Showing posts with label lembaga hitam. Show all posts

SERAM! KEJADIAN RASUK DALAM BAS PEKERJA SEBUAH PASARAYA DI IPOH

SERAM! KEJADIAN RASUK DALAM BAS PEKERJA SEBUAH PASARAYA DI IPOH. Macam biasa walau dah lama cuti memburu kisah kisah seram tak bermakna blog lekatlekit dah resign dari menulis cerita cerita seram ok! Ada lagi tapi orang kata.. sekali sekala tu lebih besar impaknya dari setiap hari kan? Nanti feel seram tu hilang macam aku ni kalau dah kerap sangat baca & tengok cerita seram. Stress ok bila tengok filem seram yang orang lain rasa dah cukup rasa seram dia tapi kau rasa.. Seram ke? Matilamak nak Ooi.. gamaknya kena tengok hantu real baru kau tahu seram ke tidak. hahahahahaha


Untuk segmen seram serik lekatlekit malam ni.. Den bawakan sebuah kisah yang berlaku nun di perak sana. Berlaku dalam sebuah bas pekerja sebuah pasaraya di Ipoh. Kejadian berlaku masa depa dalam perjalanan nak pi kerja katanya. Pagi - pagi hari nak Ooi.. Benda ni jadi. Pukul 9 pagi.. Hantu ni tak reti rehat ke. Patut matahari dah terbit dia kena terbenam dah.. Ni dia pun sedang elok jer nak juga menyakat manusia siang siang hari.

Alkisahnya.. 27 orang pekerja yang ada dalam bas tu terkejut bila 6 daripada mereka tiba tiba histeria. Dalam bas kot.. mana tak cuak.. satgi ada yang terjun bas ke hapa risau jugak kan. Menurut apa yang aku baca.. kejadian histeria tu bermula ketika bas tu berada di kawasan bukit gantang lagi. Pada mulanya sorang je la yang menjerit2 lepas kerasukkan. Start dari situ la sorang demi sorang berjangkit. Bayangkan.. keadaan yang masa tu.. yang terjerit, yang terpekik, yang dengan aksi2 pelik.. dengan muka yang menyeramkan. Anda dalam bas sedang bergerak terpaksa hadap situasi macam tu. Bukan takat meremang boleh tercabut akar bulu roma, wei!

Ceritanya.. Sebelum berlaku kejadian histeria dalam bas tu salah seorang dalam bas tu dia masa dia sorang2 dalam bas tunggu kawan2 lain naik tiba tiba dia ternampak satu lembaga hitam naik bas. Masa tu kat kamunting katanya. Tapi dia ingat dia salah pandang ke hapa.. so dia tak anggap apa dia nampak tu betul. Mungkin dia anggap macam mainan perasaan dia je kot. Tapi bila dah jadi histeria macam tu baru dia terfikir benda tu mungkin ada kaitan.

Yang jadi punca histeria pulak..  ada sorang mangsa ni dia gatai mulut dok pi cerita kisah seram kat seorang kawan dia yang memang ada pengalaman kena histeria. Mungkin feel la kot dengar cerita tu, almaklum la kalau orang jenis penakut ni memang cepat sangat la feel seram tu meresap sampai ke hati & otak dia. Habis je cerita tu.. tiba2 kawan dia jegil mata & pandang dia. lepas tu dia mula meracau la. Korang bayangkan korang yang berhadapan dengan situasi macam tu. Orang kena histeria ni pandangan mata dia lain macam tau seram. Muka dia pun akan berubah sikit nampak garang & menakutkan. Memang air muka dia takkan sama bila dia dalam keadaan sedar.

Mulalah sorang demi sorang kerasukkan. Ada yang menari.. ada yang berlari.. Menjerit semua la. So yang lelaki dalam bas tu la terpaksa mengawal. Tarik yang sinun.. capai yang sinin.. pegang yang situ.. Keluar jugak la peluh jantan. Orang kerasukkan ni energy dia bukan calang calang walau perempun pun. Dia jadi luar biasa kuat ok! Sebab kalau kita tengok orang yang merawat orang kena histeria sampai 3 - 4 orang lelaki pegang walau pesakit tu seorang gadis yang lemah lembut jer. Penat jugak la handle orang kena histeria ni.. Bergantung pada energy makhluk tu jugak. Kalau jenis makan telur macam hantu raya ni maybe kuat sikit la kot. hehehehe

Mula2 pemandu bas tu ingat nak berhenti ja tepi highway bila keadaan makin teruk & jadi kacau bilau tapi bila dia fikir lagi bahaya kalau berhenti tepi highway. Buatnya ada yang lari ke tengah highway satgi.. Innalillahhiwainnalillahhirojiun pulak. Jadi dia teruskan perjalanan sampai ke kat RNR sungai perak.. yang histeria tu di bawa turun dari bas bagi menenangkan mereka & mendapatka n bantuan dari mereka yang lebih arif pasal tu.

