Showing posts with label gempak. Show all posts

6 AKSI PANAS DALAM FILEM UNDERWORLD, BLOOD WARS YANG MESTI ANDA TAHU

6 AKSI PANAS DALAM FILEM UNDERWORLD, BLOOD WARS YANG MESTI ANDA TAHU. Bagi peminat filem Underworld mesti dah tengok sequel dia yang sebelum ni, Underworld Evolution (2007), Underworld Rise Of the Lycans 2009, Underworld Awakening 2012 dan yang terbaru bakal di tayangkan tak lama lagi.. Pada Januari 2017. Walaupun bakal di tayangkan tahun depan tapi lebih kurang sebulan lebih je lagi kita nak melangkah ke tahun 2017 ni.


Bagi yang memang tak pernah ikuti filem ni dari episod pertama mesti tak tahu filem ni berkisahkan tentang apa.. Kisahnya tentang pertaruhan antara Lycans dengan vampire. Underworld ni mengisahkan tentang seorang perempuan yang membawa watak, Selene, yang menjadi hero dan heroin dalam masa yang sama. Bagi peminat filem aksi mesti suka la kan filem - filem macam ni. Kadang2 orang suka filem aksi ni sebab heroin dia seksi nak mampus walaupun ganas & lasak. Seperti kita sedia maklum filem barat macam mana pun mesti ada jugak adegan2 yang tak berapa sedap di tonton seisi keluarga.

Kalau tak ada aksi2 'romen'tik tu kadang2 aksi2 ganas pun kurang sesuai jugak untuk tontonan budak budak bawah umur. Pendek kata nak tengok filem luar ni kadang2 kena tapis dulu. Kena google review atau tengok dulu Trailer filem tu memastikan kalau nak bawa keluarga ia sesuai untuk tontonan semua lapisan umur. Jangan ingat klasifikasi 'U' tu tak ada aksi2 atau adegan2 yang tak sepatutnya, OK!

Jadi peminat filem aksi yang rasa dah cukup umur boleh la tengok. Kalau yang bawah umur pastikan anda pergi bersama keluarga ok! Jangan yang bawah umur tu gatal2 nak bawak gepren/boipren pulak beraksi dalam pawagam tu. hehehehe

BILA WAU TRADISIONAL DIGABUNG DENGAN TEKNOLOGI DRONE

BILA WAU TRADISIONAL DIGABUNG DENGAN TEKNOLOGI DRONE. Kalau kat negeri & kampung aku ni.. Masa kecik kecik kami panggil layang layang tu wau. Wau pun kami panggil wau. Kalau panggil layang layang tu budak bandar je.. Budak kampung memang tak sebut layang layang. Tapi anak aku pulak lagi berbeza. Kau sebut wau ke layang layang ke memang dia tak tau pekebenda sebab dia sebut kite. Anak aku ni dah la speech delay.. bahasa pun rojak pulak. Sekarang baru proses nak mengasingkan bahasa bahasa dia.

Pakcik Shafie Pembuat Wau

Pak Shafie.. seorang pembuat wau terkenal bagi peminat & penggemar wau di pantai cahaya bulan, kelantan. Kira nama yang tidak asing dalam dunia pembuat wau. 48 tahun dia mengabdikan diri menghasilkan wau wau tradisional yang cantik & megah bila berterbangan di udara. Sebab dia suka bermain wau sejak dari zaman muda maka dia amat mahir menghasilkan wau. Sebab kepakaran dia dalam membuat wau ni dia pernah menjelajah hampir 10 buah negara untuk mempromosikan hasil seni wau dia. Siapa sangka warga emas dalam imej orang kampung ni lebih hebat dari kita.

Pakcik Shafie jugak pernah di beri liputan dalam akhbar berkaitan diri & aktiviti membuat wau. Kira dah biasa di temuramah dengan pihak media luar sampai dia dah boleh speaking london katanya. Mat saleh pun kagum dengan hasil seni wau yang mampu di hasilkan oleh Pakcik Shafie ni. Wau yang selalu di bawa menjelajah dunia adalah wau yang ada pada logo Malaysia Airlines

Harga wau paling kecik yang di hasilkan pun boleh cecah sampai RM600 harganya. Telan air liur. Aku tulis 1 review pun tak cecah harga tu lagi beb.. Menangis tepi bucu skrin, ok! Ada wau dia yang harga mencecah RM12,000. Tapi tak terkejut sebab ia handmade ada nilai2 seni yang sangat mahal. Bukan semua orang mampu hasilkannya. Kau tak payah cakap pandai sangat la kan.. cakap senang nak hasilkan wau ni.. cuba kau buat dulu. Lagipun pakcik shafie ni dah kira nama dia dah jadi jenama sendiri yang terkenal sampai luar negara.

Tertengok satu video yang cover pasal kisah Pakcik Shafie ni.. Bila wau dia di gabungkan dengan teknologi drone, memang gempak. Tapi kelakar la sikit bila pakcik shafie kali pertama tengok drone siap tanya raksasa ke hapa ni? hahaha Kalau korang tak tahu drone tu apa.. alah.. macam helikopter kecik yang di pasang camera untuk memantau kawasan yang tak mampu di jejaki manusia. Nak tengok apa yang berlaku lepas wau pakcik shafie ni di pasangan drone & macam mana reaksi pakcik shafie, boleh tengok kat sini >> Kisah Pakcik Shafie Pembuat Wau Terakhir Di Malaysia <<

Ni contoh gambar drone

Moral of the story.. Bila permainan tradisional di upgrade dengan teknologi terkini macam drone ia secara tak langsung memartabatkan hasil seni tempatan sekaligus menarik minat golongan muda untuk belajar menghasilkan wau tradisional ni.

