Showing posts with label amah. Show all posts

MAJIKAN CURI BUAH PINGGANG ORANG GAJI INDONESIA TANPA SEDAR

MAJIKAN CURI BUAH PINGGANG ORANG GAJI INDONESIA TANPA SEDAR. Serius kesian aku baca berita ni tau.. Tak kisah la benda ni berlaku kepada sesiapa sahaja even orang gaji warga asing. Warga manapun tetap mereka manusia punya hati & perasaan. Jangan rasa depa orang gaji boleh buat apa sahaja macam haiwan. Haiwan pun kau tak boleh bagi layanan buruk.. Tetap berdosa inikan manusia. Tapi tak sangka ada manusia berhati iblis sanggup buat benda ni kepada manusia lain.


Kisahnya.. Seorang warga indonesia ni mohon pekerjaan melalui agensi pekerjaan kat negara dia la untuk jadi pembantu rumah. So di di hantar ke Doha, Qatar & menjadi pembantu rumah kepada keluarga warga palestine.

Majikan dia ada bawa dia buat pemeriksaan kesihatan & ambil suntikan. Lepas tu katanya dia di bawa ke sebuah bilik yang macam bilik bedah di sebuah hospital kat sana. Di beri suntikan lepas tu katanya dia tak sedar diri selama 5 jam. Sedar je ada kesan jahitan kat badan dia. Tapi majikan dia tak pernah beritahu kenapa dia di bius sehinggan pengsan & kenapa ada kesan jahitan selepas dia sedar dari tidur.


Almaklum la.. Kadang2 orang gaji tahap pendidikan rendah depa tak berani nak tanya banyak walau curiga. Lepas tu di di hantar balik kenegara asal dengan alasan tak boleh bekerja. Bila balik ke kampung haalaman dia.. lepas mendapatkan pemeriksaan di hospital sebab selalu sakit di bahagian belakang badan baru dia tahu salah satu buah pinggang dia dah hilang.

Sesenang macam tu je kan.. Ambil dari agensi pembantu rumah, kemudian bawa pergi hospital & buat sesuka hati. Rasanya bab vaksin atau pemeriksaan kesihatan jangan bagi majikan buat. Semua tu kena bagi agent yang buat supaya tak berlaku benda benda macam ni.

Ni bukan setakat tak berperikemanusiaan ni tahap iblis punya jahat & kejam. Buah pinggang kot bukan buah bidara ke buah tembikai ke hapa.. Kau main ambik je.  Curi benda lain mungkin tak kejam sangat tapi curi organ orang memang patut di jatuhkan hukuman mati jugak. Jahat sangat.

Jadikan pengajaran.. Kalau nak bekerja di luar negara make sure la melalui saluran yang betul & agent yang sah yang kau boleh merujuk kalau ada apa - apa masalah. Kesian sangat.. Dia pergi keluar negara nak cari rezeki tapi orang buat macam tu.

Dengan internet ni.. Senang kita nak ambil tahu berita2 macam ni kan? Bukan apa penting jugak kita ambil tahu supaya boleh jadi peringatan kepada kita walau kat manapun kita berada. Bukan berita2 ngeri & sedih macam ni je malah Macam - macam cerita & berita kita boleh jumpa kat internet Termasuk la perkara ni >> Inilah 14 Perkara rawak & lawak yang boleh di jumpai di Internet <<

Moral of the story.. apa kita baca & tengok jadikan pengajaran. Orang jahat ni tak semestinya dari golongan yang kita nampak jahatnya..

KERANI DI MALAYSIA SAMA TARAF DENGAN BIBIK INDONESIA

Ni bukan menghina atau memandang rendah pada sesiapa atau apa2 pekerjaan yer tapi hakikatnya sekarang dah nak jadi macam tu. Cuma beza nak jadi kerani paling2 kena pandai typing surat menyurat, buat filling, koman2 kena pandai basic computer & tahu cara menjawab telefon & greeting dengan betul. Tapi kalau setakat nak jadi bibik @ orang gaji.. depa tak minta sijil sekolah apatah lagi sijil computer bagai. Cuma kau perlu mengaku reti buat kerja rumah even sebenarnya kau tak reti pun dah lulus jadi bibik.

Apa korang ingat semua bibik expert dengan kerja rumahtangga ke? Tapi yang expert mengerjakan rumahtangga orang sampai telingkup dah makin ramai. Yang berlagak pandai dari majikan pun dah semakin membiak. Tu tak cerita lagi yang rajin curi tulang, dera anak orang & caras laki orang atau caras harta benda majikan.

Bayar ribu riban dapat amah gila camni. Lambung2 anak orang hempas ke lantai lagi nangis

Tapi bukan la nak cerita yang buruk2 pasal bibik ni.. cuma tetiba kecoh satu alam maya katanya gaji bibik @ pembantu rumah indonesia bakal dia naikan sehingga RM1200. Dah sama level rate gaji kerani kat Malaysia tu. Silap2 ada tempat gaji kerani pun lagi rendah dari tu. Takkan kot kerani kat Malaysia harga sama jer dengan dengan bibik indonesia. Alahai kesiannya. Nak jadi kerani pun sekurang2nya SPM jugak tapi nak jadi bibik tak pernah kenal sekolah pun boleh.

