Showing posts with label asia. Show all posts

RESEPI NASI GORENG KERABU SARDIN

RESEPI NASI GORENG KERABU SARDIN. Nasi goreng ni menu yang biasa tapi boleh di olah dengan pelbagai rasa. Kadang2 sebab gabungan bahan bahan lain harga dia jadi mahal padahal nasi goreng je kot.. hahahaha. Jadi nasi goreng walau nampak simple tapi kalau hangpa pandai mengolah bahan bahan dia memang akan jadi special.. Sebab kat kedai ada jual nasi goreng biasa & nasi goreng special. hehehehe


Sebab aku masak nasi goreng special katanya harus la share resepi dengan orang lain. Setakat nasi goreng kicap & telur tu tak kuasa akak nak tulis ok... Tu dia kerek sungguh statement tu kan? Yelah.. nasi goreng yang tipikal macam tu ramai dah share resepi dia katanya.. Yang jenis kerabu ni maybe tak ramai lagi yang share kan? Aku pun sebenarnya main campak campak jer.. tetiba sedap pulak tu beriya nak share resepi.

Nak masak nasi goreng kerabu sardin ni bukan la payah bebeno. Cuma mungkin bahan di gunakan je lain sikit. Tapi jangan risau bahan bahan yang di gunakan semua boleh di dapati dengan mudah. Tak payah nak order sampai obersi... Ala.. ni kira menu2 tempatan of course la bahan2 dia pun kemelayuan jugak ok.

Bahan - bahan yang di gunakan untuk masak nasi goreng kerabu sardin ni adalah..

1. Nasi putih
2. Kerisik kelapa
3. cili kering
4. ikan sardin
5. Bawang besar
6. sedikit belacan
7. minyak masak
8. Kobis (Boleh juga letak kacang panjang atau daun ulam ulaman yang bersesuaian)

Cara memasak

1. Rendam dalam air panas atau rebus cili kering.
2. Tumbuk cili kering, belacan & kerisik (tapi kalau kerisik korang yang tak beku di frozenkan dalam peti ais rasa tak payah tumbuk la)
3. Panaskan minyak & tumis bawang
4. Masukkan bahan tumbuk tadi.. Masak sekejab
5. masukkan ikan sardin & hancurkan dia
6. Masukkan nasi gaul hingga sekata
7. Masukkan garam & gaul hingga sebati rasa dengan nasi
8. Last sekali baru masuk daun ulam - ulaman. Aku ada kobis jer. so aku masuk kobis. Kalau korang ada kacang panjang & sebagainya campak jer. Tapi make sure potong dulu kecik yer sebab yang nak makan manusia bukan lembu atau kambing.
9. Akhir sekali masukkan bawang mentah yang di potong gaul semua sampai seia sekata & hidangkan.

Boleh jugak kalau nak guna ikan masin kalau taknak guna ikan sardin tin. Ikut suka korang la kan.. Yang nak makan korang. Kalau aku rasa matching pulak rasa ikan sardin dengan bahan bahan lain.


Dah siap.. sila la rasa jangan malu malu. Insya Allah menetapi tekad orang melayu.. Rasa kerisik yang di gaul dengan nasi bersama rasa cili & ulam - ulaman lain di tambah pula dengan rasa ikan sardin sebagai pelengkap.. Memang termimpi mimpi lepas makan. hahahaha

Jadi selamat mencuba resepi mudah lagi menjilat jari ni.

TENTANG KREW KABIN AIR ASIA YANG ANDA MUNGKIN TAK TAHU

TENTANG KREW KABIN AIR ASIA YANG ANDA MUNGKIN TAK TAHU. Air Asia paling banyak promosi tiket penerbangan sepanjang tahun. Gila beb dia punya promosi.. boleh kering account kalau ikut nafsu serakah ni. Flight ke oversea pun tiket murah giler.. Tak pelik la kan.. dia punya tagline pun penerbangan tambang murah. Kalau mahal memang tak kena la dengan tagline dia ye dak??