INILAH 7 RAHSIA SELFIE YANG MESTI ANDA SEMUA TAHU

INILAH 7 RAHSIA SELFIE YANG MESTI ANDA SEMUA TAHU. Budaya selfie memang tengah melanda seluruh umat manusia di dunia. Tak kira kecil besar, tua muda,miskin kaya.. Orang sekarang suka berselfie dimana mana sahaja dalam apa saja emosi & keadaan. Tak kira suka & sedih. Ketawa & menangis. Dengan orang hidup mahupun mayat @ jenazah. Tak kira di shopping complex atau di tanah perkuburan. Trend berselfie ni memang tiada sempadan macam dapur cik mat gebu jugak katanya. hehehe

Selfie

Aku pun suka selfie jugak cuma tak suka sangat nak upload kat media sosial sekarang ni. Ada la sikit2 upload ikut keperluan. Macam nak tunjuk testimoni produk yang aku pakai ke.. Tapi memang selfie yang sipi sipi je la. Memang tak lengkap nampak seketoi2 muka aku. tapi aku bukan la pakar selfie sangat. Takat tadah muka dengan front camera kemudian clik button snap. Tu je la aku mampu. Cuma aku pastikan berselfie dalam keadaan cahaya yang cukup supaya nampak la pori2 kat muka aku ni dengan jelas. hahaha

Mesti ramai yang suka selfie nak tahu rahsia nak dapat selfie paling power. Sebab yang ramai suka selfie tapi tak tahu rahsia di sebalik sebuah gambar selfie yang power & gempak. Aku memang jenis tak boleh simpan rahsia nak2 lagi rahsia yang memang ramai orang nak tahu. Jadi kat sini aku nak bongkarkan rahsia macam mana nak dapat selfie paling power tahap gaban punya. Kalau korang nak tahu meh tengok kat sini >> 7 Rahsia Selfie Yang Mesti Anda Tahu << Kalau korang tahu rahsia ni confirm lepas ni selfie2 korang akan jadi paling gempak kat alam maya katanya.

Confirm ramai tengah try selfie sekarang ni kan? Takpe asalkan korang bahagia & tak menyusahkan orang lain sudah. Sebagai penutup aku ucapkan selamat ber selfie semua.

PELANGGAN HOTLINK DAPAT FREE INTERNET SETIAP BULAN SEUMUR HIDUP

PELANGGAN HOTLINK DAPAT FREE INTERNET SETIAP BULAN SEUMUR HIDUP. Almaklum la banyak sangat kontroversi katanya maka demi nak meraih kembali kepercayaan pengguna kena la berkorban sikit kan. Orang Malaysia sekarang ni memang teruja dengan benda free... Konon Dato Vida nak bagi Beg LV free berpusu pusu orang share post kat FB alih2 tertipu dengan fake account guna nama Dato Vida. Kat situ kita boleh lihat betapa rakyat Malaysia terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi. Selagi ada peluang boleh dapat benda free depa akan sedaya upaya mencuba.


Ni hotlink pulak menjanjikan free internet setiap bulan seumur hidup.. Sapa tak nak free internet. Zaman sekarang dari sekecik kecik anak sampai setua bangka mak bapak semua dah tak boleh hidup tanpa internet. Internet ni boleh buat macam macam perkara tak kira perkara baik, perkara buruk, perkara yang mendatangkan pendapatan atau perkara yang merugikan. Aku pun kalau tak ada internet tak ada jugak la pendapatan sendiri. Almaklum blogger.. bekerja dengan blog ni. Kalau tak ada internet celah mana aku nak update blog. Takkan nak hack wifi jiran tetangga pulak. Curi wifi kemudian buat kerja dapat duit.. Berkat ke rezeki tu. Jadi yang suka curi wifi lepas tu dok menjana pendapatan secara online tu renung renungkan. Jangan post kemain islamik tapi guna wifi curi.

Sebab kesempitan kadang2 orang takde duit nak topup kuota internet. Baru topup hari ni tak sampai seminggu dah kena topup lagi. Tokei padi pun boleh jual petak sawah katanya. Jadi mungkin atas keprihatinan hotlink buat pakej ni kot. Katanya walau kuota internet habis pun tetap korang boleh guna internet percuma ni. macam mana nak dapat percuma kuota internet setiap bulan seumur hidup meh tengok kat sini >> Biar betul! Internet percuma setiap bulan seumur hidup dari Hotlink. Nak meh baca kat sini <<

Lepas ni makin ramai la golongan anti sosial akan membiak katanya. Dari berbayar dapat free. Lepas ni kalau lepak semeja dengan kengkawan tapi berkomunikasi secara online tu dah tak jadi benda pelik la. Sebab kuota internet tak habis habis katanya. Boleh chit chat sampai kontot jari jemari.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com