ADAKAH SELAMAT WARNA RAMBUT SEMASA HAMIL?
Kat FB aku ni aku ada la friend dengan sorang retis yang pernah menjadi juara rancangan Malaysian Idol. Mungkin ramai yang tahu retis ni sekarang tengah mengandung anak ketiga.. Tak sure la berapa bulan tapi dari gambar yang terbaru dia upload tu dah nampak la perut dia. Maybe 4 ke 5 bulan kot.. agak aku la. Aku pun tak sure sangat sebab aku bukan la peminat fanatik dia sangat pun. Tak tau camna boleh ter add.Baru2 ni dia upload gambar dia pergi warna rambut.. Dalam hati aku terdetik. Erkk.. bukan ke dia tengah mengandung & kandungan dia pun rasa baru lagi. Tak effect ke baby yang tengah baru nak membentuk sifat kalau pergi warna rambut? Aku sendiri pun tak sure sebenarnya kesan kesihatan bayi dalam perut bila si ibu mewarna rambut jadi aku google. Info yang aku dapat dari page baby center adalah...
Walau info ni menyatakan risiko bayi mendapat effect dari pewarna rambut yang di gunakan ibunya semasa hamil adalah sangat tipis tapi masih ada kesan yang boleh menyebabkan masalah kesihatan & kecacatan pada bayi yang di sebabkan pewarna rambut walau peratusannya kecil. Jadi.. Rasanya even kecil risikonya tetap ada risiko jugak kan?? Jadi tepuk dada tanya selera... Peace!
Sekadar info tambahan..
** Tak kira la mewarna atau meluruskan rambut tapi bahan2 yang di gunakan memang bau kimia dia sangat kuat. Tak mengandung pun kadang2 tak boleh tahan.. inikan mengandung. Jadi cegah sebelum terjadi sesuatu yang bakal kita kesal nanti**
P/S : Sumber info dari Babycenter