Showing posts with label Tun dr Mahathir Mohamad. Show all posts

TUN MAHATHIR KEMBALI MENJADI PERDANA MENTERI BUAT KALI KEDUA PADA USIA 93 TAHUN

TUN MAHATHIR KEMBALI MENJADI PERDANA MENTERI BUAT KALI KEDUA PADA USIA 93 TAHUN. Wah semalam meriah kan dengan update jari kena celup dakwat kekal tu. Almaklum la semalam kan Piliharaya kali ke 14 telah berlangsung. Nampak pilihanraya kali ke 14 ni sambutan hangat dari golongan muda bertambah. Mungkin masing masing bertekad untuk merubah negara ke arah yang lebih baik jadi ramai yang memilih untuk mengundi tahun ni. Alhamdulillah.. anak muda dah mula ada kesedaran tentang pentingnya undian mereka

Gambar Sumber Google

Keputusan PRU 14 memihak kepada pakatan rakyat & Bakal perdana menteri baru kita semua pun Insya Allah iatu Tun Mahathir. Tak sangka kan.. Selepas 14 tahun Tun bersara sebagai perdana menteri ke empat & meletakkan jawatan, kini dalam usia 93 tahun bakal menjadi perdana menteri Malaysia yang ke tujuh. Sungguh kuat aura Tun Mahathir kepada rakyat malaysia sehingga mampu mengalahkan parti kerajaan sebelum ni. Upacara mengangkat sumpah pun dah berlaku pada malam 10 Mei 2018. Sampai malam kena tunggu upacara angkat sumpah kan? Maka sah la Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 7 sekaligus mencipta rekod menjadi perdana menteri tertua di dunia.


Rakyat dah pilih so sama sama kita hormati suara majoriti. tak payah la nak gaduh sampai putus silaturrahim antara kita. Perbezaan parti politik tu letak ke tepi. Harap kerajaan baru ni dapat memberi manafaat kepada seluruh rakyat malaysia yang mengharapkan perubahan yang lebih baik dari sebelumnya. Hope dengan kerajaan baru bebanan rakyat yang di tanggung selama ni menjadi lebih ringan. Kalau tak.. 5 tahun lagi maybe kerajaan bertukar tangan lagi hehehhehehe

Bagi yang tak tahu tentang Tun Mahathir yang satu ketika dulu pernah menjadi Perdana Menteri yang amat di respect oleh dunia.. Dunia kau! Meh la nak info sikit tentang Tun Mahathir

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dilahirkan pada 10 Julai 1925) ialah seorang doktor dan ahli politik Malaysia dan merupakan Perdana Menteri Malaysia keempat di mana beliau memegang jawatan selama 22 tahun (1981-2003) menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat. Dalam buku A Doctor in the House, Dr Mahathir menyatakan tarikh lahir sebenarnya ialah 10 Julai 1925, tetapi bapanya mendaftarkan tarikh lahir dalam sijil kelahiran sebagai 20 Disember untuk memudahkan urusan pendaftaran persekolahan. Beliau yang cukup dikenali dengan "Tun. M" merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat.

Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau berjaya membawa pembangunan melalui dasar-dasar dan perancangan yang diilhamkan daripada kejayaan negara-negara luar sehingga mengangkat Malaysia ke pentas dunia sebagai salah sebuah negara yang berdaya maju di Asia Tenggarasehingga pernah dinamakan sebagai salah sebuah negara 'Harimau Ekonomi Asia

Antara projek-projek berprofil tinggi (juga digelar 'projek mega') yang dibangunkan pada zaman pentadbirannya termasuk Jambatan Pulau Pinang, Menara Berkembar Petronas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Koridor Raya Multimedia (MSC), Pusat Pentadbiran Putrajayadan Litar Antarabangsa Sepang.

Bersara pada Oktober 2003, Dr Mahathir dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun. Beliau turut dinobatkan sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia" kerana berjaya membangunkan Malaysia menjadi sebuah Negara industri baru yang disegani di kalangan negara-negara membangun. Tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri menjadikan beliau sebagai pemimpin ketiga paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara selepas Perdana Menteri Singapura pertama, Lee Kuan Yew dan Presiden Suharto dari Indonesia

Sumber : Wikepedia

PRU 14 pun dah berakhir.. Rakyat pun dah buat pilihan jadi marilah kita sama sama berdoa Dengan sekembalinya Tun Mahathir memimpin semoga Malaysia terus maju & menjadi negara di segani dunia. 

Moral of the story.. Pada parti yang menang tahniah & pada yang kalah takziah.. Jangan sesedih. 5 tahun akan datang cuba lagi yer. Kadang2 menjadi pembangkang ni mampu membuat sesebuah parti tu improve ke tahap lebih baik. So, takpe la biasakan diri yer jadi pembangkang & cuba perbaiki apa yang kurang tu. Takpe kita semua masih 1 Malaysia. Peace Yo!

SURAT PEMBATALAN UNDANGAN KEPADA TUN MAHATHIR KE MAJLIS MELAFAZ & MENANDATANGANI SURAT SUMPAH JAWATAN OLEH SERI PADUKA BAGINDA JADI VIRAL

SURAT PEMBATALAN UNDANGAN KEPADA TUN MAHATHIR KE MAJLIS MELAFAZ & MENANDATANGANI SURAT SUMPAH JAWATAN OLEH SERI PADUKA BAGINDA JADI VIRAL. Kadang2 sedih jugak melihat satu persatu penghinaan di lakukan oleh mereka2 iu terhadap Tun Mahathir yang semua orang tahu jasanya membangunkan Malaysia hingga terkenal di mata dunia. Seolah - olah jasa yang pernah di lakukan Tun dulu kini bagai debu debu berterbangan di tiup angin & hilang hanya kerana dia tidak menyokong pemimpin sekarang.


Jangan kata Tun.. Sebenarnya ramai rakyat malaysia tak sokong pemimpin yang ada sekarang tapi bukan sebab parti politik ok! Kita sedia maklum kenapa rakyat sekarang mula menunjukkan penolakkan kepada pemimpin sekarang. At least zaman Tun memerintah kita tak terbeban sangat dengan gst & kos sara hidup yang betul2 menjerut leher walau zaman tu tak ada BR1M. Kita pun waktu tu tak payah hadap dengan kenyataan2 menteri kurang bijak yang menyakitkan hati.

Semalam orang mula Viral pasal satu surat pembatalan jemputan ke majlis melafaz & menandatangani surat sumpah jawatan oleh seri paduka baginda yang di pertuan Agung XV atas alasan mereka tidak menyediakan tempat untuk Tun & sekiranya Tun hadir akan menyebabkan 'kesipuan' katanya. Selalin surat pembatalan tu perkataan 'Kesipuan' pun tengah jadi troll... hahahaha.. Dah jemput lepas tu tarik balik jemputan.. hurmmmm


Sepatutnya mereka yang patut rasa 'Kesipuan' melayan Tun Macam tu. Berbeza pendapat dalam mentadbir negara atau berbeza fahaman politik tak semestinya harus melayan mereka yang pernah berjasa macam kain buruk. Masa cantik kau belai.. kau puji.. Bila dah buruk kau buang macam dia tak pernah berkhidmat dengan kau dulu.


Apapun sememangnya bangsa kita mudah lupa.. Mereka akan kembali sedar bila segalanya hilang. Takpe la.. terus lupa sampai satu masa korang akan kembali ingat segalanya. #PrayForMalaysia


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com