TUN MAHATHIR KEMBALI MENJADI PERDANA MENTERI BUAT KALI KEDUA PADA USIA 93 TAHUN
Gambar Sumber Google |
Keputusan PRU 14 memihak kepada pakatan rakyat & Bakal perdana menteri baru kita semua pun Insya Allah iatu Tun Mahathir. Tak sangka kan.. Selepas 14 tahun Tun bersara sebagai perdana menteri ke empat & meletakkan jawatan, kini dalam usia 93 tahun bakal menjadi perdana menteri Malaysia yang ke tujuh. Sungguh kuat aura Tun Mahathir kepada rakyat malaysia sehingga mampu mengalahkan parti kerajaan sebelum ni. Upacara mengangkat sumpah pun dah berlaku pada malam 10 Mei 2018. Sampai malam kena tunggu upacara angkat sumpah kan? Maka sah la Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 7 sekaligus mencipta rekod menjadi perdana menteri tertua di dunia.
Rakyat dah pilih so sama sama kita hormati suara majoriti. tak payah la nak gaduh sampai putus silaturrahim antara kita. Perbezaan parti politik tu letak ke tepi. Harap kerajaan baru ni dapat memberi manafaat kepada seluruh rakyat malaysia yang mengharapkan perubahan yang lebih baik dari sebelumnya. Hope dengan kerajaan baru bebanan rakyat yang di tanggung selama ni menjadi lebih ringan. Kalau tak.. 5 tahun lagi maybe kerajaan bertukar tangan lagi hehehhehehe
Bagi yang tak tahu tentang Tun Mahathir yang satu ketika dulu pernah menjadi Perdana Menteri yang amat di respect oleh dunia.. Dunia kau! Meh la nak info sikit tentang Tun Mahathir
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dilahirkan pada 10 Julai 1925) ialah seorang doktor dan ahli politik Malaysia dan merupakan Perdana Menteri Malaysia keempat di mana beliau memegang jawatan selama 22 tahun (1981-2003) menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat. Dalam buku A Doctor in the House, Dr Mahathir menyatakan tarikh lahir sebenarnya ialah 10 Julai 1925, tetapi bapanya mendaftarkan tarikh lahir dalam sijil kelahiran sebagai 20 Disember untuk memudahkan urusan pendaftaran persekolahan. Beliau yang cukup dikenali dengan "Tun. M" merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat.
Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau berjaya membawa pembangunan melalui dasar-dasar dan perancangan yang diilhamkan daripada kejayaan negara-negara luar sehingga mengangkat Malaysia ke pentas dunia sebagai salah sebuah negara yang berdaya maju di Asia Tenggarasehingga pernah dinamakan sebagai salah sebuah negara 'Harimau Ekonomi Asia
Antara projek-projek berprofil tinggi (juga digelar 'projek mega') yang dibangunkan pada zaman pentadbirannya termasuk Jambatan Pulau Pinang, Menara Berkembar Petronas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Koridor Raya Multimedia (MSC), Pusat Pentadbiran Putrajayadan Litar Antarabangsa Sepang.
Bersara pada Oktober 2003, Dr Mahathir dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun. Beliau turut dinobatkan sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia" kerana berjaya membangunkan Malaysia menjadi sebuah Negara industri baru yang disegani di kalangan negara-negara membangun. Tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri menjadikan beliau sebagai pemimpin ketiga paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara selepas Perdana Menteri Singapura pertama, Lee Kuan Yew dan Presiden Suharto dari Indonesia
Alhamdulilah..
ReplyDeleteMalaysia Baru ..kita tungguu...
Rakyat dah pilih.. kenalah terima.
ReplyDeleteTahniah buat yang menang.
Mana yang kalah cuba lagi 5 tahun.