Aku antara golongan yang hanya mampu naik flight Air Asia jer.. Almaklum la belum mencapai level kaya rasa setaraf Najib Tun Razak. Takpe la.. Tu pun aku cukup bersyukur dengan kehidupan aku sekarang. Hidup sebagai orang kebanyakkan ni sebenarnya banyak hikmah cuma kita perlu enjoy dengan hidup kita je baru kita dapat hikmah tersembunyi. Sekurang kurangnya hidup kita tak banyak amanah sangat macam orang kaya. Sebab kaya tu pun satu Ujian dari Allah.. Allah menguji bagaimana depa gunakan harta depa yang banyak tu. Samada ke jalan Allah atau ke jahanam.. Amanah mereka pada manusia lain jugak banyak. Sebab Allah kurniakan kekayaan melalui mereka adalah untuk berkongsi dengan orang yang memerlukan. Sebab dalam rezeki tu ada rezeki orang lain. Kalau depa tak jalankan tanggungjawab & amanah tu.. Banyak soalan kubur nanti kena jawab. Jadi bersyukur kita andai kita tak di lahirkan sebagai orang kaya. Taraf hidup setakat ni pun belum tentu lepas soalan kubur lagi.. Apatah lagi kalau harta berkepuk kepuk.

Berbalik pada cerita kapal terbang ni.. Walaupun Air Asia ni syarikat penerbangan tambang murah tapi service dia not bad sangat la. Kalau nak layan tahap sultan tu memang takde la.. tapi Alhamdulillah la.. Pengalaman dengan Air Asia sebelum ni bagi aku ok je. 

Apapun tahniah Air Asia.. Kalau ada jodoh kita bersua lagi. tahun 2015 nampaknya jodoh kita tak ada maybe 2016 nanti kita bersua.. Kalau ada rezeki. ye dak.

SESUATU YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG 7 TEMPAT DI ASIA INI

SESUATU YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG 7 TEMPAT DI ASIA INI. Hari ni ramai bercuti terutama kaum India la sebab hari ni kan hari depavali. Biasa la raya kat Malaysia ni kan.. Semua kaum akan meraikan. ramai hari ni cuba belit saree... Ntah berjaya ntah tidak tak tahu la. Tapi yang teringin nak belajar pakai saree tu meh la tengok tutorial kat sini macam mana nak pakai saree dalam masa tak sampai 5 minit. Macam tak caya je kan.. Boleh pakai saree dalam masa sesingkat tu tapi percayalah dengan ikuti tutorial ni anda mampu pakai saree lebih cepat dari pakai baju kurung. Nak tau macam mana tengok le sendiri kat sini >> Cara Pakai Saree Paling Mudah Tak sampai 5 minit <<


Bagi yang tak ada plan apa2, melepak je kat rumah. Takpe jangan sesedih. Kat rumah pun kita boleh jenjalan sampai oversea katanya. Apa susah sekarang ni nak round the world guna jari jer.. Almaklum dunia di hujung jari katanya. Alah.. setakat muruku bersepah jual kat memana setiap hari. Tak payah sedih sangat la tak dapat makan muruku depavali. bagi la change orang india kuasi jalan.. Depa nak pi raya senang sikit tak jam katanya.

Kita yang dok rumah ni meh la membongkar sesuatu yang mungkin kita sendiri tak pernah tahu tentangnya. Yelah.. bukan semua orang berkemampuan nak flight sana sini ke tempat tempat macam ni jadi tak semua orang tahu la apa ada kat situ. Menarik ke? Seram Ke? Mistik ke? bahaya ke? Jadi melalui artikel ni kita boleh tahu apa yang ada kat 7 buah tempat dari 7 buah negara ni >>  7 Tempat Ni Wajib Anda Tahu <<

Rugi korang tak baca sebab aku confirm ramai yang tak tahu pasal satu tempat ni kat Bangladesh. sebab tak ramai pilih bangladesh sebagai destinasi percutian jadi confirm tak ramai yang tahu tentang tempat tu. Inilah masanya kita ambil tahu. Tak payah tunggu kawen dengan mat bangla dulu baru nak ambil tahu, ye dak? hehehehe

Moral of the story.. Internet menghubungkan kita dengan dunia, jadi kenapa sia sia kan kemudahan yang ada. Bayar sebulan tak sampai RM100 pun mampu keliling dunia dengan jari katanya. Tak ada alasan kita masih berfikiran & berpengetahuan bawah tempurung. Selamat menjelajah dengan jari. Happy Depavali.

INILAH 5 ORANG BIASA BERTUKAR JADI POPULAR DI MEDIA SOSIAL

Depa ni bukan retis atau sapa2 yang terlibat dalam dunia glamour atau di kenali tapi sebab jadi viral depa ni terus jadi popular, sensasi, hot & spicy kat FB. Asalnya orang biasa jer.. Tapi tu la zaman media sosial ni memang banyak perkara tak di jangka boleh berlaku. Kadang2 kita share kita tak rasa benda tu sehingga jadi viral yang mempopularkan kita.. tup.. tup.. sebab orang rasa menarik untuk di viralkan maka jadilah viral.


