuk jadi pembantu rumah. So di di hantar ke Doha, Qatar & menjadi pembantu rumah kepada keluarga warga palestine.
Majikan dia ada bawa dia buat pemeriksaan kesihatan & ambil suntikan. Lepas tu katanya dia di bawa ke sebuah bilik yang macam bilik bedah di sebuah hospital kat sana. Di beri suntikan lepas tu katanya dia tak sedar diri selama 5 jam. Sedar je ada kesan jahitan kat badan dia. Tapi majikan dia tak pernah beritahu kenapa dia di bius sehinggan pengsan & kenapa ada kesan jahitan selepas dia sedar dari tidur.
Almaklum la.. Kadang2 orang gaji tahap pendidikan rendah depa tak berani nak tanya banyak walau curiga. Lepas tu di di hantar balik kenegara asal dengan alasan tak boleh bekerja. Bila balik ke kampung haalaman dia.. lepas mendapatkan pemeriksaan di hospital sebab selalu sakit di bahagian belakang badan baru dia tahu salah satu buah pinggang dia dah hilang.
Sesenang macam tu je kan.. Ambil dari agensi pembantu rumah, kemudian bawa pergi hospital & buat sesuka hati. Rasanya bab vaksin atau pemeriksaan kesihatan jangan bagi majikan buat. Semua tu kena bagi agent yang buat supaya tak berlaku benda benda macam ni.
Ni bukan setakat tak berperikemanusiaan ni tahap iblis punya jahat & kejam. Buah pinggang kot bukan buah bidara ke buah tembikai ke hapa.. Kau main ambik je. Curi benda lain mungkin tak kejam sangat tapi curi organ orang memang patut di jatuhkan hukuman mati jugak. Jahat sangat.
Jadikan pengajaran.. Kalau nak bekerja di luar negara make sure la melalui saluran yang betul & agent yang sah yang kau boleh merujuk kalau ada apa - apa masalah. Kesian sangat.. Dia pergi keluar negara nak cari rezeki tapi orang buat macam tu.
Dengan internet ni.. Senang kita nak ambil tahu berita2 macam ni kan? Bukan apa penting jugak kita ambil tahu supaya boleh jadi peringatan kepada kita walau kat manapun kita berada. Bukan berita2 ngeri & sedih macam ni je malah Macam - macam cerita & berita kita boleh jumpa kat internet Termasuk la perkara ni >> Inilah 14 Perkara rawak & lawak yang boleh di jumpai di Internet <<
Moral of the story.. apa kita baca & tengok jadikan pengajaran. Orang jahat ni tak semestinya dari golongan yang kita nampak jahatnya..
Aduh, ngeri kali. Tak sangka, sesama negara Muslim juga bisa berlaku pasal nih. Dulu katanya ada di negeri bambu.
ReplyDelete