AKSI BERSENAM BOLEH NAMPAK MACAM BERJIMAK KALAU SALAH CARA
AKSI BERSENAM BOLEH NAMPAK MACAM BERJIMAK KALAU SALAH CARA. Semalam aku ada post entri pasal gambar yang tengah jadi viral sepasang pengantin hipster ni. Almaklum la cara depa posse tu mengundang sakit mata pada pandangan mata masyarakat maka ada orang rasa benda macam tu kurang senonoh untuk di jadikan posse kepada pasangan pengantin masa ambil gambar.Ada jugak yang backing katanya aksi & gaya macam tu sebenarnya biasa di buat kat gym, so tak ada apa yang salah kalau pasangan pengantin nak buat posse macam tu. Mungkin tu salah satu aktiviti senaman untuk mereka. Ia di panggil sandwich apa ntah.. Ok la. Untuk tujuan bersenam tu aku accept la. Di buat pun kat tempat untuk bersenam, ye dak. Tapi kena ingat.. tak semua perkara tu sesuai di lakukan untuk semua keadaan & masa. Benda yang normal di buat kat sesuatu tempat untuk tujuan sesuatu perkara tu memang boleh nampak janggal bila di lakukan pada tempat,keadaan,suasana & masa yang salah.
Contoh macam tidur.. kalau tidur dalam bilik.. dalam rumah sendiri memang tak nampak janggal tapi tetiba kau tidur dalam ikea atas sofa yang display tu. Nyenyak siap dengan gaya kuak lentang lagi.. Gamaknya orang akan pandang macam tak ada apa2, seolah olah macam kau tidur dalam bilik sendiri ke tidak? Mustahil la kan.. Confirm orang pandang pelik & zaman sekarang semua orang ada camera atas tapak tangan ni. Nak2 pulak ada smartphone dengan fungsi camera secanggih ni boleh nampak gambar macam 3D lagi >> Ini Sebab Kenapa Kaki Candid,selfie & suka Ambil Gambar Kena Ada Smartphone ni << silap haribulan orang ambil gambar & viralkan tak pepasal je kau dapat malu padahal kau cuma tidur bukan berjimak pun kat situ. Sebab kau tidur kat tempat yang salah maka perbuatan tidur yang asalnya takde pelik kat memana jadi sesuatu yang pelik pada pandangan masyarakat.
So kita kena faham.. apa yang mungkin tak salah atau tak di pandang luar biasa kita buat tak semestinya kita boleh buat dimana & bila2 masa saja. Kalau tak kena gaya memang bahaya. Even dah jadi laki bini pun tak menghalalkan semua perkara yang halal kita boleh buat kalau salah tempat & masa. Nak2 lagi pasangan pengantin posse dengan post sandwich macam tu. Imaginasi manusia ni sangat2 liar.. Bagi korang mungkin aksi macam tu nak mengambarkan korang mengamalkan hidup sihat & selalu ke gym tapi sebab korang baru je di ijabkabul & masih dalam busana pengantin.. Orang yang mungkin tak tahu posse tu salah satu aktiviti senaman dalam gym dah fikir bukan2. Apa ingat semua orang pergi gym ke? hehehe
Moral of the story.. Banyak lagi cara boleh kita buat untuk mencipta kelainan di hari bersejarah kita. Kenapa perlu pilih cara yang boleh mengundang salah faham & kritikan masyarakat. Pokok pangkal kalau ada malu memang banyak perkara buruk boleh di elakkan berlaku. Sebab tu mulai sekarang kita kena mula kurangkan show off gambar2 yang melibatkan kita & pasangan ni. Aku dulu pun zaman jahiliah suka jugak upload gambar tapi bila trend viral ni mula berleluasa memang berhati hati jugak. Sebab kita takkan tahu siapa bakal jadi mangsa viral seterusnya...