Kejadian ni katanya berlaku pada tahun 2014. Lama tak lama... baru pun tak baru sangat la kan. Bila berlaku histeria beramai ramai dalam bas ni.. Kalau aku dalam bas tu gamaknya sekali dengan aku pun histeria jugak kot. Dalam keadaan yang sana menjerit, sini berlari yang tak histeria pun terpekik pekik sebab keadaan cemas kan.. Otak pun susah nak fikir & boleh jam. Sebab nak minta tolong orang lain tak boleh.. Bas pulak sedang bergerak atas highway.. Dia punya suspend maybe macam filem Train To Buhsan juga la sementara nak tunggu tempat yang betul2 boleh berhenti & minta pertolongan dari orang lain.

Apapun.. Jin & syaitan ni kat mana2 pun ada. Kadang2 tempat yang kita sendiri tak jangka jadi sebagai umat Islam mohonlah pertolongan dari Allah. Amalkan doa2 pendinding yang ada dalam Al Quran bukan dok hafal mentera semerah padi atau bawa tangkal benang hitam ikat kat pinggang ok! Yang tu bukan kau buat pendinding malah kau bawa bala.

DIROGOL LEMBAGA HITAM KETIKA DALAM PANTANG

DIROGOL LEMBAGA HITAM KETIKA DALAM PANTANG. Perempuan yang baru bersalin ni memang kena jaga betul - betul. Banyak pantang larang. Pantang larang tu bukan sesaja & mitos yer.. Pantang larang tu ada sebabnya. Selain perlu di jaga emosi & kesihatan mereka.. Ni pun perlu jaga jugak. jangan tinggal mereka sendirian nak nak lagi waktu malam. Sebab tu tidak di galakkan perempuan berpantang sendiri walau perempuan sekarang memang urban & boleh berdikari tapi tetap perlu ada yang menemani anda ketika tempoh berpantang.


Dalam dok kecoh pasal kes ibu meroyan mengelar leher anak dia sehingga mati.. Terbaca satu kisah seorang perempuan yang baru bersalin. Dia berpantang sendiri dia rumah dia sebab dia dah tak ada mak & mertua pulak jauh. Mungkin tak selesa ke hapa nak tinggal rumah mertua.. Dia pilih berpantang sendiri kat rumah dia. Aku Tak salahkan dia la.. Kalau kita jenis tak berapa rapat dengan mertua nak2 tak pernah tinggal sebumbung lepas kahwin memang agak janggal nak berpantang kat rumah mertua ni. Walaupun sebagai menantu kena sayang & hormat mertua macam mak sendiri tapi.. tetap la susah nak dapat keselesaan macam rumah sendiri tu kat rumah mertua. lebih lebih lagi ada ipar duai bagai. So, aku tak salahkan sesapa yang pilih berpantang sendiri dari berpantang kat rumah mertua. Sebagai seorang perempuan aku faham situasi tu. Yang biasa tinggal sebumbung & rapat dengan mertua hangpa tu tak payah muncung2 sangat la mengumpat yer...

Nak di jadikan kisah.. Pada satu hari tu kawan dia pergi la melawat dia yang tengah berpantang tu. Terkejut si kawan bila dia tunjuk kesan lebam2 pada peha dia. Si kawan ni ingat dia kena dera dengan suami dia ke hapa suruh la dia buat laporan polis. Tapi yang berlaku di luar jangkaan kawan dia.. Amboi asal lebam je suami dera kan? Kesian suami dia tu kan.. Tak pasal pasal kena fitnah dera bini dalam pantang padahal dia tak bersalah pun dalam kes peha bini dia lebam lebam tu. heheheh

Cerita dia macam ni. Dia bersalin secara pembedahan. Selepas seminggu bersalin.. Hari ke 7 tu suami dia dah kena kerja shift malam. Nak buat macam mana.. Kerja makan gaji kau fikir boleh ambil cuti sampai bini habis pantang ke kecuali la duit kau berkepok kepok & kau berjawatan tinggi ke langit biru boleh la kau ambil cuti tanpa gaji setahun. Maka sepanjang suami dia kerja shift malam tu terpaksa la dia di rumah bersendirian dengan anak dia jer. Bermulalah episod seram dalam hidup dia... Jeng jeng jeng....

