Showing posts with label berjangkit. Show all posts

BOIKOT BAYI & KANAK KANAK YANG TIDAK DI VAKSIN

BOIKOT BAYI & KANAK KANAK YANG TIDAK DI VAKSIN. Sekarang ni memang hangat isu vaksin. Ada yang anti vaksin & ada yang provaksin. Bagi aku vaksin atau tak tu hak individu. Anak depa lantak la depa nak besarkan anak depa dengan cara macam mana. Cuma pilihan yang kita buat biarlah yang terbaik bukan je untuk anak anak kita malah untuk semua masyarakat di sekeliling. Pemahaman setiap orang tentang vaksin memang berbeza. Aku tak berani la cakap lebih2 pasal vaksin ni sebab aku tak ada kepakaran tentang tu cuma aku pilih untuk vaksinkan anak aku sebagai salah satu usaha & ikhtiar untuk menghalang atau mencegah anak aku dari terkena penyakit berbahaya.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Friendlist kat FB aku pun ada yang ramai provaksin & ada segelintir yang antivaksin. Macam aku cakap hak individu tu sendiri nak memilih vaksin atau tak cuma jangan jadi penghasut pada orang lain. Tak kira la kau sokong vaksin atau kau anti vaksin. Yang anti vaksin jangan melampau2 sampai mengharamkan & mengkafirkan orang yang memvaksin anak. Hangpa tak mau vaksin lantak la. Orang nak vaksin jangan dok provok atau sindir sangat konon tak nak mengkaji dulu apa yang ada pada vaksin tu bagai. Seolah olah hangpa tau sangat la kandungan vaksin tu padahal hangpa pun dapat info dari pembacaan di media sosial & google jer.

Yang provaksin pun sama. Biaq pi la depa tak mau vaksin. Kalau risau sangat anak anak yang tak di vaksin membawa penyakit berjangkit kita ambil langkah keselamatan awal sudah. Bagi je supplement, pastikan anak kita ambil makanan berkhasiat untuk bina antibodi yang kuat. Tak perlu sampai nak kempen memboikot kanak kanak yang tak di vaksin. Sampai tak bagi dekat atau berkawan, kesian jugak. Suruh kerajaan buat undang2 anak2 tak di vaksin tak boleh masuk sekolah kerajaan bagai. Tu dah melampau sangat rasanya.. Jangan jadikan anak2 tak berdosa tu mangsa. Benda tu akan mempengaruhi emosi kanak kanak tersebut & tak mustahil akan memberi kesan pada masa depan dia. Yang buat keputusan mak bapak depa, tapi yang terima akibat budak2 yang tak berdosa. Kalau rasa nak ambil tindakkan, just ambil tindakkan pada penjaga mereka jangan di aniaya anak2 tak berdosa tu. Kita dah usaha bagi vaksin untuk pencegahan awal ni doa & tawakal bila anak2 kita secara tak sengaja bercampur dengan anak2 tak vajsin. Sebab Islam dah ajar kita.. usaha, doa & tawakal. Bila kita dah usaha.. selebihnya serah pada yang maha kuasa. Sebab bukan senang nak ubah mentaliti orang jadi kita yang kena pandai main peranan untuk protect anak anak kita.

Aku memang tak sokong benda benda macam tu. Nak pulaukan kanak kanak yang tak di vaksin tu bukan cara yang betul untuk memberi kesedaran pada ibu bapa betapa perlu vaksin untuk anak anak. Guna pendekatan lain yang lebih bijak. Bukan la semua kanak kanak tak di vaksin tu confirm bawa penyakit berjangkit, ada yang sihat walafiat. Betul! kita tak tahu yang mana bebas penyakit & yang mana tidak cuma tu la terasa kejam jugak bila terbayang kalau tetiba ada anak yang tak vaksin datang nak berkawan dengan anak kita kemudian kita bawa lari jauh dari dia. Kejam sangat bagi aku. Aku memang tak suka masalah orang dewasa kanak kanak yang tak tahu apa2 jadi mangsa keadaan.