Makin demand pulak depa sekarang. Kalau bayar mahal2 tapi perangai macam bibik kak LydiaMiza, dengan majikan pun kurang respect, kerja pun asyik nak curi tulang, hari minggu asyik nak ajak pergi Mall mau migrain majikan. Bayar mahal2 sekadar untuk menyusahkan makan hati majikan di buatnya.

Kalau ikutkan bibik ni tempat tinggal, makan semua majikan sediakan.. Bila nak up gaji lagi jadi bebanan jugak la. Dah nak kena bela makan minum bagai.. Nak kena bayar gaji mahal pulak. Kerani pun takde bos tanggung makan minum & tempat tinggal. Alahai sedih sangat Malaysia ku ooi!!

Moral of the story.. Kalau dah basic bibik sama dengan kerani makesure bibik tu sekurang2nya lulus SMP ke SMA sekolah menengah depa.. aku pun tak berapa tau sangat. At least boleh jadi cikgu tuisyen sekali kat anak2 majikan. Baru berbaloi bayar ribu riban.. ye dak? kekekekeke


AWAS! JANGAN SAMPAI ANAK ANDA DI JAGA IBLIS

Dah tengok sikit kat Berita TV3.. memang dalam hati dah start menyumpah. Sedaya mungkin tak nak keluar kat mulut sebab depan lala. Tak elok budak yang dalam proses pembelajaran tu dengar. Kang pandai maki hamun dulu sebelum pandai panggil mummy dady kot.

Hati seorang ibu ni memang sakit sangat bila tengok full video seorang bibik bertopengkan iblis dari indonesia baling2 baby 4 bulan macam anak patung. Dah la baru hari first kerja dah buat macam tu.. Bayangkan kalau mak bapak budak tu tak pasang cctv kat rumah, agaknya berapa lama budak tu kena seksa dengan iblis dari indonesia ni?? Tak nak sang lekit bayangkan sebab takut terlebih pulak sumpah seranah yang terluah dalam hati ni.

Ya Allah.. bertambah fobianya daku tengok semua tu. Terdetik dalam hati biarlah daku jadi surirumah seumur hidup sampai lala besar. Moga Allah limpah kurniakan rezeki buat kami sekeluarga agar aku tak payah keluar bekerja & hantar anak untuk orang lain jaga. Walaupun yang kita tengok di dera amah selama ni anak orang tapi hati sakit & marah rasa macam anak sendiri yang kena siksa. Rasa nak pijak2 sampai lunyai je amah indon tu.

Agen yang menyediakan khidmat pembantu rumah ni tolonglah jangan hanya fikir keuntungan jer. Selected sikit pembantu2 rumah yang korang ambil. Buat la pemeriksaan mental sama. Tengok la background jugak. Jangan sebab korang nak untung anak orang lain jadi mangsa. Ye... korang peduli hapa kan sebab bukan anak korang tapi ingat, setiap perbuatan ada balasan. Jangan satu hari nanti kena kat batang hidung sendiri baru nak rasa terhukum & menyesal dengan dosa pada orang lain.

Pada mak bapak yang takde pilihan terpaksa bagi anak orang gaji jaga atau hantar ke pusat2 asuhan.. selain bertawakal & berdoa yang terbaik untuk anak tu, sebelum ambil bibik cerewet sikit takpe kot memandangkan banyak sangat dah kes bibik iblis dera bayi ni. Selebihnya kita serah pada Allah. Sebab kita dah berusaha yang sehabis baik untuk anak kita, kan??

Pada spesis Iblis yang bertopengkan manusia berjawatan amah @ bibik ni (tidak merujuk pada semua amah @ bibik dari indonesia yer.. yang baik2 kami sayang kamu yer bibik!) .. Moga korang mendapat petunjuk & hidayah dari Allah dan mendapat akal yang waras & matang secepat mungkin sebelum tali gantung menjadi pencabut nyawa korang kalau nyawa insan kecik yang korang seksa tu terkorban. Kalau rasa tak boleh pikul tanggungjawab jaga anak orang.. dok dendiam kat indon tu berkebun ke.. memburu ke.. apa yang patut. Sesuai la dengan spesis ganas macam korang. Maybe rimau pun takut nak baham korang. Ngertik ngak kamu bibik??!!

Ni la muka amah dalam rupa manusia (padahal dia tak berapa manusia sebenarnya) yang dera baby 4 bulan tu. Sekarang dah kena hukum penjara 20 tahun. Patut kena sebat sekali baru berbaloi dengan apa yang dia buat tu.

Nak share ke tak nak video tu.. sang lekit share tapi pada ibu2 yang hati tak kental.. jangan tengok. Takut trauma pulak. Tengok kat sini jer >> IBLIS INDON DERA BAYI 4 BULAN <<



BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com