Ia bermula pada suatu tengah malam dah masuk pagi... Time tu katanya pukul 4 pagi. Tiba tiba dia rasa macam ada sesuatu yang berat atas badan dia sampai nak buka mata pun tak boleh. Dia dapat rasakan ada lidah panjang yang menjilat jilat leher dia.. apa kau ingat kucing je jilat2 orang. ok.. ok.. sambung cerita. Dia cuba meronta ronta untuk melepaskan diri tapi tindihan tu agak kuat maka dia baca ayat kursi & beberapa surah lain.. akhirnya benda tu hilang & dia terbangun dari tidur. Dia cuba untuk tidak tidur semula tapi tertewas juga dan akhirnya dia terlena.

Kali kedua benda tu datang lagi.. Tapi dari arah belakang melakukan perkara yang sama. Dok jilat jilat leher.. Mula2 dia meronta ronta jugak tapi lama kelamanaan dia jadi semakin khayal & tetiba jadi nikmat pun di perlakukan macam tu. Walaupun dia dapat rasa kuku kuku tajam meraba & mencakar peha dia tapi dia dia khayal walau ada rasa sakit tu. Akhirnya.. dia tewas & terus melayani nafsu benda tu. Dia dapat rasa dengan jelas & nyata ketika bersama benda tu. Bukan macam mimpi. Dia boleh nampak lembaga besar yang merogol dia & dia dapat rasa sakit di bahagian kemaluan dia bila benda tu berlaku. Dia hanya tersedar bila benda tu pergi. Terus dia call & bagitau suami dia...

Mak Aii... seram pulak kan baca cerita cerita macam ni. Ni nak di sabitkan kesalahan merogol pun tak boleh dakwa sebab bukan manusia. Tapi Mereka tetap berusaha merawat gangguan tersebut. Entahlah.. apa benda tu. Yang pasti spesis jin jugak. Tapi dari apa yang selalu aku dengar & baca yang suka rogol manusia ni kebanyakkan hantu raya. Hantu raya kebanyakkan di bela & bertuan. Kalau yang terbiar tu mungkin kematian tuan dia.. Dia akan merayap2 menganggu manusia lain.

Moral of the story.. Sebab penting ada seseorang yang sentiasa menemani ibu2 yang baru lepas bersalin ni. Tak boleh di biarkan bersendirian. Bersendiri ni mudah sangat di gangguan benda2 halus.. Sebab selepas bersalin kita dalam keadaan yang tidak bersih. Tak di ganggu secara fizikal macam tu.. Mungkin di ganggu secara psychology.. Tu yang berlaku masalah meroyan bagai. Dengar bisikan suruh buat bukan bukan. Jadi para suami jadikan pengajaran kalau tak nak bermadu dengan jin. Peace Yo!

KISAH SERAM PASARAYA TESCO MERGONG DI HANTUI LEMBAGA HITAM

KISAH SERAM PASARAYA TESCO MERGONG DI HANTUI LEMBAGA HITAM. Sekarang ni orang tengah sibuk tulis pasal filem seram Volkswagen kuning. Tapi aku malam ni nak cerita pasal pasaraya Tesco pulak. Jarang kat blog lekatlekit.com ni nak share cerita seram melibatkan pasaraya sebab tak banyak kisah seram melibatkan pasaraya. Almaklum la pasaraya sapa nak kisah sangat pasal hantu sebab kat dalam tu banyak benda yang boleh menghantui pengunjung katanya hahahhaa...


Alkisah pasal pasaraya Tesco Mergong Alor Setar ni katanya berhantu. Setiap kali budak kecik yang di bawa masuk ke situ akan menangis. Menurut cerita orang2 la kan.. katanya memang kat situ kawasan panas sikit. Yang menyebabkan dia jadi berhantu adalah sebab berjiran dengan dua kubur katanya. Asal berhantu je hangpa nak kaitkan dengan kubur kan.. Kubur tu di pagar dengan Zink yang tinggi tapi tinggi lagi kebolehan hantu untuk menyakat manusia kat situ.

Menurut cerita yang aku baca.. Dari cerita pekerja Tesco & pekerja Pizza hut kat situ.. Mereka pernah ternampak satu lembaga hitam  bertenggek kat dahan pokok yang berada di tengah2 antara dua kubur tersebut. Tak tau la apa menatang yang bertenggek malam2 buta kat situ.. Di tambah seram lagi pengawal keselamatan kat situ pun selalu terbau wangi di sertakan dengan perasaan seram sejuk bila melalui kawasan tu. Tak tau kejadian seram tu ada kaitan dengan dua kubur misteri tu atau tidak.. Sebab kubur misteri tu pun tak tau macam mana boleh ada kat situ.


Elok la berhantu sikit pasaraya ni.. Bukan apa kalau dia tak berhantu ramai pulak kaum wanita naik hantu. Nak2 lagi nampak perkataan keramat 'Sale' tu boleh histeria jadinya. Bila ada kisah2 mistik melibatkan pasaraya tu.. Kurang sikit aktiviti yang menyeramkan para suami di lakukan oleh kaum wanita hahaha.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com