Tak kira kita ibu bapa yang provaksin atau antivaksin.. Tak kisah kita nak menyampaikan info yang kita yakin tapi berpada pada. Jangan sampai orang nampak benda tu macam melampau. Nampak terlampau obses pada sesuatu. Sampai orang yang bertentangan pendapat pun rasa macam kita saja nak cari gaduh. Benda ni pilihan masing2. Vaksin atau tak kedua duanya mencari yang terbaik untuk anak anak. Cuma cara kita mencari yang lebih baik tu je berbeza. Tapi tujuan kita semua sama... Memberi kehidupan yang lebih baik untuk anak anak. Jadi buat la keputusan yang terbaik untuk anak masing masing. Jangan sampai terlewat baru nak menyesal.

dah dekat nak raya ni berhenti la sekejab berdebat pasal vaksin. Tak payah peningkan kepala sangat pasal benda2 viral yang kadang2 kita sendiri tak tahu sejauh mana sahihnya. Fokus kat raya dulu sebab nak raya nanti ada lagi banyak perkara yang bakal memeningkan kepala macam benda benda ni >> 7 Perkara ni Memang Selalu kita jadi Stress Menjelang Raya. Tak caya baca confirm ada kena mengena dengan korang jugak << jangan sebab vaksin kita bergaduh putus silaturrahim sampai yang provaksin tak nak pergi raya rumah antivaksin, tu dah tak bagus. Kerana vaksin manusia berpecah belah & menjadi berpuak puak. Aku rasa berpecah belah & berpuak penyakit yang lebih bahaya dari semua penyakit yang ada di dunia ni sebab benda ni la yang melemahkan sesuatu bangsa & agama.

Moral of the story.. memberi pendapat walau bertentangan tak salah cuma cara kita memberi pandangan tu kadang2 salah. Aku bukan cakap orang lain, aku pun kadang2 beremosi jugak dalam memberi pandangan ni nak2 lagi bertentangan dengan pandangan orang lain. Sama2 la kita memperbaiki diri supaya walau kita sentiasa berbeza pendapat kita masih boleh berdebat & berkawan dalam satu masa.

AWAS! PAKAIAN BARU DI BELI SANGAT BAHAYA DI PAKAI

AWAS! PAKAIAN BARU DI BELI SANGAT BAHAYA DI PAKAI. Ramai antara kita selalu suka pakai baju baru beli tanpa basuh dulu. Dulu ada pernah sepupu aku cakap dia nak basuh baju baru beli untuk anak dia tapi husband dia tegah.. Katanya jangan tu semangat duit. Erkk... aku pelik mana datang mitos baju baru beli ada semangat duit. Yang aku tau nak beli baju baru semangat nak keluar duit je. hahahaha..

Gambar Sumber Dari Google

Baju baru beli ni standard la ada bau kedai katanya.. Macam sayang je nak hilangkan bau tu. Jadi sesetengah orang ambil keputusan pakai dulu kemudian baru basuh. Lagipun dengan condition baju yang nampak bersih tu ramai yang confident baju tu benar benar bersih tapi awas!!

Mungkin baju hangpa beli tu mungkin pernah dicuba orang lain. Orang tu maybe ada kudis kat badan, panau kurap bagai. Orang tu maybe masa cuba badan dia berdaki.. Orang tu masa cuba mungkin badan dia tengah berpeluh. Tu kalau baju yang korang beli yang display kat hanger. Kalau baju baru dalam plastic pun ada bahayanya kerana...

Baju baru yang tidak di cuci terlebih dahulu mengandungi bahan kimia toksik dalam pemprosesan pakaian yang boleh menyebabkan alahan dan risiko lain terhadap kesihatan.
Ini kerana Pakaian dari bahan kain rayon atau serat sintetik dibuat dengan menggunakan bahan-bahan kimia. Pengeluar kain di Asia kebanyakan menggunakan bahan kimia beracun dalam pemprosesan serat kain sehingga proses pembungkusan pakaian. Selepas pakaian siap dihasilkan, pengeluar biasanya menambah formaldehid untuk menjaga pakaian dari berkedut dan mencegah kulat selama dalam proses penghantaran.

