Showing posts with label mangsa rogol bunuh. Show all posts

SALAHKAN PAKWE BILA ANAK MATI DIROGOL DI BUNUH, DI KERAT & DI BAKAR

Kes seorang remaja 16 tahun yang mati dipercayai rogol, di bunuh kemudian di kerat & di bakar dengan kejam dia akhbar semalam rasanya semua dah tahu kan. Kat harian metro hari ni keluarga mangsa membuat luahan perasaan kesal & menyalahkan teman lelaki gadis tersebut dan menyifatkan teman lelaki arwah tidak bertanggungjawab.

Mangsa rogol & bunuh dengan kejam

Persoalannya sekarang gadis tu tanggungjawab siapa? Memang dari segi kemanusiaan kita boleh anggap la teman lelaki yang bawa gadis tu keluar hingga malam baru nak hantar balik rumah kena pastikan dia selamat sampai kerumah tapi dari segi tanggungjawab, lelaki tu belum berhak memikul apa - apa tanggungjawab terhadap gadis tersebut.

Bila jadi kes macam ni.. Masing - masing buka jari telunjuk cari salah orang walhal bagi sang lekit semua pun ada salah & silap. Keluarga gadis tu kenapa biarkan anak dia keluar dengan lelaki sampai malam? Memang dah tertulis ajal dia macam tu kalau keluarga gadis tersebut terima sebagai suratan tak perlu la mengeluarkan kenyataan kat akhbar dengan menyalahkan orang lain penyebab gadis tu menemui ajal dalam keadaan yang menyayat hati.

Kenyataan keluarga gadis tersebut bagi sang lekit cuma menyapu arang ke muka sendiri. Orang akan pertikaikan cara didikkan & asuhan mak bapak dia jugak. Orang akan cakap kalau kau tak biar anak kau keluar, takkan lelaki tu berani bawak keluar. Sampai 2 pagi baru balik.. dah tu anak dara pula.

Pendapat sang lekit ada baiknya keluarga mangsa tidak keluarkan kenyataan dengan menyalahkan teman lelaki gadis tu sebagai tidak bertanggungjawab untuk menutup kesalahan mereka yang membiarkan gadis tu keluar merayap sampai pukul 2 pagi baru ingat nak balik. Hanya memalukan diri sendiri jer. Anggaplah apa yang terjadi adalah dari kesilapan semua pihak tak kira dari pihak lelaki tersebut mahupun keluarga mangsa dan gadis tu sendiri. Ambil iktibar dan jadikan panduan di masa akan datang.

Rujukan : Harian Metro

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com