Sebab tu la kita nak buat apapun kat laman sosial kena timbang,tapis & hadam baik baik sebelum post. Kalau benda tu bagi kelebihan pada kita ok la.. Kalau benda tu membawa keburukkan & mengaibkan macam mana?? kita jangan rasa benda biasa pada pandangan mata kita, biasa juga pada pandangan orang lain.

Disebabkan pandangan majoriti rasa perbuatan @ perwatakkan mereka ni bukan perkara biasa maka 5 orang ni menjadi sensasi di media sosial di sebabkan viral. Nak  tahu siapa mereka yang paling sensasi kat media sosial ni termasuk salah seorangnya berasal dari kelantan meh tengok kat sini >> 5 hotters Asia Yang paling Sensasi di media sosial <<

Moral of the story.. Berdoalah kita tak jadi mangsa viral yang mengaibkan.


GAJI DS NAJIB RAZAK CARTA KE 11 TERTINGGI DI DUNIA

Erkk.. Tak pepasal hari ni aku dok check berapa gaji perdana menteri seluruh Asia pulak. Jangan risau mereka takkan mampu mengatasi gaji aku setiap bulan di mana di carta pertama Gaji paling rendah berbanding Perdana menteri seluruh dunia hahahaha.. Tak pepasal nak compare gaji aku dengan perdana menteri pulak kan? Kau perdana menteri ke?


Ini bukan post berunsur politik cuma tertarik bila baca pasal gaji2 Perdana menteri negara Asia ni. Memang terus biji mata hitam bertukar jadi $$ tengok gaji2 depa. Gamaknya apa perasaan depa masa pertama kali terima gaji sebagai perdana menteri yer??

PM kita bukanlah terima gaji tertinggi tapi PM singapore di carta pertama menerima gaji tertinggi iatu sebanyak Gaji tahunan: RM 6,099,005.00 & Gaji bulanan: RM 508,250. Manakala DS Najib di carta ke 11 pemimpin yang menerima gaji tertinggi sebanyak,  Gaji tahunan: RM 271,854.90 & Gaji bulanan: RM 22,826.65. Aku tak tau betul ke tak info ni cuma aku terbaca kat sini Pemimpin Asia Dengan Bayaran Tertinggi Di Dunia

 Untunglah kan jadi PM Gaji besar tapi amanah & tanggungjawab pun besar jugak bukan kat dunia je malah akhirat jugak. Hope mereka menjalakan tanggungjawab dengan jujur & amanah la.

Moral of the story.. Yang banyak tak semestinya mencukupi sebab tu kadang2 orang kaya pun jadi susah balik & yang sedikit tak semestinya tak cukup macam aku. Income dari berblog ni bapa hengget la sangat tapi Alhamdulillah cukup la untuk aku dengan syarat berbelanja ikut kemampuan diri. Asalkan boleh topup produk bio essence tu kira ok la tu kan dari hapa pun tak masuk. Ye dak? hehehehehe

TREND HITAMKAN GIGI SALAH SATU FESYEN ORANG ASIA

Awat la depa ni pelik2 sangat.. Aku pun tak paham. Terlampau bijak sampai terlajak pulak. Yang pelik2 jer depa jadikan fesyen atau budaya baru. Orang punya lah dok gosok gigi nak bagi putih macam gigi fauzra dalam iklan colgate white tu.. ada jugak warga negara asia yang gigih nak hitamkan gigi supaya nampak trendy katanya...

Serius selain trend pakai lampin di kalangan orang dewasa demi nak jimat masa ke tandas (boleh rujuk entri TREND PAKAI LAMPIN DEWASA ORANG JEPUN).. trend hitam kan gigi memang aku tak boleh nak hadam sangat. Huduh kot! Tang mana la depa ni rasa cantik dengan gigi hitam pitam tu kan?

Nak tengok lagi banyak fesyen pelik2 boleh tengok kat sini FESYEN TERPELIK ASIA

Sudah sudah la Ooi.. mencipta budaya baru yang pelik pelik.. Dah tak macam manusia normal pulak aku tengok. Terlampau banyak fikir sangat kot sampai yang asalnya kreatif dah jadi macam gila pulak.Tapi nasib baik trend hitam kan gigi ni popular kat negara Jepun, Asia Tenggara, China dan India bukan kat Malaysia. Nampaknya orang Malaysia masih tahu menilai kecantikkan dengan waras. hahahaha

Moral of the story budaya @ trend yang elok even datang dari luar sekalipun boleh kita guna pakai.. tapi kalau yang tak senonoh & pelik sangat tak payah la nak ikut.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com