Showing posts with label Syarikat pinjaman wang berlesen. Show all posts

MINTA PINJAM AHLONG KERANA NAK BELI SEKOTAK ROKOK

MINTA PINJAM AHLONG KERANA NAK BELI SEKOTAK ROKOK. Modus operandi Ahlong sekarang advance ikut trend & teknologi semasa. Kalau dulu melalui flyers & poster yang di lekat atau di spam dalam post box tu.. sekarang depa pun dah upgrade cara marketing. Guna sms, whatsapp bagai.. Tapi setakat ni kami belum dapat la Whatsapp dari mana2 Marketer Ahlong ni.. SMS tak sure la. dah lupa.

Yang ada masalah pinjaman dengan AhLong, di ugut sebagainya boleh mohon bantuan dengan Pengguna Islam Malaysia PPIM

Tapi kalau dapat pun memang takde masa nak layan aihh... Tapi ada juga orang suka melayan mesej2 dari geng Ahlong ni. Yelah.. maybe bosan tahap melampau la kot. Nak ajak kengkawan chat takde yang melayan kot.. hehehehe..

Tadi ternampak screenshot yang dikongsikan kat facebook.. conversation antara seorang manusia ni rasanya perempuan kot dengan Agent Ahlong. Bermula dari dia dapat Mesej yang menawarkan pinjaman dari Syarikat Pinjaman Wang katanya..

Sekali perempuan ni minta pinjam nak beli rokok kau..  Mesti ketap bibir sales person Ahlong tu kan? Nak ugut pukul tak boleh.. nak simbah cat dia belum ada agreement sebagai peminjam yang tak bayar hutang.. Urut dada sambil hentak meja je la gamaknya.


Kalau korang dapat mesej yang tawarkan pinjaman dari geng geng Ahlong ni boleh la korang pedajal macam ni juga. Biar dia menyampah dah nak guna strategik marketing melalui whatsapp.. hahahahaha

Tapi saya dulu pun pernah kerja dengan syarikat pinjaman wang berlesen ni setengah bulan. Time tu bujang lagi.. Takde kerja. Duduk sorang2 di rantauan. Tengok iklan ada jawatan kosong kerani Am kat sungai buloh.. pergi interview dapat tapi mula2 serius memang tak tau sangat Syarikat pinjaman Wang berlesen ni sama level je dengan Ahlong.. dah kerja setengah bulan baru tau.

Kebanyakkan peminjam memang di kalangan orang orang melayu.. Kesian Faedah tinggi beb. Yang di luluskan & di beri lesen faedah dia tak tinggi tapi depa kenakan faedah sendiri yang tinggi. memang berlesen tapi perniagaan depa tetap menipu jugak. Ingat nak habiskan sebulan tapi kena buang kerja sebab masa tu di minta backup sorang staf depa kat Hq di rawang cuti bersalin.. Den tak mau pi sana. Dah la gaji ciput lepas tu nak suruh den menapak jauh2 sana. So, depa suruh letak jawatan. Dengan senang hati gua tulis surat resign pakai pensil je beb.. hantar lepas tu angkat kaki.

Memang tak rasa sedih pun sebab memang niat tak mau kerja kat situ dah.. Apa yang saya boleh nasihatkan. Jangan terjebak dengan pinjaman even dia kata syarikat dia berlesen ke hapa. Kalau spesis Ahlong tak kira halal atau haram semua menjerut leher.

Walaupun saya tengah susah memerlukan kos guaman yang berpuluh ribu.. Ahlong bukan dalam list untuk mohon pertolongan. Pinjam singgit hutang boleh jadi RM100 woo.. tu contoh. So better jangan cari pasal.

Moral of the story.. JAUHI AHLONG, ANDA UNTUNG

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com