Selain itu kalau pakaian baju di beli di pakai sebelum di basuh kemungkinan menjadi penyebaran penyakit berjangkit seperti kudis. Ada jugak kes kutu pada baju baru di beli.
baju baru boleh membawa bakteria yang berbahaya bagi pernafasan, kawasan alat sulit wanita, cendawan pada kulit, dan lain sebagainya. Menurut kajian yang telah dilakukan, bakteria-bakteria tersebut biasanya akan ditemui di kawasan ketiak, paha bahagian atas, atau juga leher.

Pakaian berwarna hitam dan yang menggunakan pewarna untuk bahan kulit sering mengandungi p-phenylenediamine (PPD), yang dapat menyebabkan alergi. Sebatian organik meruap dan produk pemutih juga banyak sekali digunakan oleh industri tekstil. Baca label pakaian terlebih dahulu sebelum membelinya dan elakkan bahan-bahan sintetik seperti rayon, nilon, poliester, acrylic, asetat atau triasetat sebanyak mungkin.

Moral of the story.. walau namanya baju baru bukan bermakna ia bersih, hokay! Di sebalik kesucian yang terpamir rupanya ada 1001 noda yang terpalit macam manusia la jugak tengok muka je licin lip lap lip belum tentu badan dia tak berpanau. Macam tu jugak nak mengayakan sesuatu tu. Bukan semua boleh hentam keromo je kita pakai. Kadang2 yang simple itu lebih menawan. hehehehe

P/S : aku dulu2 suka buat perangai macam tu jugak sejak kawen laki aku jenis takkan pakai baju baju yang belum basuh aku pun terus mengamalkan konsep basuh baju baru beli sebelum pakai. Lebih2 lagi baju anak aku.

MENTERI MALAYSIA BUKTIKAN BODOH SATU PENYAKIT BERJANGKIT

Nak salahkan Ahmad Maslan pun tak sampai hati.. Tapi nampaknya bermula dari dia membawa virus bodoh seorang demi seorang Menteri2 Malaysia mula di jangkiti virus jadi bodoh dengan serta merta. Tak tau kena sihir ke apa... hampir kesemua menteri menteri kat Malaysia ni kena penyakit bodoh tanpa sempadan. yang mana cerdik sikit confirm kena sepak keluar kabinet.


Terbaru Menteri yang di jangkiti virus bodoh ni Azalina Othman.. Mari kita bersangka baik. Maybe dia kena gangguan jin & syaitan sehingga keluarkan statement yang budak tadika pasti pun mesti pening kepala. Tak tau nak suruh dia masuk tadika pasti balik atau nak suruh Ustazah Mashitah tolong sekolahkan. Tapi kalau Ustazah Mashitah tolong sekolahkan risau jugak... Dia pun kadang2 macam kena hantar tadika pasti balik.


Yelah.. kita pun bukan muslimah sejati yang perfect. Tutup litup nampak biji mata jer.. Takde la sampai macam tu ye dak?? Masih kurang sana sini lagi.. Tapi kalau kau tak nak ikut jangan kau ajak orang lain pun ke jalan yang salah. Kita tahu takde alasan yang membolehkan seseorang yang bukan mahram bersentuhan walau bukan tujuan nak berjimak sekalipun bak kata KHK. Even sekadar dalam lakonan tak menghalalkan perbuatan tersebut. Even laki bini pun ada limit nak tunjuk kemesraan di khalayak ramai ni kan yang bukan laki bini.


Nak suruh berfikiran terbuka?? Tak lama lagi rasanya telanjang dalam filem pun LPF terpaksa lulus.. Nak jadi open minded katanya. Baru setaraf filem hollywood. Sekarang pun aku dah naik geli sampai ke usus tengok promo drama cinta awak 200% raya... Tengok muka ayda jebat yang gersang macam tu.. Gamaknya kalau ikut saranan Azalina Othman ni... Tak lama lagi kita boleh tengok Promo Filem atau drama kat TV dengan adengan comolot bukan sekadar trick camera.

Please la.. Menteri2 kat Malaysia. Tolong la fikir dulu sebelum keluarkan pendapat atau komen. Kalau yang di angkat sebagai pemimpin nampak lagi bodoh dari budak tadika pasti, macam mana la orang nak ikut & respect.

Moral of the story.. Orang bodoh takkan sedar dia sedang memperbodohkan diri. Yang dia tahu dia dah cukup bijak. Renung renungkan.. selamat berhari minggu.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com