SERAM! KEJADIAN RASUK DALAM BAS PEKERJA SEBUAH PASARAYA DI IPOH
Untuk segmen seram serik lekatlekit malam ni.. Den bawakan sebuah kisah yang berlaku nun di perak sana. Berlaku dalam sebuah bas pekerja sebuah pasaraya di Ipoh. Kejadian berlaku masa depa dalam perjalanan nak pi kerja katanya. Pagi - pagi hari nak Ooi.. Benda ni jadi. Pukul 9 pagi.. Hantu ni tak reti rehat ke. Patut matahari dah terbit dia kena terbenam dah.. Ni dia pun sedang elok jer nak juga menyakat manusia siang siang hari.
Alkisahnya.. 27 orang pekerja yang ada dalam bas tu terkejut bila 6 daripada mereka tiba tiba histeria. Dalam bas kot.. mana tak cuak.. satgi ada yang terjun bas ke hapa risau jugak kan. Menurut apa yang aku baca.. kejadian histeria tu bermula ketika bas tu berada di kawasan bukit gantang lagi. Pada mulanya sorang je la yang menjerit2 lepas kerasukkan. Start dari situ la sorang demi sorang berjangkit. Bayangkan.. keadaan yang masa tu.. yang terjerit, yang terpekik, yang dengan aksi2 pelik.. dengan muka yang menyeramkan. Anda dalam bas sedang bergerak terpaksa hadap situasi macam tu. Bukan takat meremang boleh tercabut akar bulu roma, wei!
Ceritanya.. Sebelum berlaku kejadian histeria dalam bas tu salah seorang dalam bas tu dia masa dia sorang2 dalam bas tunggu kawan2 lain naik tiba tiba dia ternampak satu lembaga hitam naik bas. Masa tu kat kamunting katanya. Tapi dia ingat dia salah pandang ke hapa.. so dia tak anggap apa dia nampak tu betul. Mungkin dia anggap macam mainan perasaan dia je kot. Tapi bila dah jadi histeria macam tu baru dia terfikir benda tu mungkin ada kaitan.
Yang jadi punca histeria pulak.. ada sorang mangsa ni dia gatai mulut dok pi cerita kisah seram kat seorang kawan dia yang memang ada pengalaman kena histeria. Mungkin feel la kot dengar cerita tu, almaklum la kalau orang jenis penakut ni memang cepat sangat la feel seram tu meresap sampai ke hati & otak dia. Habis je cerita tu.. tiba2 kawan dia jegil mata & pandang dia. lepas tu dia mula meracau la. Korang bayangkan korang yang berhadapan dengan situasi macam tu. Orang kena histeria ni pandangan mata dia lain macam tau seram. Muka dia pun akan berubah sikit nampak garang & menakutkan. Memang air muka dia takkan sama bila dia dalam keadaan sedar.
Mulalah sorang demi sorang kerasukkan. Ada yang menari.. ada yang berlari.. Menjerit semua la. So yang lelaki dalam bas tu la terpaksa mengawal. Tarik yang sinun.. capai yang sinin.. pegang yang situ.. Keluar jugak la peluh jantan. Orang kerasukkan ni energy dia bukan calang calang walau perempun pun. Dia jadi luar biasa kuat ok! Sebab kalau kita tengok orang yang merawat orang kena histeria sampai 3 - 4 orang lelaki pegang walau pesakit tu seorang gadis yang lemah lembut jer. Penat jugak la handle orang kena histeria ni.. Bergantung pada energy makhluk tu jugak. Kalau jenis makan telur macam hantu raya ni maybe kuat sikit la kot. hehehehe
Mula2 pemandu bas tu ingat nak berhenti ja tepi highway bila keadaan makin teruk & jadi kacau bilau tapi bila dia fikir lagi bahaya kalau berhenti tepi highway. Buatnya ada yang lari ke tengah highway satgi.. Innalillahhiwainnalillahhirojiun pulak. Jadi dia teruskan perjalanan sampai ke kat RNR sungai perak.. yang histeria tu di bawa turun dari bas bagi menenangkan mereka & mendapatka n bantuan dari mereka yang lebih arif pasal tu.
Kejadian ni katanya berlaku pada tahun 2014. Lama tak lama... baru pun tak baru sangat la kan. Bila berlaku histeria beramai ramai dalam bas ni.. Kalau aku dalam bas tu gamaknya sekali dengan aku pun histeria jugak kot. Dalam keadaan yang sana menjerit, sini berlari yang tak histeria pun terpekik pekik sebab keadaan cemas kan.. Otak pun susah nak fikir & boleh jam. Sebab nak minta tolong orang lain tak boleh.. Bas pulak sedang bergerak atas highway.. Dia punya suspend maybe macam filem Train To Buhsan juga la sementara nak tunggu tempat yang betul2 boleh berhenti & minta pertolongan dari orang lain.
Apapun.. Jin & syaitan ni kat mana2 pun ada. Kadang2 tempat yang kita sendiri tak jangka jadi sebagai umat Islam mohonlah pertolongan dari Allah. Amalkan doa2 pendinding yang ada dalam Al Quran bukan dok hafal mentera semerah padi atau bawa tangkal benang hitam ikat kat pinggang ok! Yang tu bukan kau buat pendinding malah kau bawa bala.
Dulu masa zaman belajar selalu lah dgr org kena histeria ni. Minta di jauhkan dari semua ni. Amin.
ReplyDeleteAkak pun ada pengalaman..hijab terbuka selepas bangun dari koma..macam2 boleh nampak..ish..x nak ingat la..klau x pi berubat dulu mmg akan nampak macam2 sampai sekarang..
ReplyDelete